Wacana Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah (kemaskini 2 Sep 2010)

PROGRAM DITANGGUH KE 14 DISEMBER 2010 – KLIK

Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 2

Peringkat Kebangsaan

Tema:

GERAKAN PLURALISME AGAMA

DAN

PEMURTADAN UMMAH

Tarikh

6 Oktober 2010, Rabu

[PERUBAHAN TARIKH - sebelum ini 5hb Okt]

7.30 Pagi – 5.30 Petang

Tempat:

Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Tajuk-tajuk pembentangan:

Meneliti Doktrin Dan Ciri-ciri Fahaman Pluralisme  Agama
Pluralisme Agama: Suatu Pengamatan Mengenai Isu-Isu  Penting Yang Berkaitan Dengannya
Pluralisme Agama: Program Yahudi Antarabangsa Untuk Pemurtadan
Faham Pluralisme Agama Dan  Percanggahannya Dengan ‘Aqidah Dan Syari‘ah Islamiyyah
Ancaman Gerakan Pluralisme Agama Di Malaysia: Satu Analisis Awal
.
Tokoh-tokoh yang akan membentang:

Dr. Anis Malik Thoha (UIAM)
Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (ISTAC)
Dr. Syamsuddin Arif (UIAM)
Prof. Dr. Idris Zakaria (UKM)
Dr. Yusri Mohamad (UIAM)

Anjuran bersama:

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

*****

SILA IKUTI PERKEMBANGAN SETERUSNYA ATAU UNTUK MAKLUMAT LANJUT

About these ads

2 comments so far

  1. [...] SILA IKUTI PERKEMBANGAN SETERUSNYA ATAU UNTUK MAKLUMAT LANJUT (klik di sini) « Ramadan Mubarak Muafakat Sokong Keputusan Mahkamah Rayuan Bahawa Adalah Di Bawah Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Tentukan Status Islam Seseorang » [...]

  2. mansal on

    Assalamualaikum wbkt.,

    Alhamdulillah. Saya menyokong penuh pandangan yang menyokong keputusan Mahkamah Rayuan Syariah yang menekankan bidangkuasanya dalam hal-hal yang membabitkan Islam dan para penganutnya. Ini memang seharusnya dilakukan. Tiada sesiapa atau mana-mana pihak berhak menentukan kuasanya ke atas bdiang kuasa sesuatu badan lain, khususnya yang melibatkan badan kehakiman agama seperti Mahkamah Syariah, yang bidang kuasanya telahpun ditentukan oleh Kerajaan.

    Mahkamah Syariah hendaklah mempunyai kebebasan untuk menentukan segala hal yang membabitkan ummat Islam di negara ini, tanpa tertakluk kepada mana-mana peraturan ataupun undang-undang (seperti common law), walaupun ia telah menjadi sebahagian daripada undang-undang negara selepas kedatangan penjajah ke nagara ini.

    Hakikat para penganut Islam mempunyai undan-undang dan peraturan-peraturannya sendiri hendaklah dihormati oleh semua pihak di dalam sebuah negara berbagai kaum, agama dan budaya negara ini.

    Tiada mana-mana pihak atau kuasa undang-undang yang seharusnya cuba mengenakan kuasanya dengan apa carapun terhadap apa yang memang sedia ada dari segi amalan, peraturan dan undang-undang yang membabitkan para penganut Islam negara ini, selaras dengan apa yang termaktub di dalam perlembagaan, dan jelas ditekankan di dalam Ayat 6, Surah Al-Kafirun yang bermaksud: “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.”

    Kita tidak perlu tunduk kepada mana-mana pihak atau kuasa di mana ia melibatkan kuasa yang ada pada kita sebagai ummat Islam.

    Sekiranya wujud sebarang pembabitan (encroachment) undang-undang lain seperti undang-undang Common Laws misalnya yang cuba mempertikai atau “mengenakan” kuasanya ke atas undang-undang Syariah, kita hendaklah menentangnya habis-habisan. Jika wujud mana-mana undang-undang seumpama itu yang cuba menyekat kebebasan undang-undang Syariah dan amalannya di kalangan ummat Islam, kita hendaklah memansuh undang-undang undang-undang yang bertentangan dengan undang-udang Syariah sepertiitu.

    Untuk mengatakan negara ini sebuah negara “sekular” sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak yang berpandukan kepada perlembagaan, perkara ini masih boleh dibahaskan.

    Hakikatnya, pada saya, bahawa perlembagaan Malaysia adalah digubal untuk mengamalkan suautu sistem pemerintahan yang bersifat “dualism” sepertimana yang terkandung di dalam Surah Al-Kafirun tadi.

    Ia merupakan suatu sistem pemerintahan yang kedua-duanya “sekular” dan “tidak sekular” di mana ia melibatkan para penganut Islam khasnya. Justru, perlembagaan memberikan kebebas bagi mana-mana penganut agama bukan Islam mengamalkan agama mereka dengan bebas dan dalam harmoni.

    Maka tidak wujud secara mutlak untuk (in absolute terms) mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara “sekular.”

    Mengenai isu peluralisma agama, ini adalah merupakan salah satu cara atau sebahagian daripada “Grand Design” (Rancangan Raksaksa) yang disusun rapai Yahudi dan Nasrani untuk mempastikan kita “ikut agama (cara hidup) mereka”, sepertimana yang terkandung di dalam Ayat 120, Surah Al-Baqarah, yang bermaksud: “Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad)sebelum engkau mengikut agama mereka.”

    “Grand Deisgn” Yahudi dan Nasrani ini meliputi pendekatan-pendekatan secara “halus” dan “kasar”. Mempromosikan pluralisme agama ini adalah salah satu cara dalam kategori pendekatan “halus” mereka untuk menghakis kepercayaan dan budaya kita sebagai ummat yang beragama Islam

    Mereka menggunakan pendekatan “serangan” terhadap kita ummat Islam yang ditakrif mereka sebagai “processes of deculturalisation” (proses menghapus budaya) “musuh-musuhnya”. Ini termasuklah yang dilakukan melalui media dunia yang rata kepunyaan mereka yang menekankan lebih banyak kepada hiburan – “kebebasan”, human rights (hak asasi manusia) ala mereka, “globalisation” (kesejagatan), liberalisme, demokrasi (ala mereka), dan sebagainya.

    Malah dalam sistem pendidikan mereka, yang semata-mata menekankan kepada pendekatan empiristik – mantik semata-mata – termasuk kajian melibatkan manusia, misalnya dalam bidang sosial sciences and humanities (sains kemasyarakatan dan kemanusiaan), mereka gunakan pendekatan empiri ini dalam mengeanalisis penyelidikan-penyelidikan mereka.

    Mereka menggunakan statistik dan mengandaikan bahawa manusia itu adalah bebeas nilai sepertimana “benda-benda” lain yang tidak bernyawa dan berperasaan. Boleh dan dapatkan manusia itu dianggap sebagai “bebas nilai” walaupun margin of error dikecilkan kepada .05 peratus dari segi statistiknya?

    Kalau benar, mengapa berlaku banyak ketidak ketepatan dalam temuan-temuan mereka, khususnya yang mana melibatkan pemilihan pendapat umum (public opinion) dan banyak lagi temuan-temuan emprikal seperti itu?

    Ramai dari para pelajar kita yang belajar kita (khususnya yang mengikut pengajian sains sosial dan kemanusiaan) di luarnegara yang telah di”sogok” dengan pendekatan empiri ini dan bangga menhyebarkan “kepakaran”nya kepada kita, tanpa memahami niat atau motive sebenarnya di sebalik pendekatan empri serupa itu.

    Sebenarnya, pendekatan itu bukan saja tidak sesuai dan tepat digunakan ke atas manusia untuk mengkaji human behaviour (kelakuan manusia), kerana manusia bukan semuanya bebas nilai dalam kelakuannya) malah merupakan sesuatu yang boleh “menyesatkan” para khalayaknya (audiences).

    Berbanding dengan pendekan pengkajian iluan Islam. Misalnya, para perawi Hadith, bukan saja dipilih di kalangan mereka yang kuat daya fikirannya, bahkan akhlak dan latar belakang peribadi mereka juga diambilkira, demi untuk mempastikan tidak wujud sebarang keraguan akan kesahian hadith yang dikaji dan dirakamkan. Hasil kajian mereka tidak boleh dipersoalkan kesahihannya.

    Dengan kata lain, pendekatan para ilmuan Islam berbanding dengan ala Barat adalah amat berbeza sekali. Islam menekankan kepada kajian apa yang dinamkan sekarang sebagai kajian holistik (menyeluruh). Menakala para ilmuan Barat rata-rata menggunakan pendekatan “pemencilan” – individualistik, ala pendekatan sekularism yang berteraskan kepada logical thinking (mepdekatan mantik) semata-mata, tanpa mengambil kira sipa para pengkaji atau penyelidiknya.

    Barat mementingkan quantity. Manakala Islam mementingkan quality (mutu).

    Rata-rata manusia tidak punya masa untuk meneliti dan mengambil tahu apa yang berlaku di sekeling mereka. Mereka sebuk dengan kehidupan harian untuk mencari nafkah dan mengambil tahu akan keadaan hidup mereka dan apa yang boleh menyebabkan mereka hidup dilanda berbagai masalah – sosial, khusunya, ekonomi dan politik amnya.

    Yahudi dengan Grand designnya yang berteraskan sistem sekularismenya telah mempastikan manusia tidak akan ada masa untuk berfikir secara sirius akan masalah mereka.

    Bila manusia sudah penat bekerja dan tidak punya masa, kerana terus menerus memikirkan bagaimana hendak menjadi kaya, mencari nafkah, mengurus rumaha tangga, dan sebagainya, mereka perlukan hiburan untuk merehatkan minda mereka. Maka hiburanlah di”campakan” kepada kita supaya kita relax dan bersantai sejenak sebelum memulakan kitaran dan putaran hidup seharian kita.

    Begitulah keadaan hidup kebanyakan manusia di dunia ini.

    Mengapa rutin yang berlaku terhadapnya, tidak pernah dan tidak “kuasa” mereka persoal dan mendapatkan jawapannya.

    Mereka rasa ini adalah merupakan suatu “lumrah hidup” dan telah “ditakdirkan.” Mereka lupa bahawa sesuatu yang berlaku ada “puncanya”. Ia tidak berlaku dengan sendirinya.

    Kajian mengikut pendekatan empiri hanya mampunya menyelesaikan symtoms atau kesan kepada penyebab, punca atau causes kepada sesuatu masalah.

    Misalnya, mengapa gejala buang bayi sering berlaku kebelakangan ini?

    Pada saya ini adalah merupakan symtoms, atau akibat daripada punca yang menyebabkan ia berlaku.

    Pengaruh media dan inernet dengan pornonya yang berleluasa yang dijadikan senjata untuk mengikis dan menghakis iman kita kepada agama dan keesaan Allah SWT, misalnya.

    Kalau perlu, buatlah kajian mengenainya secara holistik untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan lebih boleh diperakui kesahihannya.

    Sehubungan dengan ini, mungkin kita sebagai orang Melayu dan Islam ingin mengetahui akan kekurangan atau kelemahan kita dalam hal-hal yang berkaitan dengan sifat-sifat kita yang gemarkan hiburan, (yang membawa kita kepada melakukan amalan-amalan kurang sihat seperti mengambil dadah, jadi mat rampit, bohsia, berpoya-poya dll. yang kurang terdapat di kalangan bukan Islam), sering mempunyai sikap iri hati yang negatif akan kejayaan orang lain, hasad, dengki, khianat,sombong, angkuh, dan sebagainya?

    Saya kira satu kajian yang menyeluruh mengenai sifat dan sikap-sikap negatif ini perlu dilakukan, sepertimana yang terdapat di Amerika yang telah membuat kajian seakan-akan serupa itu terhadap kita dan hampir seluruh negara di dalam dunia ini.

    Mengirim kumpulan Peace Corp mereka adalah satu lagi cara dan sebahagian daripada Grand Design mereka untuk “menakluki” dunia yang tidak semestinya secara fisikal, tetapi yang penting ialah secara “mental”.

    Inilah telah mereka lakukan dalam Grand Design mereka.

    Tiba sudah masanya kita juga perlu mempunya satu Rangka Gagasan Grand Design seperti itu, atau malah yang lebih canggih daripada Rancangan Raksaksa mereka, untuk bertindak balas dan atau menyaingi mereka.

    Pada saya jawapan kepada Grand Design kita telahpun ada dan tersedia ada; iaitu apa yang terkandung di dalam kitab Al-Qurannulkarim, Hadith dan Sunnah nabi besar kita Muhammad SAW.

    Ikut dan amalkanlah ajaran Al-Quran dan Sunnahku, kamu tidak akan sesat dunia dan akhirat. Begitulah pesan Nabi besar kita Muhammad SAW sebelum beiau wafat.

    Insya Allah sekiranya Kongres Masa Depan Islam kita berjaya dilangsungkan dengan mendapat restu dan ramatNya serta sokongan dari seluruh ummat Islam yang cintakan agamanya, kita akan dapat menyedia dan menyebarluaskan Grand Design versi kita nanti. Ini bukan saja bakal menjadi penyuluh dan penggerak kepada masa depan ummah di negara ini, bahkan mungkin boleh diperluaskan amalannya ke seluruh dunia yang kini lebih menggermarkan kebendaan daripada kemanusiaan.

    Wallahu’alam.

    Haji Mansoor Haji Ahmad (mansaldamha)
    Penasihat ProWaris


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: