Archive for the ‘Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia’ Tag

Guna Kalimah Allah, Agenda Murtad Umat Islam

sumber: Utusan Malaysia

Nakhaie Ahmad: Peranan Dakwah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia

Kertas kerja Datuk Ustaz Mohd.Nakhaie Hj.Ahmad yang dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

untuk versi cetak dalam format pdf: Klik di sini

***************

Peranan Dakwah  Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia[1]

الحمـد لله رب العالمين وبـه نستعين على أمـور الدنيا والدين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد ابن عبد الله والذين معــه أشــداء على الكفار رحمـاء بينهم ، اللهم افتح لنا ابواب رحــمتك وألف بين قلوبنا وانصرنا على أعدائنا

Malaysia, terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Serawak adalah sebahagian daripada alam Melayu yang merangkumi ribuan kepulauan yang membentuk negara-negara Indonesia, Filipina, Brunei, dan Singapura. Semua kawasan ini berkongsi iklim yang sama, bahasa berlainan yang merendang dari pohon yang sama. Berkongsi kepelbagaian budaya yang serumpun. Bahkan turut berkongsi sejarah. Dengan kedatangan Islam terbina tamadun Malayu/Islam di alam Melayu ini, yang mengukuhkan lagi persamaan budaya dan cara hidup majoriti penduduk alam Melayu.

Penghijrahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain, dari satu pulau ke pulau yang lain dalam perbatasan geografi alam Melayu tidak dianggap sebagai kedatangan orang asing. Orang baru yang datang dari daerah atau kepulauan lain di dalam lingkungan alam Melayu itu mudah disimilasikan ke dalam masyarakat tempatan dan mudah diterima sebagai sebahagian daripada penduduk asal. Penghijrahan itu sama dengan penghijrahan orang-orang Melayu Kelantan ke Pahang atau orang-orang Melayu Perak ke Kedah.

Alam Melayu terpisah hanya apabila penjajah menjadikannya beberapa negara yang mempunyai kedaulatan masing-masing. Peraturan emigrasi membataskan aliran penghijrahan dan menyekat kebebasannya. Tetapi perkongsian sejarah, persamaan budaya dan cara hidup tetap unggul dalam hubungan antara penduduk di alam Melayu yang berketurunan Melayu. Penghijrahan mereka berlaku secara bersahaja.Mereka mudah disimilasikan di mana jua mereka tinggal di mana-mana daerah di alam Melayu ini.

Kedatangan orang dari alam Melayu ke negara ini berbeza dengan kedatangan orang-orang Cina dan India. Terdapat dua keadaan mengenai kedatangan orang-orang Cina dan India ke Malaysia. Penghijrahan mereka ke negara ini sebelum kedatangan penjajah, adalah penghijrahan bersahaja kerana menjalankan urusan perniagaan dan sebagainya. Mereka mudah disimilasikan ke dalam masyarakat tempatan. Tetapi kedatangan mereka di zaman pemerintahan British adalah suatu perancangan dan konspirasi penjajah yang mempunyai niat jahat untuk kepentingan politik dan ekonomi penjajah. Mereka membawa masuk orang-orang Cina dan India secara besar- besaran untuk mengujudkan kontradiksi politik, sosial dan budaya yang setiap bangsa akan bergantung kepada British bagi menjaga kepentingan masing-masing. Sedangkan pihak British akan terus menguasai politik dan ekonomi negara ini dengan menjadikan pendatang-pendatang itu tenaga kerja bagi menampung kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan dan perlombongan yang dimonopoli oleh pengusaha-pengusaha British.

Sejarah kedatangan orang-orang Cina dan India ke negara ini dan perbezaannya dengan kedatangan orang-orang dari alam Melayu, serta kedatangan orang-orang Cina dan India sebelum kedatangan penjajah, tidak boleh dipadam. Ia tetap menjadi fakta yang tidak boleh dilupakan. Justeru, mereka yang cuba mengatur semula fakta sejarah dengan menyatakan kononnya orang-orang Melayu, Cina dan India kesemuanya adalah pendatang asing di negara ini, terdiri dari kalangan mereka yang tidak jujur dan tidak ikhlas dan mempunyai perancangan jahat bagi menafikan keadilan dan hak-hak yang sepatutnya diterima oleh mereka yang berhak. Mereka adalah konspirator yang  sangat berbahaya.

Orang-orang Melayu dan kaum bumiputra lainnya di negara ini dari masyarakat serumpun yang bertapak di negari ini ribuan tahun dan mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Masyarakat ini mempunyai sistem pemerintahannya di negara ini sejak ribuan tahun dan memiliki hasil-hasil ilmu pengetahuan yang menjadi tonggak perkembangan budaya dan tamadun mereka. Institusi raja-raja Melayu adalah institusi penting yang menjadi bukti kewujudan sistem pemerintahan yang unggul berteraskan Melayu/Islam di negara ini sejak zaman berzaman.  Bahkan sastera klasik yang diwarisi dari tamadun ini masih segar untuk dijadikan bahan kajian.

Mereka yang berusaha mengubah bentuk sejarah negara ini berfahaman resis yang fanatik kepada kaum masing-masing serta menolak usaha pembentukan satu bangsa menerusi asimilasi budaya dan kehidupan dengan mengambil kira bahawa teras pembentukan itu terdiri daripada latar belakang sejarah, budaya dan tamadun negara ini. Mereka berusaha mengubah sejarah dan meletakkan kaum mereka mempunyai kedudukan penting dalam sejarah negara ini. Usaha mereka itu adalah suatu usaha melakukan pembohongan dan pemalsuan fakta yang amat keji dan jelek. Sikap keji dan jelek ini amat berbahaya kepada usaha pembentukan sebuah negara yang mempunyai jatidiri dan bertapak di atas landasan kukuh untuk menyatukan rakyat sebagai satu bangsa.

Sikap meninggi diri dan beranggapan bahawa kaum sendiri lebih superior kerana hidup kaya raya, menikmati kemajuan yang lebih dari kaum lain, ditambah pula dengan sikap memandang rendah kepada kaum lain, khususnya kaum bumiputra, menyebabkan kebanyakan pemimpin mereka bersikap lupa daratan dan dengan angkuh menuntut pelbagai perkara yang diluar batas susila untuk kepentingan kaum sendiri, sehingga melukai perasaan kaum bumiputra. Mereka seolah-olah akan dapat menghadapi akibat buruk jika berlaku perbalahan dan pegaduhan antara kaum seperti yang berlaku dalam Peristiwa 13 Mei.

Antara tuntutan melampau mereka ialah mentut persamaan dan mengubah Perlembagaan negara supaya ditegakkan kesamarataan hak, agama dan sebagainya dengan menolak peruntukan-peuntukan yang bertujuan melindungi hak-hak kaum bumiputra. Sebahagian daripada pemimpin mereka menyertai perjuangan kaum liberal Barat dan membuat tuntutan melampau untuk memberi kebebasan kepada amalan homoseksual, lesbian, perkahwinan sejenis dan sebagainya, tanpa mempedulikan ajaran agama dan nilai-nilai agama yang dihormati dan dipandang tinggi oleh majoriti rakyat negara ini. Sikap tidak hormat terhadap ajaran Islam yang merupakan agama bagi negara ini, menunjukkan keangkuhan yang melampau. Seterusnya mereka mempersendakan asas pembentukan negara ini yang menjadikan keislaman dan kemelayuan sebagai kerangka pembangunan tamadun yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial antara kaum yang diterjemahkan ke dalam perlembagaan negara.

Sikap mementingkan kaum sendiri tanpa menghormati pentingnya kekayaan negara dinikmati bersama secara adil dan berpendirian melampau di dalam membuat tuntutan untuk kepentingan kaum tertentu, bukanlah sikap yang sesuai dengan masyarakat majmuk yang memerlukan sikap bertoleransi dan bertimbang rasa terhadap kaum lain yang lemah dan memerlukan bantuan dan pembelaan. Sedangkan mereka bernasib baik kerana yang memegang kuasa politik ialah kaum bumiputra yang memberikan kepada mereka peluang yang seluasnya untuk maju dan berjaya dalam pelbagai lapangan, sehingga mereka menguasai ekonomi dan menikmati kehidupan lebih baik berbanding kaum bumiputra sendiri. Tidak puas dengan apa yang diperolehi, mereka mendesak secara melampau untuk meluaskan bidang penguasaan mereka tanpa menghiraukan kepenting rakyat Malaysia dari kaum yang lain. Jika mereka menguasai kuasa politik, sudah tentu peluang untuk kaum lain menikmati kehidupan yang sejahtera akan dinafikan dengan alasan bahawa kemajuan dan pembangunan dicapai mengikut merit. Kaum yang kurang dari segi merit akan dengan sendirinya tertinggal di belakang. Inilah yang akan berlaku sekiranya mereka menguasai kuasa politik. Di manakah keadilan dan kewajipan membantu mereka yang lemah untuk menikmati kehidupan yang saksama?

Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan perasaan bongkak dan sombong yang kian berakar di kalangan kaum tertentu ini?  Waktu mereka dalam keadaan daif dan miskin dan sebahagian mereka terpaksa menyerah anak-anak untuk dipelihara oleh orang-orang Melayu, mudah bagi mereka akur dengan apa jua langkah untuk bersatu dan diisimilasikan dalam masyarakat tempatan. Tetapi apabila sudah kaya dan kuat ditambah pula dengan “superiority complex” yang dialami sekarang, tidak mudah bagi mereka tunduk kepada dasar-dasar nasional untuk kepentingan bersama.Bahkan mereka akan mempengaruhi dasar-dasar nasional hanya untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan meluaskan kepenti-ngan mereka di dalam pelbagai sektor untuk mencapai matlamat untuk memonopoli kuasa di tangan mereka.

Di era petadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Husain Onn, kerangka pembangunan nasional, berjalan seiring dengan malamat yang termaktub dalam perlembagaan dengan dasar induk DEB. Keseimbangan kemajuan antara kaum kian menutup jurangnya. Langkah-langkah afirmatif yang telah diambil melonjakkan kemajuan orang-orang Melayu tanpa menyekat peluang kaum lain untuk terus bergerak menuju kemajuan. Golongan menengah Melayu yang berpengaruh berjaya diwujudkan dan telah memainkan peranan penting dalam usaha melonjakkan kemajuan negara. Perancangan pembangunan yang dirangka oleh golongan profesional dan birokrat Melayu, turut memberi peluang yang laus kepada kaum bukan Melayu untuk meraih keuntungan dan membina kekuatan ekonomi mereka sehingga berjaya menikmati kekayaan yang membanggakan dalam proses pembangunan yang walupun bergerak sederhana, tetapi seimbang.

Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, berusaha memacu kemajuan dengan lebih rancak lagi bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Untuk itu dasar-dasar afirmatif yang dianggap sebagai tungkat tidak lagi sesuai. Persaingan di dalam srebuah negara brerteraskan perdagangan dan perindustrian dengan mengutamakan merit perlu dihayati bagi menghasilkan lonjakan menuju negara maju. Langkah-langkah yang diambil itu cukup sesuai untuk bergerak pantas menuju kemajuan. Tetapi bukan tanpa risiko. Kerangka kemelayuan dan keislaman dalam pembangunan negara menguncup dan fenomena liberal kian menyerlah. Bahasa Melayu kian terpinggir. Dasar-dasar pembangunan diformulasi dari atas ke bawah. Tidak sebagaimana era Tun Abdul Razak yang diformulasi dari bawah ke atas. Banyak institusi negara di zaman Tun Abdul Razak yang ditubuhkan kerajaan, bagi menggerakkan pembangunan negara adalah hasil resolusi seminar dan kongres yang dianjurkan sama ada oleh kerajaan atau pun rakyat. Di zaman Tun Mahathir idea-idea pembangunan dihasilkan daripada pengalaman-pengalaman beliau dari lawatan-lawatan ke luar negara dan perbincangan dengan pakar-pakar dari dalam dan luar negara. Kemajuan negara di zaman Tun Mahathir sangat menyerlah dan melonjak Malaysia ke persada dunia sehingga dikenali di mana-mana. Ia muncul sebagai negara Islam termaju dari segi keupayaan bersaing, kemantapan ekonomi, kemajuan pengurusan, pendidikan dan sains dan teknologi.

Bagaimana pun penamatan dasar-dasar afirmatif memberi kesan teruk kepada usaha memajukan orang-orang Melayu dan sekaligus gagal mengerakkan mereka menjadi masyarkat perdagangan dan perusahaan sebagaimana yang dihasratkan oleh Tun Dr. Mahathir. Tun Dr Mahathir mempunyai pandangan dan langkah-langkah tersendiri bagi memajukan orang-orang Melayu dan umat Islam. Iltizam beliau untuk memajukan orang Melayu dan hasratnya yang berkobar untuk kejayaan umat Islam, tidak perlu diragukan. Untuk maju orang-orang Melayu perlu didedahkan di glombang persaingan, tanpa bergantung kepada tongkat untuk terus maju ke hadapan. Dengan semangat “Malaysia Boleh” beliau mengharapkan orang-orang Melayu akan bertungkus lumus dengan penuh semangat bagi meraih kejayaan daripada peluang-peluang yang tersedia dalam proses pembangunan yang sedang berlaku. Beliau membuka ruang luas kepada semua rakyat, menerusi pembangunan negara menuju sebauh negara maju dengan menhgambil langkah-langkah liberalisasi dan mengurangkan dasar-dasar afirmatif. Pelbagai projek mega dilaksanakan untuk melonjak negara mengham-piri stutus negara maju.

Tetapi apa yang beliau kehendaki daripda orang-orang Melayu itu belum wujud di kalangan orang-orang Melayu sendiri. Bahkan golongan-golongan yang dipilih oleh beliau untuk memiliki jiwa dan semangat yang dikehendaki beliau itu yang dijadikan anak emasnya, juga tidak menjadi. Mereka mengkhianati cita-cita beliau dan tidak berusaha untuk membentuk dan memperkasakan komuniti perdagangan dan perusahaan Melayu. Sebaliknya, mereka hanya membolot peluang yang dianugrahkan untuk memperkayakan diri sendiri. Di akhir pemerintahan beliau Dr. Mahathir sempat meluahkan kekecewaan kerana gagal menolong orang-orang Melayu. Yang sebenarnya, ruang luas yang dibuka untuk bersaing melalui liberalisasi pembangunan tidak mampu dipikul oleh orang-orang Melayu yang masih mencari-cari kaedah terbaik untuk berubah dan membina kekuatan daya saing mereka.  Peluang keemasan yang dibuka melalui dasar liberalisasi pembangunan negara ini sebahagian besarnya diraih oleh orang-orang Cina dan sebahagian yang lain oleh orang-orang India. Orang-orang Melayu menggigit jari. Anak-anak didik Dr. Mahathir terhumban akibat krisis kewangan yang melanda. Kadar pemilikan kekayaan orang-orang Melayu yang mencapai 20% di zaman DEB menurun ke tahap lebih rendah. Kadar purta pendapatan isi rumah orang-orang Melayu terendah jika dibandingkan dengan pendapatan isi rumah orang-orang Cina dan India. Di era pemerintahan Tun Dr. Mahathir, negara menjulang ke persada dunia. Tetapi orang-orang Melayu terhimpit oleh arus pembangunan di negara sendiri.

Kekayaan orang-orang Cina yang dapat dikumpul mereka dari peluang liberalisasi Tun Dr. Mahathir menaikkan tocang mereka secara beransur. Mereka mula mendengar suara-suara sumbang keangkuhan daripada para pemimpin mereka yang “chauvinistic” dan mula menyahut suara-suara sumbang itu. Mereka mula menyerlahkan kesombongan mereka dalam pilihanraya ke 12.

Yang menyebabkan berlaku kesombongan kaum Cina itu bukan sahaja kejayaan ekonomi yang diperolehi daripada peluang liberalisasi tajaan Tun Dr.Mahathir, tetapi juga disebabkan perlakuan jelek orang-orang UMNO yang dipimpinnya dan penerusan kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang lemah serta kepimpinan Dato’ Seri Najib yang terpaksa berhadapan dengan kesombongan kaum Cina dan perlakuan jelek kuncu-kuncu UMNOnya yang tidak sedar diri. Gabungan antara kesombongan kaum Cina dan kejelekan kelakuan orang-orang UMNO menimbulkan situasi politik yang rumit di Malaysia sekarang. Keadaan itu membuka kesempatan kepada Pakatan Pembangkang yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim meneguk di air keruh. Sedangkan beliau seorang yang sangat diragukan keikhlasannya sebagai pejuang bangsa dan agama.Bahkan beliau sering menerima tuduhan sebagai boneka Yahudi dan seorang pemimpin yang tidak bermoral.

Pakatan Pembangkang yang disertai PAS, PKR dan DAP membuka gelanggang persilatan politik dengan membawa pelbagai rentak sepak terajang yang memeningkan kepala rakyat. Gelombang kekeliruan di kalangan rakyat makin terasa lambongannya. Rakyat mungkin dihanyut kekeliruan itu dan negara akan behadapan dengan krisis politik yang membawa kepada keadaan tidak stabil selepas Pilihanraya ke 13 nanti. Melainkan jika rakyat berjaya keluar daripada kekeliruan menjelang pilihanraya tersebut dan memilih kerajaan dengan penuh berhati-hati serta mengutamakan kesetabilan negara mengatasi fanatik kepar-tian dan perkauman.

Asas Pembentukan Negara ini.

Perjuangan kemerdekaan negara ini dipelopori orang-orang Melayu dan hasil pengorbanan mereka. Hanya segelintir orang-orang Cina dan India menyertainya. Kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sudah bermustautin di negara ini beberapa generasi terdahulu yang mempunyai perasaan bahawa Tanah Melayu telah menjadi negara mereka. Perasaan itu mendorong mereka membuat tuntutan supaya mereka dilayani sama seperti layanan diberikan kepada orang-orang Melayu. Tuntutan itu menjdai agenda politik mereka. Kebanyakan tuntutan politik adalah disuarakan oleh orang-orang Cina Negeri Selat dan ia tidak mewakili semua orang Cina yang tinggal di Tanah Melayu. (Hasnah Husiin, dalam Pemikir, Julai-September 2012:73)

Kebanyakan orang-orang Cina dan India menjelang kemerdekaan negara ini, terutama dari kalangan mereka yang masuk ke negara ini di bawah dasar pintu terbuka British, atau dengan kata lain mereka yang dibawa masuk oleh British, tidak merasai bahawa negara ini negara mereka. Mereka terus berkiblat ke negara masing-masing. Mereka berpolitik mengikut rentak politik di negara mereka. Saya masih ingat dalam tahun lima puluhan, gambar-gambar Sun Yet Sin dan Chiang Kai Shik, masih bergantungan di kedai-kedai orang Cina di Pekan Kupang. Mereka terbahagi kepada dua golongan. Penyokong Parti Nasionalis dan parti Komunis yang dipimpin Mao Zedong.

Pemberontak Komunis yang lari ke hutan setelah perang Dunia Kedua, adalah daripada pengikut Maoist. Walaupun tidak ke semua penyokong Parti Komunis itu tidak masuk de dalam hutan, tetapi berperanan menyebarkan faham komunis di kalangan orang-orang Cina di negara ini. Mereka meresap masuk ke dalam golongan pelajar-pelajar sekolah Cina dan pertubuhan-pertubuhan Cina di negara ini. Gerakan mereka menjadi sebahagian gerakan komunis Cina yang bertujuan menjadikan negara ini negara Komunis di bawah payung negara Komunis Cina. Bukan tujuan mereka memerdekakan negara ini sebagai sebuah negara merdeka yang bebas. Justeru, mereka bukan pejuang-pejuang kemerdekaan negara ini. Percubaan mengiktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan dari sesetengah pihak , adalah suatu pembohongan keji dan pembelot yang tidak memahami hakikat sejarah.

Pengikut-pengikut Parti Nasionalis, walaupun masih terikat kepada politik negara mereka, tetapi mula beralih sikap setelah penubuhan MCA yang dipimpin Tan Cheng Lock. Untuk makluman, beliau ini sudah bermustautin di negara ini beberapa generasi dan dari kalangan Baba Melaka. Kebanyakan orang Cina dari kalangan penyokong Parti Nasionalis menyertai MCA dan mula berusaha menyesuaikan diri dan ingin menjadikan negara ini sebagai negara mereka. Masalah utama mereka untuk tujuan itu ialah kerakyatan. Mereka masih tidak diakui sebagai rakyat dan kerakyatan negara ini pula dicorakkan mengikut rakyat kepada raja-raja di setiap negeri. Mereka yang tinggal di negeri-negeri Selat pula adalah sebagai rakyat British.

Sebahagian daripada orang-orang Cina tidak menghiraukan politik. Tujuan mereka ialah untuk mencari rezeki dan akan pulang ke kampong halaman mereka dengan rezeki melimpah ruah yang mereka perolehi di negara ini. Mereka lebih mementingkan kepentingan dan survival masing-masing. Untuk itu mereka berusaha menjaga kepenting mereka dan bersaing untuk mendapat rezeki sebanyak mungkin. Pesaingan itu menyebabkan mereka menubuhkan kumpulan-kumpulan sulit berdasarkan etnik seperti pertubuhan rahsia Hai San dan Gee Hin.

Penubuhan Parti Perikatan oleh Tunku Abdul Rahman, terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC, serta kempen-kempen yang dijalankan oleh pemimpin ketiga-tiga perti ini, banyak mengubah sikap orang-orang Cina dan India. Penekanan supaya mereka memberikan ta’at setia kepada negara ini banyak membawa perubahan sikap di kalangan mereka dan mula membina perasaan bahawa negara inilah negara mereka. Sebagaimana yang disebutkan masalah utama mereka untuk menjadikan negara ini sebagai negara mereka ialah kerakyatan. Masalah ini diberikan penekanan penting oleh pemimpin-pemimpin MCA dan MIC dan dipersetujui oleh UMNO melalui tolak ansur antara pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti tersebut. Pendirian UMNO di dalam perkara ini diperjelaskan di dalam konvensyen antara pemimpin-pemimpin Melayu yang dihadiri wakil-wakil pertubuhan Melayu, termasuk PAS. PAS yang diwakili Dato’ Asri menolak tolak ansur tersebut dan menentang pemberian kerakyatan kepada orang-orang Cina dan India yang masih berstatus pendatang.

Persetujuan memberikan kerakyatan kepada orang-orang asing itu, diimbangi dengan pengakuan dan pengiktirafan orang-orang Cina dan India mengenai asas kemelayuan dan keislaman negara ini. Justeru, mereka menerima dan mengiktiraf hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama negara. Keempat-empat perkara itu dan penyelsaian masalah kerakyatan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menentukan sifat kemela-yuan dan keislaman dalam pembentukan negara ini dan acuan tamadunnya dalam proses pembangunan sebuah negara bangsa di masa hadapan.

Hanya dengan kehendak Allah S.w.T jua, nas perlembagaan mengenai Islam berakhir dengan ayat “Islam is the religion of the Federation and other religion may be practice in peace and harmony.” Perkataan sekular tidak dimasukkan untuk dijadikan penjelasan keterbatasan peranan Islam sebagai agama negara. Walaupun di luar perlembagaan itu gamat dibincangkan dan dibicarakan, bahkan dijelaskan bahawa negara ini adalah negara secular, walaupun Islam sebagai agama rasmi. Tetapi gamat di luar itu tidak mempunyai nilai undang-undang. Yang menjadi nilai sebenar ialah butiran yang termaktub di dalam perlembagaan itu yang begitu jelas sekali bahawa status Islam bukan sekadar agama rasmi, tetapi agama bagi negara. Dengan perkataan lain, negara ini adalah negara beragama dan agamanya ialah Islam.

Ceteklah pemikiran mereka yang berpendapat bahawa sifat kemelayuan dan keislaman negara ini menjadikan negara ini sebuah negara perkauman dan mengamalkan diskriminasi atau dengan bahasa lain sebuah negara apartheid. Kemelayuan dan keislaman adalah jatidiri dan acuan pembinaan tamadunnya. Jika negara-negara Barat membina tamadunnya berteraskan budaya, agama dan sejarahnya di Barat, maka begitulah negara ini mempunyai acuan dan kerangka pembangunan tamadunnya yang tersendiri. Hanya mereka yang bergerak dalam acuan itu dan beriltizam dengan kerangka itu layak dinamakan rakyat Malaysia yang sebenar yang memiliki dan menghayati harapan dan halatuju bersama bagi sebuah negara bangsa yang bercita-cita tinggi. Di sinilah terjalinnya asas dan ikatan bagi perpaduan kebangsaan yang sebenar. Jika setiap kaum dan kelompok masyarakat mempunyai cita-cita yang berbeza dan matlamat bersimpang siur, tidak mungkin akan lahir perpaduan sebagai bangsa bagi sebuah negara yang merdeka.

Kemelayuan tidak memberi makna hanya orang Melayu atau terbatas dalam kelompok masyarakat Melayu. Istilah Melayu di dalam perlembagaan tidak diasaskan kepada kaum atau etnik. Ia berasaskan kepada agama dan budaya. Pengertian yang berasaskan kepada agama dan budaya itu, terbuka untuk semua rakyat tanpa mengira keturunan bangsa. Jika sesiapa sahaja dari kalangan rakyat negara ini mahu melengkapkan diri mereka sebagai rakyat yang sebenarnya, mereka harus menyesuaikan diri dengan kerangka agama dan budaya negara ini, iaitu kemelayuan dan keislaman. Mereka menjadi rakyat yang selengkapnya, jika mereka menerima keadaan itu. Menjadi rakyat Malaysia yang sebenarnya, mesti-lah bergerak dalam kerangka pembangunan negara yang beracuan kemelayuan dan keislaman. Dengan itu, mereka turut diberikan hak-hak istimewa sebagai-mana orang-orang Melayu.

Kehendak Perlembagaan dan matlamat perjuangan kemerdekaan tidak dihayati dengan penuh jujur. Jika dihayati dengan kesungguhan,setelah 55 tahun merdeka, perpaduan nasional berteraskan keislaman dan kemelayuaan itu, telah terbentuk dengan kerangkanya yang jelas dan halatujunya yang terang. Yang Teramat Mulia Tungku Abdul Rahman, menyedari hakikat perpaduan nasional ini tidak akan tercapai dalam keadaan kemajmukan yang penuh dengan kontradiksi agama dan budaya. Beliau menubuhkan PERKIM dan menggerakkan pertubuhan itu untuk menjalankan usaha pengislaman kaum-kaum bukan Melayu yang belum beragama Islam. Dengan bantuan Tun Mustafa, PERKIM dan USIA menjalankan usaha pengislaman kaum Bumiputra di Sabah. Melalui BINA, Tun Abdul Rahman Ya’kub melaksanakan agenda yang sama dengan sokongan Tunku Abdul Rahman. Saya masih ingat dalam tahun 1973, dalam Kongres Ekonomi Islam Ke 2, Tun Abdul Rahman Ya’kub mencadangkan supaya ditubuh Yayasan Dakwah Islamiah dan dipersetujui oleh Tun Abdul Razak yang telah mengisytiharkan penubuhannya pada tahun 1974. Tujuannya ialah untuk menjadikan dakwah sebagai program nasional. Malangnya, YADIM sejak penubuhannya menjadi sebuah institusi yang “hidup segan mati tak mahu.” Program nasional yang sangat penting untuk menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama dalam acuan kemelayuan dan keislaman ini, hanya diberi peruntukan RM1 juta sahaja setahun. Bukannya kerajaan tidak bersedia membiayai pergerakannya, tetapi bajet yang kecil itu ialah kerana tiada perancangan yang dibuat untuk tujuan dakwah. YADIM lebih banyak diisi dengan agenda politik sahaja.

Saya telah diberi kesempatan untuk memimpin YADIM oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 2000-2009. Saya hadhir dalam Kongres Ekonomi ke 2 itu dan mengikuti perkembangan YADIM daripada mula ditubuhkan, mendengar sendiri daripada ucapan Tun Abdul Rahman Ya’kub yang mengemukakan cadangan itu dan penjelasan sampingannya di luar sesi perbincangan, memahami apakah tujuan yang tersurat dan tersirat YADIM ditubuhkan. Saya cuba menghayati YADIM sebagai institusi dakwah nasional dan mengembalikannya kepada tujuan ia ditubuhkan. Fokus saya ketika itu ialah membangunkan prasarana dakwah dengan melibatkan para ulama’, intelektual, pertubuhan dakwah dan masyarakat di dalam gerakan dakwah. Dasar Dakwah Baru diperkenalkan dan perancangan lima tahun pertama dan kedua dilaksanakan. Saya memohon peruntukan kewangan daripada kerajaan dengan jumlahnya yang sesuai mengikut perancangan itu. Permohonan peruntukan YADIM tidak pernah dikurangkan jumlahnya. Bahkan ketika saya memohon peruntukan tambahan juga tidak pernah ditolak. Malangnya, setelah saya bersara Dasar Dakwah Baru terbenam di dalam buku dan rancangan lima tahun pertama dan kedua yang disusun, tinggal sebagai rancangan kosong yang tidak diteruskan. Saya hanya boleh mengeluh “Wal hasil balik asal.”

Acuan Keislaman dan Kemelayuan Tidak Membawa Kemelut.

Perubahan adalah sunnah Allah S.w.T. Sedangkan sunnah yang ditetapkan itu tidak berubah. Sunnah perjalanan alam merupakan hukum yang tetap selagi Allah S.w.T menghendakinya. Tetapi apabila manusia mengikut sunnah itu menuju ke arah menaik, maka manusia akan menaik dan jika manusia mengikut sunnah itu menuju jalan menurun, maka manusia akan menurun. Naik dan turunnya perjalanan hidup manusia adalah merupakan perubahan yang berlaku di dalam masyarakat manusia dan persekitarannya, berdasarkan laluan yang dilaluinya.

Setelah kemerdekaan dicapai dalam tahun 1957, perubahan berlaku dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain di negara ini. Perubahan terus berlaku mengikut perancangan dan perlakuan para pemimpin dan rakyat di negara ini. Ia berlaku dalam segenap bidang menuju hala menaik dan tidak kurang pula menuju hala menurun dalam proses pembangunan dan pengisian erti kemerdekaan.

Oleh kerana kertas kerja ini secara khusus berkaitan dengan politik dan dakwah, saya memfokuskan kepada fenomena kedua-dua lapangan ini untuk melihat arah menaik dan menurun dalam kedua-dua lapangan ini. Dakwah yang saya maksudkan ialah usaha-usaha pembangunan dan pengembangan Islam dari segi mengajak manusia menganut agama Islam, mengurangkan pandangan negatif sesetengah orang terhadap Islam, perkembangan institusi dan sistem Islam dan perkara yang berkaitan dengan perleksanaan Islam di negara ini, peng-hayatan masyarakat terhadap ajaran Islam serta corak dan bentuk pendekatan dan usaha para pendakwah dalam mengembangkan ajaran Islam serta kesan-kesan yang terdapat dalam masyarakat Islam khasnya dan masyarakat Malaysia umumnya.

Secara makro kita melihat arah menaik yang ketara dalam perkembangan dan pembangunan Islam di negara ini. Institusi pendidikan Islam dari peringkat rendah ke peringkat pengajian tinggi bekembang pesat dan peluang mempelajari Islam terbuka luas untuk rakyat negara ini, sama ada di dalam dan di luar negara. Bermula dari era kebangkian Islam pada tahun 1970an perkembangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah melalui satu ledakan yang drastik (Zamri Arifin: 2008) Perkembangan ini turut digerakan oleh pihak swasta, selain daripada kesungguhan kerajaan melaksanakannya.

Ekoran daripada timbulnya kesedaran Islam yang mendalam di kalangan masyarakat Islam dan keperihatinan pihak kerajaan dan swasta di atas kecenderungan mereka iaitu diperkenalkan beberapa produk perbankan Islam seperti al-Mudharabah, al-Wadi’ah, al-Rahn dan sebagainya (Zawiyah Haji Mat: 2008) Sistem perbankan Islam yang meupakan tulang belakang kepada sistem kewangan Islam, memainkan peranan penting dalam menggerakkan deposit dan menyediakan keperluan kewangan untuk pertumbuhan ekonomi. Perbankan Islam kini diwakili oleh 33 institusi perbankan Islam, terdiri daripada dua per-bankan Islam dan 31 dijalankan oleh perbankan konvensional yang menawarkan produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah skima pebankan Islam (BNM, The Islamic Financial System 2003)

Industri takaful terus berkembang pada tahun 2004 selaras dengan pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Kesemua penunjuk utama industry menunjukkan pertumbuhan positif. Gabungan pendapatan caruman bersih takaful keluarga dan am meningkat 10.8% kepada RM 1.1 bilion. Manfaat dan tuntutan bersih yang dibayar oleh industry takaful meningkat 34.7% kepada RM377.3 juta. (BNM: Takaful: Laporan Tahunan 2004, h. A3)

Institusi Zakat juga berkembang dengan pesat setelah dipermodenkan Pusat Kutipan Zakat. Jumlah kutipan di seluruh negara mencapai angka lebih daripada RM500 juta. Justeru, keupayaan membantu asnaf yang berhak telah meningkat. Kajian membuktikan bahawa agihan zakat, telah memberi kesan dengan mengurangkan kadar kemiskinan. Agihan zakat mengurangkan 30% responden daripada golongan fakir kepada golongan miskin. Agihan zakat juga telah mengeluarkan 10% responden daripada garis kemiskinan berbanding sebelum agihan zakat dibuat. (Fuadah Johari & Patmawati Haji Ibrahim: 2007, h. 86)Kerajaan Pusat pada tahun 2004 telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat untuk memperkemaskan lagi pengurusan ketiga-tiga bidang ibadah itu yang jelas membantu perkembangan Islam dan pengukuhan institusi Islam di negara ini.

Kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan Islam seperti yang disebut di atas, tidak mendatangkan apa-apa kemelut politik, kecuali isu-isu kecil yang dibangkitkan oleh beberapa orang politikus untuk memancing pengaruh dan menimbulkan keraguan terhadap perlaksanaan Islam. Pada hal orang-orang bukan Islam turut memainkan peranan memajukan sistem Islam itu khusunya di lapangan kewangan dan takaful. Mereka bukan sahaja tidak menimbulkan masalah tetapi juga turut mendapat manfaat yang besar daripada pelaksanaan sistem Islam. Bahkan, ternyata mereka mengambil peluang daripada pelaksanaan sistem kewangan Islam itu bagi mengembangkan perniagaan mereka. Penglibatan mereka di dalam pembangunan industry halal membuktikan bahawa program-program pengislaman yang bersifat Rahmatan Li al-alamin, tidak mendatangkan kemelut politik dan sosial, bahkan disertai dengan partisipasi yang aktif oleh masyarakat bukan Islam. Industri halal dibangunkan dengan progresif sebagai penyumbang yang signifikan kepada ekspot negara. Bahkan makanan halal telah dijadikan kerajaan sebagai strategik tumpuan dalam perancangan induk industri Negara (MATRADE: Malaysia Exporter of Halal Products Directory, 2006, h.v.)

Acuan keislaman dalam ertikata yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Islam, mendatangkan kebaikan kepada semua rakyat dan pembentukan negara ini berasaskan acuan tersebut, membawa kebaikan kepada negara ini, sekiranya ia dilaksanakan secara semestinya dalam pembangunan negara ini.

Bahkan, perpaduan di kalangan orang-orang Melayu yang merupakan golongan majoriti masyarakat Islam dan masyarakat Malaysia, merupakan tuntutan Islam, memberi manfaat kestabilan politik kepada negara ini. Kekuatan masyarakat teras adalah penting bagi mengujudkan kesetabilan. Ia akan mengurangkan konflik dan memberi ruang yang luas kepada pihak berkuasa di kalangan mereka untuk menegakkan keadilan dan meneruskan agenda pembangunan. Apalagi jika program pengislaman kaum-kaum bukan Melayu diteruskan sehingga majoriti besar rakyat Malaysia terdiri daripada orang-orang Islam. Perpecahan di kalangan masyarakat Melayu sekarang ini, menggamit kemelut dan ketidak-stabilan yang akan mara, sekiranya masalah perpaduan dipandang remeh.

Hala tuju menaik di dalam pengisian acuan keislaman dan kemelayuan itu, tidak syak lagi adalah hasil daripada kesedaran dan kebangkitan Islam serta suara lantang gerakan dakwah yang berusaha membetulkan hala tuju negara. Kesedaran Islam di kalangan golongan muda terpelajar pada ketika itu, memberi impak yang cukup besar kepada perubahan. Mereka mendewasa dalam pengisian jawatan-jawatan penting negara yang bertanggungjawab membuat perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara. Tanpa kesedaran keislaman mereka tidak mungkin arah menaik dalam pengisian keislaman acuan negara ini akan berlaku. Begitu juga gerakan dakwah yang berkesan memberi kesedaran kepada rakyat untuk menilai kebolehan dan keupayaan kerajaan di dalam menentukan hala-tuju masyarakat dan negara.

Jika kita mengambil kira pembangunan prasarana dan kemudahan kesihatan dan sebagainya, kita dapati kualiti hidup rakyat Malaysia bertambah baik dan ini juga harus diambil kira sebagai pengisian kepada agenda keislaman dan kemelayuan yang tidak banyak menimbulkan kemelut politik. Begitu juga di dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

Hala Menurun Bagi Acuan Keislaman dan Kemelayuan.

Acuan yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini, jika diabai dan diselewengkan menjadi petanda pengkhianatan perjuangan kemerdekaan. Walaupun upacara sambutan kemerdekaan setiap tahun disusun meriah dan secara besar-besaran, ia tidak membawa makna apa-apa sekiranya perjuangan kemerdekaan itu dikhianati oleh generasi baru bangsa ini. Dengan pengkhianatan itu negara kita kehilangan arah dan hala-tujunya yang sebenar. Perjalanannya terumbang ambing seperti bahtera yang dipukul gelombang besar. Ia mengalami ancaman ditelan ombak besar itu. Kerangka pembenaan ketamadunannya seperti tiada matlamat dan hala tuju. Terpesona dan hanya sekadar terpesona dengan tamadun dan budaya Barat, tidak membawa kita kemana. Sebuah negara merdeka semestinya memiliki hala tuju sendiri di dalam pembentukan dan perkembangan tamadunnya.

Apabila gerakan dakwah dan kesedaran Islam di negara ini, kian dihanyut kejayaan dan para penggeraknya dilihat berharga dalam pasaran politik, mulalah mereka menawarkan diri di pasaran itu. Pada hal persiapan organisasi dan prasarana dakwah dan persiapan iman, pengetahuan dan mental, belum bersedia menceburi simpang siur politik yang penuh dengan kemunafikan. Dunia politik yang perlu sentiasa diimbangi gerakan kesedaran dan keinsafan massa, mula mengambil tempat dominan dalam pemikiran rakyat. Kekuatan pergerakan dakwah yang menjadi kekuatan pengimbang, kian terhakis dan tidak tersusun. Keadaan ini memberi ruang kepada pelbagai kefahaman dan ideologi, menyerap masuk dan mengganggu acuan keislaman dan kemelayuan, sehingga simpang siur pemikiran kita kehilangan arah dan hala tujunya. Untuk merengkaskan bicara saya paparkan sahaja di sini akibat daripada keadaan ini yang dialami negara kita kebelakangan ini.

Muncul ketidak-keseimbangan ketara dalam pembahagian kekayaan ekonomi di Negara ini antara masyarakat Islam dan bukan Islam, impak daripada liberalisasi ekonomi yang melonjakkan kemajuan negara tetapi meminggirkan masyarakat Melayu. Pencapaian ekonomi orang-orang Melayu dikatakan menurun daripada 20% kepada hanya 18% di era pasca DEB. Dasar keislaman “Islam Hadhari” ditentang sendiri oleh masyarakat Islam sehingga ia berkubur sebelum dilaksanakan. Pada hal matlamat yang hendak dicapainya memenuhi ciri-ciri Rahmatan Li al-Alamin yang akan mendatangkan manfaat kepada seluruh rakyat. Trend penentangan kepada agenda keislaman ini didorong oleh mentaliti liberalisme dan oleh kecemburuan politik yang tidak mahu melihat Islam itu dilaksanakan oleh orang lain pada masa ini, sehingga kelompok politik yang kononnya memperjuangkan Islam itu berada di tampuk kekuasaannya. Kecemburuan yang memperlihatkan fenomena politik yang dipandu oleh sifat-sifat mazmumah. Kelemahan dalam pendekatan dan jentera penjelasan dasar itu juga berperanan dalam pengkebumian dasar itu sebelum ia dilaksanakan.

Gerakan hak asasi manusia, kebebasan dan persamaan gender, sebagai agenda acuan tamadun sekular Barat, turut mengembangkan sayapnya di negara ini. Tidak terbayang oleh kita bahawa setelah setengah abad negara ini mencapai kemerdekaan, muncul desakan supaya dibenarkan perkahwinan sejenis, diakui dan diiktiraf homoseksual dan lesbian dan dihapuskan undang-undang yang melarang perzinaan sekiranya dilakukan secara suka sama suka. Alasannya ialah kerana semua ini adalah hak asasi manusia. Jika melakukan kemungkaran diktiraf sebagai hak asasi manusia, mengapa diadakan undang-undang mengcegah rogol, menghukum pencuri dan sebagainya. Status kemungkarannya dari segi moral adalah sama dan kesan terhadap kepincangan sosial adalah serupa.

Tidak terbayang akan muncul gerakan liberalisme dan pluralisme agama di dalam negara ini yang agamanya adalah Islam. Apalagi yang menggerakkan fahaman ini, dahulunya adalah tokoh-tokoh harakah Islam. Di Indonesia,faham ini sudah mula mengakar dalam masyarakat dan berkembang pesat sehingga memiliki universiti sendiri, radio sendiri, menguasai beberapa buah universiti Islam negeri. Tokoh-tokohnya disanjung sebagai intelektual Islam terbilang. Perkem-bangan di Indonesia itu, kemudiannya mengalir ke negara ini dengan lebel yang sama iaitu Islam Liberal yang mendukung faham pluralism John Hick dan diperkuatkan dengan teori-teori transenden Husain Nasr dan lain-lain.

Hala menurun makin bertambah nyata dengan gejala kebejatan sosial di kalangan masyarakat Melayu. Pembuangan bayi hasil perzinaan di kalangan remaja dan dewasa, penagihan dadah, mat rempit dan sebagainya, merupakan perkembangan menurun yang ditandai oleh kepincangan moral dan kerapuhan budaya. Indeks rasuah dan jenayah yang meningkat juga merupakan gejala penurunan di dalam proses pembangunan negara ini.

Orang-orang Melayu juga ketinggalan di dalam pelajaran, walaupun negara ini mencapai kemajuan yang membanggakan dari segi penyediaan kemudahan dan prasarana pendidikan. Peluang yang begitu luas untuk menimba ilmu dan meningkatkan pengetahuan, kurang direbut oleh orang-orang Melayu. Pencapaian mereka dalam bidang ini juga rendah di bandingkan dengan orang-orang bukan Melayu, jika dilihat kepada keputusan-keputusan peperiksaan dari peringkat UPSR, PMR, SPM,STPM dan Pengajian Tinggi, dari tahun-tahun 1997-1998. (Lihat Isahak Haron – 2001)

Pengaruh pemikiran sekular Barat yang menular dalam msyarakat kita, mengundang kemelut politik di negara ini. Tuntutan supaya Perlembagaan negara dipinda bagi mengujudkan kesamarataan rakyat pelbagai kaum, menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan orang-orang Melayu. Begitu juga dengan tuntutan menghapuskan peruntukan mengenai hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan institusi raja-raja Melayu.

Perpecahan di kalangan orang-orang Melayu merupakan fenomena yang menghakis pengisian keislaman dan kemelayuan negara ini. Ia melemahkan kuasa tawar menawar politik dengan orang-orang bukan Islam. Walaupun rakyat bukan beragama Islam adalah minoriti, tetapi perpecahan di kalangan orang-orang Melayu menyebabkan mereka menjadi penting di dalam menentukan kuasa politik di negara ini. Mereka mula membuat tuntutan-tuntutan melampau, kerana mengetahui peluang untuk meraih sebanyak mana yang mungkin daripada kelemahan politik orang-orang Melayu. Peringatan Allah S.w.T sebagaimana firmanNya, ولاتنازعوا فتفشــلوا وتذهب ريحكم  , tidak dihiraukan oleh orang-orang Melayu dan mereka terus berpolitik mengikut rentak yang bertentangan dengan peringatan Allah S.w.T. Mereka sedikit pun tidak gentar menghadapi natijah daripada melanggar peringatan itu. Bahkan desakan supaya perpaduan ditegakkan dianggap sebagai retorik politik pihak berkepentingan.

Setelah 55 tahun merdeka, kita bukan sahaja gagal menyatukan seluruh rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, tetapi kita juga gagal menyatukan orang-orang Islam sendiri. Mereka bukan berfikir mengikut jalur ukhuwwah Islamiyyah, tetapi berfikir dan bertindak mengiku jalur politik kepartian dan ketaksuban kepada puak dan golongan.

Aliran menurun di dalam mengisian acuan keislaman dan kemelayuan negara ini, jelas sekali mengundang bencana. Hala penurunan di dalam pengisian acuan keislaman dan kemelayuan yang menjadi teras kepada perjuangan kemerdekaan dan pembentukan negara ini, menjadi punca utama timbulnya kemelut politik yang dihadapi sekarang ini. Jangan ditanya siapa yang bersalah dalam hal ini. Kita semua sebagai orang-orang Melayu yang beragama Islam adalah bertang-gungjawab meimbulkan ancaman ke atas diri kita sendiri. Sebelum terlewat eloklah kembali ke pangkal jalan. Tetapi bagaimana?

Ancaman Orang-orang Bukan Islam.

               Kegagalan dalam usaha menyatu-padu rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama di negara ini menyebabkan pertentangan dan polarisasi antara penduduk berterusan sebagaimana keadaannya semasa pemerintahan penjajah. Bezanya di zaman itu, orang-orang bukan Islam tidak mempunyai kuasa untuk membuat pelbagai tuntutan dan pihak British juga tidak membenarkan orang-orang Cina dan India berbuat demikian. Tetapi setelah merdeka dan mereka diterima sebagai rakyat negara ini, mereka mempunyai hak yang sama dengan orang-orang Melayu. Mereka tidak lagi menghiraukan bahawa hak itu diberikan dengan syarat bahawa mereka harus menerima acuan keislaman dan kemelayuan negara ini. Mereka anggap syarat itu sudah lapok. Sebagai rakyat mereka mesti mempunyai hak yang sama dengan orang-orang Melayu tanpa mempunyai apa-apa peruntukan undang-undang bahawa satu kaum mempunyai hak istimewa dan yang lain tidak. Hak istimewa seumpama itu adalah diskriminasi yang tidak lagi sesuai dengan demokrasi dan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Pandangan ini turut dikongsi oleh sebahagian kecil orang-orang Melayu yang merasakan diri mereka lebih maju daripada orang-orang Barat dalam perjuangan menegakkan demokrasi, kebebasan beragama, persamaan gendar dan hak asasi manusia. Jika di Barat, masih bertapak perasaan dan pemikiran bahawa orang-orang kulit putih itu adalah lebih istimewa daripada orang lain, tetapi segelintir orang-orang Melayu yang lupa daratan ini merasakan bahawa perasaan itu adalah asabiyyah yang tidak layak lagi berada di dalam pemikiran manusia masa kini. Mereka lebih ke hadapan daripada orang-orang Barat dalam pembinaan jiwa persamaan. Semua agama adalah sama, tiada rakyat yang lebih istimewa daripada yang lain. Mereka berganding bahu dengan orang-orang bukan Islam menuntut supaya acuan keislaman dan kemelayuan dalam Perlembagaan negara ini dihapuskan.

Mereka bersikap lebih melampau daripada orang-orang bukan Islam itu, kerana mebuat tawaran yang lumayan untuk menyerahkan hak-hak orang Melayu supaya dinikmati bersama oleh orang-orang bukan Islam jika mereka berkuasa. Mereka bersikap lebih melampau daripada orang-orang bukan Islam, kerana tidak mengambil kira dalam membuat tawaran itu, ada sebahagian daripada orang-orang bukan Islam, yang menghormati agama Islam sebagai agama negara dan mengiktiraf hak-hak istimewa orang-orang Melayu di negara ini. Bagaimana pun mereka mengharapkan acuan keislaman dan kemelayuan itu hendaklah menjamin keadilan untuk mereka. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari UUM mengenai sikap orang-orang bukan Islam terhadap agama Islam, ternyata tidak semua orang-orang bukan Islam telah lupa syarat-syarat mereka diberi kerakyatan dan diterima sebagai rakyat negara ini.

Bagaimana pun dengan polarisasi kaum masih bermaharajalela di kalangan rakyat berbagai kaum di negara ini, masing-masing berjuang untuk menjaga kepentingan kaum masing dan berjuang untuk mengatasi kaum lain dalam semua bidang. Terutama bagi mendominasi kuasa politik dan ekonomi.  Persaingan seumpama ini berlaku secara fitrah selagi penyatuan tidak dapat dilaksanakan dan gagal dicapai. Sesungguhnya penyatuan itu suatu nikmat yang besar dan faedah yang signifikan jika berjaya dicapai sebagaimana dicapai kaum Muhajirin dan Ansar yang disebutkan di dalam al-Qur’an,

Dan  ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Al‘Imran 3: 103)

Dua kaum atau lebih yang berbeza dan saling bersaing untuk menguasai antara satu dengan yang lain, memiliki perasaan membenci, mencuriga dan saling tidak mempercayai antara satu dengan yang lain. Hakikat ini sememangnya wujud di kalangan pelbagai kaum di negara ini, setelah gagal usaha menyatukan mereka dan membina perasaan saling mempercayai di kalangan mereka. Justru, masing-masing bergantung kepada kelompok masing-masing dan mencurigai pihak yang lain di dalam kehidupan mereka dan sentiasa menginginkan kemenangan untuk diri mereka.

Proses sosialisasi politik yang dilalui oleh bukan Melayu membentuk satu budaya politik dalam kehidupan mereka yang berbaur perkauman. Bermula dengan sejarah penghijrahan sehingga mereka menapak sebagai warganegara negara ini, politik perkauman terus dibiarkan berlaku dan telah menjadi sebati dalam semua aspek kehidupan. Sistem pendidikan yang berorientasikan kebang-saan kaum menyebabkan pergaulan mereka terhad di kalangan satu kaum sahaja. Selepas menamatkan alam persekolahan, persekitaran berbentuk perkauman terus mempengaruhi mereka melalui media-media cetak, elektronik, NGO-NGO perkauman, syarikat-syarikat swasta dan parti-parti politik perkauman.  (Mohd. Redhuan Tee Abdullah (2010). Persekitaran seperti ini amat tidak sihat dan bukan sahaja mengundang konflik tetapi menjadi salah satu punca berlaku kemelut politik yang dialami sekarang.

Di kalangan orang-orang Cina, walaupun sudah beberapa generasi berada di negara ini meneruskan kehidupan berasaskan cara hidup Cina, yakni men-dapatkan pendidikan Cina, cara hidup dan berbudaya Cina, menyertai pertubuhan Cina dan membaca media Cina sebagai sebahagian cara hidup. Hanya 10-15 peratus yang tidak mendapat pendiddikan Cina tetapi berpendidikan Inggeris, berlatar belakang agama Kristian dan termasuk Cina peranakan. Mereka tidak merasakan perlu menguasai bahasa Melayu sebab tidak ada nilai komersial. Mereka percaya orang-orang Cina tidak akan ke mana-mana sekadar menguasai bahasa Melayu. (Mohd. Redhuan Tee Abdullah (2010).

Kebebasan yang diberikan kepada orang-orang Cina di negara ini untuk hidup dengan cara mereka sendiri dan menikmati keberuntungan daripada kebebasan itu, tidak diperolehi mereka di negara-negara lain di dunia, walaupun di negara Cina sendiri. Sungguh pun begitu mereka masih tidak berpuas hati dengan kedudukan yang diperolehi. Rata-rata dapatan kuantitatif dan kualitatif menunjukkan bahawa orang-orang Cina masih berpersepsi berlaku diskriminasi, ketidaksaksamaan dan ketidaksamarataan antara Melayu dan bukan Melayu. (Mohd. Redhuan Tee Abdullah (2010)

Sikap orang-orang bukan Islam seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang-orang Cina menjadi ancaman kepada orang-orang Islam. Apa lagi, hak-hak mereka digadaikan oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu sendiri, semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau mengekalkan kuasa dengan memancing undi orang-orang bukan Melayu dan memujuk mereka dengan pelbagai janji yang mengorban hak orang-orang Melayu dan acuan keislaman dan kemelayuan dalam kerangka pembangunan tamadun negara ini. Sikap orang-orang bukan Islam yang tidak pernah puas dengan keberuntungan yang diperolehi mereka di negara dan permainan politik para politikus Melayu yang lebih mengutamakan kuasa politik daripada perjuangan mempertahankan hak, menjadi ancaman besar kepada umat Islam kini dan masa hadapan.

Ancaman orang-orang bukan Islam untuk menjadi kuasa dominan di negara ini dalam semua lapangan, termasuk menguasai politik dan pengkhianatan yang sedang dilakukan oleh politikus-politikus Melayu dengan membuat tawaran-tawaran lumayan kepada orang-orang bukan Melayu untuk membeli undi mereka, seharusnya ditentang oleh setiap orang Islam. Mereka tidak seharusnya terikut-ikut dengan rentak politik yang merugikan Islam dan orang-orang Melayu. Mereka seharusnya bangkit menyedarkan orang-orang Melayu dan menginsafkan politikus-politikus Melayu supaya jangan bermain dengan api yang akan membakar bangsa mereka dan diri mereka sendiri. Mereka mesti mempertahankan acuan keislaman dan kemelayuan negara ini dan kekal menjadi kerangka pe-mikiran dan pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu di masa hadapan. Ia harus dipertahankan sebagai kerangka yang menyatu-padukan rakyat Malaysia dan membentuk budaya mereka. Orang-orang Islam mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan kerangka ini untuk menegakkan keadilan. Juga untuk pembangunan dan kemaraan negara ini menuju masa hadapannya sebagai bangsa yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.

Kekuatan Islam.

Kekuatan teras bagi masyarakat Islam untuk mendepani ancaman yang sedang menghakis kedudukannya dan mencabar masa hadapannya ialah agamnya iaitu Islam. Islam adalah jatidiri orang-orang Melayu. Tanpa Islam, orang-orang Melayu seolah-olah jasad tanpa roh dalam erti kata kehidupannya kosong dan tidak punya kekuatan tempat bersandar. Ini ialah kerana Islamlah yang memberikan kepada orang-orang Melayu pandangan dan pegangan hidup dan memiliki tradisi ilmu sehingga mereka pernah membangunkan tamadun Melayu/Islam yang unik di alam Melayu ini. Tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang Melayu di zaman Kerajaan Melayu Melaka, Acheh dan lain-lain bukan tamadun lekeh, terutama dilihat dari aspek pemikiran, kerohanian dan pembangunan jiwa umat. Kekuatan Islam ini perlu dikembalikan oleh orang-orang Melayu di dalam mendepanikemelut politik dewasa ini.

Tetapi kekuatan sebenar yang digerakkan oleh Islam itu berpunca daripada ajarannya yang suci berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah yang terpelihara dengan teguh di dalam aliran kefahaman Ahlu al-Sunnah Wal Jama’ah. Bukan ajaran yang dicemari dengan pelbagai kefahaman yang memesungkan akidah dan ibadah umat, terutama tafsiran-tafsiran yang dipengaruhi faham-faham pasca-modenisme, liberalisme/pluralisme dan sebagainya. Pencemaran akidah yang dibawa aliran-aliran ini, sebenarnya adalah dirancang oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam dari dalam dengan mempromosikan faham Islam liberal yang berusaha merombak kefahaman Islam dari akar umbinya dan membina kembali akidah dan pemikiran masyarakat Islam di luar tradisi keilmuan dan kerangka kefahaman para sahabat al-akhyar, generasi al-Salaf al-Soleh dan generasi al-Khalaf yang meneruskan perjuangan mereka memelihara kesucian Islam dari semasa ke semasa.

Sumber kekuatan Islam yang utama ialah kemurnian akidahnya dan ketinggian akhlaknya yang mempunyai kekuatan al-Thabat, yang tidak terungkai dan berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Sedangkan syari’atnya dibina di atas prinsip-prinsip yang teguh dan berkembang di dalam keadaan murunah yang sentiasa anjal dalam mendepani perubahan. Kekuatan ini seharusnya dikembalikan semula kepada umat Islam di negara ini dengan cara-cara dan mekanisme yang telah ditentukan oleh Islam iaitu dakwah. Justeru, dakwah adalah tersangat penting untuk mengembalikan kekuatan teras ini supaya dimiliki semula oleh masyarakat Islam bagi mendepani cabaran yang dihadapinya. Dakwah yang menggerakkan kekuatan Islam ini, pastinya akan mencetuskan tenaga besar yang mampu mengisi dengan berkesan kerangka keislaman dan kemelayuan negara ini sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaannya tanpa diganggu gugat oleh orang-orang kafir dan kuncu-kuncunya.

Dakwah dan Islam Politik

 Dakwah sebagai mekanisma penghayataan dan penyebaran cara hidup Islam, bukan gerakan Islam politik sebagaimana yang dipraktikan dalam realiti kehidupan kaum Muslimin sekarang. Dakwah merupakan gerakan yang berdisiplin dan iltizam kepada prinsip, pendekatan dan amalan yang digariskan di dalam al-Qu’an dan al-Sunnah. Ia tidak terikat kepada mana-mana ideologi dan kefahaman yang di luar daripada ajaran Islam. Sebagaimana kata Abdul Karim Zaidan, Islam ialah tujuan dakwah dan hakikatnya dan inilah tonggak pertama bagi dakwah. (Abdul Karim Zaidan (1987), hal. 5) Rasulullah s.’a.w menggerakkan dakwah kepada Islam dengan cara, uslub dan manhaj yang telah diwahyukan kepadanya oleh Allah S.w.T dan termaktub di dalam al-Qur’an. (Ibid)

Salah satu daripada fungsi utama dakwah ialah mengajak manusia supaya mengamalkan makruf dan mencegah munkar. Ia bukan sahaja menjadi tugas sesuatu golongan di dalam masyarakat Islam, tetapi menjadi tugas ummah keseluruhannya. Tidak memadai bagi seorang Muslim itu hanya menjalani kehidu-pan yang soleh dan bertaqwa semata-mata untuk dirinya. Bahkan ia mestilah berkerja untuk memandu, memimpin dan membawa petunjuk kepada alam seluruhnya. Ia adalah pengabdi yang zuhud dan diwaktu yang sama pemimpin dan pembimbing. (Al-Sayyid Jalal al-Din al-‘Amri, (1400H),h.19)

Kepentingn al-‘amru bi al-makruf dan al-nahyu ‘ani al-munkar dinyatakan oleh Imam al-Ghazali seperti berikut; “Al-amru bi al-makruf dan al-nahyu ‘ani al-munkar adalah paksi terbesar agama ini. Ia adalah tugasan yang untuknya Allah S.w.T mengutus para nabi sekaliannya. Jika digolong tikarnya, diabaikan ilmu dan amalannya, terbengkalailah tugas kenabian, merusutlah keagamaan, meluaslah kelemahan, berleluasalah kesesatan.Lalu binasalah kehidupan hamba. Mereka mungkin tidak merasai kemusnahan, melainkan pada hari perhitungan. Inilah yang paling kita takut ianya berlaku,dan sesungguhnya kita untuk Allah S.w.T dan kepadaNya kita kembali. Jika ini berlaku terhapuslah daripada paksi ini amalan dan ilmunya dan termusnah sama sekali bentuk dan hakikatnya. Lalu hati dikuasai akhlak yang tiada ketegasan, dan terhapus amalan meraqabah Pencipta. Maka mudahlah manusia mengikut hawanafsu dan syahawat sebagaimana binatang. Betapa mulianya di muka bumi ini orang beriman yang sebenar-benar beriman yang tidak peduli celaan orang demi mendapat keredhaan Allah S.w.T. (Al-Ghazali, Ehya’ Ulumu al-Din, Juzu’ 2, h.269) dan Islam yang murni yang dipegang oleh orang-orang beriman dengan teguh dan dipatuhi dengan tekun itulah yang mencetuskan kekuatan yang diperlukan umat Islam masa kini.

Apakah umat Islam memerlukan kuasa politik untuk melaksanakan tugas al-‘amru bi al-makruf dan al-nahyu ‘ani al-munkar?  Bagaimanakah manhaj dakwah bagi memperolehi kuasa tersebut?

Tidak syak lagi tugas berdakwah ke jalan Allah S.w.T dan melaksanakan fungsi utamanya menegakkan makruf dan mencegah munkar memerlukan kuasa politik sebagai kekuatan yang menggerakkannya. Tetapi kekuatan kuasa politik itu mestilah tidak terpisah daripada kekuatan Islam itu sendiri dan dicapai di dalam kerangka ketaatan dan kepatuhan kepada akidah, akhlak dan syari’atnya. Ia bukan kuasa politik yang dihasilkan menerusi jalan-jalan dan amalan tercela dan munkar. Ia bukan kuasa yang diperolehi melalui “matlamat mengharuskan semua cara.” Bagaimanakah kuasa politik itu mampu menegakkan makruf dan mencegah mungkar sedangkan kuasa itu diperolehi melalui cara-cara yang kotor, penuh kezaliman dan pengkhianatan terhadap perjuangan umat. Justeru, kuasa politik itu mestilah terpancar daripada keinsafan dan pencerahan yang dibina dan dibentuk melalui dakwah yang perpaut teguh kepada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Jika tidak, kuasa politik itu akan muncul sebagai kekuatan yang mengha-lang pelaksanaan kerangka keislaman dan kemelayuan negara ini, walaupun kuasa tersebut diperolehi oleh gerakan Islam politik.

Kuasa politik yang diperolehi melalui keinsfan dan pencerahan yang dibina dan dibentuk melalui dakwah, diperolehi melalui perpaduan dan kesatuan um-mah. Bukan kuasa politik yang diperolehi melalui perpecahan ummah, pengkhianatan terhadap perjuangannya serta koliberasi dengan orang-orang kafir untuk memusnahkan kuasa politik umat, semata-mata untuk menunaikan tuntutan permusuhan dan dendam kesumat serta kebencian yang muncul daripada permusuhan sesama orang-orang Islam.

Umat yang berpecah-belah tidak berhak tegak di bumi Allah S.w.T. Mereka akan dikuasai oleh kuasa asing. Mereka akan diperintah, menjadi pak-turut dan dijajah. Mereka akan dinafikan hak untuk melaaksanakan sistem politik yang mereka ingin laksanakan dan tegakkan di bumi mereka (Al-Sayed jalal al-Din al-‘Amri, (1400H). Allah S.w.T berfirman,

 Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, (Al‘Imran 3: 105)

 Fakhru al-Din Al-Razi menafsirkan bahawa apabila Allah S.w.T memerin-tahkan dengan perintah menegakkan makruf dan mencegah munkar, perintah itu tidak dapat disempurnakan melainkan jika orang yang dipertanggungjabkan dengan perintah ini mampu melaksanakannya ke atas orang-orang zalim dan sombong. Ini tidak akan berhasil melainkan apabila terbina rasa kasih saying dan mahabbah di kalangan ahli al-haq dan ahli agama. Tidak syak lagi bahawa Allah S.w.T mengingatkan mereka supaya tidak berpecah dan berselisih supaya perkara itu tidak menjadi sebab ketidak-upayaan mereka menjalankan tanggungjawab ini. (Fakhru al-Din al-Razi,1308H).

Allah S.w.T berfirman,

(yaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.(Al-Haj 22:41)

Ayat di atas menghuraikan tindakan politik yang akan dilaksanakan oleh umat Islam setelah memegang tampuk kuasa dan menghuraikan matlamat sebuah kerajaan Islam, tabi’atnya, amalannya dan kegiatannya dan apa yang disediakan daripada sumber dan cara-caranya.( Al-Sayyid Jalal-Din al-“amri, 1400H) yang berlandaskan kepada empat perkara pokok. Pertama, menegakkan solat yang mrupakan tiang bagi kehidupan beragama bagi setiap individu muslim. Kedua setiap individu muslim mempunyai iltizam terhadap masyarakatnya, menerusi jaminan dan keadilan sosial. Perkara ketiga dan keempat merupakan iltizam masyarakat Islam keseluruhannya kepada perlakuan politik dan sosial untuk menegakkan makruf dan mencegah mungkar dalam semua lapangan kehidupan, dengan membina sistem kehidupan dan mengawal tingkah-laku masyarakat berdasarkan akidah, akhlak dan syari’at Islam.

Al-Allamah Ahmad Mustafa al-Maraghi merengkaskan pengertian yang digarsikan oleh ayat ini dengan menyebut, “Mereka adalah orang-orang yang menyempurnakan diri mereka dengan mendekatkan diri kepada Tuhan yang disembah dan menghadap kepadaNya sedaya upaya ketika bersolat. Mereka juga adalah orang yang menolong umat dengan memberi bantuan kepada fakir miskin di kalangan mereka dan melengkapkan yang lain dengan ilmu dan kesopanan mencegah kerosakan yang menghalang yang lain daripada mereka dari mencapai kemajuan akhlak dan kesopanan yang tinggi.” (Ahmad Mustafa al-Maraghi, (1946). Kuasa politik Islam bukan kuasa memusnahkan, menimbulkan kerosakan dan kepincangan, membiarkan rakyat terlantar dengan kemiskinan dan kesempitan duniawi sehingga tergadai maruah dan kehormatan. Sebaliknya kuasa politik Islam digunakan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam, menegakkan kea-dilan dan membersihkan dalamannya daripada semua elemen-elemen kezaliman dan perlakuannya dalam apa bentuk sekalipun.

Kuasa politik seperti yang digariskan di atas hanya mencul daripada kesedaran dan pencerahan dakwah yang dilaksanakan menerusi manhaj bijak-sana, nasihat yang baik dan dialog yang terbaik sepertimana firman Allah S.w.T

 Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(al-Nahl 16:125)
Ia muncul daripada para pendakwah yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi mengenai apa yang disampaikan itu, mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing, dengan membawa hujjah yang nyata. Allah S.w.T berfirman,

 Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”.(Yusuf 12:108)

Kesedaran yang tinggi adalah isntrumen dakwah yang penting, sehingga semangat Islam yang berkubar tidak diletakkan pada tempat yang salah. Jika semangat perjuangan Islam berada di tempat yang tinggi, tetapi tidak didokong oleh thaqafah yang tinggi, kemungkinan berlaku apa yang telah berlaku. Orang-orang Islam dikafirkan dan orang-orang bukan Islam dijadikan teman perjuangan, kekasih yang tidak dapat berpisah lagi. Sedangkan sesame Islam ditentang dengan penuh kebencian dan didoakan untuk dimusnahkan, semata-mata kerana persepsi negetif yang tidak mempunyai hujjah yang jelas.

 Dakwah untuk semua dan semua berperanan penting.

Tidak ada sempadan bagi pergerakan dakwah. Ini ialah kerana Islam diturunkan untuk kesemua manusia di seluruh alam. Justeru, perbezaan antara dakwah dan Islam politik, tidak bermakna para pendakwah tidak dibenarkan menyertai parti-parti politik. Tetapi penyertaan mereka di mana-mana lapangan dan pergerakan juga adalah untuk berdakwah dan memancarkan pencerahan dakwah supaya perjalanan parti politik itu mengikut Sunnah dan berpegang teguh kepada pegangan Ahlu Sunnah Wa al-Jama’ah. Mereka mestilah bertindak bijaksana dan mempastikan parti politik yang disertai itu mengamalkan dasar-dasar dan perjuangan bijaksana untuk memelihara kedaulatan Islam, kepentingan dan hak orang-orang Islam serta bergerak dengan gigih untuk mengisi kerangka keislaman dan kemelayuan negara ini. Mereka memainkan peranan politik dakwah dan bukannya memperalatkan dakwah untuk kepentingan politik. Mereka mestilah mempengruhi parti politik yang disertai supaya menimbulkan kebangkitan dan pencerahan yang terpancar daripada gerakan dakwah yang mematuhi manhaj dakwah yang diwarisi daripada generasi awalan Islam dan berkembang selepas mereka dalam kerangka pemikiran Ahlu Sunnah Wa al-Jama’ah.

Melihat kepada kepentingan dakwah yang begitu penting dalam menghadapi ancaman dan kemelut politik di negara ini, gerakan dakwah perlu diperkasakan dan berpeanan aktif kembali bagi menyedarkan umat dan mencerahkan perjalanan hidup mereka. Dakwah bukan sahaja perlu bergerak di kalangan orang-orang Islam, tetapi di dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum untuk mengajak mereka menganut Islam. Pengislaman adalah satu satu agenda politik dakwah ( bukan dakwah politik) yang perlu dilihat secara serius demi untuk mempastikan proses pembangunan dalam keangka keislaman dan kemelayuan dapat digerakkan dengan penuh kesungguhan. Jika 20% sahaja daripada orang-orang bukan Islam di negara ini diislamkan, scenario politik akan berubah dan sebahagian besar kemelut politik di negara ini akan dapat diatasi. Orang-orang Islam berperanan menyampaikan dakwah dengan perkataan dan perbuatan serta contoh teladan yang baik. Orang-orang bukan Islam juga berkewajipan mendengar dan menerima seruan Islam untuk kebaikan diri mereka dan negara ini.

Dakwah mestilah masuk dengan penuh bijaksana ke dalam istana raja-raja Melayu yang memegang kuasa mengenai hal ehwal Islam. Kuasa ini tidak boleh disentuh oleh orang-orang politik. Pendakwah hendaklah menyampaikan kesedaran kepada masyarakat istana dan memancarkan cahaya pencerahan di kalangan masyaraka istana ini supaya kuasa memelihara dan mengembangkan agama itu, tidak disimpan sahaja dalam catitan Perlembagaan negara. Ia hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan Islam dan memper-kasakan penghayatannya sebagai agama negara.

Masyarakat istana mestilah ditiupkan semangat dakwah dan jihad serta disuntik kesedaran mengenai taanggungjawab mereka yang besar di hadapan Allah S.w.T setelah mereka diamanahkan menjaga dan memelihara agama Islam. Para ulama mestilah berada bersama mereka memberi nasihat dan bimbingan agar amanah yang dipikul oleh raja-raja itu dilaksanakan. Raja-raja Melayu perlu dibina dan dibentuk supaya mereka menjadi sumber kekuatan bagi gerakan dakwah di negara ini dan penggerak kebangkitan rakyat supaya turut mendokong perjuangan dakwah. Bukan sahaja bagi menghadapi kemelut masa kini, bahkan untuk mempastikan pembangunan dan hala tuju negara ini bergerak ke arah memenuhi kerangka keislaman dan kemelayuan sebagaimana yang distrukturkan dalam Perlembagaan negara.

Sudah tiba masanya raja-raja Melayu melihat kembali peranan mereka dengan serius dan memahami amanah yang dipikul oleh mereka sebagai pelindung agama Allah S.w.T. Mereka seharusnya diberi kesedaran bahawa kuasa yang ada di tangan mereka adalah besar dan mampu membetulkan kepincangan dan menyelamatkan negara dari hala menurun yang kian membesar dalam masyarakat kita di lapangan politik dan sosial. Mereka seharusnya keluar daripada kepompong ceremonial dan upacaara serta tanggapan bahawa raja berpelem-bagaan ialah raja yang tiada kuasa melainkan hanya symbol sahaja. Sebenarnya, mereka mempunyai kuasa yang penting di dalam pentadbiran Islam. Sedangkan pengertian Islam itu sendiri, tidak terbatas hanya kepada ibadat ritual sahaja. Pembangunan yang dilaksanakan dalam kerangka keislaman, tidak hanya pembinaan masjid, surau dan sekolah agama semata-mata. Kuasa melindungi dan memelihara agama Islam merangkumi lapangan yang luas kerana Islam itu adalah cara hidup.

Jika orang-orang politik telah mengkhianati perjuangan kemerdekaan dan meminggirkan acuan keislaman dan kemelayuan negara ini, raja-raja Melayu perlu bangkit bersama para pendakwah, ulama dan rakyat untuk menghentikan pengkhianatan itu dan menggunakan kuasa mereka untuk mengembalikan hala tuju pembangunan negara ini supaya mematuhi kerangka keislaman dan kemelayuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Raja-raja Melayu hendaklah memikul amanah memelihara dan memperta-hankan agama Islam dengan penuh tanggungjawab. Sumber kewangan yang besar hendaklah digembelingkan menerusi zakat, wakaf dan sebagainya bagi membiayai gerakan dakwah iaitu gerakan pencerahan dan penyelamat umat yang sedang berhadapan dengan cabaran getir akibat pengkhianatan orang-orang politik yang mamperdagangkan hak-hak umat di pasaran kuasa. Kadar 2.5% daripada harta orang-orang Islam sudah ,mencukupi untuk pembiayaan gerakan dakwah pencerahan dan kesedaran umat, asalkan pendapatan zakat itu tidak disalah gunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak memenuhi kepentingan perjua-ngan ini.

Apa pun yang hendak kita lakukan sokongan massa tetap penting. Untuk itu kesedaran dan pencerahan massa suatu yang mesti dilakukan. Para ulama’, dan gerakan-gerakan dakwah Islam bersama raja-raja Melayu mempunyai tanggung-jawab besar untuk mengembangan pencerahan dan kesedaran di kalangan rakyat supaya ancaman terhadap orang-orang Islam dapat dihalang dengan berkesan dan tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang dari kalangan orang-orang bukan Islam yang bertindak melampau untuk menghapuskan kedudukan istimewa orang-orang Islam di negara ini. Kita harus mempertahankan bahawa negara ini adalah negara Islam dan penmgisian keislaman dan kemelayuan itu seharusnya menjadi agenda yang berterusan dan dilaksnakan dengan penuh keadilan, termasuk keadilan kepada mereka yang tidak beragama Islam.

Pencerahan dakwah di kalangan rakyat, akan turut memberi kesedaran kepada parti-parti politik yang sedang menari mengikut rentak yang sumbang dan membahayakan kedudukan Islam dan hak istimewa orang-orang Melayu. Mereka harus diinsafkan bahawa perjuangan politik tidak akan bermakna kepada umat, sekiranya hak-hak dan perjuangan umat dijadikan barangan yang diperdagangkan di pasaran kuasa. Kuasa politik orang-orang Islam hendaklah menjadi penggerak dan pelindung kepada kemaraan negara ini di dalam kerangka keislaman dan kemelayuannya, untuk muncul sebagai negara Islam maju di abda ini dan terus mara ke hadapan di abad-abad akan datang sebagai contoh negara yang adil, saksama dan maju.

Dakwah harus melibarkan gerakan pencerahan dan kesedaran kepada generasi muda sama ada yang terpelajar atau yang terpinggir menjadi remaja rempit dan sebagainya. Mereka adalah potensi umat yang tidak boleh dibiarkan hancur dan tersisih sehingga membebani masyarakat. Kebejatan yang berlaku di dalam masyarakat di kalangan para remaja adalah penyakit yang boleh disembuhkan. Dengan pencerahan dakwah mendampingi mereka, jalan penyembuhan pasti akan dilihat oleh mereka dengan jelas. Dengan suntikan kewarasn akal dari cahaya pencerahan dakwah mereka mampu keluar daripada kebejatan yang mereka sedang terperangkap di dalamnya.

Kesimpulan dan cadangan.

  • Kerangka keislaman dan kemelayuan negara ini adalah asas pembentukan negara Malaysia yang telah distuktur di dalam Perlembagaan dan ia menjadi kerangka penyatuan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
  • Pengisian bagi memenuhi kerangka itu, tidak ditentang oleh orang-orang bukan Islam, selagi usaha ke arah itu terus beriltizam dengan prinsip keadi-lan yang menjadi salah satu elemen penting dalam pemerintahan Islam. Ini terbukti dengan penglibatan aktif orang-orang bukan Islam di dalam pembangunan industri kewangan Islam dan takaful, serta pembangunan industrl halal.
  • Yang menimbulkan masalah yang membawa kepada penentangan dan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat, berpunca daripada hala tuju menurun dalam penghayatan keislaman dan kemelayuan yang ditetapkan itu. Kebejatan sosial, kemerusutan akhlak, peningkatan kadar jenayah, rasuah, ketidak-seimbangan ekonomi di kalangan pelbagai kaum, keresahan generasi muda mendapat pekerjaan, kesulitan memiliki rumah sendiri dan sebagainya, menimbulkan kegelisahan masyarakat dan keresahan yang mengundang kemelut politik dan sosial.
  • Pengaruh faham pasca-modenism yang melihat kenisbian nilai-nilai menye-babkan muncul pelampau-pelampau liberlis yang membuat tuntutan se-hingga tidak menghormati nilai-nilai agama. Ini juga menjadi sebab timbul-nya kemelut politik dan budaya yang menggusarkan, seperti perkembangan faham Islam liberal/pluralism, free seksualism, keharusan perkahwinan sejenis, keharusan homoseksual, lesbian dan lain-lain. Faham-faham ini disebarkan dengan berselindung disebalik perjuangan hak asasi manusia, kebebasan, persamaan gendar dan demokrasi. Pengaruh faham ini menjadi penyebab utama menimbulkan kemelut yang membawa virus yang menggugat kesetabilan politik negara ini.
  • Kemelut yang berlaku menjadi bertambah gusar apabila parti-parti politik mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk memancing undi. Yang lebih membimbangkan pemimpin-pemimpin politik yang bertelagah ber-lumba menawarkan pelbagai hadiah jika mereka disokong untuk berkuasa.  Tawaran hadiah itu termasuk hak-hak orang Melayu dan menjanjikan kesamarataan di kalangan semua kaum dan menghapuskan keistimewaan sesuatu kaum ke atas yang lain. Tawaran ini menjejaskan kedudukan dan hak orang-orang Melayu. Sekali-gus menimbulkan kerisauan di kalangan orang-orang Melayu.
  • Untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu/Islam, perlu ada kese-daran baru di kalangan orang-orang Melayu/ Islam dan pencerahan yang terpancar daripada gerakan dakwah. Gerakan ini perlu disusun semula dan digerakkan secara besar-besan dan berkesan. Ia hendaklah digerakkan sebagai gerakan dakwah nasional yang melibatkan semua pihak dengan dokongan kuasa raja-raja Melayu yang telah diamanahkan oleh perjuangan kemerdekaan untuk menjadi pelindung agama Islam. Gerakan dakwah nasional yang didokong oleh raja-raja Melayu, para ulama dan rakyat, akan muncul sebagai tenaga pencerahan yang akan menggerakkan kembali pengisian kerangka keislaman dan kemelayuan dalam pembinaan tamadun dan pembangunan negara ini.
  • Bagi menggerakkan dakwah nasional secara berkesan, hendaklah ditubuhkan Majlis Dakwah Nasional dan majlis ini ditubuhkan dengan perkenan raja-raja Melayu, serta diletakkan secara langsung di bawah Majlis Raja-raja Melayu tanpa melibatkan kuasa orang-orang politik. Majlis ini bertindak sebagai sekretariat yang akan menyelaras dan membiayai gerakan dakwah oleh badan-badan dakwah dan para alim ulama’ dengan pendekatan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, manhaj Ahlu al-Sunnah wa al-Jama’ah.
  • Sebahagian daripada hasil kutipaan zakat, wakaf dan tabarru’ hendaklah digunakan untuk membiayai gerakan dakwah ini. Usaha-usaha hendaklah dilakukan bagi menghasilkan dana kewangan dakwah yang kukuh dan bebas tanpa bergantung kepada pihak-pihak yang mempunyai kepen-tingan politik yang boleh mengganggu atau menghalang usaha-usaha pencerahan kembali orang-orang Islam melalui dakwah Islamiah.
  • Mereka yang menjalankan pengurusan Majlis ini hendaklah terdiri daripada pakar-pakar dan pendakwah-pendakwah berpengalaman dan mempunyai pendekatan dakwah yang bebas daripada pengaruh politik kepartian. Mereka hendaklah bebas daripada kepentingan politik kepartian itu dan berkerja dengan ilkhlas dengan melaksanakan perancangan dan gerakan yang berkesan terhadap usaha-usaha pencerahan kembali umat Islam.

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعـه وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه وصلى الله على خير خلقه محمد صلى الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين


[1]       Kertas ini untuk dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Abdul Latif Abu Bakar: Peranan Media Dalam Dakwah Islamiah

Kertas kerja Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar yang dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

untuk versi cetak dalam format pdf: Klik di sini

***************

Peranan Media Dalam Dakwah Islamiah[1]

Oleh:

Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar

Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI

Komunikasi adalah satu disiplin ilmu sains sosial yang mendapat tempat dalam dunia akademik sekarang.Ia amat penting kerana ia mendidik kita menjalinkan hubungan antara kita sesama manusia dan antara manusia dengan Allah, Allah pula berfirman (menyampaikan pesan) melalui Al-Quran. Ramai pengkaji disiplin  komunikasi, terutama dari barat telah mengklasifikasikan dan menganalisis pelbagai-bagai tafsiran dan mengwujudkan pelbagai teori tentang komunikasi mengikut perspektif masing-masing. Manakala disiplin ilmu tentang komunikasi dan media Islam diketepikan.

Dalam era globalisasi ini, pelbagai dan bermacam-macam media lahir bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai dan mengklasifikasikan kepada media tradisional (akhbar, buku, majalah), media warisan (persembahan seni warisan bangsa) dan media baru (internet, sesawang dan sebagainya).

Umumnya ahli-ahli akademik dan pengamal media dari rakyat jelata terikat dan terpengaruh dengan ‘konsep kebebasan akhbar’ dari barat.Namun begitu, setiap negara mempunyai undang-undang tersendiri bagi mengawal ‘kebebasan akhbar’.Pemikiran global khususnya dari barat telah berpegang kepada gagasan kebebasan, liberal dan hak asasi manusia dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai.

Kini kemajuan teknologi elektronik sedang mengubah wajah dan peta sistem-sistem komunikasi di Dunia Ketiga.Di sengaja atau tidak arus informasi internasional yang dikuasai oleh kecanggihan teknologi komunikasi kini kelihatan didukung oleh konsep kebebasan informasi menurut pandangan Barat (filsafat liberalisme).Konsep “freedom of information” itu telah perjuangkan dalam fasal 19 Pernyataan Umum tentang Hak-hak Asasi Manusia (1948).Pada prinsipnya konsep kebebasan informasi dan komunikasi menurut faham Barat (secara hukum telah diterima oleh semua negara anggota PBB) tidak mengindahkan batas-batas negara dan perbezaan sistem-sistem budaya (through any media, without interference and regardless of frontiers).Juga setiap orang, siapa saja, berhak atau bebas mempunyai, menyimpan, menerima dan menyampaikan informasi, pendapat dan idea-idea kepada siapa saja dan negara mana saja. Teori itu mengandungi implikasi yang luas,  yakni semua macam nilai-nilai asing bebas memasuki nilai-nilai budaya nasional. Buku “The Salmanic Verses by Satan Rushdie” merupakan salah satu contoh dari akibat pelaksanaan konsep kebebasan informasi menurut filsafat Barat .baru-baru ini pula isu filem “Innocence of Muslim atau nama asalnya “Desert Warriors” bersifat anti Islam dan menghina Nabi Muhammad di Eropah terutama di Amerika, Perancis dan Jerman. ( A. Muis, Komunikasi Islam, hal. 19 dan 20)

Mengikut A. Muis dalam buku, Komunikasi Islam bahawa dalam situasi serba ketergantungan dunia ketiga kepada informasi yang datang dari sistem media massa Barat, sistem pers (media massa) Islam mengalami tentangan yang tidak ringan. Komunikasi dan informasi yang menyerang (menghina) agama samawi yang terakhir dan paling banyak pemeluknya itu (sekitar satu milyar) tidak begitu mudah dilawan. Sebab media massa dikuasai oleh pengusaha Barat non-muslim yang sudah terlanjur mendirikan apa yang sering dijuluki oleh pakar-pakar ilmu komunikasi Barat sebagai kerajaan pers (press empire). Juga di banyak negara yang sedang berkembang, kecuali di negara-negara Islam, media Islam sangat lemah dan media sekular mengalami kemajuan pesat. Pada umumnya, boleh dikatakan, bahawa era informasi akan mendatangkan akibat-akibat tertentu terhadap sistem media massa Islam. Barangkali akibat buruknya lebih banyak daripada akibat positifnya.Sebab revolusi informasi itu memperbesar kebebasan dan arus informasi internasional yang dikuasai oleh filsafat Barat (non-muslim).Arus informasi dan bahan-bahan hiburan, khususnya filem, yang bersifat timpang (satu arah) itu memaksa masyarakat-masyarakat Dunia Ketiga menerima nilai-nilai Barat yang sekuler.Atau nilai-nilai yang bertentangan dengan kaedah-kaedah agama (Islam). Masih lemahnya sistem media massa Islam dalam hampir semua hal membuatnya tidak sanggup mengubah ketempangan arus informasi dari Barat. (Komunikasi Islam, hal. 21-22)

Kita mesti menerima hakikat bahawa peranan dan perkembangan media baru

sebagai alat komunikasi wajib dihayati dan menjadi medium yang penting dan utama setiap rakyat dan negara dalam era globalisasi ini. Kita wajar mengikut perkembangannya dan kita manfaatkannya demi kepentingan ajaran dan umat seluruh dunia.Sebagai alat komunikasi, penggunaan alat media baru, media tradisional dan media warisan hendak berteraskan ajaran Islam dalam usaha kita menyampaikan mesej, terutama berdakwah kepada orang ramai.Komunikasi Islam hendaklah memainkan peranan dan berfungsi memberi maklumat yang betul, pendidikan, hiburan yang positif dan persuasif.

Pada dasarnya kaedah agama itu sendiri merupakan pesan kepada manusia agar berperilaku sesuai dengan perintah dan larangan Allah s.w.t; Al-Qur’an dan Hadis (Sunah) Muhammad Rasulullah pada hakikatnya adalah pesan kepada umat manusia supaya berperilaku sesuai dengan firman Tuhan dan sabda Nabi. Dalam ilmu komunikasi hal itu dapat dimasukkan ke dalam kajian komunikasi agama. Kurang lebih sama dengan kaedah-kaedah hukum yang dibuat oleh manusia, juga merupakan pesan (informasi) kepada warga masyarakat agar berperilaku sesuai dengan perintah dan larangan itu. Kaedah (norma) biasanya didefinisikan sebagai perintah dan larangan. Ada norma agama, ada norma hukum dan ada norma kesusilaan. Tetapi norma-norma agama merupakan pesan (komunikasi) yang bersumber dari Allah s.w.t. melalui para Rasul atau para Nabi. Pada hakikatnya Al-Qur’an dan kitab-kitab agama samawi terdahulu memang merupakan media komunikasi massa. (A.Muis, hal. 8)

Al-Qur’an sebagai kitab (buku) dapat dikategorikan sebagai salah satu jenis media massa cetak. Jadi sebagai media cetak Kitab itu memiliki fungsi-fungsi yang kurang lebih sama dengan fungsi-fungsi yang dimiliki oleh media cetak lainnya. Yakni antara lain fungsi informasi, fungsi mendidik, fungsi kritik, fungsi pengawasan sosial (social control), fungsi hiburan (yang dimaksud ialah hiburan yang sihat), fungsi menyalurkan aspirasi masyarakat dan fungsi menjaga lingkungan (surveillance of the environment). Fungsi yang disebut terakhir itu ialah media massa senantiasa membuat masyarakat memperoleh informasi tentang keadaan sekitar baik itu di dalam lingkungan sendiri mahupun di luar lingkungan mereka. Dengan demikian masyarakat selalu dapat melakukan tindakan-tindakan penyesuaian yang perlu untuk memelihara kesejahteraan dan ketenteramannya atau untuk memenuhi kebutuhannya. Dengan kata lain lagi, agar masyarakat dapat melakukan respons atau bertindak terhadap lingkungannya.

Teori-teori komunikasi Islam yang dijelaskan di atas itu lebih bermakna komunikasi dakwah. Mengenai implikasi agama Islam terhadap proses komunikasi umum (non-agama) dijelaskan secara luas dan komprehensif pada bahagian lain. Pada huraian sebelum ini telah dijelaskan sepintas bahawa “…semua proses komunikasi Islami harus terikat pada norma-norma agama Islam”. Dengan kata lain komunikasi menurut ajaran agama sangat memuliakan etika. Media massa juga berfungsi memperkokoh kaedah-kaedah sosial. Dalam hal itu media massa Islam relevan untuk diberi peranan. Dengan kata lain media massa Islam dapat melaksanakan hal itu melalui fungsi kritik atau pengawasan sosial (social control) dengan cara verbal mahupun tidak verbal, tetapi menghindari ungkapan dan adegan-adegan yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan Sunah Rasulullah. Lain halnya media massa non-Islam (non-agama) atau media massa yang bersifat sekular. (A. Muis, hal. 9 – 10).

Kebanyakan media massa Islam hidup di negara-negara yang sedang berkembang. Kerana itu media massa Islam juga masih berada pada tahap atau kondisi “sedang berkembang” pula. Hal itu bererti bahawa kemampuan media massa Islam untuk bersaing dengan arus informasi internasional yang dikelola oleh kontor-kantor berita dan jaringan-jaringan media elektronik raksasa milik negara-negara maju (Barat) sangat lemah. Dewasa ini, misalnya, jaringan TV dan radio Barat menguasai arus informasi dan berita-berita di seluruh jagat raya ciptaan Tuhan ini.Justeru isu atau masalah ketempangan arus informasi dan berita-berita antara Utara-Selatan semakin banyak diperbincangkan dalam berbagai forum akhir-akhir ini. (hal. 15)

Dalam usaha kita memperkembangkan disiplin komunikasi dalam media tradisional, media warisan dan media baru, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam mempraktikkan fahaman dan gagasan komunikasi mengikut kaca mata Islam. Disiplin komunikasi Islam boleh dijadikan panduan kepada setiap negara Islam dan teori komunikasi Islam pula wajar di ajar dan dihayati di kalangan pelajar, pengamal media dan negara yang ingin melahirkan sebuah negara aman, makmur dan bersatu padu. Bagi mencapai matlamat ini, gagasan komunikasi Islam yang berdasarkan perintah dan larangan Allah s.w.t. menjadi panduan utama dalam pelbagai sistem media di dunia.

Mengikut Muhammad Djarot Sensa dalam buku Komunikasi Qur’aniyah bahawa Allah SWT lebih dahulu mendekati manusia agar dapat terjadi aktivitas komunikasi yang utuh, utas, puncak dan abadi. Sebagaimana dinyatakan di dalam surat (42) asy-Syura ayat 51 : Dan tidak ada bagi seorang manusia pun, bahwa Allah berkata-kata kepadanya, kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan seijin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi Maha Bijaksaan. Kedua, Al-Quran sebagai media berkomunikasi dengan Allah SWT, mampu menciptakan tingkatan kualitas manusia sampai pada tingkatan yang memang diinginkan oleh manusia itu sendiri, sebagaimana yang dicantumkan pada surat (37) ash-Shaffat ayat:168-169.; “Kalau seandainya di sisi kami ada sebuah kitab semenjak dari orang-orang terdahulu. Benar-benar kami akan menjadi hamba Allah yang mensucikan.” Lalu, diperkuat dengan bahwa isi dari al-Qur’an adalah mengajak mensucikan jiwa yang dimaksudkan untuk menuju kepada Allah SWT dan sekaligus menjadi hanya takut kepada-Nya: Maka katakanlah: “Adakah keinginan bagimu untuk mensucikan? Dan kamu akan kupimpin ke Rabb-mu, agar kamu menjadi takut kepada-Nya”.Q,S. (79) an-Nazi’at ayat 18-19. (Muhammad Djarot Sensa, hal. 19).

Al-Qur’an yang sedemikian rupa itu, ternyata sebuah media komunikasi dan sekaligus berisikan jaminan-jaminan terhadap pemenuhan kebutuhan yang hanya dapat tercapai melalui aktivitas komunikasi.Karena itu, agar hal-hal demikian dapat diberlangsungkan dan mencapai posisi-posisi yang telah dijanjikan, hendaknya mengetahui secara saksama terlebih dahulu mengenai al-Qur-an sebagai pencetus dan sekaligus untuk alat penilaian aktivitas berkomunikasi.Terutama yang berkaitan dengan jenis komunikasi verbalistik yang bersifat edukatif, persuasif dan spiritualistik. Di sisi lain, sebagai serangkaian upaya di dalam mewujudkan nilai-nilai ke-Allah-an pada tataran duniawi dan materialistic. Sehingga manusia-siapapun dia dan apapun agamanya, dapat memperoleh jaminan kepastian untuk dapat mencapai dan menikmati kepuasan, kebahagiaan, ketenangan dan ketenteramaan. (Muhammad Djarot Sensa, hal. 19-20)

Gagasan dan cadangan

1.             Komunikasi Islam hendaklah menjadi teras dan panduan dalam sistem media di Malaysia.

2.            Beberapa kaedah komunikasi dari Barat boleh dijadikan panduan dalam komunikasi Islam bagi kita melaksanakan dakwah kepada orang ramai.

3.            Komunikasi Islam yang berteraskan Al-Quran dan hadis hendaklah dijadikan panduan utama dalam usaha kita berdakwah dan mengwujudkan perpaduan kesatuan ummah.

4.            Selaras dengan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Gagasan Komunikasi Islam hendaklah menjadi panduan utama dalam sistem penyiaran di Malaysia.

5.            Pusat pengajian tinggi hendaklah mendidik dan menjadikan subjek komunikasi Islam sebagai subjek wajib dalam kurikulum komunikasi dan pengajian media di Malaysia.

6.           Teori Komunikasi Islam berteraskan Al-Quran dan hadis hendaklah menjadi Teori Ilmu Komunikasi yang setara dengan teori-teori yang dilahirkan Sarjana Komunikasi di dunia.

7.            Komunikasi Islam hendaklah menjadi panduan umat Islam bersatu dalam menjamin kekuatan politik dan perpaduan ummah di Malaysia dan seluruh dunia.

8.           Komunikasi Islam boleh dijadikan benteng dan tembok bagi menentang fahaman liberalisme dan kebebasan bersuara barat yang tidak menghormati fahaman agama dan budaya berbilang bangsa di dunia.

9.            Komunikasi Islam dan bahasa Melayu hendaklah dijadikan teras utama dalam usaha memartabatkan warisan peradaban Melayu dan Malaysia.

10.         Kerajaan hendaklah mengwujudkan Akta Komunikasi dan Media Islam bagi menjadi panduan kita melahirkan pewaris dan bangsa Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri dan semangat patriotisme Malaysia.

Sekian, terima kasih.


[1]       Kertas ini untuk dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Mohamad Abu Bakar: Pandangan-Dunia dan Peradaban – Dakwah dan Pentamadunan

Kertas kerja Profesor Mohamad Abu Bakar yang dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

untuk versi cetak dalam format pdf: Klik di sini

***************

PANDANGAN-DUNIA DAN PERADABAN – Dakwah dan Pentamadunan[1]

Profesor Mohamad Abu Bakar

Pengenalan

Dakwah dalam ertikata  penyeruan kepada Islam sekaligus bertindak sebagai  pentamadunan apabila manusia dan masyarakat yang menjadi sasarannya terolah oleh pandangan-dunia tauhid.  Pengasasan dan pemupukan kehidupan Islamiyyah oleh Rasulullah S.A.W di Mekah dan Madinah jelas mengandongi misi peradaban ini, sebagaimana pengenalannya di Alam Melayu yang telah turut membawa kepada transformasi budaya. Sebagai addin, Islam berfungsi melewati dan melepasi batas-batas konvensional agama dalam penghayatannya; penganutannya semestinya membawa kepada konsekwen meluas dan mendalam sehingga ia mencecah kesemua segi  kehidupan,  dan di  semua peringkat kewujudan.  Tegasnya, peradaban daripada sudut Islam tidak dibatasi oleh geografi,  ia itu tertumpu kepada bandar, sebagaimana yang lazimnya difahami hari ini,  tetapi  menyangkuti dan  menyerta-sama  kesemua dimensi selama dan selagi ia terbentok oleh nilai-nilai keislaman. Sebagaimana yang ditegaskan oleh sebuah Hadith, Islam itu tinggi,dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.  Ini adalah ciri-ciri intrinsik sesebuah peradaban, sama ada ia diterima atau tidak oleh pihak lain.

Kehidupan di Mekah dan di Madinah tergubah oleh pandangan-dunia tauhid, dan perkembangannya  yang dituruti oleh pengamalan agama di zaman Khalifah Al-Rashidun,  Ummayah , Abbasiyyah dan sebagainya, memuat jalur-jalur ketamadunan.  Rasulullah S.A.W  sebagai pembawa risalah Islamiyyah merupakan peradaban yang berjalan, lantaran baginda adalah manifestasi al-Quran sebagaimana yang dinukilkan oleh Aisyah, dan pembawaannya  ini seterusnya menjadi role-model kepada setiap Muslim hingga hari ini. Pengkisahan mengenai nabi pilihan ini bukan sahaja lengkap dan menyeluruh,  melibatkan kedudukannya sebagai suami dan bapa, pemerintah dan pentadbir, negarawan dan diplomat,  sahabat dan pejuang di medan perang, tetapi juga berlangsung in the full light of history. Ini menjadikan kehadirannya di pentas sejarah begitu bermakna dan berimpak sekali daripada segi pembinaan peradaban.  Pengaruh pentamadunan atau civilizing influence ini berterusan dihidupkan oleh generasi seterusnya.

Dimanakah terletaknya DakwahSemasa dalam keperihalan keadaan ini?

Visi, Isi dan  Destinasi Peradaban Dalam Dakwah

Peradaban Islam sedia dikerangkakan oleh pandangan-dunia tauhid,  sementara visi, isi dan destinasinya menyerlah menerusi dakwah.  Periode dakwah selama 13 tahun pertama di Mekah tertumpu kepada pembinaan aqidah, yang diperkukuh oleh pengubahan hidup di peringkat peribadi dan kemasyarakatan. Pengluasan pengaruh Islam sesudah itu bertitik tolak daripada fundamental yang serupa, walaupun kehidupan ketamadunan semakin diwarnai oleh keadaan tempatan dan kahendak semasa. Variasi yang wujud dalam kehidupan Islamiyyah mengekalkan tema ketauhidannya. Inilah yang dimaksudkan oleh Ismail Faruqi apabila beliau merumuskan bahawa “Tawhid is that which gives Islamic civilization its identity, which binds all its constituents together and thus makes of them an integral, organic body which we call civilization”. Sebaliknya peradaban moden berkembang bebas mengikut nafsu dan naluri manusia, sehingga manusia dipertuhankan dan Tuhan dimanusiakan.  Kedua-duanya bertindak secara kumulatif; perbedaannya, pentamadunan dalam Islam bersifat purposive, ia itu God-centred, manakala pentamadunan Barat khasnya ditentulah oleh idea kemajuan yang dicorakkan oleh humanisme dan materialisme, sehingga membawa kepada kepercayaan  bahawa hari ini semestinya lebih baik daripada kelmarin, dan besok semestinya lebih baik daripada hari ini.

Dakwah menyediakan kerangka tauhid, dalam bentok keimanan; dakwah mempastikan pengamalan nilai-nilai Islam sebagai kandongan peradaban; dan dakwah menganjurkan pemurnian akhlak manusia sebagai individu dan anggota kolektiviti dalam sesebuah wadah. Dalam konteks ini, manusia secara perseoranganpun  boleh dan telah muncul sebagai peradaban;  tetapi  sekiranya mereka berkeupayaan dan berkedudukan mengangkat diri secara berkumpulan maka akan lahir gubahan yang lebih besar di peringkat kebangsaan atau kenegaraan atau keumatan. Paradigma peradaban ini sedia terungkap dalam al-Quran dan Seerah, sekalipun penjelmaannya mengambil kira lokasi dan situasi, sehingga sejarah ummah ditandai oleh kepelbagaian tamadun Islam. Lain zaman melahirkan peradaban Islam yang tidak seratus peratus sama sekalipun setelah didekati oleh dakwah yang berorientasikan ketuhanan.

Sahubungan ini, dakwah bukan setakat bertindak sebagai  instrumen dalam pembinaan peradaban; ia serentak adalah media, mesej dan matlamat dalam tamadun Islam.  Anjuran al-Quran supaya penyeruan kepada Islam dibuat dengan bijak atau berhikmah, dan perbahasan mengenainya dibuat dengan lebih bijak  atau lebih berhikmah(an-Nahl:125) menjelaskan betapa dakwah sebagai saluran begitu sarat dengan nilai-nilai peradaban.  Pembentangan Islam oleh Rasulullah S.A.W dihiasi dengan kebijaksanaan serupa di sepanjang kerasulannya; bagaimana baginda menangani karenah anak-anak muda yang menyeranginya di Taif, bagaimana baginda mendamaikan hati seorang penzina yang berkeinginan memelok Islam, dan bagaimana baginda mengekang jiwa si pencuri yang bertanyanya tentang agama. Kesemuanya memaparkan pertimbangan strategik, ia itu perkiraan masa jangka panjang, kepentingan lebih menyeluruh, sama ada untuk Islam atau pemeloknya.  Pendekatan berhemah dan berjiwa besar adalah pendekatan peradaban.

Mesej atau kandongan  Islam lebih-lebih lagi dipenuhi oleh nilai-nilai tinggi. Dengan bersandarkan doa berikut yang mendapat pemberatan daripada Rasulullah S.A.W sendiri,  orang Islam dituntut supaya mengejar kebahgian dan keindahan dalam kehidupan: “Ya Tuhan, berilah daku kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat, dan jauhlah daku daripada api neraka”.  Sekalipun,  ciri-ciri kebaikan juga terungkap dalam penganjuran supaya berniat ‘baik’, bersangka ‘baik’, bertutur sesuatu yang ‘baik’, memakan makanan yang halal dan ‘baik’, berbuat ‘baik’ kepada kedua-dua ibubapa dan membalas kebaikan dengan sesuatu yang lebih ‘baik’, kebaikan yang lebih menyeluruh ialah mentaati Allah dan mematuhi Shariah. Itulah matlamat dakwah, dan penghujung daripada perjalanan ini ialah kebaikan di Akhirat, ia itu keredaan Ilahi dan syurgaNya.

Oleh yang demikian, uslub dan objektif dakwah seharusnya memenuhi syarat ini.

Dunia Sebagai Medan Dakwah

Islam  muncul di pentas dunia sebagai agama universal,  sepadan dengan sifat dan status kesejagatan dunia itu sendiri. Bukan sahaja mesejnya  yang komfrehensif, meliputi dan mencakupi segala dimensi kehidupan,  medan dakwahnya sudah sedia berbentok global akibat perhubungan antarabangsa yang berkembang. Islam ringkasnya berada di persada alam kena pada tempat dan masanya. Inimenjadikan pendakwahan begitu mencabar.  Keseluruhan kemanusian menjadi sasarannya, sama ada sebagai golongan yang berpotensi diIslamkan, atau sebagai golongan yang bakal menerima naongannya. Begitulah maksud ayat al-Quran apabila ia menyebut kedudukan Rasulullah S.A.W  sebagai rahmat kepada seluruh sekalian alam (al-Anbiya:107). Manakala dalam sebuah surah yang lain, Allah menjelaskan betapa keperluan seluruh manusia dan seluruh alam sujud kepada Penjadinya:”Agama Islam perlu diperkembangkan sehingga tidak ada perpecahan atau perbedaan di antara satu golongan dengan golongan yang lain dan tidak ada fitnah…sehingga seluruh manusia mengakui hanya satu agama yang sebenar di sisi Allah”. (al-Anfal:39).

Sama ada sesebuah kawasan diiktirafkan sebagai gubahan peradaban setelah menerima celupan Islam,  atau keseluruhan kewujudan ummah di sepanjang sejarah dianggap sebagai sebuah tamadun besar, ia adalah suatu perkara yang boleh dipolimikkan. Namun,  apabila nilai-nilai teras peradaban berupa ajaran dan amalan ketauhidan sudah bertapak, dan penganut Islam semakin terolah oleh kerangka kehidupan baru sambil mematuhi dan mengamalkan syariah, maka semestinya telah berlaku pentamadunan.  Akhlak, atau  nilai dan norma, serta moral, adalah ciri-ciri intrinsik dalam sistem ubudiyyah ini.  Sebagaimana masyarakat Arab yang terdedah kepada dakwah Rasulullah S.A.W mengalami transformasi menyeluruh, maka begitulah juga kedudukan dan keadaan yang ditempuhi penduduk dan komuniti di Asia Selatan berikutan pengluasaan kuasa Muslim suatu ketika dahulu.  Benar bahawa konflik fizikal pernah mendahului pengenalan Islam di sesuatu kawasan,  peranan dakwah ternyata lebihbesar dan berpanjangan. Jejak Mahmud Ghazni, Muhammad Ghori dan Zaharuddin Barbar di Hindustan dituruti oleh penyibaran mesej kebenaran bertujuan mengasakan Tuhan, dan meletakkan asas kehidupan yang demokratik lagi adil. Bumi Allah di sudut dunia itu semakin dicerahi oleh sinar tauhid, dan penghuninya memperolehi keberkatan. Risalah Islamiyyah dipepanjangkan oleh Abu Ala Mawdudi, Abu Hassan Ali Nadwi dan Dr. Zakir Naik menerusi dakwah mereka yang berbagai bentok dan gaya.

Peranan dakwah di Alam Melayu lebih menyerlah dalam keadaan penyibaran agama berlangsung dengan cara aman dan berhemah,  dan ia masih merupakan ongoing process.

Dunia Malaysia masih belum sepenuhnya tertempa oleh pendakwahan sehingga membawa kepada kewujudan peradaban Islam Malaysia. Nilai-nilai tamadun Melayu-Islam yang mendasari sejarah belum berupaya mendefinasi persekitaran semasa; malah ia kini terguggat oleh globalisasi dengan muatan nilai peradaban Baratnya.

Dakwah dan Pertembongan Peradaban Semasa

Pengasasan dan penularan kehidupan baru akibat dan ekoran dakwah tidak terlepas daripada pertentangan nilai budaya, yang boleh membawa kepada pertembongan peradaban. Realiti ini wujud se awal perkembangan Islam di Mekah dan di Madinah, sehingga ia berlarutan sampai kini.

Dunia semasa telah menjadi medan pertelingkahan nilai yang semakin meluas berikutan globalisasi. Asakan pengaruh barat terutama sekali bertambah mengila dengan ketiadaan komunisme antarabangsa sebagai pencabarnya,  sementara penganut Islam juga tidak melepas peluang untuk melebar-luaskan pengaruh agamanya di serata dunia, termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat. Konflik budaya yang didasari oleh pertembongan peradaban menjadi ciri utama dewasa ini. Dakwah yang dipelupuri oleh para dai berbagai kategori dan komitmen berperanan sebagai pelupor (cutting edge ) dalam kejadian sejagat ini, sebagaimana yang terdapat di barat sendiri apabila Islam berkembang sebagai kuasa pengimbang (counrevailing force) di merata daerah.

Fenomina globalisasi  yang merempoh dunia antarabangsa semasa ini turut berpengakalan di Malaysia. Gelombang informasi dari luar lebih memungkinkan berlakunya neokolonialisme atau ‘recolonization”. Tekanan dari barat kelihatan begitu berjaya  melemah dan memperdayakan struktur sosial yang tidak  dibentengi oleh keimanan. Pemupukan demokrasi secara  berlebihan dan pembesaran liberal kapitalisme tanpa sekatan dalam kehidupan berkedudukan mengukuhkan lagi tren ini. Apabila Malaysia menjadi sebahagian daripada dunia, dan bukannya dunia menjadi sebahagian daripadanya, pengaliran berita dan cerita mernjadi perjalanan satu hala. Allah tanpa akhlak, maklumat tanpa moral, dan ilmu tanpa iman semestinya mencirikan kehidupan ini.  Natijahnya, pendedahan kepada dunia antarabangsa bermakna penggarapan selera, semangat dan sentimen luar dalam bentok pengaruh politik, ekonomi dan sosial, dan pengabongan antara kesemua gejala ini boleh menjadi arus dalam kehidupan Melayu-Muslim.  Proses pentamadunan yang ditentukan oleh pengislaman ternyata terdedah kepada bahaya dan bahana ini.

Dakwah yang bertindak sebegitu definatif di Malaysia pada tahun-tahun 70an dan 80an kini kelihatan tidak sebegitu bermaya lagi dalam keadaan ia berdepan dengan cabaran mengunung ini? Apakah ia telah terhumban ke dalam suatu dilema yang menyukar dan menyulitkan? Perkara ini pernah saya perkatakan dalam sebuah tulisan panjang dengan jodol serupa pada suatu ketika dahulu (Lihat Mohamad Abu Bakar, “Dilema Dakwah. Pengislaman dalam Era Pensejagatan”, Pemikir,  Okt.-Dis

1997, hlm. 60-89). Bahagian ini bercadang untuk mengungkap dan membangkit kembali isu yang masih relevan itu.

Pokok pangkalnya, globalisasi semasa dengan muatan nilai peradaban baratnya menempah penyeragaman sehingga mewujudkan  synergy dengan budaya hidup tempatan. Akibatnya, kedua-duanya mengalami penyuburan luar biasa, sekalipun kehidupan Muslim sejak pertengahan 70an telahpun terdedah kepada  penapisan dan pemurnian berikutan pendakwahan. Pembangunan nasional yang turut melibatkan orang Melayu juga adalah arena kepada perkembangan pelbagai falsafah dan aliran kehidupan,  sama ada yang bersifat keislaman atau yang bertentangan dengannya. Dakwah yang memerlukan kejayaan material penganutnya, kekayaan kehidupan sosialnya, dan keamanan dunia antarabangsa telah juga menjadi mangsa kepada realiti itu.

Orde sosiopolitik dan sosioekonomi yang telah mengalami gegaran lanjutan pemupukan pandangan-dunia tauhid dan pemsyarakatan Islam sebelum ini telah menerima nafas dan kekuatan baru dengan perkembangan globalisasi mutahir. Perubahan yang menyaksikan pembangunan  bersifat  kebendaan, perkembangan sosial yang semakin diresapi unsur-unsur keduniaan, dan pensejagatan persekitaran yang semakin terisi oleh komitmen luar yang bersifat sekular, kembali  menjadi arus perdana. Gejala yang menonjol ini membuat perubahan semasa seperti a replay (pengulangan atau penayangan semula) kisah-kisah enam puluhan dan awal tujuh puluhan. Tranforsmasi kehidupan yang didasari Islam semacam terhenti, dan diambil aleh oleh suatu transformasi baru yang digerak oleh nilai material, dan sekular. Dakwah ternyata tersudut dalam keperihalan keadaan ini.

Sama ada dalam arena politik, sektor ekonomi atau bidang sosial, perubahan telah mengatasi pendakwahan, sambil menenggelamkan pencapaian lama.

Politik pemerintahan, politik kepartian dan politik pilihanraya umumnya dikuasai oleh persoalan kuasa – penggunaan kuasa,  pengekalan kuasa, pengembangan kuasa, perebutan kuasa dan  perampasan kuasa.  Kuasa sebagai alat sememangnya penting, hatta dalam program pentamadunan. Tetapi sekiranya persoalan kuasa melupus dan meluput cita-cita dakwah dan objektif keislaman, maka itu adalah sesuatu yang bertentangan atau suatu negation kepada segala perancangan perdaban. Apakah ini sedang berlaku,  sehingga pertimbangan pendakwahan dan pembinaan peradaban dalam wadah dan wawasan tauhid turut sama terkorban?

Komitmen ekonomi  yang tercorak oleh pasaran bebas (free market) juga telah membebankan dakwah, sehingga aspirasi yang terkandong dalam pembangunan Islam, terutama sekali dalam aktiviti bisnes dan komersial, semakin terbenam sama. Apatah lagi terdapat di kalangan para pengusaha yang menganut falsafah “Membujur Lalu, Melintang Patah”.  Penyataan bahawa “when it comes to money, people are of the same religion” mengena sama  orang Melayu yang terheret dalam kancah ini. Seandainya, komitmen ekonomi seumpama ini mencecah paras ideologi,  maka keterlibatan dalam materialisme dan sekularisme akan menguasai kandongan hidup, sambil meminggirkan Allah dan Akhirat. Pengubahan peradaban semestinya terjejas.

Pemupukan budaya ala tahun enam puluhan dan awal tujuh puluhan juga menyerlah semula dalam persekitaran baru ini, dan ia  semakin tidak terolah oleh kuasa dakwah.  Pengunjungan ke pesta hiburan, dan pemakaian low-cut yang menayang pangkal buah dada, mid-drift yang mempamirkan pusat, bare-back yang mendedahkan belakang, dan hot-pant yang menelanjangkan peha, oleh wanita Melayu dan bukan-Melayu,sekalipun tidak sepopular era sebelumnya,  kembali menjadi-jadi. Penularannya seiring dengan perkembangan dakwah di di kota dan luar bandar. Kegiatan mengedar dadah dan pil khayal, berkhalwat dan bersekedudukan, mencuri dan merompak, menjadi ciri yang sama-sama berkembang dengan aktiviti usrah, qiamulail, aqiqah dan bernasyid, dan lanskap sosial yang diwarnai oleh pakaian jilbab, serban dan kopiah. Kesemuanya berkongsi pentas dan ruang yang sama dalam pertembongan budaya ini.  Kesimpulannya, ketika kehidupan dakwah membesar,  kehidupan yang bertentangan  dengannya  juga membesarlebih hebat lagi.

Nampaknya, kita boleh memanjangkan ungkapan yang dipetik di atas tentang keruntuhan akhlak dan kerosakan peradaban Islam ini, dengan penyataan “When it comes to money, power, sex and drugs, people are of the same religion”.

Paradigma Baru Dakwah dan Pembudayaan Islam

Melihat pada kelemahan dakwah sekarang, suatu pengalehan paradigma (paradigm shift) amat diperlukan dalam pengislaman; suatu pendekatan baru melibat perubahan dasar dan besar dalam pemikiran atau penyusunan hidup, dan pelaksanaan strategi guna mencapai objektif jangka jauh, termasuk peradaban Islam. Cara dan gaya lama, sekalipun pernah membuah kejayaan pada tahun-tahun 70an dan 80an, tidak memadai untuk mengurus realiti sosio-politik dan sosio-ekonomi  semasa, lebih-lebih lagi dengan pengembangan pengaruh globalisasi yang bertautan dengannya. Pelbagai persoalan yang timbul dalam kehidupan orang Melayu khususnya dan bangsa Malaysia umumnya berpunca daripada ketidakseimbangan antara  kuasa dakwah dan arus kehidupan masa kini; sama ada keadaan sekeliling telah menjadi semakin mencabar, atau kaedah pendakwahan tidak berkesan, atau kedua-duanya. Dakwah yang sedia berkembang ternyata tidak berkemampuan menangani realiti semasa lantaran ia muncul sebagai reaksi kepada kehidupan bernegara dan bermasyarakat era lain. Benar bahawa idea Islam sebagai addin berjaya di institusi dan dimasyarakatkan,  dan telah wujud penerimaan merata idea Islam sebagai penyelesaian kepada segala masalah kehidupan,  itu ternyata tidak mencukupi daripada segi problem-solving dalam konteks hari ini.  Persoalannya bukan setakat menyedarkan kerajaan dan orangramai tentang  Islam sebagai suatu cara hidup, a way of life, tetapi juga  persoalan penyelesaian masalah kehidupan yang berbagai dan membabit semua lapisan manusia dan kumpulan. Sahubungan ini, jumlah sasaran pendakwahan semestinya bertambah, pendakwahan semestinya diajukan dengan cabaran  praktis dan real daripada banyak penjuru,  di samping ia  semakin berinteraksi dengan tuntutan demokrasi,  berdepan dengan konstrain kewangan dan kekangan internasional, terutama sekali berkaitan status dan aspirasi bukan-Muslim.

Tambahan pula, beberapa isu yang pernah menarik perhatian besar dan mudah membakar perasaan umumnya sudah tidak menjadi persoalan mencabar lagi. Ini termasuklah pakaian wanita, makanan halal-haram dan penyediaan tempat beribadat. Sensitiviti yang diperlihatkan oleh pihak berkuasa mengalami pernterjemahan dalam bentok penubuhan bank Islam, pembentokan sistem takaful, dan penerapan nilai-nilai Islam. Ini sedikit sebanyak mendamaikan keadaan.

Empat komponen berikut seharusnya mendapat pemberatan dalam program dakwah dalam penetasan pelan strategik ini: pengukuhan aqidah, pengilmuan meluas, penglibatan bertambah pihak berkuasa dan penyokongan massa atau orang ramai. Tanpa komitmen tauhid yang mencukupi, ajaran bersangkutan fiqh dan akhlak, hatta apa sahaja pengetahuan, tidak boleh beroperasi dengan baik dan bermakna daripada sudut pentamadunan. Hanya idea kemajuan yang bersauhkan keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat yang mampu mengurus manusia sebagai khalifah Tuhan dan sebagai agen peradaban.  Pengilmuan yang menyeluruh atau komfrehensif tentang persoalan yang sedang dihadapi amat diperlukan oleh para dai dalam persekitaran global ini. Political will yang diperkasakan oleh aspirasi keislaman perlu diperkuat dan diperkukuhkannya, kerana penguatkuasaan undang-undang Shariah dan segala yang berkaitan dengannya mesti dibelakangi oleh kuasa .Begitu juga pendirian dan  perwatakan massa, sebagai sistem sokongan yang berterusan dalam proses pentamadunan; orangramai , termasuk di kalangan ibubapa, seharusnya berkedudukan  menghayati  ideal  Islam selari dengan tuntutan al-Quran supaya mereka menjaga diri mereka dan kaum keluarga daripada api neraka.

Pengalihan paradigma yang dibentangkan dalam acuan tauhid ini perlu dijelmakan sebagai suatu strategi budaya yang berkordinasi; ia itu selaku a coodinated cultured system, yang bergerak dengan dinamisme dalamannya, bertindak sebagai pengaruh definatif, dan berfungsi dalam semua lapangan kehidupan.  Pendakwahan dirangkaikan dengan objektif kehidupan Islam dengan bermottokan “Mengejar kebaikan, Mengingati kematian”, dan bukannya sekadar dikaitkan dengan cita-cita jangka pendek seperti penghapusan rasuah dan pengekangan gejala sosial.

Salah satu daerah yang sedang menyaksi pertembongan antara Islam dan pengaruh luar ini ialah bandar dan bandaraya, dan di situlah juga dakwah berpotensi berkembang sebagai misi peradaban.  Pengapkikasian paradigma dakwah baru ini amat relevan dalam senario kota ini.

Bandar dan Bandaraya sebagai Pusat Peradaban

Bandar dan bandaraya adalah daerah yang memuat batu bata (building blocks) yang mencukupi bagi maksud pengubahan sesebuah peradaban. Di situ bukan sahaja terkumpul struktur fizikal berupa bangunan pentadbiran, pasar dan pasaraya, perpustakaan dan perumahan, tetapi juga tempat tertumpunya manusia berbagai jenis, daripada segi latarbelakang, profesion, citarasa, kecenderongan ideologi dan aspirasi masa depan.  Kota juga berfungsi sebagai pintu gerbang kepada masyarakat dan negara yang mampu mengungkap imej positif atau negatif bergantong kepada

persepsi pihak asing.  Dakwah yang terurus dengan bijak dan berkesan di bandar dan bandaraya boleh mengubah lanskap politik, sosial, ekonomi, intelektual dan fizikal, sekaligus membawa kepada transformasi bersifat peradaban.

Potensi dan peluang untuk kehidupan Islam menyerlah di bandar dan bandaraya amat besar di mana-mana, sebagaimana yang dibuktikan oleh pengalaman Mekah dan Madinah, Bagdad dan Cordova, masing-masingnya telah dinobatkan sebagai kota bertamadun. Menerusi penambahan penduduk Muslim, banyak yang mampu terhasil sehingga kota dan kotaraya semakin tercorak oleh nilai Islamiyyah dan berwajah Islam. Pusat-pusat bandar dan bandaraya tidak semestinya berupa ‘Little Mecca” atau “Little Medina”, atau bergelar ‘Bandar Islam’ atau ‘Bandaraya Islam’, yang terpentingnya ialah ciri-ciri kehidupan warganya,  sama ada bersifat Islam atau sebaliknya. Pokok pangkalnya ialah pelakuan atau perwatakan penghuninya, yang akan menentukan identiti dan imej keislaman yang dimaksudkan. Ia akan menjadi lebih bermakna sekiranya senibina bangunan, susunan penempatan dan lanskap kota dan kotaraya turut memaparkan kandongan Islam dan berkembang sebagai syiar keagamaan.

Ringkasnya, kehadiran manusia Muslim yang berimpak adalah segala-galanya, kerana tanpa itu, Islam tidak berkeupayaan mewajahkan kota dan kotaraya. Jumlah Muslim yang besar, tetapi tidak mewakili nilai-nilai Islamiyyah, tidak menjadikannya suatu  kehadiran berpengaruh.  Oleh itu, di samping mengimarahkan masjid dan surau, warga kota Muslim juga seharusnya berperanan sebagai golongan profesional yang beretika, kaum peniaga yang bertanggongjawab dan amanah, pelajar yang bermoral dan cemerlang, pemandu yang bersopan, dan jiran yang berjiwa besar. Kehadiran ribuan makmun di masjid dan kemunculan surau-surau yang berselerak tidak begitu bermakna sekiranya warga kota tidak menjelma sebagai manusia Islam yang berkualiti di mana sahaja mereka berada. Apakah ertinya sekiranya pemandu kenderaan  berlagak dengan penuh kesombongan di jalanraya, sekiranya pengunjung masjid meletakkan kereta mereka sesuka hati sehingga menimbulkan kemarahan orang lain, dan  apakah maknanya jika mereka ini berlagak seperti lanun  semasa mengharungi kesesakan lalulintas, sedangkan pada masa yang sama, tungangan mereka dihiasi pelekat ayat-ayat suci al-Quran dan sebagainya?

Percambahan jumlah kota di Malaysia seharusnya diiringi oleh kegiatan dakwah yang tersasar, jika  kita tidak mahu bandar dan bandaraya di negara ini menjadi tidak lebih daripada replika bandar dan bandaraya lain di dunia berikutan globalisasi. Pemupukan Wawasan 2020, penganjuran Islam Hadhari dan perlumbaan untuk menjadi negeri maju,  sepatutnya di kerangkakan oleh keperluan dan kepentingan dakwah Islamiyyah agar natijah atau the end results daripada segalanya itu semestinya membawa kepada pertapakan Syariah. Kalau tidak, segala langkah dan usaha seumpama itu akan menjadi sia-sia sahaja; malah kita berani mengatakan bahawa  kalau kita sekadar ingin menjadi negeri atau negara maju sebagaimana difahami di barat, maka itu barangkali boleh dilakukan dengan lebih baik oleh orang lain menerusi polisi penswastaan.  Lebih penting lagi, peluang dan ruang untuk pembentokan peradaban di bandar akan luput begitu sahaja.

Peranan dakwah semestinya besar sahubungan ini. Pada masa yang sama, kesan jangka panjang dan jangka jauh daripada pendakwahan ini juga adalah hebat. Warga kota Muslim masa kini dan masa depan memperolehi manfaat dan nikmat daripadanya. Warga kota bukan Islam juga akan berdepan dan berinteraksi dengan kebajikan dan kebaikan yang mereka lakukan, ketika mengurus perniagaan dan mengikat perjanjian, atau ketika memandu di jalanraya atau berjogging di padang.  Pengunjung dari luar negara yang datang berdagang, melancong atau berlajar atau berurusan diplomatik akan awal-awal lagi bersua dengan adegan dan amalan Islam setibanya mereka di lapangan terbang. Manakala pendatang asing yang berkhidmat sebagai buruh kasar, pembantu rumah atau pekerja ladang akan terdedah kepada cara dan gaya hidup berbudi tinggi dan bersopan berasaskan Islam.  Tentu sekali kita mahu pendatang Bangla,  Indonesia, Filipina,  Kampuche, Rohingya  dan sebagainya merasai angin peradaban Islam ini ketika berada di negara ini, dan bukannya setakat menjamu selera semasa berbuka puasa pada bulan Ramadan?

Sememangnya, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh dakwah adalah besar dan berterusan. Pendakwah sendiri seharusnya merupakan produk yang mampu mengurus kegiatannya dengan  berkesan. Manusia dai serentak adalah mesej.  Risalah Islamiyyah tentu sekali menjadi begitu bermaya sekiranya pendukung dan pelupurnya memuat dalam dirinya segala yang baik, sebelum beliau menganjur dan memasyarakatkan kebaikan kepada pihak lain.  Penegasan al-Quran bahawa orang Islam adalah sebaik-baik umat  yang dibangkitkan untuk manusia, disebabkan misi penonjolan kebaikan dan penolakan kemungkaran,  menjelaskan betapa besarnya tanggongjawab yang terpaksa dipikul oleh penganut agama ini, lebih-lebih lagi oleh para pendakwahnya. Pendakwah perlu berwibawa dan berpendirian kukuh dari segi aqidah, beristiqamah menjalani tuntutan agama, berkelengkapan ilmu agama dan pengetahuan dunia, berfahaman strategik dan bersikap positif, kerana hanya apabila mereka berfungsi sebagai peradaban yang berjalan , maka barulah kehadirannya di persada bandar dan bandaraya menjadi benar-benar berimpak.

Sebagai pendakwah, mereka juga terpaksa bergandingan dan bersaingan dengan tokoh masyarakat dan negara yang lain, seperti ahli politik dan pemimpin korporat, penyanyi dan aktivis sosial, yang menjadi ikon dan idola di mana-mana.  Audiennya bukan sahaja besar daripada segi saiznya, tetapi juga terdiri daripada berbagai jenis manusia, termasuk yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar, berkehidupan mewah dan berangkaian dengan dunia global, dan yang sibuk dan yang menyibukkan. Pendakwah memerlukan kebolehan istemewa untuk kekal relevan dalam persekitaran penuh kedinamikan ini. Selanjutnya, perjalanan Islam di bandar dan bandaraya tidak terpisah daripada sejarah orang Melayu-Islam sendiri dengan pegangan keagamaan mereka yang masih bercampor aduk dengan khurafat dan bidaah, kehadiran bukan-Melayu yang berlainan agama, dan kemunculan bangsa-bangsa lain yang membanjiri negara sebagai pelajar, pekerja,  pelancong dan pelabur.  Khutbah Wada atau Penghabisan yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W dengan penegasannya kepada kewajipan menghormati keamanan dan jiwa, mengurus kehidupan dengan amanah, menjaga dan  memartabatkan wanita, memelihara ukhuwwah Islamiyyah dan sebagainya, sewajarnya dikontektualisikan dalam situasi pendakwahan di bandar dan bandaraya, lantaran di situ keperluan berbeda daripada manusia dan institusi mampu diuruskan menerusi pengaplikasian dasar-dasar universal Islam.

Dakwah Bukan Segala-galanya

Tanpa menafikan keutamaan yang telah diberikan kepada dakwah dalam penyibaran Islam, ia bukanlah segala-galanya, lantaran perjuangan politik dan perang juga telah turut berperanan dalam pembinaan peradaban. Dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran, kahendak politik (political will) sering menjadi penentu dan pencorak dalam pengubahan hidup berperadaban, ia itu apabila pihak berkuasa mengadakan perancangan dan menyediakan dana dalam pembangunan masyarakat dan negara. Daripada perspektif strategik pula, atau dalam konteks hubungan antarabangsa, masing-masing perang dan damai mempunyai saham dalam proses pentamadunan. Peranan diplomat diimbangi oleh penglibatan soldadu. War and progress bertalian dalam sejarah, bukan sahaja disebabkan peradaban menuntut pertahanan daripada pencerobohan luar, tetapi juga kerana dalam konflik, negara semakin terjerumus dalam penyelidikan teknologi peperangan dan penciptaan peralatan baru yang kemudiannya dimanfaatkan selepas tamatnya pertelingkahan. Perang Dunia Pertama dan Kedua telah membuah kejadian ini, khasnya di Britain dan Amerika Syarikat. Kepakaran von Braun yang menghasilkan roket V-2 di bawah pemerintahan Nazi telah diterima-pakai oleh Amerika Syarikat untuk menjayakan program angkasa lepasnya. Krisis Suez pada 1956 yang menyaksi pertelingkahan di Timor Tengah menyebabkan  terciptanya di Britain kereta mini , jenis kenderaan yang kini kembali popular termasuk di Malaysia.

Sejarah Islam juga telah ditandai oleh perhubungan serupa antara politik dan peradaban, terutama sekali pada zaman-zaman khalifah Ummayah dan Abassiyyah, dan perhubungan antara perang berupa jihad dalam pembugaran peradaban di mana-mana, khasnya berikutan Perang Salib dan pengluasan kuasa Muslim di benua Kecil India. Pemerintahan Muslim menyaksikan penyusunan dan pentadbiran bandar, dalam bentok penyedian prasarana dan kemudahan awam umpamanya. Sementara dalam keperihalan perang,  Islam memupuk etikanya tersendiri dengan mengekang perwiranya daripada membunuh kanak-kanak dan wanita, merosak tanaman, hatta memijak sarang burung yang berada dalam laluan.  Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh sesungguhnya memenuhi tuntutan kehidupan dalam kerjasama dan konflik.

Akhir Kata

Apakah dewasa ini kita berada dalam permasalahan memacu dakwah dalam masyarakat dan negara?

Saya pernah berfalsafah, bahawa sesuatu yang luar biasa itu adalah tidak lebih daripada gubahan perkara-perkara biasa dalam susunan yang luar biasa. Kalau kita meneliti lirik lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Broery Marantika atau Bob Tutupoli, sama ada Angin Malam atau Mimpi Sedih, kita akan mendapati bahawa ungkapannya hanyalah kata-kata biasa sahaja, tetapi apabila ia  dialunkan dengan persembahan bergaya dan suara yang mempersonakan, maka nyayian ini menjadi begitu menakjubkan. Pada hari ini kita mempunyai batu bata, untuk menjayakan dakwah dalam masyarakat,

terdiri daripada ribuan  ulama dan lulusan agama, rancangan tv dan radio sebagai saluran ilmu, kuliah subuh dan kuliah maghrib, buku dan kitab yang memuat pengetahuan fardhu ain dan fardhu kifayah; sejauh manakah ini semua berjaya dijanakan bagi maksud pembugaran dakwah?  Dengan pengluasan ruang demokrasi dan pemupukan kebebasan  berikutan Pilihanraya Ke 12 yang lalu, pendakwah juga seharusnya teruja dan tercabar untuk menyemarakkan aktiviti mereka dengan harapan meraih faedah daripada perubahan tersebut.Seandainya ini tidak digembelingkan dalam suatu perancangan strategik, maka segalanya  boleh berlalu begitu sahaja. Bukankah perjalanan itu sebahagian daripada destinasi?


[1]       Kertas ini untuk dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Fuad Yeoh: Dakwah Islamiyyah Sebagai Medium Integrasi Nasional

Klik untuk maklumat seminar

Kertas kerja Ir Dr Muhamad Fuad Yeoh Abdullah yang dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

untuk versi cetak dalam format pdf: Klik di sini

************

Dakwah Islamiyyah Sebagai Medium Integrasi Nasional[1]

SINOPSIS

Mesej Islam adalah risalah sejagat yang ditujukan kepada seluruh alam dan bukan terhad kepada lokasi atau kaum tertentu.Dakwah oleh yang demikian merupakan tugasan setiap Muslim dan harus terlaksana dalam semua keadaan.Pelaksanaan dakwah dengan semua penghasilan dan pencapaian yang mungkin diperolehi daripadanya dapat memberi manfaat kepada usaha intergrasi nasional yang diidamkan di Malaysia.Hujjah bagaimana ini kemungkinan yang ‘compelling’ diutarakan dalam kertaskerja ini sebagai tesis dalam rancangan dan pelaksanaan usaha mewujudkan negara yang harmonis, aman dan damai.

1.0 Pengenalan

Dakwah Islamiyyah iaitu seruan kepada Islam merupakan kegiatan yang intrinsik dan mutalȃzim dengan risalah Islam itu sendiri. Ianya tidak syak lagi adalah kerja yang mulia seperti dinyatakan oleh Allah Taala dalam Surah Fussilat ayat 33:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ”

(Dan siapakah yang lebih baik kata-katanya dari orang yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah dari kalangan muslimin.)

Dengan turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad (saw) sekaligus tugasan dakwah ini menjadi juzuk yang tidak terpisah dari wahyu itu. Begitu ciri Islam sebagai cara hidup yang dianugerahkan oleh Tuhan Semesta Alam kepada sekalian manusia maka sasaran dakwah itu juga adalah seluruh alam tanpa batasan seperti kata Dr Yusuf al-Qardhawi (2012):

فالإسلام منذ فجر دعوته كان رسالة عالمية، ودعوة للناس كافة، ورحمة لكل عباد الله، عربا كانوا أو عجما، ولكل بلاد الله، شرقا كانت أم غربا، وإلى جميع الألوان بيضا كانوا أم سودا.

(Adapun Islam itu semenjak fajar dakwahnya lagi adalah merupakan risalah sejagat, dakwah dan seruan kepada manusia keseluruhannya, rahmat bagi setiap hamba Allah, baik Arab mahupun ajam, dan bagi setiap negeri Allah, baik timur mahupun barat, juga kepada semua warna kulit baik putih mahupun hitam.)

Begitulah adanya dakwah islamiyyah itu.Begitulah tabiat dakwah islamiyyah.Ia tidak terhad dari segi jangka waktunya, tidak pula terbatas dari segi sempadan fizikalnya dan tidak juga terkongkong dari segi sasaran mad’unya. Negara Malaysia tidak terkecuali dari tuntutan pelaksanaan dakwah ini.Setiap Muslim yang mampu menyampaikan ‘satu ayat’ adalah terpanggil untuk menjalankan usaha dakwah; satu tugasan yang dapat meletakkan umat di tempat terbaik sebagai ‘khaira ummah’ yang dilahirkan untuk manusia.

Dalam membincang ayat كنتم خير امة اخرجت للناس”  Dr Muhammad Uthman El-Muhammady(2007) telah menyatakan ‘dalam al-Bukhari ada riwayat dari Abu Hurairah (rd) “umat yang paling baik untuk umat manusia” iaitu kerana kamu menyeret umat manusia sehingga mereka masuk ke dalam Islam.’ Ini menunjukkan bahawa melaksanakan dakwah itu adalah syarat bagi menyandang gelaran ‘khaira ummah’ yang dinyatakan dalam ayat 110 Surah Ali Imran itu.

2.0 Pengertian Luas Dakwah

Dakwah adalah seruan ataupun ajakan.Dakwah islamiyyah khususnya adalah seruan kepada ajaran Islam.Seruan kepada penghayatan ajaran Islam. Dalam kitabnya, “Usus al-Dakwah wa Adab al-Du’ah”, Dr As-Sayyid Muhammad al-Wakil telah mentakrifkan dakwah sebagai:

الدعوة إلى الله هي جمع الناس إلى الخير،ودلالتهم على الرشد، بأمرهم بالمعروف ونهيهم عن المنكر”

(Dakwah kepada Allah ialah mengumpulkan manusia ke arah kebaikan dan memimpin mereka kepada kematangan, dengan menyuruh mereka kepada makruf dan mencegah mereka dari munkar.)

Syeikh al-Sawwaf pula dalam kitabnya, “Al-Dakwah wa Al-Du’aa” telah mentakrifkan dakwah sebagai:

“الدعوة هي رسالة السماء إلى الأرض، وهي هدية الخالق إلى المخلوق، وهي دين الله القويم، وطريقه المستقيم، وقد اختارها الله وجعلها الطريق الموصل إليه سبحانه”

(Dakwah ialah risalah langit kepada bumi, dan ia adalah pemberian Pencipta kepada makhluk, serta agama Allah yang benar, dan jalan-Nya yang lurus, dan sesungguhnya Allah telah memilihnya {dakwah} sebagai jalan untuk sampai kepada-Nya Yang Maha Suci).

Manakala Syeikh Ibn Taimiyah pula mentakrifkan dakwah dalam karangannya, “Majmuk Al-Fatawa”, sebagai:

الدعوة إلى الله، هي الدعوة إلى الإيمان به، وبما جاءت به رسله، بتصديقهم فيما أخبروا به وطاعتهم فيما أمروا..”

(Dakwah kepada Allah ialah menyeru kepada iman dengan-Nya, dan dengan apa yang didatangi oleh para rasul-Nya, dengan membenarkan apa yang mereka khabarkan dan mentaati apa yang mereka suruh).

Seorang ulama kontemporari Syeikh Al-Bayanuni pula dalam kitabnya, ‘Al-Madkhal Ila Ilmi Al-Dakwah’, mentakrifkan dakwah sebagai:

” تبليغ الإسلام للناس، وتعليمه إياهم، وتطبيقه في واقع الحياة”

(Penyampaian Islam kepada manusia, dan mengajarnya kepada mereka, dan pelaksanaannya dalam kehidupan seharian).

Penyelidik Ali bin Nayef (2009:6) pula telah mentakrifkan pendakwah islamiyyah sebagai:

هوالذي يُحاوِلُ دعوةَ الناسِ بالقولِ والعملِ إلى الإسلامِ وإلى تَطْبيقِ مَنْهَجِهِ وَاعْتِنَاقِ عقيدَتِهِ بالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الحسَنَة.”

(Orang yang berusaha menyeru manusia kepada Islam dengan lisan dan tindakan bagi pelaksanaan methologinya dengan penerimaan aqidahnya secara hikmah dan nasihat yang baik).

Dr Taufiq Al-Da’i dalam kitabnya الدعوة إلى الله (الرسالة الوسيلة الهدف)telah mentakrifkan dakwah sebagai:

“هي الدعوة إلى توحيد الله والإقرار بالشهادتين وتنفيذ منهج الله في الأرض قولا و عملا كما جاء في القرءان الكريم و السنة المطهرة”

(Menyeru kepada tauhid Allah dan pengakuan dua kalimah syahadah serta pelaksanaan methologi Allah atas bumi secara lisan dan tindakan seperti dalam Quran Karim dan Sunnah Muthahharah).

Malah takrif dakwah telah diungkap oleh seorang penulis islamweb.net pada 19-3-2002 melalui kata-kata sahabat bernama Rub’i ibn ‘Ȃmir seperti berikut:

وقد يمكن اعتبار كلام الصحابي العظيم ربعي ابن عامر رضي الله عنه لرستم قائد الفرس في معركة القادسية خلاصة لمعنى الدعوة حين قال له جوابا على سؤال رستم ما الذي جاء بكم؟ قال ربعي: جئنا لنخرج العباد من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد، ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة، ومن جـور الأديان إلى عدل الإسلام.”

(Dan mungkin boleh menjadi iktibar pada kata-kata sabahat agong Rib’i ibn Ȃmir radhiallahu anhu kepada Rustum, Panglima Parsi dalam peperangan Qadisiyah, bagi intipati makna dakwah apabila menjawab soalan, ‘Apa yang membawa kamu semua ke mari?’ Rib’i  telah berkata: ‘Kami datang untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan manusia kepada penyembahan Tuhan manusia, dan dari kesempitan dunia kepada kelapangan dunia dan akhirat, dan dari penindasan beragama kepada keadilan Islam).

Dr Yusuf Al-Qardhawi (2012) juga telah memetik pidato Rib’i ibn ‘Ȃmir ini sebagai petunjuk kepada kejelasan misi para sahabah dalam menyampaikan dakwah dengan katanya:

فلخص هذا الصحابي الذي لم يتخرج في جامعة، ولم ينقب في الكتب، ولم يختلف إلى المعلمين، الأهداف الكلية الكبرى للإسلام في هذه الكلمات الموجزة، وإنما تعلمها في المدرسة المحمدية، التي خرجت هذه الصفوة من البشر، وهذه النماذج الربانية التي لم تر عين الدنيا مثلها.”.

(Maka sahabat ini yang bukan graduan mana-mana universiti, tidak pula mentelaah mana-mana kitab, dan tidak juga menuntut dengan mana-mana guru, tetapi berjaya merumuskan tujuan asasi dan utama Islam melalui kata-katanya yang ringkas,tidaklah melainkan menerimanya dari Madrasah Muhammadiah yang mampu mengeluarkan manusia terpilih sedemikian, dan inilah contoh rabbani yang dunia tidak kelihatan lagi sepertinya).

Dari pelbagai takrifan ini bolehlah difahami bahawa dakwah adalah usaha menyeru manusia terutamanya yang masih belum Muslim kepada ajaran Islam yang berpaksikan aqidah secara berhikmah dan dengan nasihat yang baik. Kaedah dakwah ini dinyatakan juga oleh Penulis (2012:2):

Perintah untuk melaksanakan dakwah serta caranya yang rabbani telah dinyatakan di antara lain oleh Allah Azza wa Jalla dalam ayat 125 Surah An-Nahl:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Kaedah dakwah ke jalan Allah dengan berlandaskan hikmah dan nasihat yang baik serta jika perlu perbahasan secara yang terbaik telah dinyatakan dengan jelas dalam ayat ini. Dalam mentafsirkan ayat ini Ibn Kathir telah bermula dengan ungkapan:

يقول تعالى آمراٍ رسوله محمدا صلى الله عليه وسلم أن يدعو الخلق إلى الله..

sekaligus memberikan isyarat bahawa dakwah hendaklah disampaikan kepada semua makhluk tanpa kecuali. Lebih tepat lagi semua manusia di atas muka bumi ini tanpa kira bangsa dan warna kulit adalah mad’u dan sasaran dakwah.”

Seterusnya dari seruan aqidah kepada penghayatan semua aspek Islam berteraskan dasar ‘amar makruf nahi munkar’ terutamanya bagi masyarakat yang telah Muslim dan menerima Islam sebagai cara hidup.

3.0 Fiqh Al-Dakwah dan Integrasi Nasional

Pelaksanaan dakwah secara yang dituntut oleh Islam iaitu menepati fiqh al-dakwah atau fekah berdakwah adalah perlu bagi memastikan peranan yang berkesan oleh dakwah islamiyyah dalam integrasi nasional. Di sana ada panduan rabbani yang harus diikuti secara sedar agar dakwah memberi natijah yang dikehendaki seterusnya menyumbang kepada usaha integrasi nasional. Kaedah dakwah yang disebut di atas merupakan asas penting yang merangkumi uslub atau cara dan gaya berdakwah. 

3.1 Beberapa Asas Fiqh Al-Dakwah

Setelah melihat takrifan dakwah maka dapatlah dirumuskan bahawa tujuan dakwah adalah menyeru manusia kepada Islam dari segi aqidahnya, syariatnya serta akhlaknya disertai penghayatannya secara individu dan di dalam masyarakat. Ini selaras dengan dakwah baginda Rasulullah (saw) dari permulaan di Makkah sehingga penghayatan Islam dalam bentuk sebuah masyarakat di Madinah. Dakwah terus berlansung dalam masyarakat Islam dengan tujuan islah iaitu pembaikan perkara-perkara tertentu yang mungkin terpesong. Seterusnya dakwah berlansung demi untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dari penyelewengan dan pengkhianatan anasir perosak. Penekanan atau emphasis dakwah mungkin berubah mengikut keadaan dan perkembangan masyarakat. Di Malaysia dakwah bagi penghayatan Islam secara menyeluruh ada peranannya, begitu juga dakwah dengan tujuan islah dan pembentengan umat Islam.

3.1.1 Dakwah islamiyyah adalah tuntutan syarak bagi Muslim seperti dalil yang dinyatakan di bawah:

  • Ayat 125 Surah An-Nahl:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

(Berdakwahlah ke jalan Tuhanmu dengtan hikmah dan nasihat yang baik, dan perbahasan secara terbaik).

  • Ayat 104 Surah Ali Imran:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

(Dan hendaklah dari kalangan kamu umat yang berdakwah kepada kebaikan Islam serayakamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; dan merekalah orang yang berjaya).

Adapun huruf ’Lam’ pada kalimat “ولتكن“adalah untuk perintah dan menunjukkan kewajipan berdakwah.

  • Ayat 159 Surah Al-Baqarah:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلعَنُهُمُ اللّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

(Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan apa yang Kami telah turunkan daripada keterangan-keterangan dan hidayah, setelah Kami menjelaskannya kepada manusia dalam Kitab; mereka itu Allah laknati dan semua makhluk melaknati).

  • Kaedah feqah: ما لا يَتِمُّ الواجِبُ إلا به فهوواجبٌ

Sesuatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia adalah wajib juga. Penegakan Islam dengan penghayatannya oleh masyarakat manusia adalah tuntutan syarak, maka kerja dakwah untuk mencapainya juga adalah tuntutan syarak.

3.1.2 Dakwah adalah keperluan asas masyarakat kerana melaluinya manusia mendapat penjelasan mengenai perintah dan larangan Allah agar jalan yang benar menjadi pilihan mereka. Dakwah perlu kerana dalam masyarakat ada golongan yang mengajak kepada kerosakan baik dari segi pemikiran dan pegangan yang sesat mahupun dari segi kerosakan sosial seperti zina, dadah dan rasuah. Tanpa usaha dakwah ke arah islah dan ’amar makruf nahi munkar’ akan mengakibatkan kerosakan dan kebinasaan masyarakat sendiri. Keadaan sebegini telah diberi contoh dalam hadith riwayat Al-Bukhari mengenai bahtera yang bertingkat di mana penumpang yang di bawah sekali andainya dibiarkan menebuk lubang untuk mengambil air dan tidak dilarangi oleh penumpang lain, nescaya semua penumpang akan binasa apabila bahtera itu karam.

Kerja dakwah adalah mulia di sisi Allah Taala seperti yang dinyatakan dalam ayat 33 Surah Fussilat: وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا

3.1.3 Dakwah merupakan jalan Nabi junjungan Muhammad (saw) seperti juga ianya adalah jalan para anbia sebelum baginda. Hadith Rasulullah (saw) riwayat Al-Bukhari:

بلغوا عني ولو آية، وحدثوا عن بني إسرائيل ولا حرج، ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

(Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat, ceritalah dari Bani Israil jika mahu dan sesiapa yang mendustaiku dengan sengaja maka tempahlah tempatnya di neraka)

seolah-olah tidak memberikan ruang dalam mengecualikan seseorang Muslim dari melaksanakan dakwah. Setiap Muslim apapun kedudukannya dan di manapun ia berada harus mempunyai misi untuk berdakwah secara yang terbaik mengikut methodologi dan uslub Nabi Muhammad (saw) serta dengan yang termampu olehnya. Dia memahami juga hidayah adalah di tangan Allah dan yang diperlukan darinya seperti juga dari para anbia adalah tabligh iaitu menyampaikan seadanya.

3.1.4 Dakwah kepada Islam bererti menunjukkan jalan kepada kebaikan dan kesejahteraan. Ganjaran membawa kepada kebaikan mendapat galakan dari Nabi Muhammad (saw) seperti dalam hadith riwayat Muslim:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ أَوْ عَامِلِهِ

Malah ada hadith lain yang memberikan galakan besar bagi pendakwah yang menunjukkan hidayah kepada seseorang bahawa ganjarannya adalah seperti langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Oleh itu dakwah kepada non-Muslim adalah amal yang terpuji dalam Islam. Ciri penting methodologi dan uslub dakwah Nabi (saw) ialah ikhlas dan akhlaq mulia selari dengan tujuan asasi pengutusan Baginda (saw) sebagai ‘rahmatan lil alamin’dengan risalah Islam al-khalidah itu sendiri:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (Al-Anbia:107)

3.2 Beberapa Asas Dakwah kepada Non-Muslim

Dakwah dalam konteks integrasi nasional di samping ada hubungan dengan orang Islam dalam peranan sebagai pendakwah, mempunyai kaitan yang lebih kritikal dengan non-Muslim sebagai sasaran dakwah. Di samping fiqh al-dakwah yang ternyata di atas, di sana ada beberapa perkara tambahan. Dr Nizar Mahmud (2010:9-20) dalam kitabnya ”Impak Perancangan Masa Depan Dakwah Non-Muslim kepada Islam Mengikut Kitab dan Sunnah” telah menyatakan asas-asas berikut dalam dakwah kepada non-Muslim:

  • Niat ikhlas yang memulai semua amal perbuatan
  • Keyakinan akan berkembangnya Islam ke merata dunia seperti keyakinan Baginda (saw) akan kemenangan Islam di atas muka bumi ini
  • Mendoakan hidayah Allah kepada mereka dan bukan kebinasaan atau kecelakaan seperti yang dilakukan oleh Nabi (saw). Walaupun disakiti oleh kaum yang didakwah, Baginda (saw) tetap berdoa bagi mereka yang di antaranya ialah penduduk Makkah, Taif dan qabilah Daus. Peristiwa tawaran oleh malaikat gunung-ganang yang dirakamkan oleh Al-Bukhari dan Muslim adalah seperti berikut:

يا محمد! إن الله قد سمع قول قومك لك، وأنا ملك الجبال، وقد بعثني ربك إليك لتأمرني بأمرك فما شئت، إن شئت أن أطبق عليهم الأخشبين   

(Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata kaummu dan aku adalah malaikat gunung-ganang yang telah diutuskan kepadamu untuk diperintah apapun engkau mahu, jika mahu aku hempabkan ke atas mereka dua gunung ini).

Akan tetapi jawab Baginda (saw) ialah:

بل أرجو أن يخرج الله من أصلابهم من يعبد الله وحده، لا يشرك به شيئا

(Tidak sekali-kali malah aku mengharapkan agar Allah keluarkan dari keturunan mereka orang yang menyembah Allah semata-mata, dan tidak menyekutui-Nya dengan sesuatupun).

Doa Baginda (saw) untuk penerimaan hidayah salah seorang dari dua Omar juga menunjukkan akhlaq rabbaninya (saw) dalam melaksanakan dakwah.

  • Akhlaq rabbani pendakwah yang merupakan unsur yang paling utama dan berkesan dalam dakwah kepada non-Muslim seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad (saw) sendiri sebagai ‘uswatun hasanah’. Dalam pertemuan Abu Suffian dengan Raja Rom, apabila ditanya mengenai akhlaq Muhammad (saw), Abu Suffian tidak dapat menginkari kemuliaan akhlaqnya (saw).
  • Pemilihan pendekatan berdakwah yang sesuai dan effektif mengikut marhalah atau peringkat dakwah dan tempat berdakwah seperti yang ditunjukkan oleh Baginda (saw). Ada peringkat bersembunyi dan ada secara terangan semasa di Makkah, begitu juga di Madinah dengan dakwah mencapai tahap kepada pemuka-pemuka kaum dan negara.
  • Mempelajari dan memahami budaya dan adat resam non-Muslim yang ingin didakwah termasuk bahasa mereka. Pengetahuan mengenai perbandingan agama juga penting dalam berinteraksi dan berdakwah dengan mereka.
  • Pendekatan الترغيب و الترهيب yang khusus kepada non-Muslim seperti menyatakan kelebihan dan keuntungan menerima Islam iaitu selamat dunia dan akhirat seperti perutusan Nabi (saw) kepada Raja Rom yang diriwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim:

بسم الله الرحمن الرحيم من محمد عبد الله ورسوله إلى هرقل عظيم الروم، سلام على من اتبع الهدى، أما بعد: فإني أدعوك بدعاية الإسلام، أسلم تسلم، وأسلم يؤتك الله أجرك مرتين، فإن توليت فعليك إثم الأريسيين.

(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang, dari Muhammad hamba Allah dan Rasul-Nya kepada Heracle Raja Rom, salam ke atas sesiapa yang mengikut hidayah, amma ba’d: Adapun aku menyeru engkau dengan seruan Islam, Islamlah nescaya engkau selamat, Islamlah nescaya Allah memberi engkau pahala dua kali ganda, andainya engkau berpaling maka ke atas engkaulah dosa pengikut engkau).

  • Pendekatan tadarruj atau bertahap-tahap dalam berdakwah iaitu bermula dengan persoalan aqidah dan kepercayaan kemudian baru tentang halal haram seperti kata Ummul Mukminin Aisyah (ra) dari riwayat Al-Bukhari:

إنما نزل أول ما نزل منه سورة من المفصل، فيها ذكر الجنة والنار، حتى إذا ثاب الناس إلى الإسلام نزل الحلال والحرام، ولو نزل أول شيء لا تشربوا الخمر، لقالوا لا ندع الخمر أبدا، ولو نزل لا تزنوا لقالوا لا ندع الزنا أبدا.   

(Sesungguhnya wahyu yang awal diturunkan ialah surah-surah terperinci yang menyebut syurga dan neraka, sehingga manusia menerima Islam maka turun mengenai halal dan haram; sekiranya yang pertama sekali turun ialah jangan minum arak, nescaya mereka akan katakan, kami tidak akan tinggalkan arak selamanya; dan sekiranya turun jangan berzina dahulu, nescaya mereka akan katakana kami tidak akan tinggalkan zina selamanya).

  • Pendekatan perdamaian atau صلح bagi memaksimumkan peluang berdakwah seperti berlakunya Sulh al-Hudaibiyah. Tujuan asasi pengutusan Nabi (saw) ialah dakwah dan peluang berdakwah harus dicari melalui perjanjian perdamaian.
  • Penggunaan media massa dalam dakwah dengan cara dan sophistication yang tidak kurang dari yang terkini dan terbaik.

3.3 Ciri-ciri Kebenaran Islam

Dalam berdakwah kepada non-Muslim adalah penting disedari beberapa ciri khusus kebenaran Islam yang membezakannya dari agama dan ideologi lain. Di antara ciri yang terserlah ialah:

  • Rabbaniahربانية iaitu datangnya dari Pencipta semesta alam sendiri, yang sempurna sifat dan zat-Nya, mengetahui yang lampau dan yang akan datang. Rabbaniah Islam menuntut keunggulan aqidah, syariat dan akhlak Islam. Aqidah, syariat dan akhlaq Islam pasti sesuai untuk semua manusia dan tidak syak adalah yang paling baik dan sesuai untuk semua masa dan tempat termasuk di Malaysia. Rabbaniah menuntut keadilan عدالةdan kesaksamaanمساواة  di kalangan semua insan yang dijadikan oleh Allah Taala. Di zaman ini di mana hak asasi kemanusiaan dan kebebasan telah menjadi tuntutan legitimate, ciri keadilan dam kesaksamaan Islam amat relevan diketengahkan dan diwarwarkan.
  • Wasatiyahوسطية  iaitu pertengahan di antara dua ekstrim dan kesederhanaan dari segi tiada melampau dalam ajaran dan pegangan Islam. Islam mengambilkira aspek ruhani, jasmani, aqli dan emosi dalam ajarannya.
  • Ijabiyahإيجابِيَّةٌ iaitu sentiasa positif dalam menangani persoalan kehidupan manusia dan masyarakat. Hikmah di sebalik sesuatu musibah pasti ada dan Muslim tidak berputus asa dari menaruh harapan terhadap Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Ciri-ciri istimewa Islam yang tersebut di atas merupakan kelebihan yang pendakwah harus ketengahkan dalam dakwahnya khususnya kepada non-Muslim termasuk yang berada di Malaysia.

4.0Quo Vadis Integrasi Nasional

Malaysia kini mempunyai 28.3juta penduduk mengikut Banci 2010. Dari perspektif sejarah Malaysia sebagai sebuah negara memang mewarisi sebuah masyarakat yang plural hasil polisi ‘pecah’ dan ‘perintah’.Integrasi nasional dan perpaduan negara telah secara konsisten menjadi objektif pelbagai dasar kerajaan sejak kemerdekaan lagi. Jabatan bertanggungjawab iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menjadikan misinya sebagai:

”Mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1Malaysia.”

Cita-cita negara untuk mencapai perpaduan ternyata sebagai perkara pertama dalam Rukun Negara dengan ungkapan:

”Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak –

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan semua masyarakatnya;

Memelihara cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negaraakan dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.”

Jika dilihat cita-cita Rukun Negara di atas didapati elemen-elemen yang cukup bersesuaian dengan matlamat hidup dalam Islam yang boleh disebarkan melalui dakwah islamiyyah.

Malah Gagasan 1Malaysia yang terkini diperkenalkan kepada masyarakat apabila diteliti lebih terperinci dan jelas bagaimana perpaduan negara dan integrasi nasional yang dikehendaki:

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.”

Konsep penerimaan juga diketengahkan menggantikan ’toleransi’ yang sekian lama diperkatakan:

KONSEP 1MALAYSIA

”Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.”

Seterusnya prinsip keadilan sosial yang menjadi unsur penting Gagasan ini amatlah bersesuaian dengan maqasid perutusan risalah Islam sebagai ’rahmatan lil alamin’.

”Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh.Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.”

Usaha berterusan pihak kerajaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional tidak boleh dinafikan. Pencapaiannya masih boleh belum ketara walaupun dari segi dasar dan polisi kerajaan amat nyata dan jelas. Malah Malaysia mendapat pengiktirafan di atas usahanya di mana dalam Jun 2012, The Institute for Economics and Peace telah meletakkan negara pada tempat ke-20 dari 158 negara dalam senarai 2012 Global Peace Index (GPI). Hanya Qatar yang berada di tempat ke-12 merupakan negara Islam yang lebih baik dari Malaysia. Perdana Menteri Malaysia telah dilaporkan seperti berikut:

“He has publicly stated: “In managing our plurality, we have decided on integration as opposed to assimilation. Malaysians accept their diversity. We do not merely tolerate each other but we also embrace and celebrate.” In addition, Najib has been consistent in trying to engage with the various communities throughout Malaysia, from funding both Chinese and Tamil schools to being the first federal leader to visit the Batu Caves Temple during the Hindu festival of Thaipusam.”

Usaha negara mendapat perhatian dan pengiktirafan sementara menanti hasil pencapaian perpaduan dan integrasi nasional yang diidamkan.

Jika dilihat kembali sedikit sejarah negara, nyata walaupun kemerdekaan diperolehi hasil kerjasama pelbagai kaum seperti yang dicatat oleh Tunku (1981:14):

“Our original intention was to get independence within four years but because of our unity and show of purpose, the British Government had agreed to bring forward the date of independence. Our duty now was to look ahead and to make independence for this country meaningful.”

dan juga diperhatikan oleh Dr Mohd Ridhuan Tee (2010:64), Dengan kebijaksanaan penjajah dan imigran ini juga, negara ini diberikan kemerdekaan dengan bersyarat iaitu mereka mesti sanggup berkongsi kuasa dan ekonomi,’namun perpaduan dan integrasi nasional yang diingini masih menjadi idaman selepas 55 tahun merdeka seperti perhatian Dr Ridhuan Tee (2010:64) lagi:

Selain daripada dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh British, sikap lunak orang Melayu terhadap orang lain dan kepandaian orang lain mengekspoitasikan orang Melayu turut menyumbang kepada masalah kaum sehingga ke hari ini.’

Perpaduan pasti menjadi isu penting ketika negara mencapai kemerdekaan seperti yang diabadikan dalam logo Malaysia ’Bersekutu Bertambah Mutu’ ataupun lebih explisit dalam bahasa inggeris ’Unity is Strength’.

Idamannya untuk membina sebuah negara yang bersatu dengan unsurnya yang telah sediada dari detik kemerdekaan, namun perselisihan faham yang menyebabkan ketegangan kaum dan persengketaan berlaku dalam usia negara mencecah 55 tahun ini. Yang ketara ialah peristiwa Mei 13 dalam tahun 1969 yang sedia dimaklumi. Ia adalah detik hitam dalam usaha mencapai integrasi nasional. Namum ia juga adalah suatu peluang untuk meneruskan perjalanan jauh yang berliku untuk lansung menuju integrasi nasional; iaitu peluang membuat pembetulan dan pembaikan. Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) terhasil akibat peristiwa pahit itu. Perpaduan negara menjadi objektif DEB adalah:

”Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkanperpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dansebagainya.”

Lebihkurang sepuluh tahun kemudian dalam 1979 pula isu Universiti Merdeka menjadi hangat walaupun tidak seburuk Mei 13. Ia menguji kejituan perpaduan rakyat.

Bapa Merdeka Tunku Abdul Rahman cukup faham akan cabaran negara ini apabila beliau menulis (Tunku, 1981:77):

“Can a country with a divided society such as ours survive the impact of differences, prejudices and other failings we have? A divided society such as ours, divided by race, religion and custom has no leg to stand on. We are sitting on a keg of gunpowder. We have survived under our own steam for so long, twenty-one years, and we can thank God for it, for our survival goes to prove that sanity prevails in this country. We have had little trouble because conditions are good and the people are happy.”

Dalam pada itu pemimpin parti MCA Datuk Lee San Choon ketika berucap kepada perhimpunan tahunan MCA pada 4 Disember 1978 telah menyatakan, seperti yang dirakamkan oleh Tunku (1981:77):

‘He called on the Chinese community “to examine its values and to be prepared to change them if necessary in order to progress and help create an integrated and united multiracial society”.’

Ini bermakna kontraversi Universiti Merdeka itu tidak menghapuskan semangat perpaduan di pihak pemimpin MCA itu walaupun dilihat sebagai ’pengacau’ dan kurang disenangi oleh pemimpin dan masyarakat Melayu. Dalam era Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak, percaturan integrasi nasional lebih mencabar lagi. Kini ada etnik Bumiputra Sabah dan Sarawak di samping Melayu, Cina dan India yang telah sekian lama berinteraksi sejak beberapa tahun sebelum Merdeka lagi. Pun begitu kajian dan modelling yang dibuat oleh Prof Madya Yap Yin (2005?) yang mengambilkira beberapa faktor penyumbang yang terdiri dari gandingan ’human and physical capital’ dan ’social capital’ kepada perpaduan dan integrasi nasional, telah mendapati dalam unjurannya kebimbangan yang ketara.

Realiti di medan dalam persoalan integrasi nasional ini juga dibawa oleh Dr Mohd Ridhuan Tee (2010:79) apabila beliau mencatat:

“Seorang pelajar Cina, Kathleen Chong yang ditemubual, berusia 24 tahun, menceritakan pengalamannya belajar di Universiti Putra Malaysia. Malaysia sering mendabik dada sebagai negara contoh, negara berbilang bangsa yang aman, tetapi setelah hampir separuh abad usia negara ini, kaum-kaum yang menjadi rakyatnya hidup terasing antara satu sama lain. Sekolah berasingan, kawan berasingan dan kehidupan sosial berasingan.Katanya lagi, ramai yang kesal dengan jurang yang timbul antara kaum majoriti Melayu dengan bangsa Cina serta India yang hidup bersama mereka di bumi Malaysia.Beliau sedih melihat sikap berpuak-puak mengikut kaum di dalam kampus.Mereka hanya bercampur dengan bangsa masing-masing sahaja.Komunikasi antara kaum adalah sangat terhad.”

Dalam senario negara mengejar idaman mencapai integrasi nasional seperti yang digambarkan di atas, peranan dakwah islamiyyah mungkin dapat menyerlah.

5.0 Kemungkinan Sumbangan Dakwah kepada Integrasi Nasional

Dakwah islamiyyah yang membawa dengannya risalah Islam al-khalidah serta berteraskan ciri rabbaniah boleh menjadi medium integrasi nasional yang effektif.Setiap negara dalam dunia hari ini meletakkan perpaduan negara sebagai agenda penting bagi kejayaan pembangunan dan kemajuan. Di antara sumbangan yang boleh dimainkan oleh dakwah islamiyyah kepada integrasi national adalah seperti berikut:

  • Orang Islam sebagai pendakwah perlulah memahami Islam sebagai subjek dakwah terutama yang berkaitan dengan ciri-ciri khusus keistimewaan Islam. Islam adalah cara hidup yang terbaik aqidah, syariat dan akhlaqnya bagi manusia sejagat tidak kira bila dan di mana mereka berada. Dengan kefahaman yang baik dan jelas, dakwah boleh dilaksanakan dengan sebaiknya secara berhikmah dan dengan nasihat yang baik. Jika sampai ke tahap perbahasan, maka berbahaslah dengan yang ahsan iaitu terbaik. Berasaskan keikhlasan dan akhlaq mulia, dakwah yang dijalankan dapat diterima dengan baik oleh non-Muslim dari kalangan Cina, India dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.
  • Pendakwah perlu mempunyai kemahiran yang berkaitan dengan fiqh al-dakwah dan dakwah kepada non-Muslim seperti yang dijelaskan dalam bahagian 3.1 dan 3.2 di atas.
  • Di samping bersedia dengan ilmu Islam dan fiqh al-dakwah, pendakwah harus meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isu perpaduan rakyat dan integrasi nasional dalam pembangunan dan kemajuan negara. Pendakwah harus ada jawapan Islam disampingnya apabila berhadapan dengan isu-isu berkenaan. Oleh kerana penyelesaian Islam adalah penyelesaian yang rabbani dan yang terbaik dari segi keserasian dengan jiwa manusia, pendakwah hendaklah yakin ianya terbaik untuk non-Muslim juga. Perbezaan di antara perkara yang qat’i dan ijtihadi perlu dibuat supaya tiada perselisihan faham di kalangan pendakwah.
  • Keadilan sosial dan kesaksamaan adalah asas pembinaan masyarakat yang bersatu dan syariat Islam yang datangnya dari Allah Taala adalah semata-mata untuk maslahah atau kepentingan manusia. Tindakan pemerintah juga adalah berasaskan maslahah rakyatnya seperti kaedah

” تصرف الإمام منوط بالمصلحة”

  • Isu-isu popular yang mengelirukan non-Muslim harus ditangani dengan baik melalui dakwah dan akhlaq mulia. Di antara isu yang sering dibangkitkan ialah isu hudud, hak wanita , poligami, hak kemanusiaan, persoalan LBGT, perancangan keluarga, negara Islam, ekonomi dan kewangan Islam dan lain-lain lagi.
  • Isu-isu yang merupakan nilai mulia yang sejagat boleh disokong oleh pendakwah seperti memerangi rasuah, dadah, penyelewengan harta, salahguna kuasa, kemiskinan, kejahilan, pengangguran, penyakit, khurafat, kesesatan, komplot sorok makanan asasi dan lain-lain.

Apabila dakwah islamiyyiah dapat terlaksana dengan baik mengikut kaedah dan pendekatannya yang effektif, non-Muslim dapat lebih memahami ajaran Islam yang adil dan saksama dalam memelihara hak mereka. Apabila mereka memahami prejudis akan hilang walaupun mereka tidak menjadi Muslim kerana hidayah adalah tentuan Ilahi. Sejarah sepatutnya berulang balik apabila non-Muslim hidup aman damai dalam negara atau empayar Islam, baik di Baghdad mahupun di Andalus ataupun al-Quds sendiri. Di waktu Eropah menindas orang Yahudi dan memburu mereka, negara Islam Turki dan di Afrika utara memberi mereka perlindungan. Di waktu al-Quds di bawah pemerintahan Islam, semua penganut Kristian dan Yahudi bebas beribadat di sana. Semasa Yahudi berkuasa kebebasan itu sudah tiada. Begitulah Islam satu cara hidup yang datangnya dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Termasuk Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana di Malaysia ini.

6.0 Kesimpulan

Dakwah islamiyyah boleh berperanan secara effektif sebagai medium dan pemangkin integrasi nasional. Walaupun semua Muslim harus mengambil peranan dakwah itu, darjat keberkesanan mungkin sangat berbeza jika dibanding di antara Perdana Menteri sebagai pendakwah dengan penulis sebagai pendakwah. Oleh itu setiap menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, ketua setiausaha negara, ketua setiausaha kementerian dan seterusnya sehingga pegawai di kaunter dan pembantu am pejabat yang Muslim harus memainkan peranan mengikut kemampuan sebagai pendakwah. Di sektor swasta pula setiap ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, ketua pegawai kewangan dan seterusnya kepada pegawai di kaunter dan despatch yang Muslim harus menjadi pendakwah. Setiap pendakwah sentiasa berakhlaq mulia, tersenyum dalam memberi jawapan, tersenyum dalam memberi maklumat, senang didampingi, customer friendly, sentiasa bersabar, tidak cepat marah, senang memaafkan, tidak sesuka menyalahkan orang, tidak mencari kesalahan orang, tidak mengintip keaiban orang, amanah dalam kerja, berlaku benar, memohon maaf jika melakukan kesalahan, suka menolong, cemerlang dalam kerja dan seterusnya. Apabila Muslim yang menjadi pendakwah itu sendiri melaksanakan dan menghayati Islam dengan segala kecantikan dan keindahannya, dakwah menjadi berkesan dan effektif. Non-Muslim ketika itu mempunyai keyakinan terhadap mesej Islam dan nilai intrinsiknya yang rabbani yang  bukan sahaja membawa kepada integrasi nasional malah lebih baik lagi iaitu  بلدة طيبة و رب غفورbaldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Nota:

Ir Dr Muhamad Fuad Yeoh BSc (Hons), BA Syariah, MPhil, PhD seorang jurutera profesional dan peguam syar’ie, adalah seorang Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).dan Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

 

 

Rujukan

Ali bin Nayef Al-Shuhud. 2009. الخلاصة في فقه الدعوة. Pahang Darul Makmur: Naskhah softcopy.

Mohd Redhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Integrasi antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan.Jurnal Hadhari Bil 3, 2010. Institut Islam Hadhari, UKM. Bandar Baru Bangi.

Muhamad Fuad Yeoh Abdullah. 2012. Pengalaman Dakwah Saudara Baru.Kertas dibentangkan di Konvensyen Dakwah Nasional anjuran JAKIM pada 6 Sep 2012, Hotel Bluewave, Shah Alam.

Muhammad Al-’Arifi. n.d. كيف ندعو إلى الله. Kaherah: Maktabah Salsabil.

Muhammad Uthman El-Muhammady. 2007. http://uthman-elmuhammady.blogspot.com (24 ogos 2007).

Nizar Mahmud Qasim Al-Sheikh. 2010. أثر التخطيط المستقبلي في دعوة غير مسلمين للإسلام في ضوء السنة النبوية. Ra’s Al-Khaimah: The Institute of Applied Technology. Naskhah softcopy.

Saad bin Abdullah bin Saad Al-Quud. 1432H.  فقه مقاصد الدعوة إلى الله تعالى وأثره في حياة الداعية  (Feqah Maqasid Dakwah kepada Allah Taala dan Kesannya dalam Hidup Seorang Pendakwah). Tesis Masters of Arts Universiti Ummul Qura, Makkah.

Tunku Abdul Rahman. 1981. As A Matter of Interest. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

Yap Yin. 2005(?).Assessing the Level of Unity and Integration in Malaysia using the System Dynamics Simulation Model..

Yusuf al-Qardhawi. 2012. الدعوة إلى خير الإنسانية (Dakwah kepada Sebaik Kemanusiaan). Website Qardawi (8 Sept 2012): qardawi.net.

Web reference: http://www.islamweb.net/media19-3-2002


[1]       Kertas ini untuk dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Sidek Baba: Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Hegemoni Barat

Klik untuk maklumat seminar

Kertas kerja Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba yang dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

untuk versi cetak dalam format pdf: Klik di sini

************

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Hegemoni Barat 

Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba

Profesor Pendidikan UIAM

 

 

MUKADDIMAH

Masakini berbagai orientasi dakwah terdapat dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengahayatan Islami.  Ada yang memilih orientasi haraki (gerakan), terdapat juga yang memilih orientasi siasi (politik), berkembang juga orientasi “tablighi” dan tidak kurang juga cenderung ke arah orientasi sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman dan amal Islami.

Sesetengah orientasi ini menyandarkan kepada jamaah atau gerakan yang terdapat di luar negara yang mempunyai orientasi, maslahah dan cabaran yang tidak sama dengan apa yang terdapat di Malaysia. Manhaj atau kaedah  Mesir umpamanya kalau ditinjau dari segi sejarah, budaya, situasi sosio-ekonomi ianya tidak sama dengan apa yang terdapat di Malaysia. Manhaj atau kaedah Indo-Pakistan juga tidak serupa dengan situasi sosio-politik-budaya di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang agak unik dan memerlukan suatu kaedah yang sesuai dengan latarbelakang sejarah, sosio-ekonomi dan pentadbirannya.

Isu yang berbangkit ialah kurang daya tasamuh atau tolak ansur dari segi pendekatan hingga menyebabkan polimik yang tidak terkawal wujud dan akhirnya gerakan dakwah hilang prioritinya. Tidak kurang di kalangan mereka mempunyai sifat taasub melihat jamaahnya saja yang hebat dan mewakili dan meremahkan jamaah lain hingga melahirkan rasa curiga yang tinggi. Perkara kedua yang berbangkit ialah menerima orientasi luar tanpa cuba menyesuaikan uslub ad dakwah dengan realiti setempat. Faktor waqi’ yang berorientasikan Malaysia perlu ada dan tidak semestinya prinsip al Quran diubah tetapi pengungkapan maksud al Quran itu dalam beberapa hal memerlukan pendekatan ke Malaysiaan dengan latar masyarakatnya berbilang dan upaya sosio-budaya-ekonominya tidak seimbang.

HEGEMONI BARAT

Gerakan dakwah semasa tidak saja berdepan dengan masalah sesama jamaah dakwah tetapi juga hegemoni Barat dalam segala bidang. Barat yang sedang mendukung tamadun kebendaan menawarkan perkembangan ilmu, sains dan teknologi sebagai asas pengembangan pemikiran, gaya hidup, budaya popular dan media baru yang langsung memberi kesan terhadap umat Islam khususnya di kalangan generasi muda.

Ianya menghasilkan pemikiran liberal dan sekular dan menyebabkan makna hak asasi dan kebebasan berada dalam acuan di luar batasan nilai dan agama. Penjajahan pemikiran dan gaya hidup ini sedang menular dengan suburnya di kalangan orang-orang Islam dan menyebabkan jatidiri Islami hilang atau berada dipersimpangan.

Kuasa-kuasa Barat yang sedang melakukan hegemoni dalam pelbagai bentuk dan cara adalah kelangsungan strategi sejak mereka melakukan siri penjajahan di kalangan umat Islam. Hari ini umat Islam belum mampu bangun menampilkan gagasan Islam yang sifatnya berketamdunan dalam model dan sistem.

Umat Islam masih lagi dalam kerangka pengguna setia kepada kekuatan Barat dan belum mampu menjadi menyumbang bermakna kepada tamadun baru umat manusia. Produktiviti rohaniah kita kelihatan meningkat tetapi produktiviti amaliah kita relatif rendah. Ia menyebabkan dominasi ilmu dari Barat yang tidak berasaskan tasawwur Islami atau nilai-nilai alamiah yang bertunjangkan nilai dan etika yang tidak bercanggah dengan Islam tidak terjadi.

Meski terdapat aspek-aspek berbanding dalam sains dan teknologi yang boleh dimenfaatkan tetapi amat penting integrasi high-tech (teknologi tinggi) dan high-touch (sentuhan keinsanan) dilakukan supaya kemajuan dan perubahan yang ingin dibangunkan nilaiguna yang memberi kesan perubahan yang sifatnya manusiawi.

Oleh itu pendekatan dalam dakwah semasa harus dimulakan dengan mengukuhkan asas ilmu Islami dalam semua bidang dan lapangan. Integrasi dan Islamisasi ilmu yang sedang berjalan umpamanya harus mampu memberi perganjakan bijaksana supaya yang baik dari Barat dan Timur tidak kita tentang tetapi harus ada kemampuan dalam tradisi keilmuan kita untuk memberikan corak dan acuan Islami berasaskan tasawwur kita.

Kehebatan tamadun Islam pada masa lalu di tandai dengan faktor utama. Pertama, berlaku sinergi antara ulama dan umara’. Kedua, sifat ilmu yang berkembang amat integratif sifatnya. Ketiga, tradisi kencediakawanan dalam kaji-selidik dan penghasilan karya amat subur dan keempat, memanfaatkan ilmu berbanding dari sumber orang lain berlaku dengan bijaksana.

Negara umat Islam memiliki empat kekuatan yang kalau dapat digerakkan dengan baik, penuh strategik dan bijaksana ia bakal mampu mengimbangi hegemoni Barat. Pertama Islam itu adalah suatu sistem kepercayaan dan cara hidup. Kedua, umat Islam sudah pernah memiliki tamadun silap yang memerlukan daya reflektif yang tinggi. Ketiga jumlah umat Islam kini melepasi 1.5 bilion dan keempat, negara umat Islam memiliki sumber kekayaan hasil bumi yang banyak seperti minyak, gas, air bawah tanah, uradium dan thorium yang penting bagi membangunkan kekauatan ekonomi.

Sekiranya 1.5 bilion ini sebahagiannya di olah dalam sistem pendidikan yang tidak saja mampu membangunkan Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem bayangkan jenis sumber daya manusia yang bakal dibangunkan untuk mendepani hegemoni Barat.

Dalam konteks dakwah pula sekiranya asas ilmu dan pemikiran dibina, ilmu dan pemikiran berbanding ditekuni, metodologi dakwah diperkasa, jalur wehdah dirintis, penulis percaya perubahan baru akan wujud dan kemampuan untuk mendepani hegemoni Barat boleh diatasi.

Justeru dalam konteks Malaysia “Manhaj Malizie” harus dibangunkan dengan bijak dan strategik supaya wujud perimbangan yang sihat antara ide-ide yang sifatnya alamiah dengan faktor setempat yang menuntut pemahaman.

“MANHAJ MALIZIE”

Ini tidak bermakna tidak ada latar kesamaan antara Mesir dan Indo-Pakistan dengan apa yang terdapat di Malaysia. Dakwah Rasulullah SAW adalah sumber terbaik samada dari segi manhaj mahupun kekesanan dakwahnya. “Manhaj Malizie” atau dakwah mengambil pendekatan keMalaysiaan amat perlu kerana orientasi masyarakat berbilang, kebebasan yang ada, pengaruh Islam dalam sistem, terdapat banyaknya lembaga dan institusi Islam di seluruh negara memungkinkan “Manhaj Malizie” mampu berperanan.

Pendekatan ke Malaysiaan ini mengambil kira peruntukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia khususnya yang terdapat dalam bidang kuasa negeri. Sejarah perkembangan dakwah Islam sejak zaman Melaka sehingga kini dan pendekatan dinamik yang perlu ada bagi badan-badan dakwah melihat potensi yang terdapat samada di kalangan umat Melayu mahupun di kalangan yang Bukan Melayu atau Bukan Islam.

Isu yang sering berbangkit ialah tidak wujud secara terselaras pendekatan wehdah yang merintis jalan kerjasama dan peranan saling melengkapi hingga terhasil suatu kekuatan menangani realiti yang ada dan mencari maslahah yang terbaik antara gagasan dan prinsip dengan dengan faktor sosio-budaya yang terdapat supaya jalur bijaksana sentiasa dijadikan pedoman. Apalagi timbul pendakwaan bahawa “kami adalah jamaah terbaik” hingga menimbulkan persengketaan yang sia-sia dan sikap tertutup terhadap “kebaikan” orang lain. Natijah akhirnya ia boleh mendatangkan faham jumud  dan taasub yang menyebabkan persengketaan dan salah-faham berterusan.

DUSTUR DAKWAH

Allah SWT menganjurkan suatu dustur dakwah yang terbaik seperti yang terungkap dalam Surah An Nahl ayat 125 “ Serulah ke jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dengan pekerti teladan yang baik dan hujah-hujah yang terbaik dan meyakinkan”. Dustur atau kaedah dakwah ini amat releven dalam realiti Malaysia. Sebagai dai’ dan murabbi, dihadapannya terdapat potensi mad’u atau orang yang hendak di dakwah dalam segala peringkat dan latarbelakang.

Pertama, kena ada sifat kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi terhadap orang yang hendak di dakwah. Berdakwah dengan memberikan label dan sindiran boleh menyebabkan yang didakwah akan lari dan tidak tertarik dengan cara yang diambil. Kita harus menginsafi bahawa tidak semua orang yang didakwah memiliki latar pendidikan dan binaan keluarga yang baik. Sesetengah yang ingin kita dakwah adalah orang-orang yang cicir dalam keluarga, mengalami kelompangan hati dan kekeliruan minda. Orang-orang seperti ini mudah terdedah kepada kefasadan dan kemungkaran kerana tidak memiliki kesedaran rohaniah.

Kedua, apabila kita melihat kemungkaran atau ketidakbaikan yang dilakukan oleh seseorang, perbuatan itu tidak kita sertai. Tetapi jauh dalam lubuk hati kita terpancar rasa belas kasihan terhadap apa yang berlaku. Lalu datang gerak dalam hati untuk mendekatinya sebijaksana mungkin. Sekiranya pendekatan ini dilakukan bagi mengajaknya kembali ke jalan yang benar ada kemungkinan ia akan kembali kepada fitrah hidup semula. Sekiranya kejayaan ini ada ,bermakna ia tidak lagi terus menerus melakukan kemungkaran, sebaliknya sudah bersama dengan kita hidup dalam kemakrufan. Berdakwah tidak saja dengan silat lidah tetapi yang amat berkesan ialah silat hati. Hubungan hati dengan hati atas asas dakwah kerana Allah sering mengembalikan insan ke jalan yang benar. Mengambil pendekatan kasar, suka melabel dan gopoh selalu menyebabkan orang yang didakwah lari malah amalannya akan menjadi lebuh teruk lagi.

Ketiga, melakukan dakwah perlu ada persiapan. Faham akan sasaran, tingkat pemikiran, rasa kesabaran dan kebijaksanaan, contoh teladan diri yang baik dan tidak mudah berputus asa. Harus ada sikap bahawa setiap yang ingin di dakwah ada potensi untuk berubah. Hal ini penting kerana cabaran dakwah tidaklah mudah tetapi harus diingat melakukan dakwah adalah tugas dai’ sebijaksana mungkin tetapi yang memberikan hidayah adalah Allah.

Keempat, kuasai ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang khususnya ilmu-ilmu yang Islami, kerana jenis cabaran yang menghadapi masyarakat kini tidak saja rohaniah sifatnya tetapi perkembangan ilmu yang menjangkau ke daerah sains dan teknologi. Ilmu ini harus diolah dengan bijaksana bermula dengan mengukuhkan aqidah dan iman, ibadah dan syariah supaya terhasil akhlak yang baik.

DAKWAH BIL HAL

Dakwah bil hal terhubung pada diri, organisasi dan sistem. Diri menjadi  sumber dakwah sekiranya ilmu dan pekerti dijadikan sumber pedoman dan rujukan. Diri yang berilmu memandu jalur kehidupan supaya landasan aqidah dan syariah dijadikan pedoman utama dalam mengatur kehidupan. Diri yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan keahlian mampu menjadikan seseorang berdaya maju, innovatif dan menawarkan yang terbaik untuk orang lain.

Ia juga terhubung dengan organisasi supaya taklif  atau tanggungjawab dalam organisasi menyebabkan integriti subur, prestasi meningkat, produktiviti tinggi dan akhirnya kualiti perkhidmatan mendatangkan barakah. Asas ini sangat penting kerana proses membuat keputusan (syura) dibuat dengan baik dan mampu mencetuskan rasa kebersamaan , kekitaan dan kepunyaan. Pendekatan melaksanakan keputusan dibuat dengan rasa amanah yang tinggi dan natijah dari kerja tidak saja terdapat pulangan gaji dan kenaikan pangkat tetapi dengan ganjaran pahala dari Allah. Organisasi seperti ini menjadi sumber dakwah bil hal yang amat penting.

Umpamanya sebuah institusi Pengajian Tinggi ingin melakukan dakwah bil hal menerusi proses integrasi dan pengislaman ilmu. Integrasi dalam ilmu menjadi amat penting kerana dualisme dalam ilmu menyebabkan lahirnya personaliti yang memiliki orientasi ilmu yang berbeza dan menyebabkan ilmu tidak berdiri atas landasan tasawwur yang betul. Ianya menghasilkan konflik pemikiran dan amalan. Integrasi dan islamisasi ilmu menghubungkan faktor etika dan nilai yang Qurani dan Islami supaya sifatnya merentasi dalam setiap disiplin ilmu. Ianya amat penting kerana tanpa asas nilai dan etika yang Qurani pedoman membangunkan organisasi akan hilang arah tujunya. Jenis manusia yang bakal dilahirkan tidak holistik dan tidak mampu memperlihatkan kesyumulan Islam dan sifatnya mekanistik dan tidak terhubung dengan etika dan nilai dan ianya tidak menjadi sumber dakwah.

Apalagi keperluan dalam sistem yang menuntut kepimpinan dan kepengikutan teladan yang mampu menghasilkan sistem yang telus dan tulus.   Sistem yang telus dan tulus boleh memberi kesan yang baik terhadap proses produktiviti, prestasi dan kualiti perkhidmatan yang baik dan menyebabkan budaya perkhidmatan menjadi cemerlang. Bila asas Bersih, Cekap dan Amanah dijadikan landasan kepimpinan dan kepengikutan, sistem mempunyai integriti yang cukup tinggi. Ia menjadi sumber dakwah yang terbaik untuk membangunkan sesebuah negara.

MEMAHAMI KEUNIKAN MALAYSIA

”Manhaj Malizie” mengajak para dai’ dan murabbi, pendakwah-pendidik memahami tentang keunikan Malaysia supaya para pendakwah faham akan suasana yang membolehkan dakwah berkembang, kaedah yang tidak saja memantapkan aqidah dan iman tetapi mampu akhirnya menyuburkan ilmu yang dapat menjadi benteng mendepani cabaran perubahan dan kemajuan yang memerlukan acuan yang betul dan Islami. ”Manhaj Malaysia” bukan sekadar menimbulkan keinsafan tentang pentingnya akhlak karimah disuburkan tetapi dengan kekuatan ilmu dan ketrampilan, ia memungkinkan saluran alternatif diberi tidak saja dalam pembangunan ilmu tetapi juga dalam memberikan arah yang betul pemahaman tentang seni dan budaya supaya kemajuan yang berlaku sentiasa dalam acuan yang makruf. ”Manhaj Malizie” mengambil pendekatan wasatiah atau sederhana sesuai dengan risalah Islam itu iaitu sejahtera.

Pendakwah dan pendidik harus sentiasa memiliki sikap berlapang dada untuk menerima kritik dan teguran dan jangan mengambil pendekatan radikal yang tidak serasi dengan resam budaya masyarakat dan boleh menyebabkan gerakkerja dakwah menjadi fitnah. Gerakerja dakwah harus sentiasa dimurnikan dengan usaha-usaha dai’ dan murabbi yang istiqamah terhadap perjuangan, yakin akan keberkesanan dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon kekuatan.

DAKWAH RASULULLAH BERASASKAN FATANAH.

Salah satu sifat Rasulullah SAW ialah fatanah atau bijaksana. Dalam dakwah pendekatan bijaksana amatlah dituntut. Bijaksana mempunyai makna yang amat luas. Ia menghubungkan antara maksud idealisme dengan realiti (waqie). Ia mengaitkan faktor realiti dengan isu strategi. Bijaksana juga mengaitkan tahap kefahaman dan pemikiran orang yang di dakwah dengan pemikiran dan tahap pengetahuan  para pendakwah.

Dakwah Rasulullah tidak sekadar kata-kata yang bersifat ajakan, nasihat, seruan dan peringatan terhadap sesuatu tetapi terlihat kepada kesabaran, kelembutan kata-kata, kesesuaian mad’u atau orang yang di dakwah, ketegasan menyatakan prinsip dan pedoman, kejelasan menyatakan yang maaruf dan mungkar.

Berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab, Rasulullah adalah amat tegas dengan persoalan aqidah. Bertemu dengan bapa saudaranya Abu Talib, Rasulullah amat lembut menyatakan kebenaran dan hak. Menghadapi karenah seorang perempuan Yahudi yang membencinya, Rasulullah amat sabar dan bijaksana sehingga perempuan itu kembali kepada fitrah.

SEJARAH DAKWAH DI DUNIA MELAYU

Tetapi sifat zaman berubah dan faktor ruang sifatnya dinamik. Dakwah di dunia Melayu adalah amat unik. Keupayaan pendakwah mendekati Raja dan Penguasa berupaya mengembalikan mereka kepada fitrah. Perubahan yang berlaku kepada Raja dan Penguasa diikuti oleh rakyat jelata. Ianya adalah suatu kebijaksanaan. Pendakwah zaman silam amat memahami realiti kepercayaan masyarakat pada zaman itu. Fahaman Hindu dan Buddha, keyakinan rakyat jelata kepada faham sharman atau kuasa-kuasa ghaib terlihat dalam adat dan budaya, gaya hidup dan juga pemikiran.

Kehebatan pendakwah pada masa itu mampu mendekati ahli ilmu dengan makna iman dan takwa, mendekati karyawan tentang makna seni dan sastera, mendekati ahli bahasa mengenai bahasa al Quran, menerima aspek-aspek budaya setempat yang tidak bercanggah dan menghasilkan kitab-kitab yang senafas dengan citarasa setempat.

Darinya lahir majlis-majlis ilmu mengenai aqidah dan ibadah, jenis puisi seperti pantun yang aslinya dari budaya Melayu, syair, gurindam, seloka, nazam, qitah dan prosa yang bersifat hikayat sebagai khazanah seni dan ilmu yang memperkaya pemikiran umat Melayu suatu ketika dulu.

Kebijaksanaan inilah juga menjadikan Islam semakin berkembang di dunia Melayu menghasilkan karyawan terbilang seperti penghasilan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, tokoh-tokoh tasawwuf seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al Nariri, Shamsuddin al Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel dengan kitab-kitab besar masing-masing serta menghasilkan Sheikh Daud al Fatani dengan kitab-kitab feqahnya yang amat terkenal dan menjadi rujukan ulama’-ulama’ terkemudian.

Tradisi ini akhirnya telah mampu menyerapkan ribuan istilah al Quran ke dalam bahasa Melayu sehingga sesetengah ilmuan mengatakan proses dakwah dan Islamisasi telah berjalan dengan baik di Alam Melayu sehingga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Islam.

Kekentalan tradisi dakwah dan Islam ini jugalah yang terbukti menjadi benteng yang amat ampuh menghadapi proses Salibiyyah penjajah yang silih berganti berada di Alam Melayu untuk lebih empat ratus tahun. Makna Melayu amat sinonim atau disamakan dengan Islam dan orang-orang Islam di Alam Melayu adalah dari rumpun Melayu. Islam dan Melayu adalah sesuatu yang sebati dalam konteks agama, sejarah dan kebudayaan.

MENGISI MAKNA KEMERDEKAAN

Selepas kita mencapai kemerdekaan, keperluan untuk mengisi makna kemerdekaan menjadi suatu cabaran. Malang sekali anakanak bangsa yang terpilih menjadikan Barat sumber membangunkan kekuatan baru ke arah kemajuan dan perubahan. Proses pembaratan dalam bentuknya yang berbeza menjadi subur dan akhirnya menimbulkan konflik antara tradisi Islam yang sedia ada dengan pengaruh Barat yang semakin mengakar.

Ianya memberikan tindakbalas di kalangan yang sedar tentang pentingnya dakwah diperkasakan dan Islam dijadikan asas dan landasan hidup dan bernegara. Di waktu itu faham nasionlisme Melayu amat kuat tetapi elemen Islam tetap dianggap penting. Ahli-ahli politik, bahasa, kebudayaan dan ilmuan masih dalam kesedaran dan keinsafan bahawa faktor Islam adalah penting bagi survival Melayu. Berlakulah penyegaran Islam hingga menyebabkan dakwah berkembang dan minat generasi muda terhadap Islam di tahun-tahun 70an, 80an dan 90an berlaku dengan hebat sekali.

Tetapi suasana masyarakat di awal abad 21 sedang mengalami perubahan yang amat pesat dalam semua lapangan. Proses pembaratan yang berlaku diperkukuhkan lagi dengan strategi Globalisasi yang menyebabkan corak komunikasi dan telekomunikasi berubah, sistem maklumat dan keilmuan menjadi sejagat dan rangkaian internet, website dan weblog telah menjadi semakin dekat dengan masyarakat Malaysia khususnya di kalangan generasi muda.

Keadaan sebegini menyebabkan lahirnya kecenderungan baru dikalangan warga Malaysia untuk maju dan membangun. Di kalangan pendakwah berdepan dengan cabaran baru yang lebih sengit. Sesetengah orang Melayu tidak lagi terpikat dengan cara ceramah, khutbah, dakwah seperti yang berlaku pada tahun-tahun 70an, 80an dan 90an. Setengahnya mula terpaut dengan faham liberal akibat pengaruh Barat, materialisme dan konsumerisme yang semakin kuat khususnya di kalangan kelompok menengah Melayu. Di kalangan generasi mudanya sebahagian besarnya sudah mula terpikat dengan pengaruh budaya dan gaya hidup Barat menerusi pengaruh media eletronik dan cetak yang memancarkan gaya hidup Barat yang lepas bebas.

Suatu aspek lain yang muncul ialah di sebalik usaha pengukuhan Islam dalam konteks pentadbiran Islam di Malaysia, mula muncul suara-suara di kalangan yang Bukan Islam tentang makna pluralisme yang baru dan pengungkitan kembali aspek-aspek teras dalam Perlembagaan negara dan ianya boleh menjejas hubungan antara kaum.

Oleh itu amat penting para pendakwah di abad ini mencari kebijaksanaan dalam mengambil pendekatan  memilih kaedah yang terbaik dalam realiti yang pantas berubah. Pendekatan ”bottom-up” harus diperkasa dengan memberikan strategi alternatif terhadap isu Islam. Ilmuan Islam samada yang lahir dalam orientasi Al Azhar, Jordan , Madinah, UIAM atau yang pernah belajar di Barat dan di Timur dan pernah terimbau dengan gerakan dakwah dan jamaah seharusnya mencari jalan terbaik bagaimana cabaran keilmuan menjadi faktor utama yang bakal menentukan arah aliran perubahan dan pembangunan masa depan.

Jenis modal insan yang perlu dibangunkan harus memiliki upaya dan keseimbangan dalam memahami ilmu Islam, Barat dan Timur kemudian mengambil faedah berbanding dari Barat dan Timur untuk diperkasakan dalam Acuan Kita Sendiri. Inilah cabaran dakwah bijaksana di abad ini.

MENCARI KEBIJAKSANAAN

”Manhaj Malizie” memberi fokus tentang memperkasakan Umat Melayu sebagai umat teras atau contoh. Dalam konteks Malaysia orang-orang Melayu dilihat sebagai mewakili umat Islam dan juga Islam itu sendiri. Al Quran dalam Surah Ali ’Imran , ayat 110. memberikan kita pedoman tentang maksud umat terbaik.

Konsep Melayu seiring dengan maksud Surah al Hujurat ayat 13 yang memberikan asas diciptakan bangsa-bangsa atas maksud litaarrafu sifat kekenalan yang mencetuskan perubahan, kesalingan dan tamadun. Pada hari ini para pendakwah tidak saja berdepan dengan masalah mengekalkan umat Melayu terus berada dalam fitrah tetapi pengaruh globalisasi yang berkembang di pelbagai dimensi menyebabkan proses liberalisasi dan sekularisasi berkembang dengan cepat. Tanpa suatu pendekatan dakwah yang dinamik kekuatan  Umat Melayu sebagai umat teras akan beransur-ansur hilang. Dakwah secara lisan dan dakwah bil hal  perlu disuburkan dalam keluarga, di lembaga pendidikan dan juga di Pusat Pengajian Tinggi supaya generasi penerus merasakan bahawa mewujudkan iklim dakwah yang subur di Malaysia adalah suatu tuntutan. Tanpa strategi ini kegiatan dakwah akan menjadi kegiatan terpencil dan cabaran merosakkan generasi muda akan terus berkembang.

PENUTUP

Hegemoni Barat terhadap umat Islam hanya boleh dihadapi dengan kekuatan ilmu dan penguasaan teknologi di samping integriti diri supaya acuan perubahan yang ingin dibawa tidak saja dengan binaan sistem rohaniah yang baik tetapi juga kemampuan menterjemah keunggulan Islam dalam sistem dan kehidupan.

Suburkan dakwah manhaj Malaysia

KELMARIN, telah berakhir Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

SEORANG peserta dari Indonesia bertanyakan soalan dalam sesi soal jawab ketika Seminar Dakwah Nasional di PWTC, Kuala Lumpur, kelmarin.

Seminar dua hari yang bertemakan ‘Dakwah Islamiah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah’ telah berjaya menyatukan kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan Islam, parti politik dan agensi-agensi kerajaan.

Antara inti pati topik yang dibincangkan adalah mengenai perlunya digerakkan dakwah berorientasikan manhaj (kaedah) Malaysia berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi menghadapi ancaman kumpulan berfahaman Pasca-Modenisme.

Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad dalam ucapan aluan pada hari pertama seminar telah menghurai dengan panjang lebar mengenai fahaman kumpulan berkenaan yang turut dikenali sebagai golongan liberalisme dan pluralisme agama.

Menurut beliau, golongan itu yang dipelopori oleh para intelektual dan pemimpin politik, berpegang kepada ajaran yang menyamakan semua agama di dunia ini sebagai sama benar belaka.

“Dari segi intelektual, golongan ini yang mendapat dana besar daripada pihak Zionis Kristian telah mengadakan wacana-wacana, program-program perkaderan dan penerbitan buku.

“Antara buku yang pernah diterbitkan oleh golongan ini di Malaysia ialah Pluralisme Agama, Kahwin Campur antara Muslim dan Non Muslim, Pergolakan Pemikiran Islam dan Hukum Barat Pun Islam.

“Semua buku-buku ini diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) yang dibiayai sepenuhnya oleh Konrad Adenuer Stiftung yang berpengkalan di Jerman,” katanya.

Beliau berkata, selain menyamaratakan semua agama, golongan berkenaan turut berpendapat seseorang itu boleh menjadi muslim, cukup hanya sekadar percaya kepada wujudnya Allah SWT dan kemudian menyerah diri kepada-Nya.

“Mereka tidak mempedulikan soal-soal cara-cara beramal dan beribadat, tidak peduli kepada hukum-hakam dan halal haram serta peraturan hidup lain seperti yang diajar di dalam syariat Islam. Pegangan dan fahaman ini menyebabkan mereka sudah tidak dapat dikategorikan sebagai muslim lagi.

“Fahaman ini telah mengakibatkan tersebarnya pendapat yang mewajar dan menghalalkan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Mereka juga sedang menyiapkan ‘tafsir baru’ bersandarkan kisah kaum Nabi Luth dengan menyatakan Allah SWT membenarkan aktiviti homoseksual jika dilakukan secara sukarela,” katanya.

Dari segi politik pula, katanya, golongan liberalisme dan pluralisme agama yang masih mengaku beragama Islam dan disokong golongan politik sekular-cauvinis anti-Islam, sudah terang-terangan menyatakan hasrat mereka secara jelas – walaupun belum berkuasa – mahu mengubah Perlembagaan Malaysia yang meletak dan menjamin hak istimewa Orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Mereka mahu menghapuskan kedua-dua perkara ini atas slogan Sebangsa-Senegara-Sejiwa. Ini selaras dengan konsep Malaysian Malaysia dan fahaman semua agama sama benar dan sama tara,” katanya.

Dalam pada itu, Profesor Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, usaha melawan dakyah golongan liberalisme dan pluralisme agama hanya akan berjaya jika para pendakwah berpegang kepada kaedah dakwah yang berasaskan realiti setempat di negara ini atau manhaj Malaysia.

“Kaedah Malaysia amat perlu kerana orientasi masyarakat kita yang berbilang kaum, kebebasan yang ada, pengaruh Islam dalam sistem serta terdapat banyaknya lembaga dan institusi Islam di seluruh negara,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, usaha menggerakkan dakwah manhaj Malaysia telah terjejas kerana terdapat sesetengah aktivis gerakan Islam tempatan yang terpengaruh dengan kaedah di Mesir dan Indo-Pakistan yang tidak serupa dengan situasi sosial, politik dan budaya Malaysia.

“Mereka ini kurang daya tasamuh (tolak ansur) dari segi pendekatan hingga menyebabkan polemik yang tidak terkawal wujud dan akhirnya gerakan dakwah hilang proritinya,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Dakwah Islamiah Dalam Mendepani Hegemoni Barat’.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang turut membentangkan kertas kerja, mendedahkan pada 1998, beliau telah diarahkan Presiden parti ketika itu, Datuk Fadzil Noor untuk menganjurkan satu perjumpaan antara 13 pemimpin gerakan Islam antarabangsa termasuk Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi dengan 13 pemimpin Pas bagi membincangkan isu tahaluf siasi (kerjasama politik).

“Dalam pertemuan di United Kingdom itu, saya telah menjadi setiausaha mesyuarat. Pada akhirnya kita membuat keputusan tahaluf siasi boleh dibuat tetapi tertakluk kepada syarat iaitu parti yang diadakan kerjasama itu mesti menghormati prinsip perjuangan Islam Pas,” ujarnya.

Tegasnya, beliau sentiasa berpegang kepada keputusan yang telah diputuskan ketika pertemuan tersebut dan akan tetap bercakap benar walaupun pahit.

“Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu, sepah dibuang. Amat dukacitalah jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik dan usaha untuk mendapat kekuasaan, berbanding untuk menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri,” katanya.

Ujar beliau, sesebuah jemaah Islam (parti politik) itu harus memastikan ia tidak tergelincir daripada landasan dakwah yang suci kerana diasak dengan gelombang politik yang semakin mencabar.

“Apakah mungkin jemaah Islam sudah dipengaruhi anasir-anasir negatif dari luar, yang mengambil kaedah matlamat menghalalkan cara atau meletakkan di tepi prinsip perjuangan Islam atas nama maslahah dan strategi?” katanya dalam kertas kerja bertajuk ‘Dakwah Islamiah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia’.

Sementara itu, dalam kesibukan kita mengadakan wacana secara intelektual bagi menghadapi golongan liberalisme dan pluralisme agama, kita tidak harus melupakan kaedah melawan golongan ini dari segi politik.

Antara tanggungjawab itu adalah memastikan golongan berkenaan tidak menumbangkan kerajaan yang mesra pendakwah sekarang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ismail Mina yang pernah menjadi rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyentuh mengenai perkara itu dalam ucapannya menegaskan, rakyat harus berwaspada agar nasib malang yang menimpa masyarakat Islam India ketika diperintah Empayar Mughal pada abad ke-18 tidak berulang.

Katanya, sejarah telah membuktikan masyarakat Islam mengalami penderitaan teramat parah ketika diperintah Maharaja Akbar yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama.

“Semasa memerintah, dia melarang orang Islam menyembelih lembu, binatang suci agama Hindu, walaupun untuk tujuan ibadah korban. Bayangkan apa yang akan berlaku jika individu berfahaman pluralisme agama menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Oleh NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my

© Utusan Melayu (M) Bhd

Amran Muhammad: Dakwah Islamiyyah dalam membendung seranganPasca-Modenisme

Klik untuk maklumat seminar

Kertas kerja Dr Amran Muhammad yang dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

untuk versi cetak dalam format pdf: Klik di sini

************

Dakwah Islamiyyah dalam membendung seranganPasca-Modenisme[1]

Dr Amran Muhammad[2]

ISSI MALAYSIA[3]

1.       Senario serangan Pasca-Modenisme terhadap Ahlusunnah wal Jama’ah

Serangan pemikiran Pasca-Modenisme terhadap kefahaman dan penghayatan Islam yang dianuti oleh hampir 90% umat Islam diseluruh dunia yang lebih dikenali sebagai Ahlusunnah wal Jama’ah pada hari ini datangnya dari tiga penjuru. Pertama, serangan yang datang dari musuh-musuh Islam itu sendiri terutamanya di kalangan Kristian dan Yahudi melalui pemikiran dan peradaban Barat yang sentiasa mencari peluang merosak dan memusnahkan kefahaman dan penghayatan Islam Ahlusunnah wal Jama’ah sejak dari dahulu kala lagi. Kedua, serangan yang datang melalui golongan sedia ada sekular-liberal di kalangan umat Islam yang telah menukar corak serangan mereka dari pemikiran Modenisme dahulunya kepada pemikiran Pasca-Modenisme hari ini yang mereka anggap lebih sesuai dan berkesan untuk menukar pegangan umat Islam ketika ini. Dan ketiga, yang agak malang, serangan yang datang melalui batang-tubuh umat Islam yang terdiri dari kelompok-kelompok aktivis dan gerakan (harakah) dakwah Islamiyyah yang telah terpesona dan terpedaya dengan hujah-hujah Pasca-Modenisme secara sedar mahu pun tidak sedar akibat dari kecetekan dan kekeliruan kefahaman mereka terhadap Islam itu sendiri ataupun disebabkan kepentingan-kepentingan politik semasa dalam kemelut mencari pengaruh dan kuasa demi survival politik mereka.

Serangan tiga penjuru pemikiran Pasca-Modenisme terhadap kefahaman dan penghayatan Islam dihadapi pula oleh golongan Ahlusunnah wal Jama’ah dalam dua bentuk. Bentuk pertama, serangan pemikiran Pasca-Modenisme dari dimensi intelektual-epistemologikal menggunakan senjata relativisme/kenisbian ilmu dan kebenaran, meliputi usaha-usaha menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap sifat thubut/tetap/berkekalan ajaran-ajaran Islam. Malah mereka mempertikaikan keupayaan ajaran-ajaran aqidah, shari’ah dan akhlak Islam untuk terus benar melangkaui zaman dan lingkungan. Bentuk kedua, serangan Pasca-Modenisme dari dimensi praktikal-sosiologikal menggunakan senjata pluralisme/kesamarataan cara-hidup dan amalan-budaya, meliputi pelbagai gerakan sosial yang mengangkat tinggi fenomena-fenomena trans/lintas-aktiviti seperti faham agama transcendental, aktiviti transgender dan transexual dan seumpamanya. Mereka seolah-olah mengalami pencerahan baru dalam pelbagai aktiviti kehidupan dari pegangan akidah sehinggalah ke amalan seksual. Ketika serangan intelektual-epistemologikal ditujukan lebih kepada golongan bijak-pandai di kalangan ahli akademik dan inteligensia umat Islam khususnya yang berada di institusi-institusi pembelajaran, serangan praktikal-sosiologikal dihalakan kepada golongan masyarakat awam di kalangan remaja-belia yang mudah terpengaruh dan para aktivis, profesional dan artisan yang mudah terpesona dengan kehidupan permisif lagi liberal diakibatkan juga dari kejahilan mereka terhadap Islam.

Serangan intelektual-epistemologikal dan praktikal-sosiologikal Pasca-Modenisme ini menjadi lebih intensif sifatnya dan dahsyat kesannya bila ia dilatari oleh gelombang globalisasi dan liberalisasi sejagat yang  sedang pula dipacu hebat oleh teknologi komunikasi maklumat dan media sosial mutakahir. Melalui kemudahan teknologi dan media terkini, atas nama demokrasi, kebebasan dan hak-hak asasi manusia yang tidak dipertikaikan langsung falsafah yang mendasarinya, yang dibawa oleh arus-deras globalisasi dan liberalisasi tajaan Barat, sebahagian dari umat Islam begitu tersirna termasuklah para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah dengan fahaman dan amalan yang baru diperkenalkan kepada mereka yang mereka anggap sebagai ’reformation’ – penstrukturan semula atau ’enlightenment’ pencerahan baru kehidupan beragama mereka. Maka akhirnya lama-kelamaan berlakulah proses ”desensitisasi”, ”normalisasi” dan akhirnya ”habituasi” umat Islam terhadap perkara-perkara yang pada asalnya suatu yang begitu bertentangan dalam fahaman dan amalan keislaman mereka. Lihat sahajalah mutakhir ini bagaimana sebahagian dari kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang begitu mesra bersahabat dan saling lengkap-melengkapi dengan kelompok-kelompok aktivis dan gerakan sekular-liberal malah juga dengan golongan yang sedia dikenali anti-Islam bukan sahaja dari sudut pemikiran malah juga tindak-tanduk yang tidak mungkin dibayangkan 30 tahun yang lalu ketika gerakan dakwah Islamiyyah berada dikemuncak keyakinan dan ketegasan mereka di Tanahair. Serangan pemikiran Pasca-Modenisme jelas sekali telah berjaya merungkaikan pegangan epistemologi wujudnya ilmu yang kekal benar dan juga kebenaran yang hakiki bagi kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini kepada kebenaran ilmu berubah-ubah itu bergantung kepada keadaan dan konteks semasa. Disamping itu serangan pemikiran Pasca-Modenisme juga berhasil menggalakkan sikap ”merestui” atau ”meredhai” amalan-amalan baru yang melampaui dari amalan-amalan tradisi kehidupan manusia beragama di kalangan para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah itu sendiri.

Melihat kepada cara-berfikir “baru” dan tindak-tanduk “aneh” aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang telah sekian lama berkecimpung dalam harakah dan jamaah Islam di Tanahair,  mungkin tidak keterlaluan untuk disebut bahawa aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang suatu ketika dahulu pernah diangkat sebagai jurubicara umat atau elemen sedar dalam batang tubuh umat, tegas dan tuntas mempertahankan akidah Islam, tidak sekali-kali berkompromi dalam hal-hal pokok agama Islam, sangat peka dan sensitif terhadap sebarang perkara-perkara yang menganggu-gugat martabat dan maruah Islam, kini menjadi begitu apologetik, pembekal justifikasi malah menjadi “pak turut,” bahkan mempertahankan secara terbuka idea-idea songsang mengenai Islam yang digembar-gemburkan oleh pelopor-pelopor Pasca-Modenisme beragama di Malaysia. Akibatnya aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah menjadi merudum integriti dan kredibilitinya dikalangan umat Islam di Tanahair. Malah menjadi lebih parah bila aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah menjadi agen dan katalis mengelirukan kefahaman dan pegangan umat Islam terhadap sifat asasiah dari ajaran-ajaran agama Islam. Ternyata serangan pemikiran Pasca-Modenisme dari dimensi intelektual-epistemologikal telah membankrupkan daya-fikir kritis dan kritikal sebahagian dari para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah manakala serangan pemikiran Pasca-Modenisme dari dimensi praktikal-sosiologikal telah memusnahkan tata-cara kehidupan mulia yang berasaskan tradisi beragama sejak turun-temurun.

2.      Memposisikan semula Ahlusunnah wal Jama’ah menghadapi Pasca-Modenisme

Berdepan dengan fenomena yang menyedihkan yang menimpa sebahagian besar dari kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah semasa sewajarnya satu kesedaran baru dibentuk di kalangan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang masih memiliki mata hati yang dapat membezakan antara kebenaran yang hakiki dan kebatilan yang diselaputi dengan kebenaran yang palsu khususnya yang muncul, berkembang dan disebarluaskan melalui agenda dan propaganda Pasca-Modenisme. Sekiranya tragedi ini tidak diberi perhatian, maka amat dibimbangi para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah akan terus hanyut dek ketaksuban kepada individu tertentu atau dek kepentingan politik sempit ke lembah kehinaan menggadaikan prinsip-prinsip dan tuntutan-tuntutan Islam semata-mata untuk memperolehi kuasa dan harta duniawi yang sementara ini.

Justeru, pembinaan gagasan dakwah Ahlusunnah wal Jama’ah bagi menghadapi serangan Pasca-Modenisme dalam kedua-dua dimensinya iaitu intelektual-epistemologikal dan praktikal-sosiologikal memerlukan satu proses pembelajaran dan penegasan semula definisi dan aplikasi kefahaman dan penghayatan Ahlusunnah wal Jama’ah seperti yang termaktub dalam kitab-kitab muktabar dan dihayati oleh golongan Ahlusunnah wal Jama’ah dalam tradisinya yang panjang sejak zaman-berzaman sehinggalah zaman kemerosotannya terutamanya semenjak tahun 1970an dalam konteks kebanyakkan masyarakat dunia umat Islam semasa. Secara ironisnya kebangkitan fenomena al-wa’yu al-Islamiy melalui kemunculan para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah disekitar tahun 1970an tersebut juga menandakan bermulanya kemerosotan dinamika tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah dalam konteks kehidupan sosio-politik beragama umat Islam diseluruh dunia.

Meskipun umat Islam semasa sedang mendepani serangan Pasca-Modenisme dan gagasan dakwah khusus bagi menghadapi serangan Pasca-Modenisme mestilah dirumuskan, persoalan lebih mendalam yang melatari begitu mudahnya Pasca-Modenisme menghinggapi batang-tubuh aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah semasa perlulah diberi perhatian. Malah tidaklah keterlaluan untuk dinyatakan bahawa akar dan punca yang menyebabkan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah terpedaya dengan tipu-daya Pasca-Modenisme boleh ditelusuri seawal bermulanya kebangkitan wa’yu Islam itu sendiri. Sebenarnya serangan Modenisme yang melatari kebangkitan wa’yu Islam telah menghinggapi batang-tubuh aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah lebih dahulu lebih 30 tahun sebelum kemunculan serangan baru Pasca-Modenisme kira-kira sedekad yang lepas sehingga ke hari ini.

Kira-kira 40 tahun dahulu, semangat zaman atau ‘zeitgeist’ generasi muda Islam di pusat-pusat pengajian tinggi yang memberi peluang bagi mereka memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi umat ialah terbitnya fenomena wa’yu Islam dengan slogan Islam sebagai Ad-Din. Dalam konteks generasi muda Islam Melayu terpelajar di Malaysia, 1960’an dan 1970’an merupakan era kesedaran dan kebangkitan dakwah Islamiyyah bercorak harakah yang diinspirasikan dari pengalaman Ikhwan al-Muslimun di Mesir dan Jama’at Islami di Pakistan. Disaat inilah bermula apa yang disebut sebagai zaman kebangkitan dakwah dan harakah Islamiyyah di Tanahair yang mencapai kemuncaknya dalam tahun 1980’an menarik minat generasi terpelajar Melayu Islam untuk kembali mendekati, memahami, menghayati dan memperjuangkan Islam dalam pelbagai dimensi kehidupan. Memasuki era 1990’an, gerakan kebangkitan Islam ini telah menghasilkan pelbagai bentuk pencapaian termasuklah pembentukan pelbagai institusi Islam selain dari penyebaran amalan kehidupan Islam yang mempengaruhi kehidupan umat.

Disebalik pelbagai pencapaian yang boleh dibanggakan dalam menimbulkan kesedaran dan penghayatan Islam di kalangan masyarakat dalam tempoh 40 tahun yang lalu, fenomena wa’yu Islam berorientasikan harakah Islamiyyah yang digerakkan oleh aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah ini terdapat beberapa perkara yang jika dinilai secara lebih terperinci dan mendalam akan menampakkan kelompongan yang sangat menyerlah terhadap kefahaman dan penerimaan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah terhadap tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah. Mengimbas kembali korpus dan literatur rujukan dan pengisian aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah sepanjang 40 tahun yang lalu menunjukkan sikap sambil lewa terhadap keperluan untuk menggali kekayaan khazanah keilmuan Ahlusunnah wal Jama’ah sepanjang 1400 tahun yang lalu. Buktinya sehingga ke hari ini, umat Islam di Malaysia masih belum ditemukan kepada ahli yang pakar di kalangan ulama dan intelektual hasil didikan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang menguasai tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah sekaligus memandu umat mengikuti tradisi ini. Kegagalan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah melahirkan sekumpulan aktivis dan da’i yang juga sarjana dalam tradisi Ahlusunnah wal Jam’ah menyebabkan kekuatan intelektual-epistemologikal mereka lemah bila berhadapan dengan cabaran dan kemelut serangan pemikiran Modenisme dahulu dan kini Pasca-Modenisme.

Secara mudahnya semangat zaman bagi aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah untuk 40 tahun yang lalu ialah bahawa Islam itu mudah dan perlu dipermudahkan. Kembali kepada Islam ialah kembali terus dan langsung kepada Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Apa yang disebut sebagai Islam tradisional dengan segala keperluan untuk merujuk kepada ulama silam, berpegang kepada mazhab dan ijmak, kesemuanya ini bukanlah Islam yang murni malah membebankan dan menjadi punca kemunduran umat Islam beberapa abad yang lalu. Tanpa disedari, kefahaman dan penghayatan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah telah diresapi dengan pemikiran Modenisme dalam ertikata menolak peranan otoriti dan tradisi dalam tafsiran dan kehidupan beragama.  Ini tidak termasuk penolakkan-penolakkan yang ma’aruf lagi maklum di kalangan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah terhadap faham-faham akidah Ash’airah, fiqh mazhab yang empat dan tasawuf yang muktabar dalam tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah. Sekiranya disimpulkan secara teliti, jelas sekali sikap-sikap penolakkan dan paling tidak, perasaan tidak begitu selesa terhadap perkara-perkara di atas menjadi pegangan dan pandangan dominan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah secara kolektif meskipun tidak semestinya bagi individu di kalangan mereka. Akibat paling besar dari sikap, pegangan dan kecenderungan sebegini terhadap tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah telah mengakibatkan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah hilang peluang untuk menikmati kekayaan dan kekuatan intelektual-epistemologikal Ahlusunnah wal Jama’ah yang telah terbukti berupaya menangkis pelbagai serangan pemikiran terhadap umat Islam yang terdahulu. Inilah kerugian paling besar bagi aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah sepanjang 40 tahun yang lalu disebalik pencapaian-pencapaian sosial-politik dan institusi yang mereka kecapi yang sebenarnya tidak juga begitu kukuh asas intelektual- epistemologikal mereka.

Oleh kerana asas-asas serangan Modenisme telah menyerap masuk ke dalam pemikiran aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah, maka kedatangan serangan Pasca-Modenisme dengan mudah akan menghinggapi para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah kerana Pasca-Modenisme dalam beberapa keadaan memiliki ciri-ciri yang serupa dengan Modenisme iaitu penolakkan terhadap otoriti dan tradisi dalam beragama. Yang membezakan antara Modenisme dan Pasca-Modenisme ialah Modenisme hanya beranggapan pemikiran rasional Barat sebagai yang benar lagi mutlak sedangkan bagi Pasca-Modenisme tiada satupun kebenaran yang benar dan mutlak kerana mereka berpegang kepada pluralisme / kesamarataan iaitu semuanya boleh menjadi benar. Sekali lagi atas ternafinya peluang bagi mereka untuk berdampingan dengan khazanah tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah, aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah gagal untuk menghadapi cabaran dan serangan kenisbian/relativisme serta kesamarataan/pluralisme tajaan Pasca-Modenisme seperti yang sedang dihadapi oleh umat ketika ini.

Dalam memposisikan semula peranan Ahlusunnah wal Jama’ah dalam mendepani serangan Modenisme dan Pasca-Modenisme, sikap dan apresiasi yang betul mestilah dimulakan di kalangan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah. Keinginan untuk menggali khazanah dan kekayaan tradisi intelektual-epistemologikal Ahlusunnah wal Jama’ah akan memberi nilai tambah dan kekuatan baru umat dalam berhadapan dengan cabaran serangan Modenisme dan Pasca-Modenisme.

3.      Beberapa Strategi aktivis dan gerakan dakwah Ahlusunnah wal Jama’ah

    1. Kesungguhan dan iltizam untuk kembali mempelajari, memahami, menghayati dan mengembangkan khazanah dan tradisi keilmuan Ahlusunnah wal Jama’ah mestilah menjadi titik-tolak dalam mengatur strategi mendepani serangan kedua-dua pemikiran Pasca-Modenisme dan Modenisme. Serangan Pasca-Modenisme seperti juga serangan Modenisme sebelum ini adalah serangan bersifat pemikiran, keilmuan atau intelektual-epistemologikal. Pasca-Modenisme dan Modenisme merosakkan akal-budi umat terlebih dahulu sebelum terjemahannya diperlihatkan dalam dimensi praktikal-sosiologikal umat. Menghadapi serangan intelektual-epistemologikal memerlukan juga jawapan kekuatan pertahanan intelektual-epistemologikal. Adalah suatu yang merugikan umat Islam sekiranya aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah enggan untuk merujuk semula kepada sumber kekuatan pertahanan intelektual-epistemologikal yang telah terbina sejak 14 abad yang lalu yang sebenarnya masih hidup subur dikalangan masyarakat Islam yang masih berpegang teguh kepada tradisi dan khazanah ini meskipun sedikit bilangannya. Keyakinan yang tidak berbelah-bahagi terhadap keupayaan sumber-sumber intelektual-epistemologikal Ahlusunnah wal Jama’ah untuk merungkaikan kekeliruan dan kekalutan yang dikemukakan oleh pemikiran Pasca-Modenism/Modenisme merupakan pra-syarat awal yang perlu ditanam dalam jiwa setiap di aktivis dan harakah dakwah Islamiyyah sebelum langkah seterusnya dilakukan. Perasaan kesangsian, memperlekehkan, rendah diri, berjiwa kecil terhadap kemampuan sumber-sumber intelektual-epistemologikal Ahlusunnah wal Jama’ah untuk menyerang-balas sekaligus menumpaskan pemikiran Pasca-Modenisme/Modenisme sekiranya ada tidak akan membantu umat menghadapi penjajahan pemikiran – ghazwatul fikriy yang sedang memusnahkan kehidupan beragama umat Islam di seluruh dunia.
    2. Sikap berjiwa besar dan berbangga terhadap kekayaan khazanah dan tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah mestilah pula disusuli dengan penyelidikan dan pengkajian yang serius, berterusan dan berimpak tinggi bagi melahirkan kesarjanaan Ahlusunnah wal Jama’ah di kalangan aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang kemudiannya memandu perjalanan para aktivis dan harakah tersebut ke arah pemikiran dan tindakan yang selari dengan kehendak-kehendak Ahlusunnah wal Jama’ah. Perlu difahami, kekuatan pertahanan intelektual-epistemologikal memerlu komitmen masa, tenaga dan harta aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah. Justeru inisiatif-inisiatif seperti penterjemahan kitab-kitab muktabar Ahlusunnah wal Jama’ah, program-program penghuraian dan pentafsirannya untuk pelbagai lapisan umat, penerbitan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dan seumpamanya berkehendakkan para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang mengerahkan bahagian tertentu dalam sistem dan organisasi mereka untuk menumpukan sepenuh masa ke arah perlaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut. Hanya dengan cara begini dari segi jangkapanjangnya nanti terbinalah kekuatan pertahanan intelektual-epistemologikal umat berasaskan kepada khazanah dan tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah yang berkeupayaan menghadapi apa bentuk pun serangan pemikiran-pemikiran baru yang bakal muncul selepas Pasca-Modenisme/Modenisme ini.
    3. Kekuatan pertahanan intelektual-epistemologikal Ahlusunnah wal Jama’ah yang akan diusahakan tersebut mestilah pula diwaktu yang sama diperlengkapkan dengan pengukuhan dan pembentukan institusi, organisasi dan sistem yang akan menangani serangan semasa praktikal-sosiologikal Pasca-Modenisme. Penginstitusian dan sistemisasi Ahlusunnah wal Jama’ah dalam hal-hal yang bersangkutan dengan kepentingan umat dalam institusi-institusi yang sedia ada akan menjadi benteng pertahanan yang sangat penting melindungi umat Islam dari serangan praktikal-sosiologikal Pasca-Modenisme. Institusi-institusi yang berlandaskan pemahaman dan perlaksanaan tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah perlulah diperkasakan dan diperkembangkan kegiatan-kegiatan mereka sehingga ternampak jelas impak praktikal-sosiologikal mereka dalam masyarakat Islam.
    4. Aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah mestilah sentiasa berwaspada terhadap serangan musuh-musuh Islam terutamanya dari golongan Kristian and Yahudi yang semakin berani menyerap masuk ke dalam sistem politik dan sosial masyarakat Islam melalui pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil dan bukan kerajaan atas pelbagai bentuk dan nama. Aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah mestilah menjadi mata dan telinga memberitahu umat sekiranya terdapat anasir-anasir musuh-musuh Islam dari golongan Kristian dan Yahudi ini sedang menyelinap masuk mencucuk jarum ataupun membuat provokasi yang boleh melemahkan kekuatan umat.
    5. Semenjak dari dahulu lagi para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah dakwah berhadapan dengan kelompok-kelompok umat Islam sekular dan liberal yang enggan menerima hakikat bahawa faham Pasca-Modenisme sepertimana dahulunya Modenisme tidak pernah mendapat tempat dihati umat Islam. Justeru golongan ini memperdayakan umat dengan cara halus dan mereka sentiasanya bimbang akan penolakkan umat terhadap faham-faham asing ini lalu mereka menuduh umat sebagai jumud, ketinggalan dan seumpamanya. Umat Islam sekular dan liberal ini tidak akan mampu menyebarkan kekeliruan dan penyelewengan mereka sekirannya para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah bekerja-keras menerangkan kepada umat bahaya dan bencana yang bakal menimpa akibat dari menerima faham Pasca-Modenisme dan Modenisme.
    6. Para aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah yang telah termakan racun berperisa madu Pasca-Modenisme mestilah disedarkan semula kekeliruan dan kesesatan pemikiran mereka. Mereka mestilah dibawa berhujah dari perspektif intelektual-epistemologikal yang pada hakikatnya dimensi yang mereka sangat lemah bagi menjelaskan kepalsuan Pasca-Modenisme dalam menjawab kemelut kehidupan manusia.
    7. Setelah umat menyaksikan pelbagai bentuk ketaksuban (fanatisme) dan pelampauan (ekstremisme) atas nama Islam, maka sudah sampai masanya bagi pihak berkuasa pendidikan negara melatih guru-guru subjek agama Islam dan menyemak kembali kurikulum pendidikan Islam supaya ianya selari dengan sikap dan pendirian muktabar dalam tradisi Ahlusunah wal Jama’ah dalam menangani perkara-perkara yang mendasar mengenai ajaran Islam tentang persoalan aqidah khususnya. Selain dari itu sejarah perkembangan (historiografi) tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah sewajarnya diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan Islam kerana perkembangan tradisis Ahlusunnah wal Jama’ah itu sendiri mempunyai sejarah yang panjang dan pengajaran yang berguna sehingga ke hari ini. Pengajaran dan pembelajaran mengenai tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah tidak sewajarnya dilaksanakan dengan pendekatan kronologikal dan diskriptif semata-mata kerana kaedah ini menyebabkan tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah akan dianggap sebagai bahan sejarah semata-mata. Penekanan khusus kepada dimensi analisis dan tematik terhadap perkembangan tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah akan lebih menimbulkan ciri-ciri kerelevanan dan strategik tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah untuk umat Islam hari ini. Persoalan falsafah, metodologi dan motivasi para ulama’ muktabar Ahlusunnah wal Jama’ah mestilah digarap dan ditonjolkan dalam pengajian tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah supaya ia boleh dimanfaatkan kepada umat ketika ini.
    8. Teknologi komunikasi dan maklumat termasuklah media massa dan sosial merupakan pemacu dan pemangkin paling berkesan menyebarluaskan faham Pasca-Modenisme terutamanya kepada generasi muda umat Islam. Justeru usaha-usaha menyediakan infrastruktur dan infostruktur alternatif dengan melatih kelompok-kelompok aktivis dan gerakan dakwah Islamiyyah supaya berkemahiran bukan sahaja dari sudut teknikal tetapi juga dari sudut kreativiti dan imaginasi pengisian Ahlusunnah wal Jama’ah mestilah dimulakan dari sekarang supaya dalam beberapa tahun akan datang umat mempunyai pelbagai sumber rujukan Ahlusunnah wal Jama’ah yang dinamik dan kompetitif di ruang siber menggunakan teknologi komunikasi terkini.
    9. Serangan faham Pasca-Modenisme terhadap dunia umat Islam adalah serangan global yang ditaja oleh pelbagai kuasa dan pengaruh musuh-musuh Islam sama ada yang bersifat politik, sosial, ekonomi dan akademik menggunakan pelbagai cara untuk menyerap masuk dalam masyarakat Islam dari luar dan dalam menggunakan slogan-slogan demokrasi, kebebasan dan hak-hak asasi manusia. Justeru sangat perlu digerakkan juga satu gerakan global dakwah Ahlusunnah wal Jama’ah yang menggabungkan pendokong-pendokong Ahlusunnah wal Jama’ah bagi mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindakan, peluang-peluang kerjasama, kemudahan komunikasi dan pertukaran maklumat ke arah menyebarluaskan kebenaran, kesesuaian dan kerelevanan faham Ahlusunnah wal Jama’ah dalam menghadapi pelbagai bentuk kepalsuan, ketaksuban (fanatisme) dan pelampauan (ekstremisme) agama dan bukan agama mutakhir ini yang membawa manusia ke lembah kehancuran kemuliaan dan matlamat kehidupan insan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah Maha Pencipta.
    10. Akhir sekali, peranan kerajaan bagi sebuah negara yang termaktub dalam perlembagaannya bahawa Islam adalah Agama Negara perlulah dipertegaskan kembali. Kedudukan Islam sebagai Agama Negara yang sah dengan segala peruntukan dan keistimewaan yang disepakati bersama sewaktu pembentukan sebuah negara di zaman moden seperti Malaysia ini merupakan anugerah dan nikmat Allah kepada masyarakat Islam seluruh dunia. Kedudukan ini mestilah dipertahankan dan tidak boleh sama sekali diganggu-gugat sekiranya kita ingin menyaksikan keamanan dan kemakmuran negara Malaysia yang kita kecapi selama ini kekal dan berterusan. Rahsia keamanan, kemakmuran, keharmonian dan kestabilan yang wujud lebih 55 tahun ini didasari dengan pegangan dan pendirian Ahlusunnah wal Jama’ah yang menjadi darah-daging bagi umat Islam di Tanahair dan rantau Asia Tenggara sejak turun-temurun. Hakikat sejarah bertapaknya tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah secara kukuh untuk sekian lama mencorak dan mewarnakan kehidupan umat Islam Nusantara dengan rujukan utama mereka kepada aqidah Asha’irah, fekah mazhab Shafi’e dan tasawuf al-Ghazali merupa suatu yang unik tetapi terbukti berkesan dalam jiwa dan sanubari umat sehingga ke hari ini. Kerajaan yang bijaksana akan sentiasa mengukuhkan dan mempertahan unsur-unsur yang terbukti mengekalkan keamanan, kemakmuran, keharmonian dan kestabilan rakyat. Dan Negara Malaysia adalah bukti nyata bahawa pegangan dan fahaman Ahlusunnah wal Jama’ah mampu menjadikan negara ini berjaya di zaman moden ini dan mampu bersaing dipersada antarabangsa serta dihormati oleh kawan dan lawan.

wallahu a’lam bissawab


[1]Dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012M sempena Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-4 bertemakan Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah pada 8 dan 9 Oktober 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

[2]Pembentang bertugas sebagai Ketua Eksekutif ISSI Malaysia dan juga ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat (JPP) MUAFAKAT. Beliau  boleh dihubungi melalui amran1551@gmail.com

[3]Islamic and Strategic Studies Institute Berhad atau ISSI Malaysia beralamat di No.10-1, Wisma Menjalara, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur, sebuah badan penyelidikan mengenai Islam dan isu-isu strategik berorientasikan tradisi Ahlusunnah wal Jama’ah  boleh dilawati pada http://www.issimalaysia.org.my

Gerakan murtad sasar hospital

sumber: Berita Harian

Kuala Lumpur: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa gerakan memurtadkan umat Islam negara ini kini semakin agresif, termasuk dengan menjadikan premis awam seperti hospital sebagai kawasan sasaran.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), A Karim Omar, di sini, semalam.

Katanya, gerakan itu menyasarkan umat Islam yang kurang berkemampuan dan mempunyai masalah sosial sebagai sasaran mereka, selain pesakit dalam wad yang tidak berkeluarga atau keseorangan.

Beliau berkata, antara kaedah diguna untuk meracuni pemikiran golongan sasaran mereka termasuk memberi kaunseling kepada individu bermasalah dan bantuan kebajikan.

Pergerakan cukup halus

“Pergerakan mereka cukup halus… cukup tertib sehingga kita tidak menyangka di sebalik bantuan dihulurkan ada terselit dusta dan ajaran agama lain. Kebanyakan individu yang didekati pula memang memerlukan tempat untuk berkongsi masalah.

“Lama kelamaan, mereka akan termakan pujukan dan bersedia melakukan apa saja kerana termakan dakyah bahawa agama lain lebih mengambil berat, amat berperikemanusiaan, tidak seperti Islam yang terlalu tegas dalam peraturan dan perundangannya,” katanya membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Dakwah Islamiah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan di Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Karim berkata, lebih mengejutkan apabila gerakan itu turut menggunakan buku tulisan tokoh motivasi terkenal sebagai bahan rujukan.
Waspada beli buku motivasi

“Jadi, berwaspada apabila membeli buku motivasi. Di sebalik kata-kata motivasi, ada terkandung secara halus ajaran agama lain untuk memperdaya umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, lebih membimbangkan, gerakan itu turut menggunakan kalimah yang berbunyi seperti ayat al-Quran apabila dibaca untuk mengelirukan umat Islam.

“Apabila kalimah ini dibacakan kepada penganut agama Islam, mereka yang bukan hafiz pasti tidak dapat membezakan ketulenannya. Ini satu tindakan jahat,” katanya.

Gejala ini katanya, hanya boleh ditangkis jika wujud permuafakatan yang kental antara rakyat dan pemerintah untuk menghalusi perkara ini hingga ke akar umbi.

Wan Adli: Dakwah Islamiyyah Sebagai Madrasah Pengukuhan Akidah

Klik untuk maklumat seminar

Kertas kerja Ustaz Dr. Wan Adli Wan Ramli yang dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

untuk versi cetak dalam format pdf: Klik di sini

************

Dakwah Islamiyyah Sebagai Madrasah Pengukuhan Akidah[1]

Wan Adli Wan Ramli[2]

Pendahuluan

 

Gerakan dakwah merupakan kewajipan ke atas umat Islam untuk menyebarkan risalah Ilahi kepada seluruh manusia. Justeru ia berfungsi sebagai suatu madrasah pengukuhan akidah Islam yang penting demi penerusan kehidupan ummah. Oleh itu, perihal dakwah Islamiah sebagai madrasah pengukuhan akidah wajar dianalisis secara mendalam, demi kefahaman ummah dan manusia seluruhnya. Makalah ini menghuraikan secara ringkas pengertian proses pengukuhan akidah yang mencapai tahap suatu madrasah yang sistematik. Di samping itu, ia meneliti ciri yang ada dalam dakwah untuk menjadi sebuah madrasah yang berkesan. Seterusnya, ia mengupas pengajaran yang boleh diambil daripada konsep dan amalan dakwah agar suatu kerangka proses pengukuhan akidah dapat diperhatikan.

Madrasah Pengukuhan Akidah

Pertama-tama, perlu ditegaskan pada permulaannya bahawa akidah yang dimaksudkan di sini ialah ilmu dan kepercayaan mengenai Allah dan segala yang berbuah daripada kepercayaan ini menurut pegangan Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah. Pegangan ini merupakan tafsiran yang paling tepat, menyeluruh dan seimbang terhadap nas-nas wahyu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad daripada Allah kepada manusia seluruhnya. Ketepatan pegangan ini terbukti melalui kesejajaran kefahaman terperinci yang dihasilkan daripada pelbagai dalil yang sah, sama ada bersumberkan naqliah atau akliah. Berbeza dengan iktikad Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah, beberapa takwilan lain, seperti oleh kalangan Wahabi atau neo-Muktazilah liberal, kelihatannya mengorbankan sama ada aspek naqli atau akal. Selain itu, sejarah memperlihatkan penerimaan ijmak ulama Muslimin terhadap akidah Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah. Oleh itu, akidah yang mesti dipegang oleh umat Islam seluruhnya, khususnya di Malaysia, adalah akidah Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah.

Sistem akidah ini, dalam jurusan yang lebih terperinci dinamakan pula dengan nama Asha‘irah. Istilah ini merujuk kepada Abu al-Hasan Ali bin Isma‘il al-Ash‘ari, keturunan Abu Musa ‘Abd Allah bin Qays al-Ash‘ari yang diisyaratkan oleh Nabi Muhammad ketika ditanya mengenai suatu kaum yang tersebut dalam ungkapan “maka Allah akan datangkan suatu kaum” atau fa-sawfa ya’ti Allah bi-qawmi seperti yang disebut dalam al-Qur’an, surah al-Ma’idah 5:54.[3] Dalam sejarah, beliau adalah orang pertama yang menyusun semula secara sistematik tafsiran akidah Islam menurut kefahaman yang sah seperti ajaran Nabi Muhammad ketika ummah berhadapan dengan cabaran bidaah akidah oleh golongan Mujassimah di suatu penjuru dan Mu‘attilah di suatu penjuru lain. Dalam tradisi Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah di rantau Nusantara, aliran khusus inilah yang menjadi pegangan, selain aliran Maturiyyah yang turut diiktiraf sebagai sebahagian daripada golongan Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah.

Maka, akidah Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah adalah akidah yang dimaksudkan di sini. Sementara itu, kandungan akidah ini, sekurang-kurangnya dalam bentuk yang paling ringkas, boleh dirujuk daripada karya oleh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fatani yang bertajuk Faridat al-Fara’id fi ‘Ilm al-‘Aqa’id.[4] Pada tahap asas, akidah Islam menghuraikan perihal sifat dan nama Allah untuk manusia mengenaliNya, di samping pengenalan ringkas terhadap para nabi, khususnya Nabi Muhammad dan sejarah baginda, risalah yang pernah diwahyukan, pengetahuan mengenai alam ghaib seperti malaikat, akhirat, syurga dan neraka, dosa dan pahala, tanggungjawab mukalaf dan ketentuan takdir Ilahi. Selain itu, turut diperkenalkan kefahaman asas mengenai konsep Islam, iman dan ihsan. Semua ini merupakan isi akidah Islam, yang menjadi kandungan perbincangan dalam ilmu akidah, dan yang mesti dipelajari dan difahami oleh semua Muslim. Jika tidak, seseorang Muslim itu boleh dikatakan tidak mempunyai asas akidah.

Usaha mempelajari asas akidah pada tahap yang disebutkan di atas merupakan madrasah atau persekolahan akidah yang paling utama. Tidak boleh tidak, semua Muslim wajib melalui madrasah akidah pada tahap ini, sama ada dengan menggunakan teks Faridat al-Fara’id atau menggunakan teks lain. Bertitik tolak daripada kefahaman ini, makalah ini membezakan antara persekolahan akidah pada tahap asas ini dengan persekolahan pengukuhan akidah. Dua tahap ini merupakan tahap yang berbeza kerana yang pertama merujuk kepada pendidikan akidah tahap asas, manakala yang kedua pula merujuk kepada pendidikan berterusan yang bertujuan untuk memperkukuhkan asas akidah yang telah sedia ada. Pembezaan ini perlu ditonjolkan kerana menyemai akidah adalah perkara pertama, sedangkan memperkukuh akidah merupakan perkara yang hanya boleh dilakukan selepas asas akidah telah tumbuh. Tanpa tertanamnya benih akidah dalam hati manusia, proses pengukuhan menjadi tidak relevan untuk dibincangkan.

Dengan itu, apa yang dimaksudkan dengan madrasah pengukuhan akidah merujuk kepada proses berterusan yang dilakukan selepas pertama-tamanya telah ditanam asas akidah. Atas kefahaman ini, pendidikan untuk mengukuhkan akidah tidak terhad kepada pengajaran dan usaha memahamkan pernyataan yang diajarkan oleh Islam. Contoh pernyataan yang dimaksudkan adalah bahawa tiada tuhan melainkan Allah, atau bahawa Nabi Muhammad ada benar seorang rasul, atau bahawa akhirat pasti akan datang. Semua ini adalah pernyataan mengenai hakikat kebenaran yang dibawa dalam hidayah Islam. Di kalangan manusia, ada yang tidak mengetahui kenyataan yang benar ini. Maka kebenaran ini pertama-tamanya perlu diajarkan kepada manusia sedemikian dan cuba difahamkan kepada mereka seboleh mungkin jika timbul kekeliruan. Apabila pernyataan mengenai hakikat kebenaran ini diterima, ketika itu benih akidah telah tersemai dalam hati. Sebaliknya, jika berlaku keingkaran, usaha menyemai benih asasi ini perlu diteruskan dengan pelbagai pendekatan lain.

Walau bagaimanapun, madrasah yang bersifat pengukuhan melaksanakan usaha yang lebih luas daripada menanam pernyataan mengenai hakikat kebenaran dalam hati manusia. Tidak dinafikan, menambah sejumlah lagi pernyataan akidah boleh membawa kepada pegangan yang lebih kukuh. Namun, pengukuhan keyakinan dalam diri Muslim boleh juga dilakukan dengan pelbagai proses lain. Dengan pengertian yang lebih luas ini, iktikad yang telah sedia ada boleh terus diperkukuhkan lagi melalui pelbagai kefahaman dan aktiviti yang dihuraikan oleh Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali dalam karyanya Ihya’ ‘Ulum al-Din. Secara umumnya, karya ini adalah sebuah karya tasawuf yang bertujuan meningkatkan kualiti ketakwaan Muslim. Al-Ghazali membahagikan perbahasan dalam karyanya ini kepada empat tema besar iaitu ibadat, adat, elemen perosak hati dan elemen pembaikan hati.[5] Memahami dan mengamalkan pelbagai panduan yang dihuraikan oleh al-Ghazali dalam tulisannya ini akan menghasilkan tahap keimanan yang lebih tinggi.

Contohnya, dengan melakukan pelbagai ibadat yang diwajibkan seperti mendirikan solat, berpuasa dan menunaikan zakat, atau yang disunatkan seperti membaca al-Qur’an dan berzikir akan menambah keteguhan iktikad Muslim. Demikian juga, dalam hal adat, menjaga adab makan dan minum, adab dalam persahabatan, perkahwinan, kekeluargaan dan sebagainya akan menghasilkan kesan yang lebih baik dalam hati. Termasuk dalam kategori adat yang boleh memperkukuhkan iman, menurut al-Ghazali, adalah menyuruh ke arah kebaikan dan menegah daripada kemungkaran. Selain itu, memahami sifat hati insan serta perkara yang merosak dan memulihkannya juga dapat menguatkan akidah Islam. Daripada huraian ini, dapat difahami bahawa akidah Islam boleh dipertingkatkan bukan sahaja melalui pembelajaran tambahan pelbagai penyaksian hakikat kebenaran yang ditunjukkan oleh wahyu, seperti yang dapat dipelajari dalam ilmu akidah tauhid. Malah, peningkatan iman juga berlaku apabila Muslim melaksanakan panduan syariah dan tasawuf, di atas asas akidah yang telah sedia ada.

Seterusnya, menjadikan proses pengukuhan akidah sebagai suatu madrasah bermaksud membina suatu kaedah memperkukuhkan akidah yang sistematik. Dengan kata lain, pengukuhan akidah boleh sahaja dilakukan secara rawak tanpa menggunakan apa-apa garis panduan tertentu. Namun, dalam konteks huraian al-Ghazali, khususnya dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din, proses pengukuhan akidah yang ditunjukkan merupakan suatu sistem ilmu dan amal yang tersusun, bukan gerak kerja semberono semata-mata. Susunan ini boleh sahaja dilihat daripada susunan bab dalam karya tersebut sendiri, yang bermula dengan perbahasan asasi berkenaan konsep ilmu itu sendiri dahulu, sebelum pun dibincangkan soal akidah Islam lagi. Dengan kata lain, jika akidah adalah suatu ilmu, maka perlu difahami dahulu apakah ilmu itu sendiri, sebelum akidah yang merupakan suatu disiplin dalam ilmu boleh dibahaskan. Demikian juga, jika diteliti bab-bab seterusnya, dalam dilihat susunan ilmu dan amal yang perlu difahami dan dikerjakan secara sistematik.

Selain itu, sifat madrasah juga bermakna ilmu dan amal yang ingin dikuasai dan dilakukan tidak dilaksanakan secara bersendiri sahaja. Madrasah atau sekolah merujuk, paling utamanya, kepada kewujudan sekurang-kurangnya seorang guru yang berupaya menunjuk jalan kepada para murid. Murid itu pula biasanya tidak seorang sahaja kerana belajar secara berkumpulan membolehkan interaksi, perbincangan, saling menasihati dan menegur, serta saling membantu ke arah kebaikan. Daripada penjelasan ini, dapat disedari bahawa, bukan sahaja ilmu dan kaedah yang sistematik diperlukan dalam suatu persekolahan, malah guru yang berwibawa dan rakan seperguruan juga diperlukan, agar persekolahan tersebut memenuhi cirinya yang lebih lengkap. Tambahan kepada pertimbangan ini, sekolah dan persekolahan menjadi lebih jelas terzahir apabila wujudnya infrastruktur yang dapat menambahkan lagi persembahannya. Infrastruktur yang dimaksudkan merujuk kepada, antara lain, buku, kemudahan pengajian seperti meja, kerusi, alat bantu pandang dengar, bangunan dan sebagainya.

Berdasarkan premis ini, usaha pengukuhan akidah yang bertahap madrasah memerlukan: i) isi ilmu akidah itu sendiri, ii) kaedah persekolahan akidah yang sistematik, iii) guru yang mursyid sifatnya, iv) kumpulan pelajar, dan akhirnya v) infrastruktur. Rumusan mudah daripada pelbagai elemen ini memperlihatkan bahawa madrasah ini berdiri atas iman dan rukunnya sebagai isi sedangkan Islam dan rukunnya serta ihsan menjadi kulit yang melindungi dan memperlengkapkan isi tadi. Apabila wujudnya unsur-unsur ini, dapat ia dinamakan sebagai madrasah pengukuhan akidah yang lengkap. Setakat ini, secara ringkasnya, dapat dirumuskan bahawa madrasah pengukuhan akidah adalah suatu institusi, bukan sekadar konsep yang abstrak tanpa manifestasi yang konkrit. Seterusnya, jika dikaitkan dengan dakwah, timbul persoalan, antaranya: Adakah dakwah suatu madrasah pengukuhan akidah? Mengapakah dakwah suatu sekolah peneguhan akidah? Dan bagaimana dakwah boleh menjadi suatu konsep dan amalan yang boleh dipelajari, dituntut ilmu dan pengalaman daripadanya untuk meneguhkan akidah? Persoalan ini akan diteliti seterusnya.

Dakwah Islamiah sebagai Madrasah

 

Dalam mengaitkan dakwah Islamiah, yang merupakan salah satu konsep dalam Islam, dengan sifat madrasah pengukuhan akidah, yang dibentangkan di atas, dapat dinyatakan dengan tegas bahawa dakwah Islamiah adalah suatu madrasah ke arah menambahkan lagi kekukuhan akidah di kalangan manusia, khususnya Muslim. Di bahagian awal pembentangan di atas, diisytiharkan bahawa akidah yang menjadi teras perbincangan makalah ini adalah iktikad Islam seperti yang dirumuskan oleh Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah. Berdiri tetap atas tunjang ini, makalah ini mengikrarkan bahawa dakwah Islamiah yang layak menjadi madrasah pengukuhan akidah adalah dakwah yang menyeru ke arah kefahaman Islam menurut tafsiran yang sempurna dan seimbang oleh Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah. Sebaliknya, jika kepercayaan yang menjadi isi seruan adalah pegangan kalangan Wahabi atau neo-Muktazilah liberal, maka, makalah ini mendakwa bahawa madrasah sedemikian akan mengakibatkan kekeliruan akidah, bukan pengukuhannya.

Sebagai suatu konsep teras dalam Islam, dakwah mempunyai ruang pengertian yang luas. Secara bahasa, dakwah yang berasal daripada perkataan Arab da‘wah, bererti doa, jemputan, dakwaan dan seruan. Jika dirujuk kepada akar katanya, iaitu kata kerja da’ā, ia memberi erti menjemput, memerlukan, mencari, memanggil, melaung, meratapi, memohon, mengajak, mengharapkan, menamakan, mengaitkan, menggalakkan, menemukan, mendorong, menjemput dan mendakwa.[6] Jika diteliti semua pengertian ini, boleh diberikan satu makna teras kepada dakwah secara bahasa iaitu tindakan seseorang yang mendekatkan atau menghubungkan seseorang yang lain kepada sesuatu perkara. Contohnya, dakwah dengan makna dakwaan boleh difahami sebagai menisbahkan seseorang dengan sesuatu perkara. Selain itu, dakwah dengan makna ratapan pula boleh difahami sebagai mengharapkan sesuatu bagi seseorang, walaupun yang berlaku adalah sebaliknya. Hampir sama, dakwah dengan makna panggilan, laungan dan penamaan boleh difahami sebagai mengaitkan seseorang secara langsung dengan suatu kata tertentu.

Dakwah juga telah menjadi kalimah bahasa Melayu yang bererti “kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan,” atau “patuh kepada atau mengikut ajaran agama Islam dengan lebih sempurna sebagaimana yang kelihatan pada tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian dan lain-lain.”[7] Pengertian pertama mungkin amat biasa, tetapi pengertian kedua menonjolkan betapa tingginya konotasi yang diberikan oleh kebudayaan dan peradaban Melayu kepada konsep dakwah, sehingga kepatuhan kepada agama itu sendiri dilihat sebagai dakwah. Daripada pengertian secara bahasa ini, didapati sekadar mendakwa, atau mencari, atau mendoakan, mengharapkan, malah meratapi, sudah mencapai pengertian dakwah. Di sini, adalah menarik untuk diketahui bahawa kalimah bahawa Melayu “dakwa” juga berasal daripada akar yang sama dalam bahasa Arab. Dalam konteks ini, mendakwa bererti “mengatakan atau mengemukakan sesuatu sebagai satu kenyataan atau kebenaran,” atau mengaku.[8] Dengan itu, sekadar menyebut kepada orang lain bahawa tiada tuhan selain Allah sudah merupakan dakwah.

Kefahaman dakwah secara bahasa yang dianalisis di atas, tidaklah bertentangan dengan takrif dakwah sebagai suatu konsep dalam ajaran Islam. Pertama-tamanya, pensyariatan dakwah dalam Islam adalah bersumberkan pelbagai kenyataan dan arahan dalam al-Qur’an dan Hadith. Satu ayat yang paling kerap dirujuk ketika membincangkan tema ini ialah firman Allah,

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ.[9]

Terjemahan: Berdakwahlah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat yang baik.

Dalam ayat ini, ungkapan “berdakwahlah” atau ’ud‘ū merupakan kata kerja arahan atau  fi‘l amr, yang membayangkan arahan Allah kepada Nabi Muhammad khususnya dan seluruh umat baginda umumnya agar berdakwah. Ini menunjukkan dakwah adalah suatu gerak kerja yang disyariatkan oleh Allah ke atas Muslim dan melaksanakannya adalah suatu tuntutan.

Kemudian, dihuraikan pula konsep dakwah dengan pernyataan bahawa dakwah yang dimaksudkan adalah ke jalan Allah, bukan seruan ke arah lain. Dengan kata lain, dakwah bererti usaha seorang Muslim mendekatkan atau menghubungkan seorang insan lain kepada Allah. Lebih terperinci, dakwah ialah tindakan seorang Muslim menjemput, menyeru, memanggil, melaung, memohon, mengajak, mengaitkan, menggalakkan, menemukan dan mendorong seorang insan lain ke jalan Allah. Ini sudah tentu melibatkan tindakan mendakwa kewujudan suatu jalan kepada Allah dan menamakan jalan tersebut sebagai Islam. Lebih jauh lagi dakwah juga merangkumi tindakan mengharap dan mendoakan orang tadi agar dia berjalan di jalan Allah, malah meratapinya jika dia tidak berjalan di jalan Allah. Di sini, didapati bahawa semua pengertian secara bahasa di atas boleh saling melengkapkan kefahaman mengenai konsep dakwah. Syaratnya, seruan itu adalah untuk menghubungkan manusia dengan Allah.

Seterusnya, ayat tersebut di atas juga memberikan gambaran mengenai kaedah melakukan dakwah. Pengajaran ini dapat dipetik daripada dua pendekatan yang memerihalkan sifat dakwah ke jalan Allah yang sepatutnya dilaksanakan oleh Muslim. Dua perihal tersebut menyatakan bahawa dakwah perlulah berbentuk hikmat dan nasihat yang baik. Secara langsung, kedua-dua cara ini termasuk dalam kaedah dakwah yang diarahkan oleh Allah. Maksudnya, kedua-dua kaedah ini juga disyariatkan oleh Allah. Begitu pun, ini bukan bermaksud pendekatan dakwah terhad kepada dua metode ini sahaja. Pelbagai pendekatan lain boleh sahaja difikirkan. Namun, ayat ini juga menggambarkan bahawa cara yang bertentangan dengan nilai hikmat dan nasihat yang baik adalah ditegah. Contohnya, jika dakwah dilakukan dengan pendekatan yang membuta-tuli dan kasar, maka sifat dakwah sedemikian tidaklah disyariatkan, malah ditegah. Pokoknya, dapat diambil pengajaran di sini bahawa dakwah adalah konsep dan amalan yang perlu ditunaikan secara sistematik.

Pengertian terhadap konsep dakwah yang dibincangkan bersumberkan ayat di atas, boleh dibandingkan pula dengan definisi yang ada diberikan oleh ulama Islam. Antaranya, Abū al-Qāsim al-Ḥusayn bin Muḥammad al-Rāghib al-Aṣfahānī mendefinisikan dakwah sebagai menyerukan kepada suatu perhubungan atau ’iddi‘ā’ al-nisbah, dan makna asalnya ialah untuk mengubah perihal manusia atau li-al-ālah al-latī ‘alay-hā al-insān.[10] Dalam definisi ini al-Aṣfahānī menambah elemen perubahan yang dilakukan oleh manusia sebagai unsur dalam dakwah. Ini boleh dikatakan sebagai kesan dakwah, iaitu berlakunya perubahan dalam diri manusia. Secara lebih terperinci pula, ‘Abd al-Raḥmān Ḥasan Ḥabannakah al-Maydānī mendefinisikan dakwah sebagai,

الطَّلَبُ بِشِدَّةٍ وَحَثٍّ عَلىَ الدُّخُولِ فيِ دِينِ اْلإِسْلاَمِ اعْتِقَادًا وَقَوْلاً وَعَمَلاً.[11]

Terjemahan: Meminta dengan bersungguh-sungguh seruan agar masuk dalam agama Islam, sama ada secara iktikad, perkataan dan amalan.

Definisi ini boleh diterima sebagai pengertian dakwah secara istilah merujuk khusus kepada konsep dakwah Islamiah. Secara keseluruhannya, ia tidaklah mengeluarkan atau terkeluar daripada pengertian yang dibincangkan di atas. Sebagai tambahan, ia merangkumkan juga elemen bersungguh-sungguh dalam seruan dakwah, dengan kesannya sehinggalah orang yang diseru menerima agama Islam, yang melibatkan sudut kepercayaannya, percakapannya dan perbuatannya.

Selain dakwah, al-Maydānī turut membincangkan beberapa istilah lain yang berkait rapat dengan konsep dakwah, iaitu penyampaian atau al-tablīgh, peringatan atau al-tadhkīr, nasihat atau al-nuṣḥ, panduan atau al-irshād, dan menyeru ke arah kebaikan dan menegah daripada kemungkaran atau al-amr bi-al-ma‘rūf wa-nahy ‘an al-munkar. Lebih utama daripada perkaitan maknawi, semua istilah tersebut di atas dinisbahkan kepada peranan kenabian, sama ada Nabi Muhammad atau nabi-nabi lain sebelum baginda. Contohnya, Allah berfirman,

مَا عَلَى الرَّسُولِ إِلاَّ الْبَلاَغُ.[12]

Terjemahan: Tidak ada apa-apa ke atas para rasul selain menyampaikan.

Ayat ini menyatakan bahawa tugas para rasul hanyalah menyampaikan. Jika dianalisis secara literal semata-mata, ayat ini seolah-olah menafikan sebarang peranan lain yang mesti dilaksanakan oleh para rasul, termasuk dakwah yang tidak disebut, selain menyampaikan. Namun, secara lebih holistik, penggunaan istilah ini tidak menafikan pelbagai istilah lain, seperti dakwah, peringatan, nasihat dan sebagainya. Kefahaman yang sama boleh diluaskan bagi semua istilah tersebut di atas.

Apa yang lebih penting, ayat di atas menisbahkan tugas menyampaikan atau dakwah sebagai tugas para anbia. Penisbahan ini mempunyai pengajaran yang bermanfaat dalam konteks menyifatkan dakwah sebagai suatu madrasah pengukuhan akidah. Hal ini disebabkan pelaksanaan dakwah oleh para nabi merupakan konsep dan amalan yang berstruktur secara sistematik, memenuhi ciri-ciri suatu institusi. Dakwah para nabi bukan tindakan abstrak atau semberono tanpa sebarang perancangan. Perihal ini dapat diteliti daripada sejarah dakwah para nabi, khususnya Nabi Muhammad yang direkodkan oleh ahli sejarah dengan menyeluruh. Contohnya, baginda memulakan dakwah secara tersembunyi, mendahulukan ahli keluarga terdekat, menyasarkan tokoh-tokoh tertentu, dan sebagainya. Dalam konteks yang berbeza pula, baginda menyandarkan usaha dakwah di bawah naungan pengaruh pihak tertentu dan menjalinkan kerjasama dengan atau meminta bantuan daripada pihak tertentu sama ada dekat atau jauh. pada suatu ketika yang lain, baginda sanggup sehingga berhijrah ke tempat baru untuk menjaga dakwah Islamiah daripada dihancurkan musuh.

Berdasarkan sifat dakwah Nabi Muhammad yang terancang inilah, pengajaran daripada sejarah dakwah baginda menjadi panduan kepada umat Islam seterusnya. Malah, tindakan yang diambil oleh baginda dalam situasi tertentu mempunyai pola yang boleh diperhatikan, lalu membentuk suatu sunnah tindakan yang boleh diikuti. Ini menunjukkan sejarah dakwah Nabi Muhammad bukan perbuatan rawak tanpa garis panduan tertentu. Sifat dakwah yang sistematik sebegini menjadikan ia suatu institusi, maka sesuai untuk dilihat sebagai suatu madrasah. Dakwah baginda mempunyai isi kandungan yang disampaikan iaitu akidah Islam; kaedah penyampaian yang sistematik iaitu segala sunnah baginda; ketua yang mengepalai gerakan tersebut iaitu baginda sendiri; sasaran yang disampaikan ajaran Islam iaitu seluruh manusia; dan infrastruktur yang dibina untuk menyokong usaha penyampaian ajaran Islam, iaitu kerajaan Islam Madinah yang terus dikembangkan bersama perkembangan gerakan menyampaikan ajaran Islam. Semua ini mengesahkan sifat dakwah Islamiah sebagai suatu madrasah.

Perbincangan panjang di atas mengenai konsep dakwah bertujuan menonjolkan pelbagai elemen yang ada dalam dakwah untuk dikaitkan dengan ciri madrasah pengukuhan akidah yang dikemukakan sebelumnya. Secara perbandingan, elemen dakwah yang diperincikan boleh diselaraskan dalam kerangka persekolahan untuk memantapkan akidah Islam. ini dapat diperhatikan bermula dengan pengertian dakwah secara bahasa, dengan tindakan mendekatkan manusia kepada akidah Islam merupakan elemen paling asas yang dilaksanakan dalam suatu madrasah Islamiah. Aspek ini mewakili ciri pertama madrasah iaitu isi kandungan pelajaran. Seterusnya, aspek kaedah persekolahan, guru, murid dan infrastruktur persekolahan dapat diperhatikan dalam penjelasan mengenai konsep dakwah, sama ada yang dapat dipelajari daripada pengertian konsep dakwah secara istilah, atau berdasarkan panduan ayat al-Qur’an, atau daripada sejarah dakwah para nabi khususnya Nabi Muhammad. Dengan itu, dapat diisbatkan secara tegas, setakat ini, bahawa dakwah Islamiah memang suatu madrasah pengukuhan akidah, berdasarkan faktor-faktor yang telah dibincangkan di atas.

Seterusnya, justifikasi mengatakan bahawa dakwah adalah suatu madrasah pengukuhan akidah boleh diberikan juga melalui analisis dalam konteks perbezaan antara madrasah akidah dengan madrasah pengukuhan akidah, seperti yang dihuraikan di atas. Dalam konteks perbezaan ini, dakwah boleh berfungsi pada kedua-dua tahap jika dilihat daripada dua perspektif berbeza. Perspektif pertama merujuk kepada dakwah sebagai usaha menanam akidah Islam dalam diri sasaran dakwah. Dalam pengertian ini, dakwah adalah suatu madrasah akidah kerana sasaran dakwah ditanam dengan asas akidah Islam. Dengan kata lain, orang yang diseru untuk menerima Islam disekolahkan dengan maksud dia belajar isi kandungan akidah Islam; yang pelajaran tersebut disampaikan dengan metodologi tersendiri secara sistematik; oleh seorang atau suatu kumpulan pendakwah yang boleh dianggap sebagai guru; menggunakan bentuk-bentuk infrastruktur tertentu seperti buku, bahan audio dan video yang berkenaan dan sebagainya. Begitu pun, sudut pandangan ini terhad kepada fungsi dakwah kepada sasaran dakwah sahaja.

Manakala dalam perspektif kedua, dakwah boleh berfungsi sebagai madrasah pengukuhan akidah kepada kedua-dua pendakwah sendiri dan sasaran dakwah. Dalam pengertian ini, perlu disedari bahawa sifat pendakwah mestilah berlatar belakangkan asas akidah yang telah sedia ada dengan kukuh dalam diri. Dengan kata lain, orang yang baru ditanam asas akidah atau tidak mempunyai keyakinan akidah yang kukuh, tidak dapat berfungsi sebagai pendakwah dengan baik. Malah, dalam keadaan tertentu, orang yang belum sedia kukuh akidahnya mungkin berhadapan dengan cabaran yang akhirnya menggoyahkan pegangan akidah sekadar yang sedia ada. Hal ini disebabkan adalah lumrah bagi pendakwah untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan persoalan yang jika tidak dihadapi dengan persediaan akidah yang telah sedia kukuh, boleh membawa akibat buruk pula kemudiannya. Justeru, pendakwah mestilah daripada kalangan Muslim yang telah sedia tertanam asas akidah yang mantap. Sehubungan itu, di atas asas akidah yang telah sedia ada ini, penglibatan pendakwah dalam usaha dakwah boleh memperkukuhkan lagi pegangan akidahnya.

Analisis di atas menonjolkan ciri-ciri yang ada dalam konsep dan amalan dakwah serta keselarasannya dengan sifat suatu madrasah. Hal ini dapat diteliti daripada persamaan yang ada antara kedua-duanya. Pertamanya, dakwah adalah suatu madrasah kerana isinya adalah akidah Islam. Keduanya, kedua-dua mempunyai kaedah yang sistematik. Ketiganya, dakwah dilaksanakan oleh pendakwah yang boleh dianggap sebagai guru dalam konteks persekolahan akidah. Keempatnya, dalam usaha dakwah, sasaran dakwah menjadi murid yang diajar mengenai akidah Islam. Kelimanya, dakwah adalah sama dengan sekolah dalam konteks mempunyai infrastruktur tersendiri. Tegasnya, dakwah Islamiah memang suatu madrasah pengukuhan akidah berdasarkan sebab-sebab yang diringkaskan ini. Persoalan seterusnya, bagaimana dakwah Islamiah boleh mengukuhkan akidah Islam? Persoalan ini akan dibahaskan seterusnya.

Pengukuhan Akidah melalui Dakwah Islamiah

Perbincangan di atas merumuskan bahawa dakwah Islamiah merupakan suatu madrasah pengukuhan akidah. Berdasarkan premis ini, wajar diperdalami kaedah untuk terus memperkukuhkan akidah Islam melalui dakwah Islamiah. Dalam memperdalami persoalan ini, adalah baik untuk dirujuk kepada pemikiran al-Ghazali melalui karyanya Ihya’ ‘Ulum al-Din, seperti dinyatakan di atas. Sebagai sebuah kitab utama dalam bidang tasawuf, yang bertujuan untuk mengukuhkan keimanan umat Islam, karya ini mempunyai wibawa yang tinggi khususnya di kalangan umat Islam Melayu Nusantara. Selain kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din, sadurannya dalam bahasa Melayu yang dihasilkan oleh ‘Abd al-Samad bin ‘Abd Allah al-Falimbani dalam sebuah kitab yang bertajuk Sayr al-Salikin boleh juga dijadikan rujukan. Seperti dinyatakan di atas, walaupun kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din ini merupakan karya tasawuf, tetapi dalamnya terdapat suatu perbincangan mengenai menyeru ke arah kebaikan dan menegah daripada kemungkaran atau al-amr bi-al-ma‘rūf wa-nahy ‘an al-munkar. Berkaitan dengan tema ini, telah ditunjukkan bahawa ia adalah sebahagian daripada istilah yang digunakan untuk merujuk kepada konsep dan amalan dakwah.

Menurut al-Ghazali, amar makruf nahi mungkar berdiri atas empat rukun, iaitu: i) orang yang menyuruh atau mencegah, ii) orang yang disuruh atau dicegah, iii) perkara yang disuruh atau dicegah, dan iv) perbuatan menyuruh atau mencegah.[13] Keempat-empat rukun ini, yang juga menjadi rukun dakwah, menyamai elemen utama yang mesti ada dalam sesuatu madrasah, seperti ternyata di atas. Daripada empat rukun ini, boleh dibina kerangka perbincangan dalam meneliti bagaimana madrasah dakwah Islamiah boleh memperkukuhkan akidah Islam. Hal ini bersumberkan kepada pemikiran al-Ghazali yang memperincikan lagi bahawa keempat-empat rukun yang disebutkan mesti memenuhi syarat-syarat tertentu. Tanpa syarat-syarat ini, amar makruf nahi mungkar atau dakwah tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam konteks perbincangan makalah ini pula, memenuhi rukun-rukun ini, dan syarat-syaratnya, secara langsung bermaksud berusaha meningkatkan iman. Justeru, dari sudut inilah dakwah Islamiah berupaya menjadi saluran memantapkan pegangan agama Islam.

Bagi rukun yang pertama, iaitu orang yang melakukan kerja dakwah, al-Ghazali meletakkan tiga syarat yang mesti dipenuhi. Syarat-syarat tersebut ialah, Muslim, mukalaf dan berupaya untuk berdakwah.[14] Pertama-tamanya, orang yang menjadi pendakwah mestilah Muslim kerana mustahil kerja dakwah dilaksanakan oleh orang kafir. Atas dasar ini, orang yang terlibat dalam gerakan dakwah sudah tentu terdiri daripada kalangan insan yang benar-benar tunduk kepada Allah. Seterusnya, dia perlulah merupakan seorang mukalaf, iaitu memenuhi syarat taklif dalam erti kata mencapai umur baligh dan berakal. Dalam konteks mencapai umur, ia adalah perkara semula jadi yang tidak boleh diusahakan manusia. Namun, dalam konteks berakal, ia boleh juga merujuk kepada usaha manusia untuk meningkatkan tahap intelektual diri agar mampu berfikir dengan lebih luas, mendalam dan matang. Dengan itu, orang seperti ini dapat menjadi pendakwah yang baik. Melalui usaha meningkatkan keupayaan akliah, secara langsung, ia juga berfaedah kepada usaha memperkukuhkan akidah Islam, kerana Muslim yang bijak adalah lebih baik daripada Muslim yang bodoh.

Seterusnya, al-Ghazali mensyaratkan orang yang terlibat dalam gerak kerja dakwah perlu bersifat dengan sifat adil atau ‘adālah, iaitu tidak boleh ada kefasiqan dalam hati. Tanpa keadilan dalam diri, manusia sebegini menjadi orang yang menyuruh kepada kebaikan sedangkan dia lupa mengenai dirinya sendiri, seperti yang dinyatakan oleh al-Qur’an.[15] Akibatnya, orang seperti ini hanya mendapat kemurkaan yang amat sangat daripada Allah, apabila mengatakan perkara yang diri sendiri tidak laksanakan, seperti yang juga dinyatakan oleh al-Qur’an.[16] Sehubungan itu, lebih tinggi daripada syarat Muslim dan mukalaf yang disebutkan di atas, syarat keadilan diri ini menuntut pendakwah meningkatkan tahap keimanan, ketekunan mengikut panduan syariat dan akhlak keperibadian diri. Secara langsung, ini menjadi kaedah peningkatan akidah melalui madrasah dakwah Islamiah. Begitu pun, pencapaian ini hanya dapat berlaku apabila ada kefahaman yang benar dalam hati pendakwah mengenai konsep, rukun, syarat dan amalan dakwah.

Jika diteliti lebih mendalam, seseorang yang memeluk Islam sepatutnya menghargai nikmat agama yang dianugerahkan Allah. Kesannya, dia mahu orang lain menerima nikmat yang sama. Ini mendorong kepada usaha dakwah. Bersama dorongan ini, sepatutnya dia juga berusaha meningkatkan keimanan hatinya, budi bahasanya dan amal perbuatannya agar mencapai tahap keadilan diri yang membolehkan dia menjadi pendakwah dan contoh teladan kepada sasaran dakwahnya. Sebaliknya, orang yang tidak sedar mengenai semua ini tidak dapat mengambil apa-apa manfaat daripada dakwah. Walau bagaimanapun, ini sama sekali tidak bermakna orang yang merasa rendah diri tentang iman dan akhlaknya boleh melarikan diri daripada gerakan dakwah. Malah sebaliknya, orang seperti ini sepatutnya lebih perlu mendekatkan diri dengan gerakan dakwah. Daripada perspektif lain, penglibatan seseorang dalam gerakan dakwah boleh memperkukuhkan akidahnya melalui pergaulannya dan kebiasaannya berada bersama-sama dengan orang yang mantap iman. Cuma, dia sendiri belum layak bertindak sebagai pendakwah kepada orang lain.

Selain itu, dakwah Islamiah juga bertindak sebagai madrasah pengukuhan akidah dengan menjadikan seluruh manusia sebagai sasaran dakwah.[17] Dalam kerangka persekolahan, semua manusia menjadi murid kepada para pendakwah yang merupakan guru. Keluasan sasaran dakwah Islamiah membolehkan orang yang terlibat dalam gerakan dakwah menjadikan keseluruhan hidupnya dari pelbagai aspek sebagai madrasah. Dari perspektif ini, usaha memantapkan akidah menjurus secara khusus kepada manfaat sasaran dakwah tadi, dan bukan sangat pendakwah. Dengan kata lain, dakwah Islamiah adalah suatu madrasah pengukuhan akidah untuk sasaran dakwah secara khususnya. Di sini, sudah tentu ada dua tahap madrasah akidah seperti yang dibahaskan di atas. Pertamanya, tahap madrasah akidah pada peringkat paling dasar sekali, iaitu merujuk kepada sasaran dakwah yang belum lagi memeluk Islam. Setakat peringkat ini, dakwah adalah madrasah penyemaian asas akidah Islam. Keduanya, tahap madrasah pengukuhan akidah seperti yang menjadi fokus makalah ini, iaitu merujuk kepada sasaran dakwah yang telah meyakini kebenaran Islam. Pada tahap ini baru proses pengukuhan akidah berlaku.

Seterusnya, pengukuhan akidah berlaku dalam dakwah Islamiah melalui isi kandungan perkara yang didakwahkan. Dalam konteks yang khusus bagi amar makruf nahi mungkar, al-Ghazali mengemukakan empat syarat bagi perkara yang disuruh atau ditegah. Pertamanya, perkara tersebut mestilah suatu kemungkaran. Keduanya, kemungkaran tersebut berlaku. Ketiganya, kemungkaran tersebut dilakukan dengan jelas di depan khalayak. Keempatnya, kemungkaran tersebut memang suatu kemungkaran yang disepakati oleh semua ulama.[18] Daripada prasyarat yang dikemukakan oleh al-Ghazali ini, terdapat pengajaran berguna untuk madrasah pengukuhan akidah khususnya dalam konteks dakwah Islamiah. Secara umumnya, apabila diteliti keempat-empat prasyarat tersebut, didapati al-Ghazali menekankan sifat kepastian bagi perkara yang mahu didakwahkan. Dengan kata lain, isi kandungan ajaran Islam yang hendak didakwahkan kepada manusia seluruhnya mestilah bersifat jelas disepakati oleh semua ulama. Dalam konteks ini, adalah tidak bermanfaat sekiranya usaha dakwah diselitkan dengan elemen yang samar-samar penerimaannya di kalangan majoriti ulama Muslim sendiri, seperti adanya unsur ajaran puak-puak terpinggir sama ada Wahabi, Syiah, pemikiran neo-Muktazilah liberal dan sebagainya.

Penekanan kepada ajaran yang diijmak oleh semua ulama sebagai kandungan isi dakwah berfaedah dalam usaha memantapkan akidah umat Islam. Faedah ini dapat diterima bukan sahaja oleh sasaran dakwah, yang dapat belajar kandungan akidah yang muktamad serta mengelak keraguan puak yang fanatik pada mazhab pinggiran masing-masing; malah ia juga berfaedah bagi pendakwah yang dapat memperdalamkan pengetahuan masing-masing mengenai inti pati ajaran Islam yang muktabar, tanpa perlu membuang masa memikirkan pelbagai tafsiran marginal yang belum tentu tepat. Dengan itu, kedua-dua pendakwah dan sasaran dakwah boleh menjadikan gerakan dakwah yang diceburi sebagai saluran memantapkan keimanan kepada Allah secara muktabar. Sebaliknya, kemasukan elemen kepuakan hanya membawa kepada timbulnya keraguan yang berterusan terhadap kebenaran akidah Islam. Perkara sebegini, jika berlaku, bukan sahaja mengakibatkan sasaran dakwah menjauhkan diri daripada gerakan dakwah, malah boleh memberi kesan yang negatif kepada semangat pendakwah untuk terus berdakwah.

Rukun terakhir dalam dakwah yang boleh dianalisis dalam konteks madrasah pengukuhan akidah ialah perbuatan dakwah itu sendiri. Bagi rukun ini, al-Ghazali membincangkan lapan tahap tindakan, yang kemudiannya diringkaskan oleh al-Falimbani kepada empat sahaja. Berdasarkan susunan al-Falimbani, tindakan pertama yang pendakwah perlu lakukan ialah mentakrifkan perkara yang mahu didakwahkan. Keduanya, pendakwah hendaklah menasihatkan dan memperingati sasaran dakwah secara lemah lembut mengenai baiknya Islam dan buruknya kekufuran, khususnya berkait dengan balasan syurga atau neraka yang bakal menanti manusia. Ketiganya, jika pendekatan tahap kedua tidak berkesan, pendakwah boleh menyampaikan mesej dengan kata-kata yang lebih keras. Malah, pada tahap ini, al-Falimbani menulis,

Dan jika patut dimaki akan dia maka harus dimaki akan dia tetapi jangan dimaki akan dia dengan perkataan yang sangat keji seperti kata ia berzina dan melakukan mukadimahnya dan jangan dimaki dengan perkataan yang dusta tetapi dimaki akan dia dengan perkataan yang tiada sangat keji seperti dimaki akan dia dengan dikata akan dia, “Ya fasiq,” atau dikata akan dia, “Ya ahmaq,” yakni hai orang yang kuran akal, atau dikata akan dia, “Ya jahil tiadakah engkau takut akan Allah Taala, atau dengan katanya, “Ya ghabi hai orang yang dungu,” dan barang sebagainya daripada tiap-tiap yang dibilangkan memaki akan dia dan sekalian itu sekira-kira hajat jua dan jangan berlebih-lebih.[19]

Tahap keempat yang dinyatakan oleh al-Falimbani ialah tindakan dakwah yang dilakukan dengan kuasa apabila ketiga-tiga tahap pendekatan dakwah yang dibincangkan sebelum ini tidak memberi kesan. Begitu pun, sama seperti kata-kata keras, tindakan keras yang diambil mestilah “sekira-kira hajat jua dan jangan berlebihan.”[20]

Pendekatan dakwah yang bertahap-tahap ini menunjukkan ciri madrasah yang ada dalam dakwah, iaitu hendak dilaksanakan secara sistematik. Kesedaran ini bermanfaat dalam konteks pengukuhan akidah Islam apabila usaha mempertingkatkan nilai iman dalam diri juga patut dilakukan secara sistematik. Dengan kata lain, madrasah pengukuhan akidah mesti mengenal pasti perihal keadaan seseorang yang mahu ditingkatkan imannya, sama ada orang itu sasaran dakwah atau pendakwah itu sendiri. Mengetahui keadaan diri membolehkan tindakan yang bersesuaian dengan sifat diri dilakukan. Dengan itu, ia dapat mengelak keterlaluan dalam tindakan. Contohnya, mungkin ada orang yang suka dengan pujian, dan melalui pujian dapat meningkatkan motivasi diri. Namun, mungkin juga ada orang yang tidak endah dengan pujian dan hanya sedar melalui ancaman. Begitulah kesesuaian ini perlu dicari seterusnya. Hal ini disebabkan apa yang ingin dicapai daripada kesesuaian tindakan ini adalah pengukuhan akidah, bukan bertindak semata-mata kerana mahu bertindak.

Setakat ini, dapat diperhatikan bahawa dakwah Islamiah memang suatu madrasah pengukuhan akidah yang boleh berlaku melalui kesedaran mengenai rukun dan syarat dakwah itu sendiri. Memenuhi rukun dan syarat pendakwah, orang sasaran, isi kandungan dan kaedah yang sistematik membolehkan pencapaian tahap akidah yang lebih baik. Rumusannya, dakwah bermanfaat bukan sekadar kepada sasaran dakwah, malah kepada pendakwah dan semua yang terlibat dalam gerakan dakwah. Secara bersama, masyarakat boleh berusaha mengukuhkan akidah ummah melalui gerakan dakwah.

Penutup

Makalah ini membahaskan konsep madrasah pengukuhan akidah dan peranan yang boleh dimainkan oleh gerakan dakwah dalam meningkatkan kualiti iman ummah. Secara umumnya, madrasah pengukuhan akidah merujuk kepada suatu usaha membangunkan kesedaran hati manusia mengenai hubungannya dengan Allah yang dilakukan secara sistematik. Sistem yang dimaksudkan boleh dikembangkan daripada pelbagai konsep dan amalan yang disyariatkan dalam Islam, seperti dakwah.

Dalam konteks makalah ini, dakwah diisbatkan sebagai salah satu madrasah pengukuhan akidah. Pernyataan ini terbukti melalui pelbagai kesamaan elemen yang ada antara konsep dan amalan dakwah dengan sifat sesebuah madrasah. Kedua-duanya berdiri atas, sekurang-kurangnya, rukun guru atau pendakwah, murid atau sasaran dakwah, isi kandungan pelajaran iaitu agama Islam dan kaedah pengajaran untuk menyampaikan dakwah secara berkesan.

Keempat-empat tiang kewujudan dakwah ini boleh dikembangkan lagi seterusnya untuk meneliti proses pengukuhan akidah yang dapat dilakukan dengan mendalami peranan yang boleh dimainkan oleh pendakwah, sasaran dakwah, isi dakwah dan kaedah dakwah. Akhirnya, dapat disimpulkan dengan tegas, melalui penerokaan secara teoretikal ini, bahawa dakwah Islamiah adalah madrasah pengukuhan akidah. Walau bagaimanapun, semua ini berbalik kepada kefahaman akidah yang benar seperti pegangan Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jama‘ah.


[1]       Kertas ini untuk dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 – 9 Oktober 2012 bersamaan 22 – 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

[2]      Wan Adli Wan Ramli, PhD, adalah pensyarah kontrak di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

[3] Selain keturunan al-Ash‘ari, ahli tafsir juga menisbahkan ungkapan “kaum” dalam ayat ini kepada, antaranya, Abu Bakar, kaum Ansar, penduduk Yaman, Salman al-Farisi dan penduduk Parsi. Lihat antaranya Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Umar Fakhr al-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir wa Mafatih al-Ghayb (Bayrut: Dar al-Fikr, 2002), 12:22; Abu al-Fida’ Isma‘il ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (Bayrut: Dar al-Ma‘rifah, 1986), 2:72.

[4] Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fatani, “Faridat al-Fara’id fi ‘Ilm al-‘Aqa’id,” dalam Wan Mohd Shaghir Abdullah, Faridatul Faraid Syeikh Ahmad al-Fathani: ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang Sejati (Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, 2001). Adalah menjadi tradisi keilmuan Melayu untuk mendahulukan nama tokoh-tokoh ilmuwan dengan gelaran seperti Syeikh, Imam, Tuan Guru dan sebagainya, tetapi makalah ini mengikut amalan penulisan akademik semasa yang menonjolkan nama sahaja.

[5] Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din (al-Qahirah: al-Maktabah al-Qayyimah, t.t.), 7-8.

[6]Kamus Besar Arab – Melayu Dewan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006), 746 dan 748, entrida‘ā.

[7]KamusDewan, ed. 4 (KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 305, entri dakwah.

[8]Kamus Dewan, 305, entri dakwa.

[9] Al-Qur’an, al-Nahl 16:125.

[10] Abū al-Qāsim al-Ḥusayn bin Muḥammad al-Rāghib al-Aṣfahānī, al-Mufradāt fī Gharīb al-Qur’ān, ed. Muḥammad Sayyid Kaylānī (Bayrūt: Dār al-Ma‘rifah, t.t.), 170, entri da‘ā.

[11] ‘Abd al-Raḥmān Ḥasan Ḥabannakah al-Maydānī, Fiqh al-Da‘wah ilā Allāh wa-Fiqh al-Nuṣḥ wa-al-Irshād wa-al-Amr bi-al-Ma‘rūf wa-al-Nahy ‘an al-Munkar (Dimashq: Dār al-Qalam, 2004), 1:15.

[12] Al-Qur’an, al-Ma’idah 5:99.

[13] Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 571; Abdus-Shamad al-Falimbani, Sairus-Salikin: Perjalanan Orang yang Salik kepada Allah (Pokok Sena: Khazanah Banjariah, 2011), 2:485-486.

[14] Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 571; al-Falimbani, Sairus-Salikin, 486.

[15] Al-Qur’an, al-Baqarah 2:44. A-ta’murūn al-nās bi-al-birr wa-tansawn anfusa-kum.

[16]Al-Qur’an, al-Saff 61:3.Kaburamaqta ‘indAllāh ’antaqūlūmālātaf‘alūn.

[17] Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 584; al-Falimbani, Sairus-Salikin, 488.

[18] Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 582-583; al-Falimbani, Sairus-Salikin, 489-491.

[19] Al-Falimbani, Sairus-Salikin, 493; al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 587.

[20] Al-Falimbani, Sairus-Salikin, 493.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 45 other followers