Archive for the ‘Uthman El-Muhammady’ Tag

Uthman El-Muhammady: Da’wah Sebagai Teras Induk Menegakkan Islam

Klik untuk maklumat Seminar

Teks Ucap Utama bertajuk: Da’wah Sebagai Teras Induk Menegakkan Islam di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Untuk versi mesra cetak sila klik di sini – format pdf

***************** 

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Da’wah Sebagai Teras Induk Menegakkan Islam

 

Al-faqir ila’Llah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

ISTAC, IIUM, MIM, Yayasan Karyawan

1. Bi-‘aunika ya Latif! Yang dimaksudkan ‘teras induk’ di sini ialah ia sesuatu dasar yang terpenting, sebagai ‘ibu’ yang berupa ‘paksi’ yang di atasnya berlegar pengembangan kebenaran agama dan natijah-natijahnhya dalam masyarakat umat manusia. Sebab itu ia berupa tugas para anbia dan rasul serta para hukama dan ulama dalam seluruh zaman dalam sejarah bani Adam mulai dari Adam alaihissalam hingga ke zaman nabi Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam.

 

Dasar tentang dakwah

2. Ayat-ayat yang menyentuh dasar dakwah termasuk amar ma’ruf dan nahi munkar yang penting ini (yang berupa sebahagian daripada kurnia Tuhan kepada nabi salla Llahu ‘alaihi wa sallam pada malam Isra’ Mi’rajnya bersekali dengan Islam, jihad, hijrah, amar makruh nahi munkar, sadaqah, hijrah , sudah tentu sembahyang, asas-asas pembinaan peradaban rabbani) antaranya ialah ayat { وَلْتَكُن مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنْكَرِ وَأُوْلَـٰئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ } yang bermaksud ‘Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (ali ‘Imran: 104).

3. Antaranya juga ialah ayat yang menyebut tentang jati diri umat ini sebagai ‘umat terbaik yang dikeluarkan untuk kebaikaikan umat manusia yang melakukan seruan da’wah dalam ayat { كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ ٱلْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ مِّنْهُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْفَاسِقُونَ } yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.’’ (ali ‘Imran: 110). Dari ayat ini jelas umat ini adalah umat da’wah sebagai ciri utamanya untuk direalisasikan bagi kebaikan umat manusia seluruhnya.

4. Bersekali dengan jati diri umat yang demikian ada pula ialah realiti umat ini sebagai umat menengah yang utama dan adil (ummatan wasata) dalam ayat (وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً وَمَا جَعَلْنَا ٱلْقِبْلَةَ ٱلَّتِي كُنتَ عَلَيْهَآ إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ ٱلرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلاَّ عَلَى ٱلَّذِينَ هَدَى ٱللَّهُ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ) yang bermaksud: ‘Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan (ummatan wasata) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia’(al-Baqarah :143). Dinyatakan dalam Tafsir Baidhawi tentang umat ini sebagai umat menengah yang utama dan adil supaya ia menjadi saksi atas umat manusia dan menyampaikan seruan dakwah dan nasihat kepada mereka; maka sebagaimana Rasul adalah saksi bagi umat ini maka umat ini pula adalah saksi atas umat manusia. (أي لتعلموا بالتأمل فيما نصب لكم من الحجج، وأنزل عليكم من الكتاب أنه تعالى ما بخل على أحد وما ظلم، بل أوضح السبل وأرسل الرسل، فبلغوا ونصحوا. ) (Tafsir Baidhawi jilid 1, 195. Dar al-Kutub al-Arabiyyah al-Kubra, Kahirah, tanpa tarikh, naskhah yang digunakan untuk pengajaran di Azhar tahun ke 6).

5. Yang jelas lagi kenyataan tentang umat ini, umat yang memiliki Quran untuk menjadi penunjuk ‘neraca’ –oleh itu dakwah kepada manusia – ialah ayat {وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَابَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتَابِ وَمُهَيْمِناً عَلَيْهِ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَـٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَآ آتَاكُم فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ إِلَىٰ الله مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ } yang bermaksud: Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya ( مهيمنا عليه ). Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya’ (al-Ma’idah: 48).

6. Jelas dalam ayat ini umat Islam berkewajipan untuk berpegang kepada Quran (dan Sunnah yang datang bersekali dengannya) serta menjadikan Quran sebagain neraca untuk membezakan apa ajaran yang benar dan apa yang tidak benar dan menunjukkan kepada umat manusia apa yang benar dan apa yang sebaliknya; mereka adalah umat yang sepatutnya mempunyai kriteria intelektuil dan kerohanian untuk dijadikan pedoman bagi manusia (erti luas bagi مهيمنا عليه ), jangan ia menjadi pengikut aliran-aliran yang tidak menentu sama ada yang datang dari dalam negara atau luar negara, dari dalam umat atau dari umat lain. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dalam perlembagaan Madinah bahawa mereka hidup aman damai dengan umat lain; kalau dalam kalangan kita di Malaysia kita hidup dalam keadaan aman dan harmonis antara kita dan umat lain dalam negara yang tercinta (‘in peace and harmony’) sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara ini; tetapi ingat-ingat jangan kita hilang pedoman sebab kita mesti menjalankan tugas sebagai ‘muhaiminan ‘alaihi’ dalam hubungan dengan ajaran agama yang kita terima dari para nabi a.s.s. khususnya dari nabi Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam. Bagi kita contoh hidup dengan aman dan damai dengan pemluk agama lain, selain daripada contoh zaman baginda dan para khalifah, ialah contoh di Andalusia, antaranya sebagaimana yang digambarkan dalam buku ‘The Ornament of the World’ oleh Maria Rosa Menocal dari Harvard; saya menyebut ini kerana ia datang dari pengakuan sarjana Barat yang menegaskan keadaan hidup harmonis dan aman damai untuk menjadi tauladan itu. Tetapi kita tahu bahawa keadaan di Andalusia berakhir dengan malapetaka kerana perpecahan dalaman sesama Muslimin dan pihak lain mengambil peluang untuk memporak-perandakan umat. Berwaspadalah.

7. Berkenaan dengan da’wah juga khususnya ayat yang selalu disebut-sebut, memang tepat, ialah ayat (ٱدْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلْحِكْمَةِ وَٱلْمَوْعِظَةِ ٱلْحَسَنَةِ وَجَٰدِلْهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ ) yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (al-Nakhl: 125).

8. Dalam ayat ini seruan itu berlaku dalam tiga tahap, tahap hikmah kebijaksanaan bagi mereka yang layak digunakan kaedah itu, tahap nasihat yang baik bagi mereka  yang patut digunakan kaedah nasihat yang baik itu, tahap menggunakan kaedah ‘berbahas’, ‘berhujah’ dengan mereka yang agak keras hati dan sesuai diseru dengan kaedah itu. Ini memerlukan orang-orang yang mempunyai persiapan untuk melakukannya; ada orang yang mampu menggunakan ‘hikmah kebijaksanaan’ kerana ia ‘memiliki hikmah kebijaksanaan’ (bukan ‘taktik dan strategi’ yang biasa disuarakan) dengan ilmunya yang mantap dan jiwa yang halus serta faham yang jitu, dengan kehalusan rasa menyelam jiwa dan pemikiran orang; bertuahlah orang yang bertemu dengan orang yang sedemikian; ada orang yang bersedia untuk melakukan nasihat yang baik kerana bahasanya beradab, memberansangkan, menggembirakan, juga ‘menakutkan’ secara wajar, dengan kisah-kisah menarik, dengan niat yang ikhlas untuk membawa manusia melihat kebenaran; bertuahlah orang yang bertemu dengan orang yang sedemikian. Ada orang yang ilmunya mantap, fahamnya betul dan jelas, cahara berbicaranya teratur dengan mantiknya yang baik, ilustrasinya kena pada tempatnya, hujahnya halus dan tajam, menusuk akal dan kalbu, ia bukan hendakkan kemenangan tetapi hendak berkongsi fahaman tentang kebenaran, ia melakukan itu dengan kasihan belas, bukan dengan dendam dan benci; berjayalan orang yang mempunyai persiapan dan kemahiran sedemikian, amin.

9. Hadith yang membawa pengertian tentang da’wah juga ialah hadis yang biasa disebut-sebut iaitu:

منرأى منكم منكرا فليغيره بيده .فإن لم يستطع فبلسانه .ومن لم يستطع فبقلبه .وذلك أضعف الإيمان

)الراوي: أبو سعيد الخدري -: مسلم -: الصحيح)

Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya (atau kekuasaannya), kalau ia tidak berupaya melakukan demikian, ubahlah dengan percakapannya, kalau tidak mampu (juga) ubahlah dengan kalbunya (dalam hatinya) itu adalah sedhaif-dhaif iman. (sahih Muslim, Abu Said al-Khudri).

10. Antaranya ialah hadith berikut iaitu:

لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليسلطن الله عليكم شراركم ثم يدعوا خياركم فلا يستجاب لهم حديث لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليسلطن الله عليكم شراركم ثم يدعوا خياركم فلا يستجاب لهم أخرجه البزار من حديث عمر بن الخطاب والطبراني في الأوسط من حديث أبي هريرة

Maksudnya: benar-benar kamu akan menyuruh kepada perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran atau (kalau tidak akibatnya) Allah akan meletakkan atas kamu orangorang yang paling jahat kemudian orang-orang yang baik-baik berdoa (kepada Allah) tetapi tidak dimustajabkan doanya –dikeluaran oleh al-Bazzar dari hadis ‘Umar bin al-khattab dan al-Tabarani dalam al-Ausat dari hadis Abu Hurairah.Hadis  yang bermaksud hampir sama ada riwayatnya iaitu hadits:

وللترمذي من حديث حذيفة نحوه إلا انه قال أو ليوشكن الله أن يبعث عليكم عقابا منه ثم تدعونه فلا يستجيب لكم قال هذا حديث حسن معناه تسقط مهابتهم من أعين الاشرار فلا يخافونهم

Maksudnya ada hadis riwayat dari Tirmidhi sepertinya melainkan katanya-katanya (bermaksud) Atau hampir-hampirlah Allah akan timpakan azab hukuman atas kamu (kerana tidak melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar) kemudian kamu berdoa kepadanya tetapi tidak dimustajabkan doanya.Katanya ini hadis hasan.Dengan itu maka kehebatan mereka hilang pada pandangan mereka yang jahat lalu mereka tidak merasa takut lagi terhadapnya. (Hadis ini disebutkan di bahagian awal kitab ‘amar ma’ruf dan nahi munkar Ihya’ Ulum al-Din oleh al-Ghazali). Dijauhkan Allah keadaan sedemikian ini.

Da’wah para anbia

Dalam Qur’an dinyatakan kisah-kisah sejarah para anbia dengan seruan dakwah mereka, Nuh, Salih, Ibrahim, Musa, Yusuf, Yunus, Sulaiman, ‘Isa, Musa, dan Nabi Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dengan umat mereka masing-masing, yang kisahnya terlalu terang dalam Quran. Kemudian dalam sejarah umat ini da’wah dilakukan oleh para mujaddid, imam-imam-mujtahid, para ulama dan ilmuan serta da’i sepanjang zaman. Sejarah itu tidak kita sentuh di sini. Dakwah perlu dilakukan oleh para ulama dan ilmuan demikian juga orang awam mengikut kadar masing-masing tetapi dengan mempunyai persiapan yang seperlunya.

Syarat-syarat dan cara berdakwah

11. Tentang syarat-syarat da’wa itu secara ringkasnya boleh diingatkan syarat pengetahuan agama yang memadai tentang Quran dan Sunnah, akidah, Syariat, akhlak, sejarah, dan sirah, juga pendedahan tentang ilmu dakwah; termasuk ke dalam persiapan ini ialah pengetahuan tentang aliran-aliran pemikiran semasa yang menjadi penghalang kepada dakwah. Selain daripada ilmu pengetahuan ialah syarat pembentukan peribadi da’i yang teguh dan baik supaya ia mampu berhadapan dengan cabaran-cabaran yang ada sama ada cabaran yang menyentuh ilmu atau juga cabaran moral. Ada orang yang boleh berhadapan dengan cabaran ilmu, tetapi tidak mampu berdepan dengan cabaran moral, Allahumma sallimna wal-Muslimin.

12. Dakwah boleh dilakukan secara lisan, tulisan, kalau sekarang melibatkan penggunaan internet, e-mail, facebook, twitter dan yang sepertinya. Dakwah berlaku melalui contoh kehidupan yang amali yang menunjukkan contoh yang baik berdasarkan ‘uswah hasanah’ yang kemuncak keunggulannya ada pada Rasulullah salla’Llahu ‘alaihi wa sallam. Contoh itu terutamanya ada para hidup peribadi dan keluarga serta juga hidup masyaraklat Muslimin sendiri. Kekurangan-kekurangan yang ada dalam segi-segi tersebut perlu diatasi oleh semua orang yang beriman. Kalau menyebut tentang penulisan maka timbullah keperluan kepada penulisan yang baik tentang ajaran Ahli Sunnah dan penerangan tentang aliran-aliran yang mencabarnya. Dalam hubungan dengan persiapan sedemikian perlu juga disentuk keperluan menguasai setakat yang diperlukan pemikiran yang mencabar Islam yang datang dari luar seperti cabaran pascamodernisme, modernisme, pluralisme, liberalisme, dan yang sepertinya, selain daripada cabaran pegangan-pegangan sesat dalam masyarakat, atau cabaran  dari aliran Syiah dan aliran yang senang menuduh orang Ahli Sunnah sebagai ahli bid’ah tetapi itu disebut sebagai reformasi pemikiran. Maha suci Allah. Lagi pula adakah negeri-negeri yang mengikut kaedah seperti itu menunjukkan bukti kejayaan yang boleh diikuti keunggulannya?

13. Meneruskan bicara tentang dakwah perlu ditekankan ini, yakni da’wah ialah menyeru orang ramai menegakkan agama, menguatkannya, menjaganya daripada gangguan, menerukan keberadaan dan perlaksanaannya dalam umat, ini tugas utama, sebab alam ini dijadikan demi untuk menjadikan manusia mengenal Tuhan, tunduk kepadanya dan beribadat kepadanya serta melakukan amal salih yang menjadi kesejahteraan manusia di dunia dan juga di alam abadi.

14. Ini jelas dalam ayat-ayat Quran seperti {ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍ وَمِنَ ٱلأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِّتَعْلَمُوۤاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْماً } yang bermaksud ‘Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu’ (al-Talaq:12); satu lagi ialah ayat yang menunjukkan alam ini dan hidup manusia adalah untuk menjayakan ibadat kepada Allah dalam ayat {وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ} yang bermaksud “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ‘(al-Dzariyat: 56); satu lagi ayatnya ialah {ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ } yang bermaksud ‘Dialah [Tuhan] yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);‘ (al-Mulk: 2). Jelas dalam ajaran Qur’an bahawa alam dijadikan untuk memberi kepada manusia ni’mat mengenal Tuhan, beribadat kepada-Nya dan juga melakukan amalan salih yang menjadikan hidupnya bermakna dan mendatangkan kepuasan dan kebahagiaan yang sesungguhnya. Amalan-amalan lain yang dilakukan oleh manusia memberi erti dan makna dalam konteks pandangan hidup yang sedemikian. Maka seruan dakwah ialah seruan kepada kehidupan yang sedemikian.

15. Dengan itu maka yang disampaikan ialah kebenaran-kenbenaran agama dalam akidah, ibadat, muamalah, akhlak, cara kehidupan, dengan cabaran-cabaran semasa yang ada. Termasuk ke dalamnya mempertahankan kebenaran agama dalam pelbagi bidangnya serta mendepani aliran-aliran faham yang bercanggah dengannya, baik yang berbentuk tradisional atau baru, yang datang dari luar atau dari dalam masyarakat islam sendiri; termasuk ke dalam perkara ini ialah aliran-aliran dari luar tajaan pihak asing yang mahu menggangu kehidupan umat dan negara; maka da’i perlu ada kepekaan dalam perkara ini.

16. Golongan-golongan yang ditujukan sebagaimana yang ada dalam ‘al-Da’wah al-Tammah’ oleh Syeikh ‘Abdullah al-Haddad, (terbitan Dar al-Al-Hawi,tahun 2000); da’wah perlu dilakukan kepada semua golongan ahli masyarakat; disebut oleh beliau da’wah itu hendaklah ditujukan kepada golongan ulama’ (hal. 53 dan seterusnya), para ahli ‘ibadat dan orang-orang zahid (hal. 89 dan seterusnya), para umara dan salatin serta mereka yang menjaga urusan am (wulat al-umur) Muslimin (hal. 125 dan seterusnya), ahli perniagaan, pertanian dan pertukangan (hal. 153 dan seterusnya), orang-orang fakir dan dhaif serta mereka yang terkenal bala (hal. 179 dan seterusnya), da’wah kepada mereka yang menjadi pengikut-pengikut di bawah jagaan orang yang berpengaruh, termasuk kanak-kanak, para wanita dan hamba orang (sekarang diharamkan oleh undang-undang) (hal. 199 dan seterusnya), da’wah kepada orang-orang yang taat dan juga yang melakukan maksiat (hal. 225 dan seterusnya). Dengan itu semua ahli masyarakat menjadi tumpuan da’wah demi untuk menjayakan agama dan umat dengan erti yang sebenarnya; dan beliau menjadikan amalan da’wah perjalanan hidupnya, Allah memberi rahmat kepadanya, amin. Kitab ini panduan yang sangat memberansangkan bagi para da’i. Ini adalah selain daripada tambahan-tambahan kitab da’wah yang boleh dimunafaatkan daripengarang-pengarang dan da’i zaman kini, seperti kalau di Dunia Melayukita sebutkan Pak Natsir dan Hamka dan yang sepertinya termasuk Syeikh Ahmad al-Fatani dan lainnya. Dan mereka ini hendaklah dilakukan da’wahnya oleh mereka yang layak baginya, mereka yang ada persediaan dari segi ilmu, peribadi, serta kemahiran da’wah dengan ikhlasnya. Kita perlu mencari jalan untuk menjayakan da’wah kepada semua golongan seperti ini, yang memang merupakan tugas umat yang amat berat untuk dilaksanakan, tetapi ia tugas yang mesti dipikul oleh mereka yang layak sebenarnya. Dan tidak harus kita mencari alasan untuk mengelak daripadanya dengan alasan kita tidak beramal dengan amalan yang cukup untuk bersikap sebagai da’i, sebab tiap-tiap orang perlu melakukannya, mengikut kadar kemampuannya. Termasuk ke dalam kategori mereka itu ialah golongan yang tidak membawa iman dan hidup dalam kesyirikan yang perlu diselamatkan; memang ini perlu dilakukan dengan cermat kerana keadaan dan suasana kepelbagaian budaya dan sistem kepercayaan yang ada di sekeliling kita.

 

Jalan ke Hadapan

17. Dalam menyebut tentang ‘jalan ke hadapan’ dalam hubungan dengan  da’wah di Malaysia, maka elok disebutkan beberapa perkara  yang perlu didepani bersama antaranya ialah:

Bagaimana dakwah menonjol dalam tahun-tahun tujuh puluhan melibatkan organisasi-organisasi bukan kerajaan dan penglibatan jabatan-jabatan kerajaan- yang kemudiannya menimbulkan usaha penerapan nilai-nilai Islam; demikianlah momentum berjalan seterusnya dengan kesan-kesannya masih ada sekarang walaupun ada berlaku beberapa darjah kekurangan pada tumpuan dan kegiatannya.Usaha seperti  ini perlu dibaharui semula dengan membetulkan tekad, matlamat, cara, dan penyusunan kerja, termasuk usaha menentukan keutamaan. Janganlah dikorbankan dakwah untuk kepentingan-kepentingan lain, termasuk soal percaturan yang melibatkan kekuasaan. Maha suci Allah.Kalau tidak kita akan berdepan dengan keadaan bilamana kata-kata Said Nursi rh menjadi penuh keabsahannya iaitu kata-kataاعوذ بالله من الشيطان الرجيم والسياسة : Aku mohon perindungan kepada Allah daripada Syaitan yang terkena rejam dan siasah’.

18. Kesan daripada kesedaran untuk mengembalikan ‘kesihatan’ umat, dan keperluan kepada pengetahuan dan dan dakwah, berlakulah apa yang kita lihat: Kemunculan institusi-institusi Islam, universiti-universiti, bank-bank Islam, takaful, sudah tentu Tabung Haji dengan prestasinya yang cemerlang, musalla-musalla di tempat awam, hingga ke pusat-pusat R&R di lebuh-lebuh raya, demikian seterusnya, kemudian selepas masa kecergasan itu, dengan ‘bulan dakwahnya’ dan lainnya usaha dakwah agak ‘menurun’. Mereka yang terlebat di dalamnya hidup dalam keadaan mewah atau agak mewah, dengan kesan-kesan yang memang dimengerti oleh mereka yang membaca falsafah sejarah seperti karangan ibn Khaldun, Toynbee, dan , bahkan Sejarah Melayu, tentang perubahan yang berlaku bila manusia mengecap kemewahan, walaupun bukan semua yang mengikuti jalan seperti itu, dan perkembangan lainnya.

19. Kemunculan fahaman–fahaman yang mencabar umat islam- golongan anti-hadith, golongan yang mendewa-dewan tokoh sehingga menganggapnya akan menjadi Mahadi, atau ‘wakil mahadi’, ‘kerajaan langit’ ‘nabi Melayu’ dan pelbagai lagi; timbul kesedaran tentang kelemahan umat dalam mengamalkan Ahli Sunnah wal-jamaah; dengan itu timbul usaha dalam penegasan kembali ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah secara nyata dengan melihatnya sebagai ‘akidah, epistemologi, dan kerangka peradaban, selain daripada pembicaraan tentang sifat-sifat Tuhan dan rasul dan yang berkaitan dengan keimanan, serta tajuk-tajuk tentang amal ibadat dalam hidup. Muncul sebutan tentang peradaban Islam dan pusat-pusatnya yang terpandu oleh ajaran Ahli Sunnah hingga ke hari ini dan rahmat Ilahi terpancar dari peradaban-peradaban sedemikian hingga ke hari ini. Dan ini perlu dijadikan neraca seutuhnya. Di celah-celah keadaan sedemikian timbul fahaman dari pihak-pihak tertentu yang mencemuh-cemuhkan amalan Muslimin di rantau ini –timbul golongan yang menyebut tentang gerakan ‘pembaharuan’ tetapi melibatkan ‘qunut bid’ah’, tahill bid’ah, zikir beramai-ramai bid’ah, tasawwuf bid’ah, sembahyang mengikut imam mazhab bukan mengikut sembahyang nabi, mengaji usul al-din dan ilmu kalam seperti yang dibuat oleh ulama Ahli sunnah bid’ah- dan pelbagai lagi, -bagaimanakah cara berfikir seperti ini dikatakan sebagai ‘pembaharuan’ dalam pemikiran dan peradaban, walhal masalah-masalah yang menghantui umat sedemikian banyaknya- Islam Liberal, pluralisme agama, Islam agama keganasan, penghinaan terhadap nabi, bahkan ‘thesis Max Weber’ tentang Islam belum diselesaikan; kata beliau dalam bukunya ‘Economy and Society’ dan tulisan-tulisan lainnya membuat komen-komen negative tentang undang-undang Islam; kalau diamal aturan Syarak ikut Islam tak ada keadilan, yang ada ‘keadilan tok kadhi’ (kadhi justice’), seperti kadhi duduk di pasar menyelesaikan kes-kes  begitu sahaja secara ad-hoc, konon katanya ‘keadilan to’ kadhi’, keputusan undang-undang tak teratur, tak boleh diandaikan sebab undang—undang islam ‘tidak rasional’ dan manusia tidak akan maju, yang maju hanya bila ada undang-undang yang rasional, undang-undang Syarak tidak rasional katanya, demikian seterusnya. Maka suci Allah. Alhamdulillah Negara ini, berkat kerjasama umat dan ulil-amri, jelas thesis Max Weber itu tidak benar. Dan terbukti dalam penyelidikan Haim Gerber dalam bukunya State Society in Islam bahawa tohmahan Max Weber meleset bila diteliti fakta-fakta sejarahnya; tetapi sangkaan Weber itu masih terus berjalan terutama di kalangan meraka yang bukan Islam dan yang terpengaruh dengan konsep seperti itu dalam negara ini dan kita Muslimin tidak bermuafakat untuk menyelesaikannya, tetapi kita bercakap tentang reformasi pemikiran dan macam-macam lagi tajuk yang besar-besar namanya. Maha suci Allah.

20. Mendepani cabaran-cabaran Islam Liberal, yang mengajar tidak ada ‘hukum Tuhan’, ‘tidak ada keistimewaan nabi Muhammad’, ‘wahyu berterusan walaupun orang menulis dalam akhbarpun dari wahy’ ‘aturan-aturan hukum agama itu untuk zaman lampau’ demikian seterusnya, dan Pluralisme Agama yang mengajarkan semuanya sama, sama benar, semua membawa ke syurga seperti dakwaan John Hick misalnya dalam bukunya ‘Pholosophy of Religion’ yang mula ada pengikutnya di negeri ini, Kesatuan Transcendent Agama-agama, fahaman Frithjof Schuon kononnya berasaskan metafisika yang berada pada bahagian inti agama-agama, yang mengatasi bentuk rupa lahiriah agama (the external forms of religions) itu perlu diselesaikan dengan berkesan sebab ia membawa Muslimin kepada kemurtadan dan kekufuran, dijauhkan Allah. Yang parahnya ada pihak-pihak yang mengatakan ini diajarkan oleh ulama Islam dahulu seperti ibn Arabi, Jalaluddin Rumi, dan ada yang memasukkan nama Abd al-Ghani al-nablusi ke dalam senarai itu dan lain –lain lagi. Teringat saya kepada da’i wanita terkenal itu Puan Maryam Jameelah katanya bila ia kenal isteri ketiga tokoh pembentang ‘kesatuan transenden agama-agama’ itu dia malu dengan buku-buku karangan tokoh itu, walaupun dahulunya beliau terpengaruh dengannya; ini dinyatakan dalam wawancaranya dalam sebuah majalah Islam di Pakistan tidak lama sebelum ini.

21. Konsep-konsep baru tentang neo-kapitalisme, hidup berdasarkan kepada ‘conspicuous consumerism’, suka membeli dan menggunakan barang-barang untuk menunjuk-nunjuk, yang membawa malapetaka, ‘the curse of the third generation’ kata mereka, bagi kita itu bukan semestinya ‘curse’ tetapi keadaan di mana kita berhadapan dengan ujian dalam kehidupan dan sejarah hidup manusia dengan kemewahannya; bila generasi ketiga merasai ni’mat dan seterusnya ‘lupa daratan’. Ini disebut oleh ibn Khaldun dalam Mukaddimahnya bila ia berbicara tentang generasi-generasi umat manusia dalam mengalami tahap-tahap perkembangannya.

22. Kesilapan fahaman tentang sekularisme dan ‘asabiyyah yang membawa kepada perpecahan dan perbalahan sesama sendiri, hingga putus silaturrahim, tanpa alasan ilmiah yang tepat dan teguh, berdekad-dekad lamanya, keperluan berwaspada terhadap dana asing yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara (walaupun pada mulanya tidak kelihatan demikian, tetapi ia berpotensi menimbulkan keadaan huru hara itu atas nama ‘kebebasan manusia sejagat’, ‘usaha menegakkan demokrasi’ dan yang sepertinya. Teringat kita kepada kata-kata seorang bekas pemimpin dalam SUHAKAM yang menyebut bahawa setengah pihak mendapat dana dengan memberi gambaran yang negatif tentang negeri sendiri, semakin buruk gambaran yang diberikan, semakin banyak dana yang didapati dari luar. Maha suci Allah.  

23. Perlu kepada usaha-usaha dakwah yang menjurus kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai dalam wacana arus perdana Islam; kembali kepada ajaran arus perdana yang meliputi seperti yang tersebut tadi bersekali dengan pengajaran tentang adab ikhtilaf yang sangat diperlukan, supaya dielak daripada ikhtilaf yang membawa kepada perpecahan.

24. Perlu ada usaha sungguh-sungguh untuk mengelak daripada kekurangan-kekurangan atau kesilapan-kesilapan (kalau ada) yang telah lalu dengan cara bermuafakat atas dasar kasih sayang dan bukan dengan cabar-mencabar yang memecah-belahkan umat;

25. Hendaklah dielak daripada membuat tuduhan melulu sesama Islam bahawa berlaku perlaksanaan sekularisme Barat, tanpa mengambil pengajaran sebenar daripada erti yang tepat istilah itu dalam tamadun asalnya lalu membawa kepada kegawatan pemikiran dan timbul masalah sosial dan lainnya. Perkara seperti ini sampai termasuk ke dalam alam academia seperti misalnya yang ada dalam buku ‘Nationalism and Globalization East and West’ diselenggarakan oleh Leo Suryadinata, terbitan di Singapura, tahun 2000, lihat bab berkenaan dengan Malaysia tulisan seorang ahli akademik tempatan di salah sebuah universiti tempatan kita. Kita hanya mengurut dada mengeluh panjang dan beristighfar melihat gelagat ahli umat ini yang meletak pisau dileher bangsanya sendiri menyangka itu kenyataan ilmiah. Maha suci Allah.

26. Timbul keperluan untuk mengelak daripada terpesona dengan teori-teori dari tokoh-tokoh tertentu dan melupai ajaran menyeluruh arus perdana umat Islam dan panduan intelektuil dan rohaninya; usaha memahami ajaran arus perdana ini perlu dilakukan, bersekali dengan memahami trend semasa, kerana ini sahaja yang mampu memberi kekuatan kepada umat dan negara dan menunjukkan arah yang menyelamatkan kita, agama dan Negara serta umat. Amin.

27. Perlu diulangi kemestian ada usaha memupuk perpaduan dan mengelak daripada perpecahan bila berusaha menegakkan agama sebab menegakkan agama jangan dengan berpecah-pecah belah sebab itu ayat tentang menegakkan agama bersekali dengan ayat jangan berpecah-belah (huraian Fakhr al-Din al-Razi). Ayatnya ialah ayat 13 Surah al-Syura, yakni yang bermaksud: “Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya” (al-Syura: 13). Perkataan ‘tegakkan agama (iqamamah al-din) disebutkan bersekali dengan ‘jangan berpecah di dalamnya’.Kata Imam Fakhr al-Din al-Razi rh dalam ‘Tafsir al-Kabirnya tentang ayat ini (bahagian ‘jangan berpecah itu dengan kata-kata:

قوله تعالى: أَنْ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلاَ تَتَفَرَّقُواْ فِيهِ } مشعر بأن حصول الموافقة أمر مطلوب في الشرع والعقل، وبيان منفعته من وجوه الأول: أن للنفوس تأثيرات، وإذا تطابقت النفوس وتوافقت على واحد قوي التأثير الثاني: أنها إذا توافقت صار كل واحد منها معيناً للآخر في ذلك المقصود المعين، وكثرة الأعوان توجب حصول المقصود، أما إذا تخالفت تنازعت وتجادلت فضعفت فلا يحصل المقصود الثالث: أن حصول التنازع ضد مصلحة العالم لأن ذلك يفضي إلى الهرج والمرج والقتل والنهب، فلهذا السبب أمر الله تعالى في هذه الآية بإقامة الدين على وجه لا يفضي إلى التفرق

firman Allah taala yang bermaksud ‘Hendaklah kamu dirikan agama dan jangan berpecah belah di dalamnya: difahami bahawa terhasil muafakat itu perkara yang dituntut pada sisi Syara’ dan akal, dan menafaatnya ada beberapa segi: jiwa manusia mendatangkan kesan, bila jiwa mereka menjadi tersusun [melalui fahaman misalnya] dan bermuafakat tentang sesuatu [matlamat] maka menjadi kuatlah kesannya; keduanya bila bersepakat maka jadilah tiap-tiap seorang (atau satu jiwa itu) membantu yang lainnya dalam matlamat yang tertentu itu, dan banyaknya bantuan memestikan terhasil maksud [yang dikehendaki]; bila berlaku perbezaan dan perselisihan dan berlaku jidal atau perbahasan timbul kelemahan  dan maksud tidak terhasil; ketiganya dengan berlakunya perselisihan maka itu berlawanan dengan kemaslahatan alam kerana itu membawa kepada perpecahan dan konflik, pembunuhan dan kemusnahan harta benda; kerana itu Allah menyuruh dalam ayat ini supaya mendirikan agama dengan cara yang tidak membawa kepada perpecahan (al-tafarruq). (Tafsir al-Kabir, al-Syura ayat 143, juz 27, hal. 157 percetakan pertama Medan Jami’ al-Azhar, Kahirah, tanpa tarikh). Maka dalam urusan dakwah hendaklah jangan ada perpecahan terutama dari segi fahaman agamnya dan perjuangannya, walaupun kumpulan boleh berlainan, seperti mazhab dalam Ahli Sunnah wal-jamaah. Dan ketiadaan berpecah ini penting sekali, sebab itu ayat berkenaan dengan mendirikan agama ini disekalikan dengan sebutan ‘jangan berpecah’.

Dan perbincangan ini membawa kita kepada surah ali ‘Imran ayat 103 hingga ayat 108:

[3: 103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

[3: 104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

[3: 105] Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

[3: 106] (Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu.

[3: 107] Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.

Tentang mereka yang muka berseri-seri putih itu maksudnya ‘Ahli Sunnah wal-Jamaah’ dan yang hitam muka itu adalah mereka yang terseleweng daripadanya dan berpegang kepada aliran yang mengikut hawa nafsu mereka. Ini dijelaskan dalam tafsirnya seperti berikut:

وقوله تعالى: { يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ } يعني: يوم القيامة، حين تبيض وجوه أهل السنة والجماعة، وتسود وجوه أهل البدعة والفرقة، قاله ابن عباس رضي الله عنهما،  { فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكْفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَـٰنِكُمْ } قال الحسن البصري: وهم المنافقون. )

Ertinya: Firman Allah taala: pada hari itu setengah muka manusia putih setengahnya hitam, yakni pada hari kiamat, muka yang putih ialah Ahli Sunnah wal-jamaah dan yang mukanya hitam ialah golongan ahli bid’ah [keluar daripada ahli sunnah] dan firqah lain [daripadanya], demikian kata ibn ‘Abbas radiyaLlahu ‘anhuma. Mereka yang hitam mukanya, adakah kamu kafir selepas daripada beriman, kata Hasan al-Basri mereka golongan munafiqin [seperti Abdullah bin Ubayy); (Tafsir ibn Kathir, melalui altafsir.com. – akses 03-10-2012).

[3: 108] Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.

28. Mengelak daripada melihat isu siasah mengikut kacamata yang terpengaruh dengan aliran liberal Barat atau mengikut kacamata terpengaruh dengan tokoh-tokoh tertentu melupakan ajaran arus perdana Islam yang membawa kepada perpecahan dan kekaburan fahaman.

29. Membetulkan hubungan antara orang ramai dengan ulil-amri sebab hukum berkenaan dengan ulil-amri masih kekal dan ada keabsahan hingga sekarang, kalau tidak dakwah terbantrut dalam perkelahihan antara orang ramai dan ulil-amri atas nama perjuangan tetapi itu mekmakan diri sendiri dan mendatangkan malapetaka. Dalam ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah ketaatan kepada ulil-amri terus berjalan dan mereka tidak boleh ditentang –al-khuruj alal-‘imam adalah haram (الخروج على الامام حرام )dengan ijma’- dan kalau ada perkara-perkara yang ‘tidak kena’ maka hendaklah dilakukan al-din al-nasih dengan syarat-syarat dan adab-adabnya.  Keluar menentang imam hanya dibenarkan berlaku bila zahir kufur yang nyata daripadanya secara tidak boleh ditakwil-takwil lagi. Demikianlah caranya kerjasama antara ulil-amri dan orang ramai berjalan dalam umat.Ajaran menentang ‘imam’ berdasarkan ajaran dar pemikiran liberal dari luar yang membawa kepada kekacauan adalah ditegah dalam agama, dan mereka yang melakukannya sudah banyak terbukti mudharatnya yang tidak padam-padam.Umat wajib diajak kembali kepada ajaran Ahli Sunnah melalui  da’wah yang berterusan secara teratur dan berkesan  bukan pada waktu-waktu tertentu sahaja; ia perlu berterusan sebagaimana hidup manusia adalah berterusan, hingga  sampai ajal mereka. Bangkang semata-mata kerana membangkang kerana hendak menjadi ‘watch dog’ dalam erti pemikiran yang datang dari luar terlarang dalam agama.

30. Dan perlu ditambah: ini bukan soal feudalisme atau soal modernisme sebagaimana yang terfikir oleh setengah pihak, ia prinsip dalam Ahli Sunnah yang diijmakkan berkurun-kurun lamanya dan ia diperlukan oleh umat, dengan ada asalan-alasan nakal dan akal, alasan nas dan alasan intelektuil, ia bukan soal bukan ketinggalan zaman. Mereka yang terpengaruh dengan simpang siur pemikiran Barat (seperti yang digambar oleh Frederick Copleston dalam ‘History of Philosophy’nya dalam beberapa jilid itu atau Will Durant dalam ‘Story of Philosophy’nya dan Bertrand Russell dalam History of Philosohy’nya); orang-orang kita yang terpengaruh seperti itu perlu didedahkan kepada simpang siur pemikiran itu dan akibat-akibatnya hingga sekarang dengan secara objektif dan membandingkannya dengan kestabilan wacana arus perdana Islam dengan ciri-cirinya secara penuh sedar dan objektif. (Lihat misalnya keadaan simpang siur sekarang dengan pihak-pihak yang mencanangkan nilai-nilai dan gaya hidup LGBT serta pluralisme dan liberalisme agama dan seterusnya dengan akibat-akibatnya yang sedemikian mencengangkan kita, mengharu-birukan hidup keluarga dan masyarakat, digabungkan itu dengan konsep kebebasan manusia dan hak-hak sarwajagatnya mengikut kacamata pihak luar dengan tidak mempedulikan nilai-nilai Islam dan peradaban Timur. Maha suci Allah.

31. Ayat tentang bertaqwa kepada Allah dan bertaqwa menjaga hubungan rahim (huraian Baidhawi tentang ittaqu’Llah dan ittaqur-rahim), kalau melalkukan taqwa kepada Allah kemudian rosak hubungan rahim itu tidak dibolehkan. Ayat itu ialah ayat berkenaan taqwa di awal surah al-Nisa’ Ayatnya ialah (يٰأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمْ مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَآءً وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِ وَٱلأَرْحَامَ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً ) yang bermaksud “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (al-Nisa’:1). Tentang ayat yang pertama yang menyebut taqwa kepada Allah yang namanya disebut untuk memhohon keperluan kamu disebut dalam tafsir Baidhawi (أي اتقوا الله واتقوا الأرحام فصلوها ولا تقطعوها) yakni bertaqwalah kepada Allah dan bertaqwalah dalam menjaga hubungan rahim, maka hendaklah dihubungkan rahim dan jangan memutuskan hubungan itu. Dan bila ini dihubungkan dengan erti kekeluargaan secara luas ia mencakupi bangsa dan kemaslahatannya yang disuruh oleh Quran dan Sunnah. (Tafsir Baidhawi, jilid 2, hal. 64, Dar al-Kutub al’-Arabiyyah al-Kubra, Kahirah, tanpa tarikh).

32. Isu jangan mengatakan semua manusia sudah rosak semua, ini keadaan yang amat berat sekali. Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad dalam bukunya yang sangat indah dan penuh pengajaran yang tepat untuk da’i menganjurkan supaya dilakukan da’wah kepada semua golongan demi menjayakan agama dan menyempurnakan amalannya dalam bukunya yang terkenal ‘al-Da’wah al-Tammah wa al-Tadhkirah al-‘Ammah’, terbitan Dar al-Hawi, tahun 2000.

33. Gerakan dakwah perlu disemarakkan oleh NGO-NGO Islam dengan dana-dana yang mencukupi, dakwah yang teratur, terancang, melibatkan semua peringkat, supaya lahir masyarakat yang beramal dengan islam yang teguh Islamnya, dalam masa yang sama hidupnya harmonis dengan pihak agama lain dan para penganutnya, ‘dalam aman dan harmonis’ (in peace and harmony) sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan Malaysia. Ke dalam gerakan dakwah ini perlu dimasukkan rangka kerja dan panduan dalam dialog antara para pengikut sistem-sistem kepercayaan yang ada di negara ini demi tujuan mencapai keharmonian hidup bersama.

 

Kesimpulannya

34. Dalamperbincangan yang berlaku ini telah ditelusuri secara ringkas masalah kepentingan dakwah dalam umat, keperluan kepadanya, syarat-syarat dan caranya, kesannya yang telah berlaku dalam negara kita, dan beberapa unsur yang perlu didepani dalam jalan ke hadapan. Mudah-mudahan seruan dakwah kita berjalan dengan ‘inayah Allah taala dan terpandu pada pada jalan yang lurus tanpa tergendala, amin.

35. Dengan izin Ilahi diharapkan –Allahumma amin- gerakan seruan dakwah ini akan berjalan terus menerus ke hadapan tanpa hentinya, selepas sekian lama suaranya tidak begitu kedengaran di kalangan kita; maka dengan seminar ini yang dirasmikan oleh TPM Tan Sri Mahyuddin Yasin, dengan jayanya, amin, dengan kertas-kertas mencakupi perbincangan tentang dakwah dan pengukuhan akidah oleh rakan kita Dr. Wan Adli Wan Ramli dari Akademi Islam, UM, tentang dakwah mendepani serangan pascamodernisme, oleh rakan kita Dr. Amran Muhammad dulunya dari UM, persoalan dakwah berhadapan dengan hegemoni Barat, oleh sahabat kita Prof. Dr. Sidek Baba, dari UIA, perbincangan tentang dakwah mendepani usaha pemurtadan umat di negara ini, oleh sahabat kita Sdr. A Karim Omar SUA MUAFAKAT, tentang dakwah sebagai medium integrasi nasional oleh rakan kita Dr. Muhammad Fuad Yeoh Abdullah, dari MACMA, perbincangan tentang dakwah Islamiyyah sebagai instrumen pembinaan tamadun, oleh sahabat lama kita Prof. Dato’ Paduka Mohamad Abu Bakar, perbincangan tentang penulisan kreatif dan kedudukannya dalam dakwah Islamiyyah oleh rakan gigih kita Prof. Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar dari UPSI, dan sebagai ketua satu GAPENA, perbincangan tentang Dakwah Islamiyyah mendepani kemelut politik di Malaysia, oleh sahabat lama kita Datuk Nakhaie Ahmad, juga perbincangan bidang itu oleh rakan kita Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Pusat Kajian Fiqh Kontemorari, YB Bachok, moga-moga Allah bangkitkan semula kedinamisan dakwah Islamiyyah di negara ini, amin, dan membawa dengannya kejayaan-kejayaan dakwah yang diredhai dan yang menyejukkan kalbu mereka yang beriman, menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita, amin ya Rabbal ‘alaimn. Wallahu a’lam. Wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

 

Ustaz Uthman El-Muhammady: Hubungan Gender Dalam Islam

Rakaman pembentangan kertas kerja bertajuk Hubungan Gender Dalam Islam oleh Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, ISTAC, pada Wacana Kemungkaran LGBT pada 22 April 2012, di Dewan Besar, Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

PLURALISME AGAMA: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah

Tajuk Buku: “PLURALISME AGAMA: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah

Penerbit: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Kandungan buku ini adalah kumpulan dari kertas-kerja yang telah dibentangkan dalam tiga wacana yang telah dianjurkan oleh MUAFAKAT dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO.

Bilangan muka surat: 305

Harga: RM25.00 senaskah

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut atau telefon: 012-650-6404 – Sdr. Nasrul untuk pesanan.

Topik-topik di dalam buku tersebut:

  1. Pluralisme, Spiritualisme dan Diabolisme Agama – Ismail Mina Ahmad
  2. Meneliti Doktrin dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama – Dr. Anis Malik Thoha
  3. Akidah Islam dan Faham Pluralisme Agama – Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
  4. Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syari‘ah Islamiyah – Nur Farhana Abd Rahman, Dr. Mohd Nasir Omar dan Dr. Idris Zakaria
  5. Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas – Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
  6. Pluralisme Agama: Beberapa Persoalan Dilihat Dari Pandangan Arusperdana Islam – Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
  7. Memeriksa Semula Pandangan Hashim Kamali Tentang Pluralisme Agama – Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
  8. Bahaya Pluralisme Agama Kepada Umat Islam – Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
  9. Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal – Dr. Yusri bin Mohamad
  10. Pluralisme Agama di Indonesia: Faham dan Amalan – Dr. Syamsuddin Arif
  11. Pluralisme Agama: Ancaman Terhadap Kemurnian Al-Quran – Dr. Ahmad Bazli Shafie
  12. Interfaith Dialogue: ‘Kuda Troy’ (Trojan Horse) dari Vatican? – Dr Syamsuddin Arif

Lampiran-lampiran:

  • Lampiran I: Resolusi Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah
  • Lampiran II: Teks Asal Ucapan Anwar Ibrahim di London School of Economics pada 18 Mac 2010
  • Lampiran III: Terjemahan Teks Ucapan Anwar Ibrahim di London School of Economics
  • Lampiran IV: Tulisan Mohamad Hashim Kamali Dalam The New Straits Times
  • Lampiran V: Keputusan Fatwa Majelis Ulama Indonesia
  • Lampiran VI: Petikan dari buku “Civil Democratic Islam”
  • Lampiran VII: Sedutan Dari Bait-bait Jalal Al-Din Rumi Dalam Mathnawi Ma’nawi

Video: Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama: Satu Pengamatan Ringkas – Ustaz ‘Uthman El-Muhammady

Pembentangan kertas-kerja “Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama: Satu Pengamatan Ringkas” oleh Ustaz ‘Uthman El-Muhammady, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sempena WACANA ISU-ISU SEMASA AQIDAH: PLURALISME AGAMA tema: MEMBENTERAS GERAKAN PLURALISME AGAMA DAN PEMURTADAN UMMAH pada 15 Jan. 2011 (10 Safar 1432) – Sabtu, di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu.

Anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Taqwa (YT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

[Baca kertas-kerja - klik di sini]

Video: Gerakan Kebangsaan Malaysia Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah

Berikut adalah rakaman pembentangan kertas Gerakan Kebangsaan Malaysia Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah (klik di sini untuk baca teks) Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady usrah bulanan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 3 Januari 2012.

 

Gerakan Kebangsaan Malaysia Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah

Untuk versi cetak dalam format pdf: Klik ini: Gerakan Kebangsaan Malaysia Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah – Jan2012

Untuk tonton rakaman video pembentangan dalam YouTube: klik di sini

Kertas ini telah dibentangkan dalam Seminar Perjuangan Kebangsaan & Patriotisme Dalam Peradaban Malaysia pada pada 16 Disember 2011 di Dewan Konvensyen E-Learning, UPSI, anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Majlis Professor Negara dan dibentang semula dengan sedikit penambahan untuk usrah bulanan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 3 Januari 2012.

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

 

Gerakan Kebangsaan Malaysia Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah


Syeikh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

(ISTAC IIUM, IIM, Yayasan Karyawan)

 

 

  1. Bi-‘awnika ya Latif! Ceramah ini terdiri daripada beberapa bahagian, pertama bahagian tentang sejarah ringkas gerakan kebangsaan yang membawa kepada kemerdekaan, kedua sebutan tentang hasil-hasil gerakan kebangsaan itu yang membawa kepada kemerdekaan dan faedah-faedah pembangunan selepas kemerdekan, termasuk pembangunan yang jelas dalam segi keagamaan, ketiga hujah tentang keabsahan nasionalisme Melayu yang sifatnya tidak terpisah dari agama Islam, walaupun ada tuduhan pengkaji tentang itu, dan keempatnya hujah tentang keabsahan bahawa nasionlalisme itu bukannya bersifat sekular dalam erti Barat, tetapi ada keabsahannya dari segi Islam.

 

Bahagian yang berkaitan dengan tuduhan sekularisme juga diberikan perhatian dalam nota ini untuk menunjukkan bahawa tuduhan pihak yang membuat kenyataan berlakunya sekularisasi di negara ini adalah tidak tepat mengikut fakta dan kefahaman yang benar tentang semantik persoalan yang terlibat dalam huraiannya.

Majalah al-Imam dan lain-lainnya

2.            Satu daripada alat yang paling awal dan berpengaruh dalam kebangkitan kebangsaan Melayu ialah majalah ‘al-Imam’ yang dimulakan di Singapura tahun 1906, waktu itu sebagai pusat nasionalisme Melayu. Ia dimulakan oleh sekumpulan intelektuil Islam Melayu yang ada hubungan kekeluargaan dan perniagaan yang luas dengan pihak Othmaniah di Timur Tengah. Yang menyusun gerakan itu antara yang terkenalnya ialah Syeikh Mohd Tahir b. Jalaluddin al-Azhari, yang mendapat pendidikan di Kahirah, dan dipengaruhi oleh Syeikh Mohd Abduh dan Rasyid Ridha. Seorang lagi ialah Sayyid Syeikh Al-Hadi, yang lahir di Melaka, berasal keturunan Arab dari Hadhramaut; kemudian Haji Abbas Taha dari Singapura dan Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, seorang ahli perniagaan dari Aceh, yang menjadi pengarah majalah al-Imam dalam masa dua tahun awalnya. Dalam tiga puluh tahun kemudiannya al-Imam memainkan peranan besar sebagai penyampai kebangsaan Melayu yang radikal, menentukan polisinya sebagai pengarang, menentang ulama yang dianggap tidak maju, dan menentang penjajah yang mengeksploitasi Orang Melayu dan menundukkan mereka (Ozay: h 104).

3.            Al-Imam menunjukkan fahaman nasionalisme yang dipengaruhi oleh hubungannya dengan Timur Tengah; ia ‘nasionalisme yang bersifat orientasi ke luar dan bukan ke dalam (It was outward rather than inward-oriented kata Ozay Mehmet, hal. 104). Ia berlaku kerana dari empat orang yang berfikiran kreatif di sebalik gerakan itu hanya Haji Abbas sahaja orang dari Semenanjung Tanah Melayu. Dengan orientasi ke luar ini majalah al-Imam memujuk orang Melayu sebagai ummah untuk mengakui kesetiaan mereka di luar daripada kesetiaan kepada sultan negeri dan negeri mereka; Gerakan Pan-Islamisme, yang berupa polisi kerajaan Othmaniah Turki waktu itu (di bawah Sultan Abdul Hamid) menjadi pengaruh yang terbesar dalam nasionalisme Melayu. Dalam masa pembentukan nasionalisme Melayu yang demikian gerakan itu mendapat bantuan kewangan dan politik dengan disponsori oleh tokoh-tokoh seperti Hajji Attaullah Effendi dan Muhammad Asagoff yang merupakan wakil kerajaan Othmaniah dalam kawasan ini, juga Muhammad Kamal Bey duta Othmaniah yang pertama di Betawi, dan yang satu-satunya sahaja. Beliau dipecat oleh Belanda dalam tahun 1899 kerana kegiatan-kegiatan Pan-Islamismenya dan akhirnya ia berada di Singapura (Reid. Reid 1967:271, 279–80). Pihak penjajah mengambi berat sekali tentang gerakan Pan-Islamisme itu kerana ia berpengaruh dan berkembang dalam semua peringkat masyarakat Melayu. Dengan itu bila kapal perang Turki ‘Ertogroul’ melawat Singapura dalam perjalanan ke Jepun, itu menyebabkan naik semangat di kalangan Orang Melayu dan India Muslim. Maka surat-surat ditulis sebagai petisyen untuk menyatakan masalah-masalah yang dihadapi, dan juga ada surat-surat dari Raja Selangor dan Raja Atjeh untuk kapten kapal Turki itu memohon pertolongan dari Sultan-Khalifah Turki. Bagaimanapun kapal itu belayar sebelum surat-surat itu boleh disampaikan kepada kaptennya. (Reid 1969b: 258) (Ozay: hal. 105).

4.            Gerakan Pan-Islamisme Sultan Abdul Hamid Turki terlalu amat berpengaruh dalam membentuk nasionalisme Melayu dan juga Indonesia. Pada masa kuasa penjajah berada di kemuncaknya Islam memainkan dua peranannya: ia menyatupadukan dunia mereka yang beriman berhadapan dengan tindakan-tindakan ketidakadilan penjajah, dan pada masa yang sama ia memberi gambaran jatidiri dalam masyarakat majmuk waktu itu (multiracial society). Kerajaan Othmaniah, walaupun pada waktu itu terlalu amat lemah sekali, bagaimanapun ia berupa satu-satunya sahaja kuasa Islam yang merdeka, dan dengan itu, maka polisi Pan-Islamismenya boleh dan memang berfungsi, dalam memberi semangat perjuangan kepada gerakan kebangsaan di Alam Melayu yang sedang mula berkembang itu. Dengan itu maka al-Imam memberi liputan yang luas kepada berita-berita dari kerajaan Othmaniah Turki dan Timur Tengah. Misalnya ada artikel-artikel tentang tentera laut Turki dalam keluaran bulan Januari 1907, juga tentang kereta api Hijaz pada bulan Julai 1907, dan sistem pentadbiran kerajaan Turki dalam bulan Oktober 1907 (Roff 1967: notakaki 59). (Ozay: hal. 105).

5.            Majalah al-Imam kemudiannya diikuti oleh banyak akhbar-akhbar lainnya seperti Neraca, Warta Malaya, Al-Ikhwan, dan Saudara. Semua penerbitan-penerbitan ini memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan nasionalisme Melayu; tetapi nasionalisme peringkat ini bersifat keagamaan, yang berkait dengan ideologi Pan-Islamisme. Ia menunjukkan kepada Orang Melayu tentang dunia luas Alam Islam itu, juga pengalaman yang sama di kalangan muslimin di bawah pemerintahan penjajah dan ketidakadilannya, serta keperluan untuk bersama dengan perjuangan demikian, berserta dengan saudara seagama itu. Dalam rangka perjuangan demikian Turki mendapat kedudukan yang khusus, dan Sultan Othmaniah, walaupun sedemikian berkuasa di Turki dengan unsur-unsur ‘despot’nya, ia dihormati sebagai khalifah di mana-mana. Orang Melayu dengan segera bersimpati dengan Orang Turki dalam semua peperangan mereka, termasuk kempen di Libya menentang Itali, peperangan Balkan dan Perang Dunia I. Mereka khususnya berbangga dengan kemenangan Turki di Gallipoli mengalahkan Orang Greek. (Ozay: 105) Buku-buku popular berkenaan dengan Mustafa Kamal Attaturk, perang kemerdekaan Turki dan terasasnya negara republic di Ankara diterbitkan dan dibaca dengan meluasnya (Za’aba 1939: 160-161) (Ozay: 105). Kemudian secara beransur-ansur berlaku peralihan dalam gerakan itu, daripada jenis kebangsaan cara Pan-Islamisme kepada kebangsaan yang melihat ke dalam menentang penjajah, menjadi gerakan kemerdekaan. Sehingga tahun 1926, kebangsan Melayu agak kurang dalam orientasi politiknya. Dalam tahun 1926 Singapore Malay Union (SMU) diasaskan, ia bentuk awal bagi parti-parti politik Melayu tahun 1940an itu. Ini menandakan peralihan daripada faham kebangsaan yang bersifat keagamaan menjadi satu fahaman kebangsaan Melayu yang bersifat sekular (‘a secular brand of Malay nationalism’ kata Ozay: 105). Dengan terbentuknya SMU, maka golongan elit intelektuil Melayu menjadi lebih bertambah lagi menyedari keperluan kepada tindakan secara politik dan kepimpinan yang berkesan melalui kelab-kelab, persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan demi untuk mencapai kemajuan bagi orang Melayu (Malay progress). Maka mobilisasi politik menjadi tidak boleh tidak demi untuk menjaga kepentingan-kepentingan Melayu mendepani penjajahan dan bangsa-bangsa lain di Malaya. Orang Cina dan India dibawa oleh Inggeris untuk menjadi pekerja-pekerja yang memberi tenaga murah dalam ladang-ladang dan lombong-lombong. Ini semakin mengancam kedudukan Orang Melayu.

6.            Dalam tahun 1931 seorang ahli majlis mesyuarat dewan undangan negeri yang berbangsa Cina membuat kenyataan:

Siapa kata ini negeri Melayu? Bila Captain Light datang ke sini adakah ia bertemu dengan mana-mana kampong Melayu? Datuk nenek kita datang ke sini dan berkerja sebagai buruh dan mereka tidak menghantar wang ke negeri Cina. Mereka membelanjakan wang itu di sini dan dengan ini ertinya kerajaan boleh membuka negeri ini menjadi negeri yang maju (‘a civilized one’). Kita sudah menjadi satu dengan negeri ini. Ini milik kita, negeri kita.’ (Dinukil dalam Soenarno, 1960: 11). (Ozay:106).

7.            Orang Melayu bukannya tidur dari segi politiknya; mereka sedar dengan sebenarnya tentang implikasi-implikasi yang penuh dari polisi imigresen waktu itu. Pencabulan atas hak Melayu sebagai ‘Bumiputera’ dan hak-hak istimewanya membawa kepada timbulnya sanggahan yang segera. Dalam ‘Singapore Free Press’ pada 22 March 1928 terdapat tulisan:

The Malays have awakened to the problem of western civilisation which they have to face and already there is a realisation that, if they are to succeed against the encroachment of other races in Malaya, they must combine for their own and the welfare of succeeding generations. (Quoted in Soenarno 1960: 15)

“Orang Melayu sudah sedar tentang masalah tamadun Barat yang mereka terpaksa mendepaninya, dan terdapat kesedaran bahawa kalau mereka hendak berjaya dalam mendepani pencerobohan bangsa-bangsa lain di Malaya, mereka mesti bersatu di kalangan mereka demi kesejahteraan mereka dan generasi-generasi yang berikutnya”. (Dinukil dalam Soenarno 1960: 15) (Ozay: 106)

8.            Dengan terbentuknya UMNO dalam tahun 1946 maka nasionalisme Melayu dan jatidiri [Melayu] menjadi satu. “Umno merupakan pendewasaan nasionalisme politik Melayu. Ia berupa tindakan bila Orang Melayu memimpin nasib mereka, menegaskan jatidiri mereka, dan dalam proses itu, membentuk masa depan negeri mereka. Tanpa UMNO dalam tahun 1946, hampir-hampir pasti bahawa Malaysia yang ada hari ini, berdasarkan kepada ketuanan Melayu, tidak mungkin berlaku” (It was with the formation of the United Malays National Organization (UMNO) in 1946 that Malay nationalism and identity merged. UMNO represents the political maturation of Malay nationalism. It was an act whereby the Malays took charge of their destiny, asserted their identity, and in the process shaped the future of the country. Without UMNO in 1946, it is almost certain that Malaysia of to-day, based on the supremacy of the Malays, would not have been possible. (Ozay: 106).

Dengan tercapainya kemerdekaan Orang Melayu menjadi satu bangsa merdeka (nation) dan mengikut konsep Tunku Abdul Rahman bangsa itu berupa entiti politik dan budaya berdasarkan kepada konsep ketuanan asal itu (the concept of original sovereignty) (Boon Kheng: 5).

9.            Perkara yang menyebabkan berlakunya pembentukan UMNO ialah ancaman dari pihak British untuk membentuk Malayan Union yang menghimpunkan semua negeri-negeri Melayu dalam Malayan Union, dengan negeri-negeri selat seperti Pulau Pinang dan Singapura menjadi satu sebagai kawasan jajahan British dengan menghilangkan kuasa sultan-sultan Melayu, simbol jatidiri tradisional Melayu dan penjaga agama islam di bawah kekuasaan mereka. Di bawah cadangan Malayan Union semua orang-orang bukan Melayu akan diberi hak-hak yang sama dan orang Melayu akan menjadi golongan minoriti dalam negeri mereka sendiri (Ozay 1990: 106-107).

10.          Dalam awal bulan March 1946 empat puluh enam pertubuhan Melayu berhimpun di Kuala Lumpur untuk membantah pertubuhan Malayan Union, dan pada 11 Mei 1946 secara rasminya UMNO ditubuhkan demi untuk memperjuangkan hak-hak Melayu dan menentang Malayan Union. Datok Onn bin Jaafar anak menteri besar Johor dilantik sebagai Presidennya; beliau berketurunan Turki. (Bab 1 hal. n28) (Ozay: n107).

11.           Kata Ozay ‘UMNO berupa parti sekular, dengan stail parti politik Attaturk yang nyata mengikut corak model kebangsaan golongan Kemalist yang berkuasa waktu itu (Za’ba, dinukil dalam Milner 1986:124). Ia berupa pembentukan sayap’ultra-progressif’ nasionalis Melayu, terkenal sebagai ‘parti mengikut stail Turki’ yang meminjam nasionalisme Ataturk, [tetapi] mengelak daripada sekularismenya.’ (UMNO was a secular, Attaturk-style political party, patterned explicitly on the nationalistic model of Kemalists then in powerin Turkey (Za’ba quoted in Milner 1986: 124). It was the creation of the ‘ultra-progressive’ wing of Malay nationalists known as ‘Turkish style party’ which, while borrowing Kemalist nationalism, avoided its secularism) (Ozay: 107). Dalam gerakan itu selain Dato’ Onn ada Tunku Abdul Rahman yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sejarawan tentang nasionalisme Melayu menunjukkan persetujuannya dengan Attaturk menulis memujinya ‘kerana membebaskan bangsa Turki bukan sahaja daripada pengaruh asing tetapi juga daripada kerajaan yang bersifat feudal’ (Milner 1986: 122).

12.          Dalam tahun 1951 Dato Onn keluar dari UMNO kerana perbezaan pendapat tentang status kerakyatan yang hendak dibuka oleh beliau kepada semua rakyat Malaya untuk menjadikan UMNO sebagai parti semua bangsa. Tunku Abdul Rahman menjadi pemimpin UMNO mengambilalih peranan Dato’ Onn. Tunku berjaya mengadakan hubungan baik antara UMNO dan MCA, dan terbukti sebagai kejayaan politik yang besar. MIC kemudiannya masuk sama ke dalam perikatan itu, iaitu UMNO-MCA-MIC yang kemudiannya melaksanakan gerakan hingga tercapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Asas perikatan yang menghimpunkan tiga parti itu ialah sikap bertolak ansur antara tiga parti itu: Orang melayu bersedia untuk memberi kerayatan kepada orang bukan Melayu dan orang bukan Melayu pula bersetuju menerima hak-hak istimewa bagi Orang Melayu dan golongan bumiputera negeri ini. Ini ada dalam artikel 153 dalam Perlembagaan yang memberi kuasa kepada yang DiPertuan Agung, Raja Pemerintah Malaysia untuk menjaga hak-hak istimewa orang Melayu dengan mengkhususkan kedudukan-kedudukan tertentu dalam perkhidmatan awam perseketuan, dengan memberi biasiswa khusus dan pemberian lesen di bawah undang-undang persekutuan bagi menjalankan perniagaan dan perdagangan. (Ozay: 108; Boon Kheng: 4.).

13.          Semenjak merdeka, UMNO merupakan parti yang memerintah, kemudian dengan beberapa perubahan keadaan politik ia menjadi kongsi yang senior atau kanan dalam kerajaan campuran dalam parti terdiri daripada pelbagai bangsa; selepas Mei 1969 orang Melayu berada dalam keadaan pimpinan dan UMNO menunjukkan bukti hal ini, hinggalah kemudiannya berlaku krisis tentang perlembagaan yang membawa kepada hilangnya UMNO yang dahulu itu. Dengan berlakunya peristiwa Mei 1969 dengan konflik perkauman di Malaysia, dengan pihak bukan Melayu mendapat keuntungan politik mereka, maka timbul dasar Ekonomi Baru (NEP) yang membawa kepada tindakan tegas memihak kepada orang Melayu dalam polisi enonomi yang bertujuan untuk melaksanakan hak-hak istimewa orang melayu. Ini dilaksanakan di bawah pimpinan Tun Razak yang mendapat kuasa dalam satu usaha mengambil kuasa secara senyap selepas insiden 13 Mei 1969. Dasar Ekonomi Baru itu digarap sebagai program dua puluh tahun untuk membandarkan Orang Melayu, menjadikan mereka berjaya dalam industri dan memajukan mereka dan menghapuskan keadaan-keadaan tidak saksama dan tidak seimbang dalam pendapatan dan peluang-peluang ekonomi dalam negara. (Ozay: 108). Tentang kejayaan Malaysia kemudiannya, seperti zaman Dr. Mahathir, walaupun majalah ‘Newsweek’ yang kerap mengkritiknya, mengakui bahawa “Di bawah pimpinan Mahathir Malaysia mencapai kemajuan daripada negara yang secara khusus berupa ekonomi pertanian menjadi satu ekonomi yang sangat banyaknya berdasarkan kepada teknologi dan pengetahuan. Ia menjadikan negaranya berkembang menjadi negara dengan suaranya dihormati dalam pentas antarabangsa …” (Boon Kheng: 189).

Dan dalam hubungan dengan keharmonian antara kaum di negara ini boleh dicatitkan bahawa dalam usaha yang banyak kesulitannya kerajaan Malaysia berjaya mencapai keharmonian yang tidak banyak bangsa di dunia yang mencapainya. Boon Kheng menyatakan bahawa “Bagaimanapun, dengan perbezaan-perbezaan politik yang ada, tidak banyak negara yang boleh menandingi kestabilan taraf tinggi Malaysia dalam politik, keharmonian etnik dan kemajuan ekonomi” (Still, despite these political differences, not many other countries can match Malaysia’s high-level political stability, racial harmony and economic progress …) (ibid: 188).

14.          Keadaan seterusnya tidak dibicarakan dalam nota ini, kerana tujuan kertas ini ialah untuk melihat nasionalisme Melayu di bawah UMNO tentang tuduhan terhadapnya bahawa ia parti sekular, yang mensekularkan Islam, sebagaimana yang dinyatakan antara lain dalam buku ‘Nationalism and Globalization’ yang diselenggarakan oleh Leo Suryadinata, terbitan Institute of Southeast Asian Studies, Singapura, tahun 2000 dalam artikel tulisan hal. 152 dan seterusnya dalam buku itu.

15.          Di bawah tajuk ‘The Secularization of Islam’ atau ‘Gerakan Mensekularkan Islam’ atau Sekularisasi Islam, penulis bab tentang ‘Globalisasi dan Cabaran-Cabaran Terhadap Nasionalisme Melayu’ (Globalization and the Challenges to Malay Nationalism’ by Halim Salleh) membuat kenyataan demikian:

“A major challenge to [Malay] nationalism has also arisen from concerted UMNO efforts to secularize Islam. Traditionally, UMNO has considered Islam as a theological issue quite separate from other areas of life, particularly politics, following the separation of religion from state in European practice. And following Western notion of Islam as being conservative and an antimony to (capitalist) economic development, UMNO and the government have also tried to enlist Islam as an instrument of development, and prevent any inclination to reassert Islamic conservatism. Towards this end, it has suppressed the revival of what it considers regressive fundamentalist Islam by banning so-called fundamentalist Islamic organizations and arresting the leaders in the 1980s and 1990s. While PAS had supported the move in cases that it considers as preaching deviant Muslim teachings, this has opened up an old and basic UMNO-PAS debate on the role of Islam in development.’

Terjemahannya:

‘Satu cabaran besar terhadap nasionalisme [Melayu] telah timbul dari usaha yang disepakati dari pihak UMNO untuk mensekularkan Islam (concerted UMNO efforts to secularize Islam). Secara tradisionalnya UMNO telah menganggap Islam sebagai isu akidah (teologikal) yang agak terpisah daripada bahagian-bahagian lain kehidupan, khususnya politik, mengikuti amalan memisahkan agama dari negara dalam amalan orang Eropah, berdasarkan pemisahan agama dari negara dalam amalan Eropah. Dan dengan mengikut pandangan Barat tentang Islam sebagai agama konservatif dan bertentangan dengan pembangunan ekonomi (kapitalis) UMNO dan kerajaan juga berusaha untuk mengambil Islam (tried to enlist Islam) sebagai satu alat (instrument) untuk pembangunan. Dalam menuju kepada matlamat ini, ia menekan usaha menghidupkan semula (revival) apa yang difikirnya sebagai Islam yang mundur ke belakang dan yang bersifat fundamentalis dengan mengharamkan apa yang dipanggil sebagai organisasi-organisasi Islam yang fundamentalis dan menangkap pemimpin-pemimpin mereka dalam tahun-tahun 80an dan 90an. Manakala PAS menyokong usaha itu dalam kes-kes yang diangggap ajaran islam yang menyeleweng (deviant Muslim teachings), ini membuka pula satu perdebatan lama dan asasi antara UMNO dan PAS tentang peranan Islam dalam pembangunan.’

16.          Seterusnya terdapat kenyataan yang berikutnya:

“Following its secular ideology, UMNO sees Islam, particularly Islamic economic practices as requiring modifications before it can be inserted into mainstream (capitalist) economic development. To do this, it developed modern Islamic institutions, launched research institute to foster greater Islamic religious understanding (Institute for Islamic Understanding or IKIM) and increased coverage in the media. It expects to transform Islam as an instrument which can integrate Malays into a modern capitalist economy. On the other hand PAS considers Islam as the ideological foundation to develop a total new way of life (civilization) and an alternative to capitalism itself.  While UMNO has become eclectic and pragmatic and pursues the idea of establishing a modern nation along the model of developed countries to-day. PAS seeks the establishment of an Islamic state on the Qur’an, Hadith, and Sunnah. Bringing the debate into the political arena, therefore, PAS has accused UMNO of dragging the community into infidelity (kafir) whereas the latter has ridiculed PAS as being backward and incapable of running a modern government.

Terjemahannya:

“Dengan mengikut dasar ideologinya yang sekular, UMNO melihat Islam, khususnya amalan-amalan ekonomi Islam sebagai [amalan-amalan] yang memerlukan pengubahsuaian (modifications) sebelum ia boleh dimasukkan ke dalam pembangunan ekonomi (kapitalis) arusperdana. Untuk melaksanakan yang demikian ini ia (UMNO) mengadakan institusi-institusi Islam moden, melancarkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), dan menambahkan liputan [tentang Islam dan pembangunan] dalam media. Ia berharap untuk mengubah Islam menjadi instrumen yang boleh mengintegrasikan Orang Melayu ke dalam ekonomi kapitalis moden. Sebaliknya PAS menganggap Islam sebagai dasar ideologi untuk membentuk satu cara hidup yang baru secara menyeluruh (tamadun (civilization)) dan alternatif bagi kapitalisme itu sendiri. Manakala UMNO pula ia menjadi ‘eclectic’ (ertinya mencampurkan unsur-unsur yang tidak boleh dicampurkan kerana lain sifat-sifatnya) dan pragmatik dan berusaha untuk mewujudkan bangsa moden selari dengan model negara-negara maju di hari ini serta PAS pula berusaha untuk mewujudkan negara Islam (Islamic state) (berdasarkan Quran, Hadith dan Sunnah, dengan membawa debat itu ke dalam arena politik, PAS menuduh UMNO mengheret masyarakat [Islam] ke dalam kekufuran (kafir), dan UMNO pula menuduhnya sebagai mundur dan tidak berkemampuan untuk mentadbirkan perjalanan kerajaan moden.

17.          Seterusnya:

This fight along secular and religious views of development stretches back to the early days of PAS-UMNO potitical contest during the first general elections in the 1950s anf has continued to divide the Malays ever since. But because UMNO has the ultimate use of state power, it has successfully prevented the ideology of development propagated by PAS from taking root … (muka 152- 153)

18.          Kalau ditelitikan beberapa fakta berkenaan dengan perjuangan UMNO dan perlembagaannya, serta juga dokumen-dokumen lain, termasuk tulisan-tulisan yang mempunyai kewenangan tentang sekularisme dan sekularisasi (secularization), tidak akan timbul kenyataan-kenyataan tentang ‘perjuangan UMNO adalah bersifat sekular’ (yakni datang dari dasar sekularisme atau berdasarkan sekularisme, atau berpunca dari sekularisme), dan apa yang dilakukannya dalam program-programnya adalah mensekularkan Islam, (secularization of Islam) dalam erti yang sebenarnya. Ini akan dijelaskan berikutnya, insya’ Allah.

19.          Pertama, adakah ideologi UMNO ideologi sekular (berpunca daripada sekularisme, berasal dari sekularisme, atau diinspirasikan oleh sekularisme, atau didasarkan kepadanya)?

Kedua, apa itu perjuangan UMNO? Sebagai sebuah parti politik UMNO ada dokumen dasar perjuangannya, sebagaimana juga dengan PAS, bahkan ia mendahului PAS menyatu padukan orang Melayu sehingga tertolaklah Malayan Union dan tercapainya kemerdekaan, juga terbangunnya Malaysia, dan terangkat darjat Orang Islam Melayu dan lainnya di negara ini sehingga ia dipuji oleh tokoh-tokoh antarabangsa dalam negara OIC. Maka beradab sekali disebut niamat ini sebab kita disuruh menyebut niamat Tuhan, walaupun sedikit, apa lagi kalau ia banyak. Bahkan sebenarnya kalau kita menyebutnya kita tidak mampu membilangnya sebagaimana yang disebut dalam Quran.

20.         Perlembagaan UMNO menyebutkan:

Erti lambang UMNO itu ialah ‘Pertubuhan’ ‘Kebangsaan’ ‘Melayu’ ‘Bersatu’ ertinya pertubuhan peringkat kebangsaan, BUKAN pertubuhan mendaulatkan nasionalisme ala barat sekular (‘national level Malay organization’ BUKAN organization promoting nationalism in the Western sense) (hal. iii).

Muka v huraian:

  • ‘Merah’-‘Berani’
  • ‘Putih’-‘Bersih’ (Penulis ini beranggapan agaknya rohani dan jasmani sebab konsep insan Melayu mengikut Ahli Sunnah wal-jamaah)
  • ‘Kuning’- kebesaran raja-raja (diambil dari contoh sejarah Islam khalifah, ulil-amri, sekarang Agung dengan raja-raja Melayu sebagaimana yang diulas oleh Yang teramat mulia Tuanku Raja Nazrin baru-baru ini.)
  • ‘Hijau’ –‘agama [Islam, sebagai agama persekutuan, dalam perlembagaan]
  • ‘Keris’- Pusaka Melayu (melambangkan tradisi ketuanan Melayu sebab hidup bersendikan adat, adat bersendikan syara’, dan syara’ bersendikan kitabullah sebagaimana yang ada dalam kata-kata Melayu tradisional yang mensebatikan antara wahyu, pengalaman manusia yang sahih, syara’, sejarah dan tradisi dalam satu kesatuan).

Muka 1 fasal 3:

Asas dan tujuan:

3.1    Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara

3.2    Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara. Perlembagaan negeri-negeri dan raja berperlembagaan.

3.3   Menegak, mempertahankan, dan mengembangkan Islam, agama Rasmi Negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

3.4   Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia amnya dan seterusnya.

21.          Tidak ada bayangan dari kenyataan-kenyataan di atas bahawa UMNO akan menjalankan sistem sekular dalam erti Barat atau menjalankan sekularisme sebagaimana yang biasa dinyatakan dalam setengah-setengah tulisan; tuduhan mengamalkan sistem sekular atau sekularisme itu adalah tuduhan yang timbul kerana sikap tidak cermat dalam mengamati isu-isu dan fahaman-fahaman yang dibicarakan. Kalau yang dimaksudkan itu ada perbuatan-perbuatan yang tidak selaras dengan Syara’ atau yang berlawanan dengannya maka itu perbuatan yang bercanggah dengan Syara’ atau yang berlawanan dengannya, bukannya falsafah atau fahaman sekular.

22.              Fahaman sekular atau sekularisme itu sebagaimana yang boleh didapati dari teks asalnya oleh Holyoake misalnya, adalah seperti berikut, dengan teks Inggerisnya, disusuli dengan terjemahannya.

The Principles Of Secularism By George Jacob Holyoake [third edition, revised.] London: Book Store, 282, Strand; Austin. & Co., 17, Johnson’s court, Fleet Street. 1871. (boleh dibaca secara online di http://www.gutenberg.org)

Di bawah bab III:
Principles Of Secularism Defined
Principle I

SECULARISM is the study of promoting human welfare by material means; measuring human welfare by the utilitarian rule, and making the service of others a duty of life. Secularism relates to the present existence of man, and to action, the issues of which can be tested by the experience of this life—having for its objects the development of the physical, moral, and intellectual nature of man to the highest perceivable point, as the immediate duty of society: inculcating the practical sufficiency of natural morality apart from Atheism, Theism, or Christianity: engaging its adherents in the promotion of human improvement by material means, and making these agreements the ground of common unity for all who would regulate life by reason and ennoble it by service. The Secular is sacred in its influence on life, for by purity of material conditions the loftiest natures are best sustained, and the lower the most surely elevated. Secularism is a series of principles intended for the guidance of those who find Theology indefinite, or inadequate, or deem it unreliable. It replaces theology, which mainly regards life as a sinful necessity, as a scene of tribulation through which we pass to a better world. Secularism rejoices in this life, and regards it as the sphere of those duties which educate men to fitness for any future and better life, should such transpire.

Terjemahannya:

“Sekularisme ialah pengkajian tentang menjayakan kemaslihatan manusia melalui jalan-jalan kebendaan; mengukur kemaslahatan manusia dengan aturan utilitarian (yakni dengan melihat kepada kesan zahir yang boleh dillihat dengan pancaindera manusia dengan tidak mengira ajaran agama, akhlak, akhirat, Tuhan, nabi dan seterusnya), dan menjadikan khidmat kepada orang lain tanggungjawab dalam hidup. Sekularisme berhubung dengan hidup manusia masakini sahaja (dunia sahaja), dan amalan, yang isu-isunya boleh diuji (baik atau tidak) dengan pengalaman hidup [dunia] ini [sahaja] –dengan matlamat-matlamatnya untuk memajukan atau membangunan (the development) segi kebendaan, moral, dan intelektuil keadaan diri manusia (nature of man), sampai ke tahap titik tertinggi sekali, sebagai tugas masyarakat yang segera [perlu ditunaikan]; dengan mengajarkan bahawa memadalah moral manusia itu dibentuk [tentang baik buruknya] dengan mengambil kira pengajaran dari alam semula jadi [semata-mata] terpisah/atau tidak mengambil kira langsung Ateisme (tak percaya kepada tuhan), Teisme (percaya kepada Tuhan) atau Kristianiti (ertinya soal baik buruk diambil pengajaran dari alam semula jadi cukuplah, dengan mengenepikan Tuhan, agama, akhirat, wahyu, ajaran mana-mana nabi dan yang sepertinya), menjadikan pengikut-pengikutanya (yakni pengikut sekularisme ini) berusaha mempromosikan perbaikan hidup umat manusia, dengan jalan kebendaan [semata-mata], dan menjadikan ini semua perkara-perkara yang disetujui bersama sebagai asas perpaduan bagi semua orang yang bersetuju untuk menyusun dan menjalankan kehidupan mengikut akal fikiran dan menjadikannya mulia dengan berkhidmat [kepada masyarakat]. Perkara yang sekular/atau apa-apa yang suci (sacral) atau apa yang sekular itu suci dalam pengaruhnya atas hidup [manusia], kerana melalui kemurnian yang ada dalam keadaan-keadaan kebendaan [hidup manusia semua] maka tabiat-tabiat kejadian yang sehabis tinggi itu diteruskan lagi dengan cara yang sehabis baik sekali, dan bahagian-bahagian yang rendah itu [yang tidak baik itu] ditingkatkan. Sekularisme adalah satu susunan siri dasar-dasar yang dimaksudkan untuk memberi bimbingan kepada mereka yang mendapati Akidah (Theology) tidak menentu (indefinite), atau tidak memadai, atau menganggapnya tidak boleh dipercayai. Ia menjadi ganti bagi teologi (atau akidah), yang sebahagian yang banyak daripadanya menganggap hidup dunia sebagai keadaan yang penuh dengan dosa tetapi mustahak [manusia mesti melaluinya], hidup ini dianggap sebagai senario tempat cubaan dan ujian, dan melalui ujian itu kita mendidik manusia supaya menjadi layak untuk kehidupan akan datang yang lebih baik [daripada dunia ini], kalaulah ada kehidupan [akan datang] seperti itu.

Principle II

A Secularist guides himself by maxims of Positivism, seeking to discern what is in Nature -what ought to be in morals- selecting the affirmative in exposition, concerning himself with the real, the right, and the constructive. Positive principles are principles which are provable. “A positive precept,” says Bishop Butler, “is a precept the reason of which we see.” Positivism is policy of material progress.

Terjemahannya:

Prinsip III

“Seseorang yang berpegang kepada ajaran sekular atau sekularisme (secularist) memandu dirinya dengan dasar-dasar Positivisme, dengan mencari dalam alam semula jadi –apa yang patut ada dari segi moralnya- mencari apa yang bersifat menegaskan (the affirmative) dalam penerangan, menjadikan dirinya sibuk dengan perkara yang sungguh-sungguh (the real), yang benar (the right) dan perkara yang konstruktif (membina). Dasar-dasar positif, kata Bishop Butler adalah ‘dasar-dasar yang boleh dibuktikan dengan dalil [yang boleh dipandang dengan mata atau dilihat dikesan dengan pancaindera]. ‘Ajaran yang positif’ kata Bishop Butler ‘adalah ajaran mengikut akal fikiran (a precept of reason) yang sebab baginya boleh dilihat oleh kita’. Positivisme adalah polisi untuk kemajuan dalam bidang kebendaan (material progress).

Principle III

Science is the available Providence of life. The problem to be solved by a science of Society, is to find that situation in which it shall be impossible for a man to be depraved or poor. Mankind are saved by being served. Spiritual sympathy is a lesser mercy than that forethought which anticipates and extirpates the causes of suffering. Deliverance from sorrow or injustice is before consolation—doing well is higher than meaning well-work is worship to those who accept Theism, and duty to those who do not.

Terjemahannya:

Prinsip III

Sains adalah prinsip menyelamatkan kehidupan (Providence of life) yang ada pada kita. Masalah yang diselesaikan [dalam hidup] oleh sains tentang Masyarakat ialah dengan mencari keadaan yang sedemikian sehingga mustahil manusia boleh menjadi susah atau miskin. Umat manusia diselamatkan dengan khidmat diberi kepadanya. Simpati secara rohani berupa rahmat yang lebih rendah lagi berbanding dengan berfikiran jauh yang boleh memahami terlebih dahulu sebab-sebab manusia menderita [sebelum daripada ia berlaku], dan menghancurkannya. Menyelamatkan manusia daripada dukacita atau ketidakadilan mendahului nasihat supaya ia tidak berdukacita, melakukan sesuatu dengan cara yang baik sekali adalah lebih tinggi fadhilatnya daripada hanya berniat baik, melakukan kerja itu berupa ibadat bagi orang yang menerima percaya kepada Tuhan. Ia tugas bagi orang yang tidak percaya kepada Tuhan.

23.          Dan seterunya; kemudan di bawah tajuk “Standard of Appeal’ atau ‘Ukuran atau Neraca Tempat Rujukan’ terdapat kenyataan lagi tentang prinsip sekularisme atau prinsip ajaran sekular seperti berikut:

“Secularism accepts no authority but that of Nature, adopts no methods but those of science and philosophy, and respects in practice no rule but that of the conscience, illustrated by the common sense of mankind. It values the lessons of the past, and looks to tradition as presenting a storehouse of raw materials to thought, and in many cases results of high wisdom for our reverence; but it utterly disowns tradition as a ground of belief, whether miracles and supernaturalism be claimed or not claimed on its side. No sacred scripture or ancient church can be made a basis of belief, for the obvious reason that their claims always need to be proved, and cannot without absurdity be assumed. The association leaves to its individual members to yield whatever respect their own good sense judges to be due to the opinions of great men, living or dead, spoken or written, as also to the practice of ancient communities, national or ecclesiastical. But it disowns all appeal to such authorities as final tests of truth.” “Programme of Freethought Societies,” by F. W. Newman. (Reasoner, No. 388.)

Terjemahannya:

“Sekularisme tidak menerima otoriti melainkan otoriti alam tabie, tidak mengambil dan menerima apa-apa kaedah ilmu melainkan kaedah ilmu sains dan falsafah, tidak menghormati, pada amalannya, mana-mana peraturan melainkan suara hati sendiri (conscience) yang digambarkan oleh komonsens atau akalbudi umat manusia. Ia menghargai pengajaran-pengajaran dari zaman yang telah lalu, dan melihat kepada adat kebiasaan turun temurun sebagai khazanah bahan-bahan mentah, dan dalam banyak hal, menunjukkan hasil hikmah kebijaksanaan yang tinggi yang kita muliakan, tetapi [dalam sekularisme] itu ditolak untuk menjadi asas kepercayaan pegangan, sama ada perkara-perkara mukjizat dan perkara-perkara yang mengatasi alam zahir yang dilihat dengan mata (supernaturalism) yang didakwa oleh orang atau tidak didakwai bagi pihaknya. Tidak ada kitab suci atau geraja dari zaman purbakala yang boleh dijadikan asas untuk kepercayaan pegangan, kerana sebab yang terang, kerana dakwaan-dakwaannya selalunya perlu kepada pembuktian, dan tidak boleh dianggap betul begitu sahaja tanpa bukti, kalau demikian itu tidak munasabah sekali. Persatuan ini [yang mempromosikan sekularisme dan kaedahnya dalam fahaman dan ilmu] memberi kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk memberikan penghormatan yang mereka mahu mengikut keputusan fikiran mereka sendiri kepada pendapat-pendapat tokoh-tokoh besar, yang hidup atau mati, yang dicakapkan atau ditulis, begitu juga [sikapnya] tentang amalan perbuatan masyarakat-masyarakat purbakala, dari sejarah kebangsaan atau sejarah gereja. Tetapi [sekularisme] menolak semua rujukan kepada otoriti-otoriti sedemikian sebagai ujian yang terkhir untuk semua perkara yang benar.”

24.         Tentang bidang pertikaian atau Sphere of Controversy’ [dalam Sekularisme] katanya:

III. Sphere of Controversy.

“Since the principles of Secularism rest on grounds apart from Theism, Atheism, or Christianism, it is not logically necessary for Secularists to debate the truth of these subjects. In controversy, Secularism concerns itself with the assertion and maintenance of its own affirmative propositions, combating only views of Theology and Christianity so far as they interfere with, discourage, or disparage Secular action, which may be done without digressing into the discussion of the truth of Theism or divine origin of the Bible.

Terjemahan:

“Oleh kerana dasar-dasar sekularisme terletak pada asas-asas yang terpisah daripada kepercayaan kepada Tuhan (Theism), Ateism, atau Ajaran kristian [atau mana-mana agama], maka secara logiknya tidak perlulah bagi orang yang berpegang kepada sekularisme (secularists) untuk berdebat tentang kebenaran subjek ini. Dalam perdebatan Sekularisme tertumpu kepada kenyataan yang dibuat dan menegakkan kedudukan kenyataannya itu secara affirmatif, dengan menentang hanya pandangan dari Theology, dan agama Kristian, sejauh mana itu mengganggu, atau tidak memberi berangsang atau mencela amalan sekular (Secular action) yang boleh dilakukan tanpa melencong ke dalam perbincangan-perbincangan tentang benar tidaknya Kepercayaan kepada Tuhan [atau mana-mana agama, termasuk Islam kalau dibincangkan dalam konteks umat Islam] atau asal usul Bible itu datang dari Tuhan.”

25.          Kalau kita merujuk kepada istilah ‘secularism’ dalam Catholic Encyclopedia edisi kedua jilid 12 hal. 363-bersekali dengan ‘secularization’ hingga hal. 874, elemen-elemen dalam takrif yang ada dalam tulisan Holyoake ada dalam essei dalam Encyclopedia ini. Demikian juga kalau kita melihat takrifnya dalam Oxford Dictionary of the English Language, jilid ix, 1970, hlm. 365-367 dan lainnya. Jelaslah dengan merujuk kepada huraian-huraian dalam definisi istilah ini maka tidak boleh seseorang yang mempunyai kalbu yang sejahtera membuat tuduhan bahawa UMNO melaksanakan fahaman sekularisme, fahaman sekular, atau melaksanakan sekularisasi. Ini kerana sekularisme, dan sekularisasi, kalau difahami dalam rangka epistemologi Ahli Sunnah ia membawa kepada kekufuran yang jelas nyata dan’murni’. Maha suci Allah bagaimana ada Orang Islam yang boleh membuat tuduhan atas negerinya dan ulil amrinya sendiri serta umatnya sebagai pihak yang terlibat dalam jenayah yang tidak ada tolak bandingnya ini walhal istilah itu tidak dicamkannya dengan cermat dan bertanggungjawab. Kita hanya mengurut dada dan berdoa untuk kebaikan dan mengharapkan umat kembali ke jalan kebenaran. Amin.

26.         Tentang istilah secularization dari Catholic Encyclopedia. Dalam ‘The New Catholic Encyclopedia’ edisi ke 2, diterbitkan untuk Percetakan Universiti Katholik Amerika. Washington, 2003, terdapat penerangan berkenaan dengan ‘secularism’ (hal. 863-866), ‘secularization’ atau sekularisasi. (hal. 867-874). Antara kenyataan-kenyataan yang boleh membantu kita memahami istilah ini ialah yang berikut: “Ia adalah proses kemasyarakatan dan budaya yang dengannya maka kepercayaan-kepercayaan, amalan-amalan serta institusi-institusi bukan agama mengambil tempat menggantikan mana-mana dari kalangan itu semua yang bersifat keagamaan dalam ruang-ruang kehidupan yang tertentu. Dengan demikian ia berupa satu aspek ke arah penglainan (differentiation) struktural dalam sesuatu masyarakat, tren yang kelihatan manifestasinya dalam lahirnya institusi-institusi yang spesifik untuk menyelesaikan masalah-masalah fungsi tentang penjagapulihan, penerusan. Dalam proses sekularisasi hilangnya fungsi-fungsi sekular pada kumpulan-kumpulan keagamaan (seperti kumpulan paderi) berlaku selari dengan hilangnya fungsi–fungsi keagamaan yang ada pada institusi-institusi sekular.” Itu sekularisasi secara amnya.

27.          Kalau hendak dipasangkan erti-erti seperti itu kepada masyarakat kita penulis ini merasakan bahawa institusi-institusi bukan agama dan seterusnya yang mengambil alih apa yang bersifat agama tidak ada yang berlaku pada kita; masjid-masjid masih berjalan dengan fungsinya tanpa perubahan, bahkan ada penambahan; institusi-institusi bukan agama bukan hilang fungsi keagamaannya bahkan ia bertambah, katakanlah sekolah-sekolah yang bukan sekolah agama dimasukkan ke dalamnya pelajaran-pelajaran agama, amalan-amalan sembahyang berjemaah dulunya tidak ada dalam sekolah-sekolah sekarang ada; dalam angkatan tentera dan polis dimasukkan pelajaran agama; demikian seterusnya universiti Islam dan bank Islam diadakan; tentang ada orang-orang yang malas melakukan tugasnya itu perkara yang berlainan pula.

28.         Tentang istilah “secularization” lagi dalam Catholic Encyclopedia tersebut dinyatakan sekularisasi berhubung dengan harta wakaf gereja. Kenyataannya ialah “Istilah sekularisasi merujuk kepada usaha merampas harta institusi-institusi gereja oleh pihak yang bukan gereja atau negara. Istilah itu nampak dengan nyatanya mula digunakan dalam erti ini dalam rundingan-rundingan Keamanan Westphalia (1648), walaupun perampasan yang sedemikian merupakan sebahagian besar dari sejarah pengambilan harta Gereja semenjak awal zaman tengah.” Ertinya sekularisasi itu berkaitan dengan usaha merampas harta Gereja. Kalau dipasang pengertian ini pada kita kita boleh katakan tidak ada berlaku perampasan harta masjid oleh pihak yang bukan agama; tidak ada sejarah sedemikian; ini kerana harta masjid ialah harta wakaf liLlah, tidak menjadi milik pihak lain lagi; amalan kederhakaan individu-individu tidak diambil kira dalam hal ini untuk membenarkan kita mengatakan ada berlaku sekularisasi yang seperti itu. Dalam halaman-halaman berikutnya tajuk sekularisasi itu ialah berkenaan dengan perbuatan pihak-pihak lain merampas harta gereja hingga ke abad ini, walaupun keadaan agak aman berbanding dengan keadaan dahulunya. Ertinya sekularisasi dalam erti demikian tidak berlaku; oleh itu tidak wajar, bahkan mengelirukan, bahkan pengkhianatan sejarah, kalau dikatakan berlaku proses sekularisasi itu mengikut semantik asalnya dalam budaya dan tamadun Barat. Kalau demikian tidak ada alasan untuk sesiapa boleh menuduh bahawa di Malaysia ada berlaku proses sekularisasi ini.

29.         Kalau difahami takrif sekularisme dan dasar-dasarnya seperti di atas, kemudian dibandingkan erti-erti semua itu dengan perlembagaan UMNO atau mana-mana teks UMNO akal sejahtera akan menyatakan bahawa UMNO tidak boleh dikaitkan dengan cara dan fahaman yang seperti itu. Tetapi tuduhan-tuduhan terus dibuat (seperti tuduhan sekularisasi Islam atau UMNO mengajarkan ajaran sekular dan yang sepertinya, atau kebangsaan UMNO menjadi kebangsaan sekular (secular nationalism)) walaupun oleh pengarang-pengarang yang kita harapkan perkara-perkara yang lebih baik datang dari pena mereka; kita menyebut ini atas dasar kebenaran dan integriti ilmu dan rahmah kepada umat Islam yang menjadi mangsa tuduhan seperti itu, Allahuma’ghfir lana wal-muslimin- murka Ilahi dengan akibat-akibatnya, kalau kita memahaminya. Nationalisme Melayu bukannya ‘secular nationalism’ dalam erti Barat, sebab itu terkenal dalam gerakan itu kata-kata ‘demi alif-ba-ta’ yakni demi agama, bangsa dan tanah air dan ini kelihatan dalam gerakan nasionalisme UMNO.

30.         Pendirian menyamakan Malaysia dengan Turki dengan falsafah Negara Kemalismenya juga tidak berdasarkan fakta. Ini kerana di Malaysia tidak terdapat falsafah Negara seperti Kemalisme dengan populismenya, republikanismenya, reformismenya, sekularismenya, nationalismenya, serta statismenya yang persis takrifnya salin tidak tumpah seperti yang ada dalam falsafah politik Barat (lihat lampiran di akhir kertas ini); bandingkan ini dengan Malaysia dengan Islam sebagai ‘agama Persekutuan’nya, Rukun Negaranya, falsafah pendidikan negaranya, dan dasar kebudayaan kebangsaannya, dengan pegangan Ahli Sunnahnya; demikian seterusnya. Perbuatan setengah pihak menyamakan Malaysia dengan Turki ini adalah kesilapan dan pengkhianatan ilmiah yang sangat berat.

31.          Satu lagi ialah persoalan nasionalisme UMNO dicapkan oleh setengah pihak sebagai ‘asabiyyah yang dilarang oleh nabi salla’Llahu alaihi wa sallam dalam hadith yang selalu disebut-sebut (ليس منا من دعا الى عصبية): Tidak termasuk di kalangan kami orang yang menyeru kepada faham kebangsaan (‘asabiyyah). Untuk melihat permasalahan ini elok diberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti di bawah ini.

Pertamanya hadith tentang asabiyyah itu. Hadith itu ialah: bermaksud:

حديث (يا رسول الله ما العصبية؟ قال أن تعين قومك على الظلم)

Hadith: Wahai Rasulullah apa itu ‘asabiyyah? Jawab baginda: [Asabiyyah yang dilarang itu] ialah engkau menolong kaum engkau dalam melakukan kezaliman [kepada orang lain atau kepada kaum lain]. Dalam syarah Sunan Abi Daud dinyatakan bahawa hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud, Nasa’I, dan ibn Majah.

Pengarang Sharah Abu Daud menyatakan tentang ‘menolong kaum engkau melakukan kezaliman’ ertinya seseorang itu taksub dengan kaumnya walhal mereka itu zalim, maka jadilah ia membantu mereka [dalam kezaliman], termasuk juga orang yang membantu kaumnya atas perkara yang bukan hak. Prinsip asalnya ialah orang yang terkena zalim itu hendak diberi pertolongan dan bantuan, orang yang melakukan kezaliman itu hendak disekat daripada melakukan kezaliman. (dipetik melalui islamweb.net). Hadith yang bermaksud ‘Tidak termasuk di kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah’ itu diulas agak panjang oleh al-Munawi dalam al-Faid al-Qadir (jilid 5 hal. 492). maksudnya tidak terlepas daripada apa yang diterangkan itu.

32.          Huraian yang panjang yang memberi penerangan yang nyata tentang aspek positif asabiyyah ini boleh didapati dalam penerangan Mulla ‘Ali al-Qari berkenaan dengan hadith itu dalam “Mirqat al-Fawatih syarah Mishkat al-Masabih” (14: 184-185 dipetik melalui al-meshkat.net). Beliau menyatakakan riwayat dari Wathilah bin al-Asqa’ rd katanya: Dari Wathilah bin Al-Asqa’ rd katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah apakah itu ‘asabiyyah, yakni asabiyyah Jahiliyyah? Sabda baginda: bahawa anda menolong kaum anda/sanak saudara anda atas perkara yang zalim, yakni wajib atas anda mengikut yang hak tanpa melihat kepada mulahazah al-hak; kerana itu maka kata Ali mengikut apa yang diriwayatkan oleh Darimi dan ibn ‘Asakir dari Jabir, marfu’, ‘hendaklah anda menolong saudara anda baik ia zalim atau terkena zalim, kalau ia zalim maka tolak ia dari perbuatan zalimnya, kalau ia terkena zalim maka tolonglah ia [untuk menyelesaikan kezaliman atas dirinya itu]; … diriwayatkan oleh Abu Daud dan demikian [oleh] ibn Majah dari Suraqah bin Malik

)قال خطبنا رسول الله فقال خيركم المدافع عن العشيرة أي أقاربه المعاشر معهم ما لم يأثم أي ما لم يظلم على المدفوع فإنه حينئذ يكون جامعا بين نصرة المظلوم ووصلة الأقارب ثم اعلم أنه لو قدر على دفع الظالم عن قومه بكلام لم يجز له الضرب ولو قدر بالضرب لم يجز له القتل لأنه من باب الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر فيجب مراعاة الترتيب قال تعالى ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن النحل إلى قوله وإن عاقبتم فعاقبوا بمثل ما عوقبتم به النحل الآية رواه أبو داود وعن جبير بن مطعم رضي الله عنه من ذكره أن رسول الله قال ليس منا أي من أهل ملتنا أو من أصحاب طريقتنا من دعا أي الناس إلى عصبية أي إلى اجتماع عصبية في معاونة ظالم (

…Baginda Rasulullah berkhutbah kepada kami sabda Baginda ‘Orang yang baik sekali di kalangan kamu ialah orang yang mempertahankan keluarga-yakni keluarga yang dekat yang ia hidup bersama dengan mereka selama mana ia tidak melakukan perbuatan zalim atas pihak yang ditolak kezalimannya itu [daripada keluarganya]; maka dengan itu ia menghimpunkan [dua perbuatan baik] antara menolong pihak yang terkena zalim dan menghubungkan hubungan kekerabatan. Kemudian ketahuilah bahawa kalau ia berupaya untuk menolak pihak yang melakukan kezaliman itu daripada kaumnya dengan percakapan [atau perkataan, kalau sekarang mungkin dengan tulisan, atau emel] maka tidak harus ia memukul [orang yang melakukan kezaliman itu], kalau ia mampu memukul tidak harus membunuh, kerana [perbuatan ini] termasuk daripada bab amar ma’ruf dan nahi munkar; maka wajib ia menjaga tertib [dalam perbuatan ini] (diikuti dengan ayat 125 surah al-Nakhl berkenaan dengan hikmah dalam seruan manusia kepada jalan agama, kemudian dengan nasihat yang baik, kemudian dengan perbahasan yang cantik, sampai kepada ayat yang bermaksud ‘kalau mereka melakukan perbuatan buruk, maka balaslah seperti apa yang dilakukan atas kamu itu); kemudian Abu Daud meriwayat hadith dari Jubair bin Mut’aim yang bermaksud: bahawa Rasulullah salla’Llahu alaihi wa sallam bersabda: (maksudnya): Tidak termasuk dalam kalangan kami, yakni perjalanan agama kami atau sahabat yang mengikut perjalanan kami, orang yang menyeru manusia kepada asabiyyah yakni kepada berhimpun dalam asabiyyah dalam menolong orang yang melakukan perbuatan zalim dan seterusnya …

عن عبادة بن كثير الشامي …عن امرأة منهم أي من أهل فلسطين يقال لها فسيلة بفتح فاء فكسر سين مهملة وفي نسخة بالتصغير ولم يذكرها المؤلف في التابعيات أنها قالت سمعت أبي ليس له ذكر في أسماء المؤلف يقول أي أبو فسيلة سألت رسول الله فقلت يا رسول الله أمن العصبية أن يحب الرجل قومه أي حبا بليغا قال لا ولكن من العصبية أن ينصر الرجل قومه على الظلم أي على ظلمهم أو مع ظلمهم أو على وجه الظلم رواه أحمد وابن ماجه …

Ada riwayat dari ‘Ubadah bin Kathir al-Shami tentang Abu Fasilah bertanya kepada Nabi salla’Llahu alaihi wa sallam: Wahai Rasulullah adakah termasuk ke dalam asabiyyah [yang tuan hamba larang itu] sifat seseorang lelaki itu sayang amat sangat kepada kaumnya, sabda Baginda: Tidak; tetapi asabiyyah [yang aku larang itu] ialah seseorang itu menolong kaumnya atas kezaliman, atau atas kezaliman mereka, atau secara kezaliman ٍأن يحب الرحل قومه حبا بليغا قال لا ولكن من العصبية أن ينصر الرحل قومه على الظلم أي على ظلمهم أو مع ظلمهم أو على وجه الظلم  Diriwayat oleh Ahmad dan Ibn Majah

33.         Tambahan lagi kita boleh sebut lagi sokongan Sa’id Nursi terhadap konsep asabiyyah yang positif ini. Ia terkandung dalam huraian-huraiannya tentang hal ini.

34.         Di kalangan Orang Melayu soal identiti antara bangsa dan agama merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan; dan ini faktor kekuatan yang sangat besar nilainya. Ini membawa kita kepada renungan tentang kedudukan masyarakat Timur seperti Melayu-Islam dengan masyarakat barat. Pada Melayu asas identitinya berada pada agamanya. Dengan itu kebangsaannya tidak berpisah dengan agamanya. Ini nyata daripada pengarang-pengarang yang menulis dalam memperjuangkan kemerdekaan, yang mereka sebutkan demi alif, ba, ta, yakni demi agama, bangsa dan tanah air. Tok Kenali di Kelantan pun menggunakan kata-kata itu dalam menulis dalam majalah Pengasuh yang hingga sekarang masih diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam Kelantan.

35.         Berkenaan dengan pentingnya identiti yang tidak terpisah antara kebangsaan dan agama, Sa’id Nursi menyatakan

The unity between religion and nationality necessitates the Islamic identity having the highest position in the identity hierarchy. This is also the most significant difference between Western societies, which have as their basis a nationalist identity, and Eastern societies, whose religion and nationalities form an inseparable whole. The reply of the Old Said to a question about religious zeal and national zeal asked him during Sultan Reshad’s Rumelia tour, summarizes very succinctly his attitude to the matter.

“Pada kita Muslimin agama dan kebangsaan (nationhood) menjadi bersatu, walaupun ada terdapat perbezaan dari segi teori yang kelihatan pada lahiriah dan bersifat berkebetulan antara keduanya. Sesungguhnya agama adalah hayat dan roh bagi bangsa. Bila keduanya dilihat berlainan dan berpisah satu dari yang satu lagi itu, semangat keagamaan merangkumi orang awam dan dan orang kelas atasannya, manakala semangat kebangsaan dirasai oleh seorang dalam seratus orang, yakni, orang yang bersedia untuk mengorbankan kepentingan-kepentingan dirinya demi untuk bangsanya. Maka bila demikian halnya, semangat keagamaan mesti menjadi asas berhubungan dengan hak-hak semua orang, manakala semangat kebangsaan menjadi pihak yang memberi khidmat kepadanya dan menjadi benteng baginya.”

36.         Kata beliau “Ini terutamanya kerana kita orang Timur ini tidak seperti mereka di Barat: hati kita dipandu oleh kesedaran kita tentang agama. Hakikatnya di Asialah Takdir Ilahi menentukan yang kebanyakan para rasul diutus di sana, dan itu menandakan bahawa hanya kesedaran agama yang boleh membangkitkan orang Timur dan memberangsangkannya ke arah kemajuan. Satu hujah yang meyakinkan untuk ini ialah bahawa zaman nabi Muhammad salla’Llahu alaihi wa sallam dan mereka yang mengikut baginda … Semangat keagamaan dan semangat kebangsaan menjadi bercantum di kalangan Orang Turki dan Orang Arab, dan sekarang tidak mungkin berpisah. Semangat Islam berupa seperti rantai yang bercahaya gemilang dan teguh yang bukan datang dari alam dunia ini. Ia berupa dokongan yang teguh dan tentu, serta tidak akan gagal. Ia kota teguh yang tidak boleh dirobohkan. (Hutbe-i Samiye, 56-7/ The Damascus Sermon, 59-60. Disebut dalam Bediuzzaman and The Politics of Islamic World in The 20th Century oleh Ahmed Davudoglu dalam

http://www.nur.org/en/islam/nurlibrary/Bediuzzaman_and_the_Politics_of_the_20th_Century_198 diakses 14-12-11. Lihat pula The Damascus Sermon by Bediuzzaman Said Nursi Translated from the Turkish ‘Hutbe-i Samiye’ by Sukran Vahide, Staff-writer of Nur-The Light Second (revised and expanded) edition 1996.

37.         Kemudian kita boleh perhatikan lagi pandangannya tentang kebangsaan itu yang disebutnya sebagai positif dan negative. Katanya:

“Tambahan lagi, dalam semangat kebangsaan (nationalism) terdapat satu perasaan dan semangat gembira dalam jiwa, satu kesukaan yang sangat kuat, satu kuasa yang ada unsur tidak baiknya. Kerana itu mereka yang terlibat dalam kehidupan kemasyarakatan zaman ini tidak boleh disuruh supaya meninggalkan konsep kebangsaan ini. Bagaimanapun semangat kebangsaan ada dua jenis. Satu yang negatif, tidak baik, dan berbahaya; ia menjadi semarak dengan menelan pihak lain, ia kekal melalui perseteruan dengan pihak lain, dan ia tahu apa yang sedang dilakukannya. Nasionalisme yang positif timbul daripada keperluan dalaman dalam hidup kemasyarakatan dan ia menjadi sebab bagi berlakunya sikap tolong menolong dan persatuan; ia memastikan adanya kekuatan yang mendatangkan faedah; ia adalah alat untuk menguatkan lagi persaudaraan Islam. Konsep tentang nasionalisme yang positif ini mesti berkhidmat untuk Islam, ia mesti menjadi kota perlindungannya dan perisai baginya; ia mesti tidak mengambil tempat Islam itu sendiri”.

38.         Kenyataan tentang dua jenis nasionalisme itu disebut lagi olehnya demikian:

“This distinction, which Bediuzzaman expressed in the tongue of the Old Said in later periods, is also to be seen in the political approach and practice of the Old Said:

“The awakening of nationalism is either positive, in which case it is aroused through compassion for one’s fellow men, and is the cause of mutual recognition and assistance; or it is negative, in which case, being aroused by racialist ambitions, it is the cause of antipathy and mutual hostility. And this Islam rejects.”

“Kesedaran dan bangkitnya nasionalisme itu sama ada positif, dalam hal ini ia bangun melalui rasa kasih sayang kepada kaum bangsa seseorang, dan ia sebab bagi kenal mengenali antara satu dengan lain serta perbuatan tolong menolong antara sesama mereka; atau ia negatif, bila ia ditimbulkan oleh semangat rasis, dan menjadi sebab kebencian dan permusuhan antara satu dengan lain. Dan ini ditolak oleh Islam. (Mektûbat, 308-9/ Letters, 380, 381-2. 31. Sünûhat, 13. Dinukil dalam ibid).

39.         Kita tidak boleh meninggalkan tajuk ini dengan melupakan ibn Khaldun. Beliaulah yang memberi huraian yang memberi keabsahan bagi asabiyyah yang positif itu, yang dipanggil oleh Said Nursi sebagai nasionalisme yang positif. Dan Ibn Khaldun meletakkan asas kejayaan dengan kenyataan yang dibuatnya iaitu bahawa bila semangat keagamaan yang sebenar bergabung dengan asabiyyah, itu akan menjadi kekuatan yang tidak boleh dikalahkan. Dan beliau mendasarkan huraian ini atas hadith (ما بعث الله نبيا الا في منعة من قومه) ertinya: Tuhan tidak membangkitkan nabi melainkan ia berada dalam dokongan kekuatan kaumnya. Katanya kalaulah nabi yang ada mukjizat itu dibangkit oleh Tuhan dalam jagaan kaumnya, maka apa lagi kita orang biasa yang tidak ada mukjizat ini lebih-lebih lagi memerlukan dokongan kekuatan kaum kita (dalam erti positif sebagaimana yang disebut dalam syarah hadith di atas tadi). (al-Muqaddimah: (1960) I: 280).

Beliau menyatakan bahawa syarat khalifah itu ia berketurunan Quraisy maksudnya ialah kerana Quraisy paling baik asabiyyahnya yang membawa kepada kejayaan kepemimpinan; maka dengan itu pada zaman bila ada golongan lain yang bagus asabiyyahnya, maka ia boleh menjadi pemimpin (katakan zaman Othmaniah Turki). Dan kalau dipasangkan ini kepada suasana kita maka sepatutnya asabiyyah positif kita di sinilah yang layak mendapat tugas kepemimpinan itu. Amin. Dalam negara ini jelas bahawa perjuangan kebangsaan dan semangat kebangsaan membawa kepada kemerdekaan, perpaduan, dan kemajuan, walaupun banyak lagi ruang-ruang yang perlu dipenuhkan untuk menyempurnakan lagi keadaan dari segi ajaran agama dan kemajuan duniawi yang baik. Ertinya tidak timbul keperluan untuk menolak asabiyyah yang sedemikian; perbuatan menolak asabiyyah yang positif adalah menyalahi perjalanan para rasul alaihimussalatu wassalam.

40.         Sebagai kesimpulan jelas boleh dilihat bahawa gerakan kebangsaan atau faham kebangsaan yang ada dalam negara ini dan yang menimbulkan gerakan membawa kepada kemerdekaan dan yang memajukan negara ini hingga ia menjadi sebutan yang sangat baik dalam negara-negara OIC adalah kebangsaan yang positif yang boleh dipertahankan keabsahannya dari segi Islam. Ia juga bukan bersifat sekular atau membawa kepada sekularisasi Islam sebagaimana yang dituduh oleh setengah pihak yang kurang cermat dalam ulasannya. Ia juga bukan bersifat rasis, bahkan ia terlalu toleran hingga haknya sendiri banyak yang terhakis sebagaimana yang biasa dibicarakan. Tentang pihak lain menyuarakan tidak puas hati itu adalah kerana pihak Orang Melayu tidak bersatu dan menunjukkan sifat-sifat positif dalam asabiyyah yang baik antara sesama mereka untuk menjadi contoh keunggulan yang diharap-harapkan; perpecahan mereka nampaknya kerana kekeliruan satu pihak untuk memahami hakikat yang sebenar berhubungan dengan sekularisme dan nasionalisme, yang selalu disebut-sebut dan di satu pihak lagi tidak muncul huraian-huraian yang meyakinkan pihak yang lain, dan ditambah dengan faktor-faktor pihak-pihak yang menangguk di air keruh, dan konflik kepartaian yang diwarnai dengan semangat dan psikologi massa, itu semua memainkan peranan dalam memecah-belahkan umat. Insya’ Allah ini dapat diselesaikan amin, sebab penyakit itu ada ubatntya, kecuali pihak yang berkenaan memilih untuk menjemput maut datang kepadanya.

Allahumma sallimna wal-muslimin. Wallahu a’lam.

LAMPIRAN: 6 principles of Kemalism

From http://www.cssforum.com.pk/css-optional-subjects/group-b/political-science/21320-6-principles-kemalism.html (accessed 11-12-11)

Republicanism:

The Kemalist reforms represent a political revolution; a change from the multinational Ottoman Empire to the establishment of the nation state of Turkey and the realisation of national identity of modern Turkey. Kemalism only recognises a Republican regime for Turkey. Kemalism believes that it is only the republican regime which can best represent the wishes of the people.

Populism:

The Kemalist revolution was also a social revolution in term of its content and goals. This was a revolution led by an elite with an orientation towards the people in general. The Kemalist reforms brought about a revolutionary change in the status of women through the adoption of Western codes of law in Turkey, in particular the Swiss Civil Code.

Moreover, women received the right to vote in 1934. Atatürk stated on a number of occasions that the true rulers of Turkey were the peasants. This was actually a goal rather than a reality in Turkey. In fact, in the official explanation given to the principle of populism it was stated that Kemalism was against class privileges and class distinctions and it recognized no individual, no family, no class and no organization as being above others. Kemalist ideology was, in fact, based on supreme value of Turkish citizenship. A sense of pride associated with this citizenship would give the needed psychological spur to the people to make them work harder and to achieve a sense of unity and national identity.

Secularism:

Kemalist secularism did not merely mean separation of state and religion, but also the separation of religion from educational, cultural and legal affairs. It meant independence of thought and independence of institutions from the dominance of religious thinking and religious institutions. Thus, the Kemalist revolution was also a secularist revolution. Many Kemalist reforms were made to bring about secularism, and others were realised because secularism had been achieved. The Kemalist principle of secularism did not advocate atheism. It was not an anti-God principle. It was a rationalist, anti-clerical secularism. The Kemalist principle of secularism was not against an enlightened Islam, but against an Islam which was opposed to modernisation.

Reformism:

One of the most important principles that Atatürk formulated was the principle of reformism or revolutionism. This principle meant that Turkey made reforms and that the country replaced traditional institutions with modern institutions. It meant that traditional concepts were eliminated and modern concepts were adopted. The principle of reformism went beyond the recognition of the reforms which were made.

Nationalism:

The Kemalist revolution was also a nationalist revolution. Kemalist nationalism was not racist. It was meant to preserve the independence of the Republic of Turkey and also to help the Republic’s political development. It was a nationalism which respected the right to independence of all other nations. It was a nationalism with a social content. It was not only anti-imperialist, but it was also against the rule of a dynasty or of any particular social class over Turkish society. Kemalist nationalism believes in the principle that the Turkish state is an indivisible whole comprising its territory and people.

Statism:

Kemal Atatürk made clear in his statements and policies that Turkey’s complete modernisation was very much dependent on economic and technological development. The principle of statism was interpreted to mean that the state was to regulate the country’s general economic activity and the state was to engage in areas where private enterprise was not willing to do so, or where private enterprise had proved to be inadequate, or if national interest required it. In the application of the principle of statism, however, the state emerged not only as the principle source of economic activity but also as the owner of the major industries of the country

Bibliografi ringkas:

    1. Ahmad Davudoglu, ‘Badiuzzaman and the Politics of the Islamic World of the Twentieth Century”, dalam http://www.nur.org./en/islam/nurlibrary/ akses 12-12-11
    2. Aunul-Ma’bud Sharah Hadith Abu Daud, karangan Shams al-Haqq al-‘Azim Abadi, Abu Tayyib, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, 1451 Hijrah, jilid 14 hal. 19-20
    3. Catholic Encyclopedia on line, ‘secularism’ (http://www.newadvent.org/cathen/13676a.htm) akses 20-12-11
    4. Cheah Boon Kheng (2002), Malaysia: The Making of A Nation, Institute of Southeast Asian Studies, Singapore.
    5. Fathul Bari sharah al-Bukhari, melalui raqamiya.org akses 23-12-11
    6. George Jacob Holyoake (1871) THE PRINCIPLES OF SECULARISM [third edition, revised.] LONDON: BOOK STORE, 282, STRAND; Austin. & Co., 17, Johnson’s court, Fleet Street. through Gutenberg project.com)
    7. Leo Suryadinata ed. ‘Nationalism and Globalization’ (2000), terbitan Institute of Southeast Asian Studies, Singapura, tahun 2000 terutama bab tentang Malaysia dan cabaran globalisasi terhadap nasionalisme Melayu di dalamnya.
    8. Mirqatul Fawatih Sharah Mishkat al-Masabih oleh Mulla Ali al-Qari jilid 14 melalui almeshkat.com akses 23-12-11
    9. New Catholic encyclopedia, vol.12, 2nd edition, 2003, Catholic University of America, Washington, s.v. secularism and secularization.
    10. Oxford Dictionary of the English Language, 1970, jilid ix.OUP.London.
    11. Ozay Mehmet (1990) Islamic Identity and Development-Studies of the Islamic Periphery, Routledge, London-New York.
    12. Perlembagaan UMNO Dipersetujui Dalam Perhimpunan Khas 1991
    13. Perlembagaan PAS (Pindaan 1993)
    14. Sukran Vahide, (1996) The Damascus Sermon. Translated from the Turkish ‘Hutbe-i Samiye’ by Sukran Vahide, Staff-writer of Nur-The Light Second (revised and expanded) edition 1996. Copyright 1989, 1996 by Sozler Nesriyat ve Sanayi A.S.All rights reserved.
    15. Terence Chong,(2009) “Nationalism in Southeast Asia: Revisiting Kahin, Roff, and Anderson”: SOJOURN: Journal of Social Issues in Southeast Asia. Volume: 24. Issue: 1, Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS)
    16. http://www.cssforum.com.pk/css-optional-subjects/group-b/political-science/21320-6-principles-kemalism.html. (accessed 11-12-11)

Usrah Bulanan – Januari 2012

Usrah bulanan MUAFAKAT akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3 Jan 2012 (Selasa) – mula dengan solat maghrib bersama

Tempat: Kediaman Sdr. Dato’ Haji Rameli Musa

Alamat kediaman:  No. 20 Jalan Kenyalang 11/15H, d’Villa Equestrian Kota Damansara. Depan masjid baru Kota Damansara, sebelah Royal Selangor Polo Club. Masuk melalui pondok pengawal.

Untuk panduan arah: Hubungi Karim 019-3199788

Tajuk: Semangat Kebangsaan Malaysia Bukan Termasuk Asobiyah.

Pembentang: Ustaz Muhammad Uthman l-Muhammady

Kertas-kertas pembentangan Wacana Membanteras Pluralisme Agama

Kesemua kertas-kerja yang dibentangkan pada  Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah yang telah diadakan pada 14hb Disember 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan boleh dibaca di bawah ini. Kehariaran seramai lebih 500 peserta mendapat liputan baik keesokkannya di beberapa akhbar dan media baru.

Wassalam

Mencermati Doktrin dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama

- Oleh Dr. Anis Malik Thoha

Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas

- Oleh Ustaz Muhammad Uthman l-Muhammady

Pluralisme di Indonesia: Faham dan Amalan

Oleh Dr. Syamsuddin Arif

Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syari ‘ah Islamiyah

Oleh Nur Farhana Abdul Rahman/Prof Idris Zakaria

Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal

Oleh Dr. Yusri Mohamad

Fahaman Pluralisme Agama Wajar Ditentang

dipetik dari Utusan Malaysia 15 Disember 2010:

Fahaman pluralisme wajar ditentang

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick.

Justeru, tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad.

“Oleh itu fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak dan ditentang kerana ia hanya akan membawa kehancuran serta kecelakaan kepada kehidupan manusia.

“Fahaman ini amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera. Hakikatnya, Islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi. Islam agama yang terpelihara sehingga Hari Kiamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas’ pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad ‘Uthman berkata, fahaman pluralisme tidak akan membawa kebahagiaan walau apa hujah sekali pun sebaliknya hanya akan membuatkan manusia menuju ke neraka.

Dalam pada itu beliau berkata kewujudan teori fahaman yang boleh merosakkan umat Islam itu berlaku pada era pascamodenisme.

“Teori ini amat berbahaya terutama kesannya terhadap akidah umat Islam. Ia perlu ditangani dan ditentang oleh semua pihak,” katanya lagi.

Sementara itu beliau berkata, pemikiran pelopor fahaman pluralisme iaitu John Hick hendaklah ditolak kerana jelas kenyataan-kenyataannya bersifat mengelirukan manusia.

Di dalam kertas kerjanya Muhammad ‘Uthman turut menjelaskan jenis atau kategori golongan yang terpengaruh dengan fahaman tersebut.

“Mereka yang terpengaruh dengan pluralisme agama menyatakan baik agama Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan Hindu mempercayai adanya `kebenaran yang lebih tinggi’ serta mengatasi amalan lahiriah dan ibadat.

“Kalaulah pendirian yang demikian dianggap jalan kebenaran di sisi Tuhan, maka perjuangan Rasulullah SAW mendepani agama penyembah berhala, agama Yahudi dan Kristian pada zaman Baginda adalah tidak bererti,” katanya.

Jelas beliau berkata, pernyataan sedemikian tidak benar dan tidak berasas serta tidak pernah wujud di dalam ajaran Islam.

“Seperti mana saya tekankan sebentar tadi fahaman pluralisme akan membawa kerosakan, kecelakaan dan kecelaruan kepada kehidupan manusia. Fahaman ini akhirnya akan membawa manusia ke neraka ,” ujarnya.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SHOLINA OSMAN – pengarang@utusan.com.my

Terkini: Wacana Pluralisme Agama

Syukur ke hadrat Allah SWT, sambutan dari pra-pendaftaran Wacana Fahaman Pluralisme Agama dan Implikasinya Terhadap Masyarakat Islam amat memberangsangkan.

Sehingga jam 12 tgh, 29 April 2010, pra-pendaftaran yang diterima melalui emel dan SMS telah pun mencecah 100 orang.

Buat masa ini kami menerima permohonan untuk pra-daftar dengan berhati-hati memandangkan dewan untuk majlis tersebut hanya berkapasiti 120 orang.

Oleh yang demikian, kami amat berharap agar kepada mereka yang berminat untuk hadir supaya membuat pra-pendaftaran segera agar tidak nanti dihampakan kerana tidak mendapat tempat duduk jika terus “walk-in” pada hari tersebut.

Dengan mendapat bilangan peserta yang tepat juga boleh membantu kami untuk menyediakan makanan yang mencukupi dengan tidak membazir pula.

Wassalam.

Sekretariat wacana

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers