Archive for July, 2011|Monthly archive page

Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah Ke 4

Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah Ke 4

[HEBAHAN AWAL]

SEMINAR MENDAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA

PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH:

25 Februari 2012

Tempat:

Akan diumumkan

(Kuala Lumpur)

SILA IKUTI PERKEMBANGAN SELANJUTNYA DI LAMAN BLOG INI

Seminar di peringkat negeri yang telah dilaksanakan:

Di Pulau Pinang: Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

Resolusi dan laporannya:

Resolusi Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)
Desak kerajaan lucut kerakyatan
Waspada Ancaman Komunis Bentuk Baru
Tegas Tegak Hukum Islam

Insha Allah untuk negeri-negeri lain akan disusuli dan diumumkan kemudian

Seminar Memperkasa Akidah Umat Islam

Anjuran : Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak  dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Dengan Kerjasama: Sekretariat Menangani Ajaran Sesat Dan Fahaman Ekstrem, Pluralisme, Liberalisme Dan Sekularisme JAIS

26hb Julai 2011 (Selasa)

9.00 pagi –  1.00 petang

 Tempat : 

Dewan Seminar Masjid Al-Ikhlas, Taman Sri Melati,  Selayang.

[klik pada imej untuk paparan peta yang lebih besar]

SEMINAR MEMPERKASAKAN AQIDAH UMAT ISLAM
Seminar bertujuan bagi memberikan penerangan dan pemahaman berkenaan dengan masalah ajaran sesat dan juga fahaman-fahaman yang menyeleweng dari ajaran Islam.
Pembentangan:
Tajuk : Ancaman Ajaran Sesat dan Cara-cara Menanganinya
Oleh   : Prof Madya Dr Faudzinaim Bin Badruddin
(Pengarah Pusat Islam UKM)
Tajuk : Pandangan Sunni Terhadap Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama
Oleh   : Ustaz Wan Adli Wan Ramli
( Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,  Universiti Malaya)
Aturcara Seminar:
08.00 pagi                 : Pendaftaran dan Sarapan
09.00 pagi                 : Bacaan al-Quran
                                   : Bacaan Doa
                                   : Aluan Pengarah Program
                                   : Aluan Perasmi
09.30 pagi                  : Pembentangan Kertas Kerja
12.00 tgh                    : Dialog (Sesi QA)
01.00 tgh                    : Penutup dan Penyampaian Sijil
01.30 tgh                    : Makan Tengahari dan Bersurai
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Tiada bayaran dikenakan (PERCUMA)
Pendaftaran Masuk:
Sila daftarkan nama anda dengan menghubungi atau SMS:
Pn. Noraini               : 019-936 4578
Sdra Wan Burhan    : 013-384 0710
Hj. Ibrahim               : 019-3508958
Anjuran:
Pejabat Agama Islam Daerah Gombak
Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
 
Dengan Kerjasama:
Sekretariat Menangani Ajaran Sesat Dan Fahaman Ekstrim, Pluralisme, Liberalisme Dan Sekularisme, dibawah JAIS

Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah Ke 3

Hebahan awal

WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-3

TEMA:

SIYASAH SYAR‘IYYAH DALAM KONTEKS RELIGIO-POLITIK SEMASA MALAYSIA

TARIKH:

12 November 2011

Tempat:

Kuala Lumpur

Akan diumumkan kemudian

Antara Tajuk-tajuk Pembentangan:

  1. Siyasah Syar‘iyyah Dan Kepentingannya Dalam Mengurus Kemaslahatan Ummah.
  2. Siyasah Syar‘iyyah Sebagai Instrumen Memelihara al-Din Dalam Konteks Kecelaruan Pemikiran Pasca Modernisme Dikalangan Muslimin Kontemporari.
  3. Siyasah Syar‘iyyah Sebagai Mekanisme Pengukuhan Kuasa Politik Ummat Islam Malaysia
  4. Siyasah Syar‘iyyah Sebagai Instrumen Pemantapan Jati Diri Muslimin
  5. Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal.

 

Sila ikuti perkembangan selanjutnya di laman blog ini.

Waspada Ancaman Komunis Bentuk Baru

petikan akhbar Utusan Malaysia 18hb Julai 2011, muka 8 – laporan Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

Baca resolusi di sini.

Waspada ancaman komunisme bentuk baru

BUTTERWORTH 17 Julai – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya berwaspada terhadap golongan tertentu yang cuba menyebarkan fahaman komunisme bentuk baru bertujuan menggugat serta menghakis nilai-nilai dan pegangan umat Islam.

Berselindung di sebalik prinsip hak asasi dan kesaksamaan, fahaman baru tersebut menekankan doktrin yang mengasingkan agama bukan sahaja dari aspek kehidupan malah, menolak sistem beraja sebagai tonggak pemerintahan negara.

Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa ketika mendedahkan perkara itu berkata, fahaman baru itu menular, seiring dengan perkembangan fahaman pluralisme yang juga menjadi ancaman kepada umat Islam di seluruh dunia.

”Inilah bentuk ajaran yang ditentang hebat terutamanya ketika kita di zaman komunis dulu tetapi kini ia datang dalam bentuk baru dengan dijenamakan semula melalui idea-idea atau prinsip-prinsip hak asasi.

”Cabaran utama umat Islam adalah fahaman ini menular di sebalik golongan intelektual yang berjuang atas nama kebebasan bertujuan mengaburi mata umat Islam,” katanya.

Click untuk paparan yang lebih jelas

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran dan Kekangan Dalam Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di sini, hari ini.

Mahamad Naser yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, penularan fahaman-fahaman baru itu merupakan agenda tersembunyi pihak tertentu yang kini dilihat mempengaruhi senario politik tanah air.

Katanya, penularan fahaman itu cukup jelas apabila sudah ada kecenderungan pihak tertentu yang cuba mencabar dan mempertikaikan kedaulatan Islam sebagai agama negara dengan memutarbelitkan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan.

”Hakikat ini jelas apabila fahaman ini secara ekstrem semakin menular dalam politik negara malah, ada yang semakin berani mempersoalkan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara kesucian agama.

”Ini menggambarkan sifat fahaman komunis itu sendiri yang menolak sistem beraja dan kita perlu bertanya dengan ikhlas adakah pemikiran begini mampu mendaulatkan agama Islam?,” tegasnya.

Beliau juga menarik perhatian mengenai tuntutan supaya golongan homoseksual, lesbian dan penukaran jantina diberikan hak kebebasan untuk mengamalkan kegiatan seks mengikut cara masing-masing sedangkan ia bertentangan dengan agama Islam.

”Kita dikaburi dengan istilah kebebasan untuk memberi hak kepada golongan ini, sedangkan ia adalah perbuatan yang berdosa malah di negara kita ia adalah jenayah,” katanya.

Desak kerajaan lucut kerakyatan

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN – utusanpenang@utusan.com.my
DARI kiri: Muhamad Naser Disa, Abdul Aziz Hanafi dan Ahmad Murad Merican berbincang sesuatu pada Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN\MOHD. SAZALI CHE DIN

BUTTERWORTH 17 Julai – Kerajaan didesak supaya menarik kerakyatan mana-mana individu yang mencabar Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam atau mempersoalkan apa jua undang-undang yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Desakan itu adalah salah satu daripada lima resolusi yang diluluskan sempena Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara anjuran Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) dan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) di sini, hari ini.

Selain itu, seminar itu turut sebulat suara meluluskan resolusi menolak sebarang usaha mempolitikkan kesucian nama Allah dan semua pihak perlu menghormati prinsip kesyumulan dan kesempurnaan Islam.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd. Nor ketika mengumumkan kelima-lima resolusi berkenaan berkata, semua ketetapan yang diluluskan dalam seminar itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bulan depan.

‘‘Seminar juga menggariskan syor supaya sejarah Kedaulatan Islam dan umat Islam di Pulau Pinang yang ditonjolkan melalui pensejarahan bersifat euro-centric dirombak untuk memberi penerangan lebih jelas kepada generasi masa depan,” katanya.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan seminar tersebut yang menyentuh cabaran dalam menegakkan kedaulatan agama Islam di negara ini.

Kertas kerja pertama dibentang oleh Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican bertajuk Sejarah Awal Melayu Pulau Pinang manakala kertas kerja kedua bertajuk Menegakkan Negara Islam Satu Kewajipan pula dibentangkan Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Madya Abdul Aziz Hanafi.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami, Mahamad Naser Disa membentangkan kertas kerja ketiga bertajuk Cabaran dan Kekangan Dalam Usaha Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan.

Mohamed Nordin berkata, resolusi keempat pula ialah penguasa politik berkewajipan mendaulatkan Islam sebagai agama negara dan negeri serta menolak campur tangan politik dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

‘‘Resolusi kelima pula ialah bagi merealisasikan keempat-empat perkara di atas, maka perpaduan umat Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah hendaklah digerakkan secara serius dan berterusan tidak hanya terhenti setakat laungnya semata-mata,” katanya sambil disambut laungan Allahuakbar sebanyak tiga kali oleh peserta.

Tegas Tegak Hukum Islam

petikan akhbar Utusan Malaysia 18hb Julai 2011, berhubung liputan  Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

Baca Resolusinya di sini

Resolusi Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

RESOLUSI SEMINAR MENDAULATKAN  ISLAM –AGAMA NEGARA (SEMAIAN)

  1. Prinsip kesyumulan dan kesempurnaan Islam tidak wajar dipolitikkan hingga menggadai kesucian nama ALLAH dan kenegaraan dalam Islam.
  2. Sejarah kedaulatan Islam dan sejarah umat Islam di Pulau Pinang wajib diketengahkan – pensejarahan yang bersifat euro centric perlu dibongkar dan dirombak semula bagi memastikan kedudukan Islam sebagai agama negara terus kukuh.
  3. Penguasa politik berkewajipan untuk mendaulatkan Islam sebagai agama Negara dan agama Negeri serta kedudukan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama; campur tangan politik dalam hal ehwal MAIPP mesti dihentikan.
  4. Bagi merealisasikan ketiga-tiga perkara di atas maka,perpaduan umat Islam berteraskan al Quran dan Sunnah hendaklah digerakkan secara serius dan berterusan tidak hanya terhenti setakat laungan semata-mata.

17hb Julai 2011

Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Butterworth.

********

Laporan lain mengenai seminar:

Seminar Penerangan Ajaran Sesat & Fahaman Pluralisme

Penerangan Ajaran Sesat dan Fahaman Pluralisme Agama di Malaysia.

Anjuran : Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Dakwah

Dengan Kerjasama: Sekretariat Menangani Ajaran Sesat Dan Fahaman Ekstrem, Pluralism, Liberalism Dan Sekularism

PENERANGAN AJARAN SESAT & FAHAMAN PLURALISME

26hb Julai 2011 (Selasa)

8.00 pagi –  1.00 petang

 Tempat : Dewan Masjid Al-Ikhlas Taman Sri Melati,  Selayang.

Cadangan Pengisian:

Pembentangan kertas kerja I- Ancaman Ajaran Sesat Dan Cara-cara Menangganinya.

(Prof. Madya Dr. Fauzinaim Badaruddin – Ketua Pusat Islam, UKM)

Pembentangan kertas kerja II- Pandangan Sunni Terhadap Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama

(Ustaz Wan Adli Wan Ramli – Akademi Pengajian Islam – Universiti Malaya – calon PhD dalam kajian Pluralisme Agama)

Pendaftaran adalah Percuma.


No. Untuk Dihubungi:

Nasrul Muhaimin bin Adzmi  

012-650-6404

Seminar Mendaulatkan Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

Seminar Mendaulat Islam – Agama Negara (SEMAIAN)

anjuran bersama: Gabungan Bela Hak Insan (GABUNGAN) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Ke arah mendaulatkan Islam yang syumul di Malaysia

17hb Julai 2011 (Ahad)

8.00 pagi –  4.30 petang

PENDAFTARAN – PERCUMA

 Tempat:

Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Jalan Bagan Luar, Butterworth

Pengisian:

  • Kertas kerja I- Sejarah Kedaulatan Kesultanan Melayu
  • Kertas kerja II- Menegakkan Negara Islam Satu Kewajipan
  • Kertas kerja III- Cabaran dan Kekangan Dalam Usaha Memartabatkan Islam Menurut Perlembagaan Persekutuan
  • Forum : Gerakan Menghakis Kedaulatan Islam : Implikasi dan Cabaran Globalisasi
  • Pembentangan resolusi seminar Mendaulatkan Islam
UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
Ustaz Hafiz Nordin – 019-412-7440
* Terkini: Prof Mohamad tidak dapat hadir dan akan diganti
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers