Himpunan dan Ikrar Mansuhkan PPSMI
MUAFAKAT bersama menyokong dan sama-sama menganjurkan perhimpunan dan ikrar memansuhkan PPSMI yang akan diadakan pada 8:30 malam 23 Feb 2009 (Isnin) di Dewan Perniagaan China (Chinese Assembly Hall) Wilayah Persekutuan dan Selangor berdekatan dengan Stadium Merdeka.
Antara yang dijangka berucap pada malam itu ialah Dato’ Hassan Ahmad dan beberapa laigi pejuang Bahasa Melayu.
Kami menjemput semua untuk hadir.



Assalamu’alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
Yang Dikasihi Pimpinan MUAFAKAT,
Saya ingin menyatakan sokongan dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada MUAFAKAT, terutamanya pimpinannya dan YBhg Prof Emeritus Osman Bakar hafidzahuLlah, yang telah bertindak sebagai pertubuhan kumpulan pressure-group yang begitu effektif bagi memartabatkan hak-hak Kaum Muslimin Melayu di persada Nusantara Tanah Melayu ini.
Sesungguhnya kekuatan Agama insyaAllah akan tertegak melalui perjuangan sebegini yang tidak terbawa-bawa dengan mainan politik yang sempit.
Semoga MUAFAKAT dilindungi Allah subhanahu wata’ala dan akan terus memberi sumbangannya. Amiin Ya Rabba’alamiin !
TOKPAKIR