Wacana kemungkaran LGBT anjuran MUAFAKAT Ahad ini

Dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 20 April – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) akan menganjurkan wacana bertajuk “Kemungkaran LGBT mengundang bala Allah’, di sini, Ahad ini.

Pertubuhan itu dalam satu kenyataan memberitahu, wacana tersebut yang mengundang beberapa tokoh bagi membentangkan kertas kerja akan diadakan bermula pukul 8.15 pagi hingga 1.30 petang di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, di Jalan Semarak, di sini.

Pembentang kertas kerja dan panel pada wacana itu ialah Uthman El-Muhammady dari Institut Pemikir dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, wakil Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim Sinwan dan Mahamad Naser Disa dari Biro Undang-undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Penyertaan pada wacana ini adalah percuma dan mereka yang berminat boleh mendaftar dengan mengirim nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada emel: muafakat_malaysia@yahoo.com atau

SMS: 012-6506404 (Nasrul).

Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi MUAFAKAT di talian 03-4106-0175 dan fax: 03 4147-4635. -UTUSAN

About these ads

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: