Archive for the ‘Nur Farhana Abd Rahman’ Tag

PLURALISME AGAMA: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah

Tajuk Buku: “PLURALISME AGAMA: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah

Penerbit: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Kandungan buku ini adalah kumpulan dari kertas-kerja yang telah dibentangkan dalam tiga wacana yang telah dianjurkan oleh MUAFAKAT dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO.

Bilangan muka surat: 305

Harga: RM25.00 senaskah

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut atau telefon: 012-650-6404 – Sdr. Nasrul untuk pesanan.

Topik-topik di dalam buku tersebut:

  1. Pluralisme, Spiritualisme dan Diabolisme Agama – Ismail Mina Ahmad
  2. Meneliti Doktrin dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme Agama – Dr. Anis Malik Thoha
  3. Akidah Islam dan Faham Pluralisme Agama – Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
  4. Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syari‘ah Islamiyah – Nur Farhana Abd Rahman, Dr. Mohd Nasir Omar dan Dr. Idris Zakaria
  5. Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas – Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
  6. Pluralisme Agama: Beberapa Persoalan Dilihat Dari Pandangan Arusperdana Islam – Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
  7. Memeriksa Semula Pandangan Hashim Kamali Tentang Pluralisme Agama – Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
  8. Bahaya Pluralisme Agama Kepada Umat Islam – Muhammad ‘Uthman El-Muhammady
  9. Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal – Dr. Yusri bin Mohamad
  10. Pluralisme Agama di Indonesia: Faham dan Amalan – Dr. Syamsuddin Arif
  11. Pluralisme Agama: Ancaman Terhadap Kemurnian Al-Quran – Dr. Ahmad Bazli Shafie
  12. Interfaith Dialogue: ‘Kuda Troy’ (Trojan Horse) dari Vatican? – Dr Syamsuddin Arif

Lampiran-lampiran:

  • Lampiran I: Resolusi Wacana Membenteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah
  • Lampiran II: Teks Asal Ucapan Anwar Ibrahim di London School of Economics pada 18 Mac 2010
  • Lampiran III: Terjemahan Teks Ucapan Anwar Ibrahim di London School of Economics
  • Lampiran IV: Tulisan Mohamad Hashim Kamali Dalam The New Straits Times
  • Lampiran V: Keputusan Fatwa Majelis Ulama Indonesia
  • Lampiran VI: Petikan dari buku “Civil Democratic Islam”
  • Lampiran VII: Sedutan Dari Bait-bait Jalal Al-Din Rumi Dalam Mathnawi Ma’nawi

Beri Definisi Perayaan Kaum

dipetik dari Utusan Malaysia 15 Disember 2010:

Beri definisi perayaan kaum

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memberi definisi secara jelas mengenai perayaan pelbagai kaum di negara ini supaya umat Islam tidak terjebak dengan penularan fahaman pluralisme.

Langkah ini penting supaya umat Islam lebih jelas sebelum menyertai mana-mana perayaan kaum lain kerana dibimbangi akan melanggar batasan agama disebabkan untuk mengamalkan kehidupan bertoleransi.

”Misalnya Jakim perlu jelaskan tentang meraikan Pesta Ponggal dengan Deepavali dan antara Pesta Tanglung dengan Pesta Kuih Bulan dari sudut agama dan juga budaya,” kata Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Farhana Abd. Rahman (gambar).

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ”Pluralisme Agama: Fahaman Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syariah Islamiah’ pada Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah’ di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Nur Farhana berkata, penjelasan Jakim ini penting kerana penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum telah dijadikan sebagai merit yang perlu dipenuhi oleh mahasiswa universiti.

”Kita tidak mahu fahaman pluralisme ini mula menular menerusi bidang pendidikan seperti apa yang telah berlaku terhadap negara jiran kita, Indonesia,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkenaan diminta berhati-hati dalam pelaksanaan sesuatu dasar kerana pengaruh seperti fahaman ini begitu mudah untuk berkembang di kalangan pelajar.

Nur Farhana berkata, pluralisme memang mempunyai banyak percanggahan dengan agama Islam terutamanya dari sudut akidah, syariah dan akhlak.

”Malah pendukung pluralisme juga menegaskan semua agama bermatlamat tujuan yang satu iaitu Allah walaupun berbeza dari segi pendekatan dan ibadat mengikut agama masing-masing,” katanya.

Katanya, pluralisme juga membenarkan penganutnya berkahwin lintas agama di mana orang Islam bebas berkahwin dengan agama lain.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers