Archive for February, 2012|Monthly archive page

Usrah Bulanan – Mac 2012

Usrah bulanan MUAFAKAT akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 6 Mac 2012 (Selasa) – mula dengan solat maghrib bersama

Tempat: Kediaman Sdr. D. Kamaruddin Mohd Nor

Alamat kediaman Jalan Lee Woon, off Jalan Taman Zoo View, [Belakang Zoo Negara] (klik di sini atau pada imej di bawah untuk peta)

Tajuk: (akan dimaklumkan kemudian)

Pembentang: Prof. D. Mohamad Abu Bakar

Tajuk: Umat Islam antara Ideal Keagamaan dan Realiti Kehidupan

Bahan akan diedarkan kemudian.

PERINGATAN: Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Ke 7

Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Ke 7

Tarikh:

3 Mac 2012 (Sabtu)

Pendaftaran bermula 9:00

10:00 pagi – 12:00 tgh

Tempat:

Pejabat MUAFAKAT

No. 25, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Agenda Mesyuarat:

  1. Muqaddimah dan lantikan pencatat minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 7
  2. Membincang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Keenam 2011
  3. Membincang dan Meluluskan Laporan Tahunan 2011
  4. Membincang dan Meluluskan Penyata Kewangan 2011
  5. Perkara-perkara berbangkit
  6. Hal-hal lain
  7. Perlantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap 2012-2015
  8. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat 2012-2015
  9. Perlantikan Dua Orang Juruaudit Dalaman
  10. Ucapan Penangguhan Presiden

Video: Siyasah Syar’iyyah – Instrumen Memelihara al-Din Dalam Kecelaruan Pemikiran Pasca Modernisme oleh Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady

Pembentangan “Siyasah Syar’iyyah Sebagai Instrumen Memelihara al-Din Dalam Konteks Kecelaruan Pemikiran Pasca Modernisme Di Kalangan Muslimin Kontemporari” oleh Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC) dalam Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah 3 – SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM KONTEKS RELIGIO-POLITIK SEMASA MALAYSIA anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia pada 16 Zulhijjah 1432/12 November 2011 (Sabtu) di Moot Court, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA Gombak

Video: Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia – Ustaz Abdullah Zaik

Pembentangan “Siyasah Syar’iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal” oleh Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA) dalam Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah 3 – SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM KONTEKS RELIGIO-POLITIK SEMASA MALAYSIA anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia pada 16 Zulhijjah 1432/12 November 2011 (Sabtu) di Moot Court, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA Gombak

Dialog Masa Depan Agenda Islam

Video: Siyasah Syar’iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan Dan Kestabilan Negara

Pembentangan Siyasah Syar’iyyah Sebagai Instrumen Memelihara Keutuhan Dan Kestabilan Negara oleh Dr. Yusri Mohamad, Pensyarah Kulliyyah Undang-undang, UIA dan Yang Dipertua Yayasan Sofa sempena Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah 3
SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM KONTEKS RELIGIO-POLITIK SEMASA MALAYSIA anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia pada 16 Zulhijjah 1432/12 November 2011 (Sabtu) di Moot Court, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA Gombak

Video: Siyasah Syar’iyyah Sebagai Mekanisme Pengukuhan Kuasa Politik Ummat Islam Malaysia

Pembentangan Siyasah Syar’iyyah Sebagai Mekanisme Pengukuhan Kuasa Politik Ummat Islam Malaysia oleh Dr. Yusoff Mohamad, Pensyarah Jab. Usuluddin & Perbandingan Agama, UIA sempena Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah 3
SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM KONTEKS RELIGIO-POLITIK SEMASA MALAYSIA anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia pada 16 Zulhijjah 1432/12 November 2011 (Sabtu) di Moot Court, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA Gombak

Buku: Pluralisme Agama – AKAN TERBIT!

Alhamdulillah, setelah hampir enam bulan bertungkus lumus, panel penyunting MUAFAKAT telah siap menyunting buku yang bakal diterbitkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

Insha Allah, buku bertajuk “PLURALISME AGAMA: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah” setebal 320 muka lebih ini mengandungi 12 bab dan 7 lampiran kesemuanya, akan terbit pada bulan Mac 2012 nanti.

Kandungan buku ini adalah kumpulan dari kertas-kerja yang telah dibentangkan dalam tiga wacana yang telah dianjurkan oleh MUAFAKAT dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers