Archive for December, 2008|Monthly archive page

Kenyataan Akhbar – Serangan Israel Terhadap Gaza

PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT (MUAFAKAT)mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan kejam dan zalim rejim zionis Israel yang melancarkan serangan terhadap Gaza (yang diberi nama Operation Cast Lead) yang mengakibatkan pembunuhan lebih 350 orang awam, mencederakan lebih seribu enam puluh penduduk yang tidak berdosa dan mengakibatkan kemusnahan rumah kediaman, hartabenda dan infrastruktur awam.

Ini adalah tindakan kejam yang kesekian kalinya yang telah dilakukan oleh rejim Israel terhadap penduduk Palestin, dan semenjak tiga hari lalu terhadap penduduk Gaza khasnya. Tindakan kejam rejim Israel tersebut adalah keterlaluan, zalim, diluar batas-batas perikemanusiaan serta melanggar norma-norma antarabangsa dan oleh itu perlu dikutuk oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

Kekacauan yang kini berlaku di rantau ini adalah berpunca dari keangkuhan rejim Israel dan Amerika Syarikat yang ingin melumpuhkan organisasi HAMAS dan mengasingkan mereka serta memecahbelahkan penduduk Palestin.

Adalah terang dan jelas bahawa rejim Israel adalah punca segala kesengsaraan dan penderitaan yang dialami olih beribu-ribu rakyat Palestin semenjak penubuhan Negara Israel pada tahun 1948 hingga kini. Mereka adalah pengganas yang sebenarnya. Mereka mengganas dengan menjajah bumi Palestin, merampas tanah dan hartabenda mereka, membunuh pejuang-pejuang Palestin, memenjara beribu-ribu orang Palestin, samada orang-orang tua, kanak-kanak, wanita dan orang awam yang tidak berdosa.

Olih yang demikian, kami dari Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat (MUAFAKAT) berpendapat keamanan yang berkekalan hanya dapat diwujudkan di bumi Palestin sekiranya satu penyelesaian yang berkekalan dan adil dipersetujui dan di laksanakan. Olih itu kami mendesak:-

1. Rejim Israel segera menghentikan serangannya terhadap Gaza serta berundur dari bumi Palestin beserta dengan bala tenteranya dengan serta merta,

2. Kuasa-kuasa besar, terutamanya Amerika Syarikat hendaklah menggunakan pengaruhnya mendesak Israel menghentikan serangannya terhadap bumi Palestin dengan serta merta, dan segera ke meja perundingan untuk menyelesaikan masaalah menghapuskan pendudukan haram di atas bumi Palestin, membenarkan penduduk Palestin bergerak dengan bebas di atas bumi mereka, pertukaran tawanan perang, tanah yang dirampas dan lain-lain perkara yang berkaitan

3. Regim Israel dan Kuasa–kuasa besar hendaklah mengiktiraf kewujudan Negara Palestin yang bebas dan merdeka serta membenarkan Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah di bumi Palestin, dengan diberi segala kemudahan yang mereka berhak terhadapnya seperti hak keatas wang yang dipungut sebagai cukai dan royalti, hak bergerak secara bebas dan selamat dalam negara mereka, hak terhadap hasil mahsul mereka dan segala hak yang mereka layak sebagai Negara yang bebas dan merdeka.

4. Regim Israel hendaklah membubarkan penempatan-penempatan haram yang telah dibina di atas tanah orang-orang Palestin yang telah mereka rampas selama ini.

5. Menggesa Kerajaan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar menangani isu Palestin ini dengan adil dan bertanggungjawab dengan menghormati hak asasi rakyat Palestin sama seperti mana mereka (kuasa-kuasa besar) menyanjung tinggi hak asasi mereka sendiri serta menghormati pilihan rakyat Palestin yang telah memilih secara demokrasi sebuah Kerajaan untuk membentuk Kerajaan dan mengurus hal ehwal kebajikan dan keselamatan mereka, tanpa sebarang campurtangan dan paksaan ke atas mereka dengan apa cara sekalipun.

6. Mendesak pertubuhan-pertubuhan Antarabangsa khususnya PBB, OIC dan NAM supaya mengambil langkah-langkah yang sesuai dan berkesan bagi menamatkan perang, melindungi rakyat Palestin dari kekejaman rejim Israel serta berusaha bagi merealisasikan kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat serta menamatkan penjajahan Israel di bumi Palestin.

7. Menyeru umat Islam di seluruh dunia, khususnya di Malaysia supaya memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun samada kewangan, material, tenaga dan doa.

(DATO HAJI AHMAD BIN HAJI ISMAIL)

TIMBALAN PRESIDEN,

PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT

(MUAFAKAT)

31hb. Disember, 2008

3hb. Muharram 1430

Press Release – Israeli Raid into Gaza


PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT (MUAFAKAT) strongly condemns the latest onslaught by the Israeli Zionist regime into Gaza, code-named ‘Operation Cast Lead’ that resulted in the killing of more than 350 civilians, maiming more than one thousand six hundred of the population and inflicting serious damages towards their dwellings and properties and the country’s infrastructures.

This is one of the endless brutal actions committed by the Israeli regime against the Palestinians and specifically against the Hamas. This latest inhumane action is too excessive, unacceptable and goes against international norms and practices, which therefore calls for condemnation from the international community.

The turmoil and fighting currently taking place in the region is the direct result of the action of the Israeli regime and The United States of America which want to cripple the HAMAS organization and also to divide and to alienate them from the rest of Palestinian population.

It is therefore very clear that the Israeli regime is the source of the sufferings and humiliation experienced by millions of Palestinians since the inception of Israel in 1948. The Israeli regime is rightly the true terrorist. They colonize and terrorize the Palestinians and the Lebanese, confiscating their land and properties, restricting their movements, killing ordinary civilians and freedom fighters, imprisoning thousands of them, regardless of children, women, and the aged and innocent people. )

In view of the above, we are of the opinion that peace can only prevail in Palestine, if just and permanent solutions are implemented. We therefore call for :-

1. Immediate cease-fire be implemented between Israel, The Palestinians and complete withdrawal of the Israeli regime and its military forces from Palestine .

2. The superpowers, especially The United States of America should use its influence to urge the Israelis to stop its attack on Palestine, observe the ceasefire and return to the negotiating table to thrash out issues such as the dissolution of all its illegal settlements hitherto constructed on lands confiscated from the Palestinians, giving the Palestinians free movements in and out of their territories, exchange prisoners of war etc,

3. The Israeli regime and the super powers must recognize the existence of a free and independent state of Palestine, as well as allow the formation of the Government elected by the people. The Palestinian Government must be given all the necessary requirements necessitated for the smooth running of a Government, including the right to obtain the collected taxes and royalties, freedom of movement and the right to collect revenues to enable the state to function freely and independently.

4. The Israeli regime must unconditionally dissolve its illegal settlements hitherto constructed on lands confiscated from the Palestinians,

5. The American Government and other super powers are to deal with the Palestinians issue impartially and responsibly, respecting the basic human right of the Palestinians, similar to what is practice in their respective countries. This means recognition of the freely and democratically elected Palestinian Government to run its own affairs without interference and arms-twisting.

6. We also call the International organizations such as the UN, OIC and NAM to take concrete and effective actions to stop the fighting from escalating, protect the Palestinian people from the atrocities of the Israeli regime as well as to work towards the realization of a free, independent, sovereign Palestinian state and to end the continuous Israeli occupation of Palestine.

7. Lastly, we call on Muslims all over the world, especially Malaysians to come forward to help the people of Palestine in whatever capacity, be it financially, materially and doa.

Thank you.

(DATO’ HAJI AHMAD BIN HAJI ISMAIL)

DEPUTY PRESIDENT,

PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT

(MUAFAKAT)

31 December, 2008

3 Muharram, 1430

Konsep dan Objektif Pendidikan Seks Menurut Perspektif al Quran

Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Seksual Kebangsaan 2005 yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya pada 30 Julai 2005 –
Diedar semula sempena Siri Diskusi Khas (SDK) Ke 3 Anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 22 Julai 2006 Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

*****************************************************************

Abstrak

Pendidikan seks menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik dan lain-lain. Topik berkaitan konsep dan objektif pendidikan seks merupakan aspek penting untuk dibincangkan kerana ia perlu difahami secara jelas dan mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan. Pemahanan tentang konsep dan objektif pendidikan seks amat penting kerana ia merupakan asas di dalam menentukan kerangka dan hala tuju pelaksanaan program pendidikan tersebut. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji konsep dan objektif pendidikan seks menurut perspektif al-Quran. Perbincangan-perbincangan al-Quran berkaitan topik tersebut akan menjadi teras di dalam kajian ini di samping hadith-hadith yang menjadi penerang kepada konsep-konsep yang terkandung di dalam al-Quran. Pandangan para ilmuan Islam juga turut dibincangkan dalam memahami apa yang telah diperkatakan oleh al-Quran dan al-Hadith tersebut. Kajian analitikal berdasarkan sumber al-Quran dan al-Hadith mampu memberikan satu pemahaman yang jelas berkaitan dengan konsep dan objektif pendidikan seks menurut perspektif Islam. Rumusan daripada kertas ini dapat memberikan input yang berguna kepada pihak yang terlibat di dalam menggubal dan menentukan corak perlaksanaan program pendidikan seks di negara ini agar ia menjadi lebih berkesan dan tidak tersasar dari landasan agama.

Konsep dan Objektif Pendidikian Seks

Menurut Perspektif al Quran


Oleh

Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat

Institut Pendidikan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Rahimi Md. Saad

Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan

Universiti Malaya

Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan teknologi telah meninggalkan impak yang mendalam terhadap sosio-budaya informasi serta gaya hidup masyarakat. Isu moral dan sosial yang banyak diperkatakan kini sebahagian besarnya adalah hasil daripada perkembangan tersebut. Statistik berkaitan pelbagai gejala keruntuhan moral seperti penagihan dadah, rogol, pelacuran, persetubuhan luar nikah dan lain-lain lagi di kalangan remaja telah mendorong pihak berkuasa untuk mencari alternatif terbaik bagi menghindari mereka daripada terus terjebak di dalam aktiviti keruntuhan moral tersebut. Untuk menangani gejala yang berkait aspek seksual, maklumat dan pengetahuan yang tepat berkaitan dengan seksualiti dan reproduksi perlulah didedahkan kepada golongan remaja agar mereka memperolehi maklumat yang mampu menjadi benteng pertahanan diri dari perkara yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka. Sebagai langkah positif, untuk membendung perkara ini, Kementerian Pendidikan (kini Pelajaran) telah mengambil inisiatif memperkenalkan beberapa subjek berkaitan seksualiti dan reproduktif seperti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam dan Moral, Biologi dan Sains. Kurikulum subjek-subjek tersebut menyentuh pelbagai topik yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, seksualiti, reproduksi, dan aspek moral dan hubungan antara jantina.

Semenjak diperkenalkan, pelbagai bentuk penilaian dan perubahan terhadap kurikulum tersebut telah dilakukan untuk memenuhi keperluan dan perkembangan semasa. Kini, usaha untuk memberikan pendidikan seksual yang formal bukan sahaja ditangani oleh Kementerian Pelajaran tetapi juga melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan. Semua pihak yang terlibat telah telah berusaha untuk merangka dan melaksanakan satu program kesedaran dan pendidikan seksual yang berkesan untuk kepentingan masyarakat. Pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak diambilkira untuk menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program tersebut. Pandangan dan perspektif agama merupakan aspek yang penting untuk diberi perhatian agar agenda program tersebut dapat membuahkan hasil yang terbaik.

Sebagai sebuah negara Islam, pandangan serta perspektif Islam perlu diberikan keutamaan kerana nilai dan konsep yang diutarakan Islam seringkali bersifat universal untuk pelaksanaannya. Kertas kerja ini cuba menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan pendidikan seks menurut perspektif Islam. Secara lebih khusus, ia akan menyentuh definisi, konsep dan objektif serta kedudukan pendidikan seks. Ia juga membincangkan pendidikan seks dalam konteks holistik dan objektif jangka pendek serta jangka panjang pendidikan seks menurut perspektif al-Quran.

Pendidikan Seks

Menurut Kamus Dewan (1994), perkataan ‘seks’ bermaksud sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan (jantina) atau keinginan syahwat. Secara umumnya, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan di mana wujudnya hubungan di antara berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Bagi sesetengah masyarakat, perbincangan tentang topik seks dianggap sebagai taboo atau tidak wajar dibicarakan kerana ia adalah perkara yang terlalu peribadi atau dianggap sebagai persoalan ‘dalam selimut’. Namun, apabila perkataan seks dikaitkan dengan pendidikan, ia akan memberi satu maksud yang amat berbeza. Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internal cosnsiousness/spiritual/ morality) dan juga jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu seperti pelajar sekolah dan juga orang awam tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan di antara dua jantina tersebut. Ia boleh dilaksanakan samada secara formal atau pun tidak formal.

Di dalam Islam, isu yang berkaitan dengan seks bukanlah perkara asing. Ia telah dibincangkan dengan begitu meluas oleh para ilmuan dan agamawan Islam. Perbincangan tersebut bukanlah berdasarkan kepada pandangan mereka semata-mata tetapi adalah bertunjangkan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t melalui kitab al-Quran dan juga penjelasan oleh RasulNya melalui al-Sunnah. Pemerhatian yang mendalam terhadap kandungan al-Quran dan al-Hadith akan mendapati bahawa perbincangan tentang seks sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah laku mulia, menjauhi kemungkaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sebagai contoh, al-Quran telah menggambarkan institusi perkahwinan sebagai sebuah institusi suci yang mampu memberi ketenangan dan merealisasikan erti kasih sayang yang sebenar melalui firmanNya yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Al-Rum: 21)

Apabila membicarakan perkara yang berkaitan dengan penyelewengan seks (sexual deviance) seperti zina, Allah s.w.t menegaskan ia sebagai perbuatan mungkar yang terkutuk. Ini dapat difahami melalui firman-Nya yang bermaksud:“Dan Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (Al-Isra’: 32)

Apabila menyentuh persoalan hubungan seks songsang (homosexsuality) seperti yang dikisahkan melalui kaum Nabi Luth, Allah s.w.t telah mengecam perbuatan mereka dengan menyatakah bahawa mereka telah melakukan perbuatan fahisyah iaitu perbuatan yang dikutuk. Firman-Nya bermaksud: “Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatakala ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah (homosexuality) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?” (Al-A’raf: 80)

Daripada perspektif agama, orang yang mampu mengelakkan diri mereka daripada terjebak dalam salahlaku seks menunjukkan bahawa mereka mempunyai kekuatan dalaman (spiritual) dan daya tahan diri yang kuat. Dalam sebuah hadith, Nabi s.a.w. telah menjelaskan bahawa seorang yang mempunyai iman yang sempurna tidak akan melakukan hubungan seks di luar nikah. Baginda menyatakan: “Tidak akan berzina seseorang penzina itu dalam keadaan dia beriman… …” ( Riwayat Bukhari)

Islam juga memandang serius kepada perbuatan atau perlakuan awal (preaction) yang boleh membawa kepada berlakunya zina seperti berkhalwat. Rasulullah menyatakan: “Tidak berada di tempat sunyi antara seorang lelaki dan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah syaitan”. Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan bersunyian (khalwat) antara seorang wanita dan lelaki (yang tiada hubungan mahram) boleh mendorong kepada penyelewengan seksual kerana mereka akan dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan.

Larangan ini lebih jelas dapat dilihat di dalam al-Quran melalui larangan perbuatan zina. Allah berfirman (maksudnya): “Janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan fahisyah (terkutuk) dan buruk padahnya.” (al-Isra’:32). Jelas melalui ayat tersebut bahawa Allah bukan sahaja melarang perbuatan zina bahkan mendekati zina juga turut dilarang kerana sebagai Pencipta, Allah mengetahui bahawa di antara kedua-dua jantina ini akan sentiada ada daya tarikan untuk mewujudkan yang lebih intim dari aspek seksual.

Pandangan Islam terhadap Pendidikan Seks

Abdulah Nasih ‘Ulwan (1985) telah menghuraikan pendidikan seks sebagai satu proses untuk ;

“mengajar, menjelaskan dan meberi peringatan kepada remaja tentang isu yang berkaitan dengan seks, naluri, nafsu (syahwat), dan hubungannya dengan perkahwinan…sehingga mereka membesar dalam keadaan memahami erti kehidupan. Remaja mengetahui apa yang dibenarkan dan apa yang ditegah dan mereka menjadikan sikap dan tingkahlaku Islam sebagai praktik dalam kehidupan.”[1](hal. 499)

Al-Tawil (1992) pula menanggap pendidikan seksualiti sebagai satu proses yang bertujuan untuk;

“mengajar, memberi peringatan dan berterus terang kepada kanak-kanak (remaja) semenjak baligh lagi dengan isu yang berkaitan dengan seksualiti, naluri dan perkahwinan. Apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan memahami perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan mengetahui apa yang halal dan apa yang haram Cara hidup Islam akan menjadi akhlak mereka maka mereka akan menjauhi segala perlakuan yang keji.”[2](hal: 8)

Analisis terhadap beberapa ayat al-Quran dan al-Hadith jelas menunjukkan bahawa Islam amat menggalakkan umatnya untuk mempelajari ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan seksualiti dan reproduktif. Islam amat mementingkan umatnya menjalani kehidupan seksual yang sempurna dan baik selaras dengan tuntutan Allah s.w.t. Segala perintah dan peraturan agama berkaitan seksual yang ditetapkan oleh Islam adalah bermatlamatkan kepada kesejahteraan hidup manusia. Di antara firman Allah yang berkaitan ialah:”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang- pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.” (Al-Zariyat: 49)

Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: “Haidh itu adalah kotoran”. Oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.” (Al-Baqarah: 222)

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau (hamba) yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka tidak (termasuk dalam kelompok orang yang) tercela dalam hal ini. Barangsiapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7)

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya…” (Al-Nur: 30-31)

Nabi s.a.w. sendiri semasa hayatnya telah mengajar para sahabat baginda secara jelas pelbagai perkara yang berkaitan dengan persoalan seks. Segala permasalahan yang timbul di kalangan mereka akan terus dirujuk kepada Nabi s.a.w. untuk mendapat penjelasan. Kandungan sebuah hadith telah menunjukkan keprihatinan baginda dalam hal ini kerana telah memperuntukkan satu sesi khusus untuk wanita di kota Madinah mengemukakan masalah yang berkaitan dengan diri mereka (wanita) tanpa kehadiran kaum lelaki. Ini menggambarkan bahawa baginda amat mengggalakkan aktiviti perbincangan yang bermatlamatkan untuk menambah ilmu pengetahuan untuk kepentingan hidup seharian. Baginda menyatakan: “Kerahmatan bersama wanita Ansar (penduduk Madinah). Perasaan malu tidak menghalang mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan agama.[3] Saidina Ali r.a juga menyatakan tidak sepatutnya ada perasaan malu dalam perkara berkaitan agama.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah r.a. katanya: “Di zaman Rasulullah s.a.w., kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah s.a.w. berkata kepada kami (yang bermaksud): “Wahai para pemuda, siapa yang mampu berumahtangga, kahwinlah. Sesungguhnya perkahwinan itu melindungi pandangan mata dan memelihara kehormatan. Tetapi siapa yang tidak mampu berkahwin, maka berpuasalah, kerana puasa itu merupakan pendindingnya”.[4]

Jika dilihat pada perspektif agama, perbincangan tentang seks adalah digalakkan selagi ia bermatlamatkan kepada keinginan untuk mencari kebenaran dan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perbincanganan tersebut mestilah berlandaskan kepada pentafsiran ayat-ayat al-Quran, al-Sunnah dan juga pandangan ilmuan Islam yang berautoriti sama ada di kalangan ilmuan lampau atau semasa. Hasil daripada perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan yang jelas untuk menggubal dasar etika dan adab berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduktif yang bercirikan Islam.

Apabila membicarakan tentang seksualiti, isu-isu berkaitan yang perlu diberi perhatian tidak sepatutnya terhad kepada perbezaan, perkembangan dan perubahan fizikal jantina sahaja tetapi ia mestilah turut sama memberi perhatian kepada isu interaksi di antara lelaki dan perempuan serta peranan institusi keluarga kerana pemahaman yang betul terhadap perkara tersebut akan dapat mewujudkan kehidupan seksual yang harmoni di kalangan manusia. Jika diteliti, kita dapati bahawa perbincangan yang terkandung di dalam agama yang berkaitan dengan seksual amat menumpukan kepada perkara ini kerana ia adalah asas kepada kehidupan seksual yang sempurna. Pemahaman terhadap larangan dan peranan yang perlu dipatuhi akan membolehkan bentuk interaksi yang berlaku adalah harmoni dan menghindari penyelewengan atau interaksi songsang.

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai isu seksual berdasarkan perspektif al-Quran, kajian perlu ditumpukan kepada perincian dan pemahaman kandungan serta tafsiran berautoriti terhadap ayat-ayat al-Quran yang berkait dengan isu-isu seksualiti, reproduktif, kesihatan fizikal dan kekeluargaan. Berdasarkan analisa terperinci terhadap kandungan al-Quran, ayat-ayat yang berkait dengan dengan isu-isu tersebut dapat dirumuskan seperti jadual berikut :

Isu/Topik

Jumlah Ayat

Maruah diri, perkahwinan dan institusi kekeluargaan

87

Penyelewengan seks dan seks luar nikah

92

Hadath

4

Batas serta adab hubungan antara lelaki dan perempuan

44

Hubungan kedua ibubapa dan anak-anak

33

Matlamat Pendidikan Seks dari Perspektif al-Quran

Di antara matlamat utama dalam mendidik masyarakat memahami kehidupan seksual yang selaras dengan tuntutan agama adalah untuk mematuhi perintah dan tuntutan Allah terhadap manusia atau dengan ertikata lain sebagai satu ibadah. Allah telah menyatakan melalui firmanNya (bermaksud): “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melain untuk beribadah.” (al-Zariyat: 56). Tanggungjawab beribadah bermakna menjalankan kehidupan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Allah telah menyediakan garis panduan kehidupan manusia melalui al-Quran dan menyediakan konsep-konsep untuk difahami dan ia telah diperincikan oleh Rasulullah s.a.w melalui al-Sunnah yang seterusnya dibincangkan oleh para ulama dan ilmuwan.

Sebagai hamba, manusia bertanggungjawab untuk mematuhi perintah Allah sebagai yang difirmankanNya (bermaksud): “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (al-Ahzab: 36).

Menjadi tanggungjawab kepada masyarakat untuk mendidik anggotanya memahami corak kehidupan dalam apa jua aspek sama ada ekonomi, sosial, moral dan sebagainya agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sentiasa diredhai Allah. Dalam hal ini, kehidupan seksual juga tidak terlepas dari tanggungjawab masyarakat untuk menyampaikannya terutama kepada generasi muda kerana kecelaruan yang timbul akan menimbulkan masalah yang perlu ditanggung oleh semua anggota masyarakat. Mereka perlu difahamkan dengan gaya hidup seksual yang selaras dengan nilai dan garis hidup yang ditetapkan oleh Islam. Kandungan pengisian program pendidikan seksual mestilah mampu menjurus orang yang dididik ke arah memahami diri sendiri yang seterusnya membawa mereka kepada mengenali dan patuh kepada Allah sebagai tuhan mereka.

Pendidikan seks juga perlu diberi perhatian kerana ia merupakan satu mekanisme untuk setiap individu memahami dan seterusnya memelihara maruah diri mereka. Perkara ini dapat difahami melalui perintah Allah s.w.t agar para wanita menjaga aurat mereka melalui ayat 59 surah al-Ahzab. Allah selitkan di dalam ayat tersebut kenyataan “..yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu…”. Kandungan ayat ini telah menunjukkan bahawa Allah mewajibkan perkara tersebut kerana ia adalah satu cara untuk memastikan kehormatan diri dan maruah wanita akan kekal terpelihara.

Penjagaan maruah bukan perkara kecil kerana ia merupakan salah satu daripada tujuan atau matlamat umum (maqasid) kepada penurunan syariat Allah ke atas manusia. Islam amat mementingkan penjagaan kehormatan diri kerana Allah sendiri memuliakan manusia. Firman Allah (bermaksud): “Dan sesungguhnya kami muliakan anak-anak Adam dan kami memelihara darjat mereka di daratan dan lautan. Kami berikan rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna daripada sekelian makhluk yang telah kami cipta (iaitu akal” (al-Isra’: 70)

Kaitan Pendidikan Seks dengan Aqidah

Pendidikan seks juga mempunyai perkaitan amat rapat dengan aqidah. Pendidikan seks yang berkonsepkan Islam mestilah berteraskan kepada kepercayaan kita kepada Allah dan seluruh rukun iman yang lain. Apabila kita percaya kepada Allah sebagai Tuhan yang Maha Bekuasa, maka menjadi tanggungjawab kita untuk patuh kepadaNya. Orang yang patuh kepada perintah Allah adalah orang yang percaya kepada kekuasaanNya serta mempercayai balasan baik dan buruk di kehidupan akhirat.

Dalam perintah menjaga a’urat, Allah memulakan ayat (bermaksud) : “Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman…” (al-Nur: 31). Dapat difahami daripada ayat ini bahawa wanita yang mematuhi perintah tersebut telah diakui oleh Allah sebagai orang yang beriman iaitu percaya kepada kebesaran Allah dan percaya bahawa balasan yang buruk akan menimpa orang-orang yang ingkar.

Kaitan Pendidikan Seks dengan Kesejahteraan Manusia

Masyarakat yang dapat mendidik anggotanya menjalani kahidupan seksual yang harmoni akan dapat mewujudkan sebuah kehidupan yang sejahtera. Allah telah menjanjikan bahawa umat yang patuh kepada perintah Allah akan sentiasa dirahmatiNya. Janji ini dinyatakan melalui firmanNya (bermaskud): “ Jika penduduk sesuatu negeri itu beriman dan bertaqwa (patuh) kepada Allah, Kami akan bukakan untuk mereka keberkatan daripada langit dan bumi…” (al-A’raf: 96).

Apabila kehidupan seksual berjalan mengikut garispanduan agama, sebuah masyarakat yang damai dan sejahtera. Pembentukan sesebuah masyarakat akan menjadi harmoni kerana ia dibentuk oleh sebuah keluarga yang dipenuhi dengan kasih saying. Allah telah memerintahkan supaya manusia berkahwin kerana ia membawa kesan yang begitu penting terhadap kesejahteraan hidup mereka jika mengikut lunas yang ditetapkan. Firman Allah (bermaksud): “ Dan Allah telah menjadikan untuk kamu daripada diri kamu berpasangan dan mengurniakan untukmu daripada mereka anak-anak dan cucu-cucu serta mengurniakan untuk kamu semua rezeki-rezeki yang baik.” (al-Nahl: 16). Allah juga menyatakan (bermaksud): “ Dan di antara tanda-tanda kekuasanNya Dia menciptakan daripada diri kamu pasangan untuk kamu memperolehi ketenangan daripadanya dan menjadikan di antara kamu kasih saying. Sesungguhnya yang demikian itu mempunyai isyarat untuk kaum yang berfikir”. (al-Rum: 30)

Pelaksanaan Pendidikan Seks

Jika diperhatikan kepada apa yang disarankan oleh al-Quran dan al-Sunnah, pendidikan seks mestilah berjalan sebagai satu proses yang berterusan. Pelaksanaan yang bersifat sementara atau sekadar untuk menyelesaikan masalah sosial semasa adalah langkah yang tidak praktikal.

Islam menekankan bahawa pendidikan harus dimulakan daripada peringkat bawah supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di antara mereka. Pada peringkat usia 10 tahun lagi, ibu-bapa diarahkan untuk mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Arahan ini secara tidak langsung (indirect) adalah satu bentuk didikan agar anak-anak ini dapat memahami bahawa perbezaan jantina yang wujud antara mereka tidak membolehkan mereka untuk berhubungan terlalu rapat walaupun mereka mempunyai pertalian darah. Apabila meningkat dewasa, kefahaman itu akan menjadi lebih jelas apabila mereka diwajibkan menutup aurat serta membatasi pergaulan dengan jantina yang berbeza.

Hal yang sama juga dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan oleh syariat Islam untuk menerapkan garis kehidupan seksual umatnya. Penekanan diberikan kepada langkah pencegahan awal seperti mewajibkan penutupan aurat, melarang pergaulan bebas antara jantina berbeza serta menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan di dalam Islam. Nabi s.a.w sendiri telah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin itu telah menyempurnakan separuh daripada kesempurnaan agamanya bahkan mereka yang mengelakkan daripada berkahwin dalam keadaan mereka mampu berbuat demikian dianggap tidak termasuk dalam kelompok umatnya.

Pendekatan tersebut perlu diberikan penekanan kerana kandungan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah lebih menekankan kepada perkara tersebut berbanding hukuman. Namun jika manusia masih gagal untuk mengikuti pendekatan ‘lembut’ yang nyatakan, maka hukuman yang keras akan menanti mereka yang menyonsang perintah Allah dan fitrah kehidupan manusia. Syariat Islam telah menjanjikan sebatan seratus rotan untuk penzina bujang dan rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin. Hukuman ‘keras’ ini disediakan untuk mereka yang degil dan gagal untuk memahami tuntutan Tuhan yang manfaatnya adalah untuk kesejahteraan diri mereka sendiri.

Kandungan pendidikan seks juga mesti sentiasa dikaitkan dengan nilai-nilai murni mereka yang dididik dapat memahami manfaat dan akibat daripada sikap mereka untuk akur atau menyanggahi apa yang telah disampaikan kepada mereka.

Objektif Am Pendidikan Seks

Jika diteliti penulisan dan pemikiran para cendekiawan dan tokoh pendidikan Islam seperti Al-Ghazali, Nasih ‘Ulwan, Othman al-Tawil dan Malik Badri[5], objektif am pendidikan seks dan reproduktif berpaksikan Islam dapat digariskan sepereti berikut:

1) Untuk mempastikan pelajar dapat menghayati kesyumulan ajaran Islam dalam menangani segala permasalahan manusia.

2) Untuk menambahkan lagi keyakinan dan keimanan pelajar terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan. Seterusnya melahirkan manusia yang taat kepada perintah Allah s.w.t (beribadat kepada Allah) tanpa berbelah bahagi.

3) Untuk memberi maklumat yang betul dan jelas mengenai perkara yang berkaitan dengan seksualiti kepada remaja. Ini dengan menyediakan kurikulum pendidikan seksualiti yang standard berkaitan dengan kebaikan dan keburukan serta halal dan haram bertepatan dengan ajaran Islam.

4) Untuk membentuk akhlak, sikap dan tingkah laku yang mulia di kalangan pelajar berhubung dengan seksualiti dan reproduktif.

5) Untuk membuka minda pelajar berkaitan dengan kesihatan dan etika seksualiti serta kepentingan institusi keluarga.

Daripada objektif di atas, kesyumulan Islam adalah perkara yang amat ditekankan dalam kurikulum seksualiti. Kesyumulan bermaksud Islam tidak meninggalkan sesuatu isu kecuali untuk diperbincangkan sebagai panduan kepada umatnya dan keseluruhan manusia amnya. Garis panduan yang bersifat pengetahuan (ilmu) ini mempunyai kaitan dengan sifat suci dan spiritual sesuatu ilmu. Setiap ilmu terdapat rahsia ketauhidannya yang tersendiri.[6] Secara umum, kesemua objektif tersebut menyentuh domain kognitif, spiritual, efektif dan psikomotor.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, konsep pendidikan seks daripada perspektif Islam perlu;

  • dilihat secara menyeluruh (holistic) kerana pelaksanaannya adalah bermatlamatkan kepada sebuah sistem kehidupan insan yang harmoni dan sejahtera
  • mengelakkan daripada salahfaham yang boleh membawa kepada gangguan dan kekacauan akibat daripada salahguna maklumat yang diperolehi
  • menjadikan keselamatan dan kesejahteraan umat sebagai agenda utama dalam pelaksanaan pendidikan seks
  • berpandukan kepada rangka matlamat syariat (maqasid syariah) – menjaga agama, maruah, keturunan dll. – agar pelaksanaannya dapat mencapai objektif yang diharapkan


NOTA HUJUNG

[1] Abdullah Nasih ‘Ulwan (1985), Tarbiat al-Awlad fi al-Islam, jil. 2. Kaherah: Dar al-Salam, hal: 499

[2] Othman al-Tawil (1992): Al-Tarbiyyah al-Jinsiyyah fi al-Islam li al-Fatayat wa al-Fityan. Amman: Dar al- Furqan, hal: 8

[3] Abu Zakaria al-Nawawi. Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Kitab al-Haid, Bab Istihbab Isticmal al-Maghtasalah min al-Haid, vol. 4. (Damascus: Dar al-Khair, 1994): 13, lihat juga Muhammad ibn Ismail al-Bukhari. Sahih al-Bukhari bi Hashiah al-Sindi, Kitab al-Ictisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, Bab Taclim al-Nabi Ummatahu, vol. 2, bhg. 4. (Cairo: Matbaah Dar Ihya’ al-Kutub al-cRabiah, t.t.) 263.

[4] (Riwayat Bukhari). Lihat Sahih Bukhari (2002), terjemahan H. Zainuddin Hamidy dan lain-lain, jil. iv, bab al-Nikah. Singapura: Darel Fajr Publishing House, hal: 7-8.

[5] Lihat Al-GHazali (…), Ihya’ Ulum al-Din, op cit, hal: 25-33; Abdullah Nasih ‘Ulwan (1985), Tarbiat al-Awlad fi al-Islam, op cit, hal: 499-604 ; Othman al-Tawil (1992), Al-Tarbiyyah al-Jinsiyyah fi al-Islam li al-Fatayat wa al-Fityan. Op cit, hal: 13; Malik Badri (2000), The Aids Crisis: A Natural Product of Modernity’s Sexual Revolution, op cit, hal: 320-328.

[6] Untuk keterangan lanjut mengenai kesucian ilmu (pengislaman ilmu) lihat tulisan S. M. Naquib al- Attas (1993), Islam and Secularism, Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), hal: 133-160; S. M. Naquib al- Attas (1999), The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education, hal: 38-45 dan Wan Mohd Nor Wan Daud (1997), Penjelasan Budya Ilmu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal: 87-101.

Tauhid: Doktrin, Tingkatan dan Realisasi

Bahan usrah yang dibentangkan oleh Ahli JPP MUAFAKAT, Haji Ismail Mina Ahmad pada 4 September 2007

*********************************************************************************************

1. MUQADDIMAH

Nota rengkas ini akan membincangkan Tauhid berdasarkan kepada huraian ‘ilmu Usuluddin dan huraian ahli Makrifah-rohaniyyah.

2. DEFINISI ‘AQAID – TAUHID

i. ‘Aqaid ialah simpulan i’tiqad yang benar yang menepati dengan apa yang di i’tiqadkan dalam ajaran Islam

ii. Tauhid ialah ilmu yang mengithbatkan ‘aqaid al -iman yang wajib dan yang harus bagi Allah Ta‘ala dan Rasul-Nya dan sekelian yang di dengar daripada Rasul s.‘a.w. dalam perkara- perkara yang ghaib dan menafikan lawannya yang mustahil. ‘Aqaid al -iman ini dinisbahkan kepada agama Islam berdasarkan kepada dalil-dalil yang yaqin.

iii. Topik perbicaraan ilmu Tauhid ini adalah pada Zat Allah Ta‘ala, iaitu apa yang wajib bagi-Nya yang meliputi segala sifat yang di ithbatkan pada ‘aqal adanya dan thubutnya; dan ketiadaaan membenar ‘aqal akan ketiadaan baginya dan yang harus bagi-Nya. Dan juga huraian mengenai segala Rasul dalam perkara yang wajib, mustahil dan harus baginya, juga segala apa yang khabarkan olehnya.

iv. Faedah mempelajari ‘ilmu Tauhid ialah ia dapat kemenangan selamanya di dunia dengan tinggi pangkatnya dan di Akhirat masuk syurga.

3. MAZHAB DALAM ‘AQIDAH

Kumpulan/firqah yang mendakwa Islam dibahagi oleh ‘Ulama ‘Aqidah/Usuluddin kepada antaranya: Qadariyah-Muktazilah, Murji’ah, Khawarij, Shi‘ah dan Ahli Sunnah Wa Al-Jama’ah.

A. QADARIYYAH – MUKTAZILAH

i. Qadariyyah-Muktazilah disebut juga Ahlul ‘adli wa‘t- tawhid atau Qadariyyah atau ‘Adliyyah.

ii. Hadith: al-Qadariyyatu Majusu hazihi ummah – Abu Daud). Al Qadariyyatu hu soma’uLlah fil Qadar – Qadariyyah adalah musuh Allah mengenai taqdir Allah. Mereka menafikan qada-qadar Allah kerana beri ‘tiqad, perbuatan manusia adalah dari manusia sendiri.

iii. Muktazilah menafikan Sifat Azaliyah Allah. Kata mereka, Allah mengetahui dengan Zat-Nya, hidup dengan Zat-Nya, kuasa dengan Zat-Nya, bukan dengan sifat ‘ilmu, qudrat atau hayyat, kerana sifat diluar Zat. Kata mereka, kalau ada sifat dan berada pada Zat yang Qadim, nescaya terjadi dualisme yakni Zat dan Sifat.

iv. Mereka juga beri‘tiqad Kalam Allah yang ada pada Zat-Nya, baharu.

v. Menolak melihat Zat Allah dengan mata kepala di Akhirat.

Isu-isu pokok ialah:

1. Tauhid.

2. ‘Adalah.

3. Solah wal aslah.

4. Manzilah baynal manzilatayn.

5. Kebebasan mutlaq.

6. Sifat Allah.

7. Zat

B. JABARIYAH

Jabariyah diertikan sebagai menolak adanya perbuatan manusia dan menyandarkan semua perbuatan kepada Allah.

C. KHAWARIJ

Tidak mengiktiraf khalifah ‘Uthman dan ‘Aliy raa. Cepat menghukum dan menghafirkan.

D. MURJI’AH

i. Murji’ah bererti tangguh dan harap.

ii. Kata Yunus, salah seorang pemuka mereka..….maksiat tidak mengurangkan iman……orang yang beriman masuk syurga bukan kerana ta’at tetapi kerana ikhlas dan cintanya kepada Allah.

iii. Kata Sufyan rh: Kita berbeza dengan mereka dalam tiga perkara

1. Kita kata, iman adalah qaul dan ‘amal, kata mereka qaul tanpa ‘amal

2. Kita kata iman bertambah dan kurang, kata mereka, iman tak tambah tak kurang.

3. Kita kata ahli qiblah, mukmin, ada pun disisi Allah, Allah Maha mengetahui. Kata mereka kami disisi Allah mukmin.

E. SYI‘AH

1. Syi ‘ah terbahagi kepada banyak firqah yang saling mengkafirkan satu dengan lain.

2. Untuk tujuan perbincangan ini akan dibincangkan Syi’ah Imam Dua Belas – Imamiyah, kerana ia paling tertonjol di masa ini, dan menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam dan yang di anuti Khomaini.

3. Doktrin Syi‘ah Imam Dua Belas/Imamiyah:

i. Doktrin Tahrif al-Qur’an. Yaqin al-Quran diubah. Khumaini seru supaya berpegang kpd Mushaf Fatimah

ii. Sahabat Murtad. Hanya beberapa orang saja yang tidak.

iii. Hadith yang boleh diterima hanya yang diriwayatkan Ahlul Bayt, yang diriwayatkan oleh Ummahatul Mukminin rha dan Sahabat raa ditolak, kerana semuanya murtad – na ‘uzubillahi min zalik

iv. Raj‘ah iaitu kepercayaan yang imam mereka akan dihidupkan semula sebelum qiamat untuk menghukum orang yang merampas hak Ahlul Bayt – yang menurut mereka - ialah Abu Bakar , ‘Umar, ‘Uthman, ‘Aisyah, Mu‘awiyah r ‘aa dan lain-lain.

v. Imamah atau Walayah iaitu doktrin yang menyatakan imam mereka dilantik dan ditentukan Allah. Imamah atau Walayah adalah satu dari rukun iman. Siapa yang tak percaya kepada rukun ini bukan mukmin.

vi. ‘Ismah iaitu percaya semua imam ma‘sum – tidak berbuat apa pun dosa, tidak lupa dan lalai.

vii. Al-Baraa’ah atau Tabarra iaitu doktrin berlepas diri dan memutuskan hubungan kasih sayang dengan semua khalifah sebelum ‘Ali r ‘a. Dalam Kasyf al-Asrar, Khumaini berkata:….adakah kamu kira, jika imamah ‘Aliy disebut dengan banyak dalam al-Qur’an, Abu Bakar dan ‘Umar tidak akan melanggarnya….. Dalam Hukumah juga ada sikap ini.

viii. Ghaybah – beriman kepada adanya imam yang ghaib – ghaybah sugra dan ghaybah kubra. Imam mereka akan kembali ke dunia membawa ke ‘adilan.

ix. Taqiyyah – menyembunyikan faham sebenar. Merupakan satu ciri keimanan yang tinggi.

x. Mut‘ah. Mempunyai kedudukan yang tinggi.

xi. Kata Khumaini dalam Tahrir al- Wasilah nya:… adalah harus mut ‘ah dengan penzina tetapi dengan perasaan kurang senang terutamanya jika ia seorang pelacur yang terkenal……. Mut ‘ah telah di ijma sebagai haram oleh ummat.

Ø FATWA MENGENAI SYI ‘AH IMAM DUA BELAS/IMAMIYAH

Islam mengkafirkan semua kepercayaan seperti ini. Lihat fatwa ulama dari berbagai zaman.

1. Hujjatul Mutakallimin al- Ustaz Abu Muzzaffar al Isfaraainiy rh ( w 471 H ) berfatwa dalam Tabsirnya: Ketahuilah, semua golongan Imamiyah yang kami sebutkan, sekata dalam mengkafirkan Sahabat dan mendakwa Al-Qur’an yang ada ini diubah daripada keadaan sebenarnya, didalamnya banyak dilakukan tokok tambah oleh Sahabat. Mereka menganggap didalam al-Qur’an yang asal ada nass yang jelas mengenai imamah ‘Ali tetapi telah dibuang nass itu oleh Sahabat. Mereka berpegang al-Qur’an yang ada sekarang tidak boleh dipegang lagi; begitu juga dengan Hadith yang diriwayatkan dari Rasulullah s ‘aw. oleh orang lain selain dari golongan mereka. Mereka menganggap, Syari ‘at yang dipakai oleh ummat Islam sekarang, tidak boleh dipakai lagi dan mereka menanti imam yang mereka namakan sebagai al-Mahdi yang akan keluar mengajar syari ‘at yang sebenarnya, sedangkan mereka sedikitpun tidak berada di atas landasan agama yang benar.

2. Syah Waliyullah rh berkata…….orang yang berfaham seperti itu (Imamiyyah) adalah zindik. ‘Ulama’ mutaakhirin dari kalangan Hanafiyah dan Syafi‘iyah sepakat menghukum supaya orang seperti itu dibunuh ( Musawwa – Syarah Muwatta’ Imam Malik. J: 2, m.s.110 ).

3. Syeikh Ahmad al-Sirhindi rh dalam Maktubat Imam Rabbaniy berkata: …..merendah-rendahkan mereka ( Sahabat ) sahaja boleh membawa kepada kekufuran, kezindikan dan kesesatan……

4. Mufassir dan faqih Abu Su ‘ud rh ( w 982 H ) berfatwa tentang Syi ‘ah: Berperang dengan Syi‘ah adalah jihad besar. Orang kita yang mati kerana berperang dengan mereka adalah syahid…….kerana mereka ( Syi ‘ah ) mencipta kekufuran dan kesesatan yang tersendiri dari sampah sarap ‘aqidah rekaan golongan yang sesat.

5. Di dalam Fatawa Alamgiriyyah J: 2 m.s. 264 – …..orang yang tidak menerima imamah Abu Bakar as-Siddiq r‘a adalah kafir…….demikian juga tidak menerima Khilafah ‘Umar r ‘a….. . Wajib juga dihukum kafir kerana i‘tiqad Raj‘ah ……..

E. AHLI SUNNAH WA AL-JAMA’AH

a. ASWJ mengithbatkan Allah al-Bari’ mempunyai Sifat Azaliyyah. Kata Abul Hassan al-Asy ‘ariy rh w 243 H: Allah mengetahui dengan ‘ilmu-Nya, kuasa dengan qudrat-Nya, hidup dengan hayah-Nya, berkehendak dengan iradah-Nya, berbicara dengan kalam-Nya, dengar dengan sama’-Nya, melihat dengan basar-Nya. Sifat itu termasuk sifat Azaliyah yang ada pada Zat ( qaaimatun bi Zaatihi ).

b. ‘Adalah Allah adalah hikmah dan kehendak –Nya.

c. Dapat melihat Allah di Akhirat

d. Kalam Allah qadim

e. Qada’-qadar dari Allah.

Dalam semua I’tiqad itu hanya satu yang benar dan berjaya iaitu ASWJ. Ini berdasarkana kepada Hadith Nabiy saw yang berbunyi: Sataftariqu ummati ‘ala thalathin wa sab ‘ina firqatan, an najiyatu minha wahidatan, wal baquna halka. Qila: waman najiyatu?. Qala: Ahlu sunnati wal Jama ‘ati. Qila: wa ma ‘s-sunnatu wa’l jama ‘atu? Qala: ma ana ‘alayhi ‘l-yawm wa ashabiy. Hadith Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad.……..

4. TAUHID

Perbezaan ‘aqidah antara ASWJ dengan yang lain berdasarkan kepada: 1. Zat Allah. 2. Sifat. 3. Imamah. 4. Nabiy, Awliya’ dan Imam 5. Al- Qur’an

A. ZAT

i. Ittifaq ummat bahawa Allah adalah Zat Yang Wajibul Wujud, Esa, Kekal, bukan jisim, bukan ‘arad, bukan jauhar….. Lihat: Abu Hasan Isma’il Al-Asy’ari W 243 H, Maqalat, al-Ibanah dll; Abu Bakar al Kalabazi wafat 380 H, al-Ta’aruf, Abu Mansur Ab Qahir al-Baghdadi W 429 H, al-Farqu bayna al-Firaq dan Usul al-Din; Abu Bakar al-Bayhaqi W 458, al-I’tiqad; al-Ghazzaliy W 505 H, al-Ihya’; Abu Fatah al-Syahrastani W 548 H; Khashiyah al- Dusuqqi, Muhammad al-Dusuqqi, di tulis pada 1214 H, dll.

ii. Firqah lain memberi gambaran Allah itu hitam, tujuh kali ganda besar dari tubuh mereka, berongga dsb.

B. SIFAT

i. Ittifaq ummat, Allah mempunyai Sifat. Kata Syahrastani …. Salaf mengakui Allah memiliki Sifat Azaliyah seperti ‘Ilmu, Qudrat, Hayyah. Iradah. Sama’, Basar, Kalam, Jalal, Ikram, Jud, In’am , ‘Izaah dan ‘Azamah. Mereka tidak membedakan antara Sifat Zat dan Fi’il…… Demikian juga sifat khabariyyah seperti dua tangan dan muka , mereka tidak menakwilkan…

ii. Kata Al- Ghazzaliy: Allah itu Maha Hidup, Maha Berkuasa , …..Maha Mengetahui , Maha Bekehendak, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkata-kata, Maha Memerintah, Maha Melarang, Maha

Mengingatkan dan Mengancam…. Qur’an itu adalah Kalamullah yang bukan makhluk….. Lihat kitab di atas.

iii. Muktazilah menolak sifat bagi Allah. Firqah-firqah lain memberi berbagai sifat yang tidak layak kepada Allah seperti sifat mengetahui separuh, lupa, penat dll.

C. AL- IMAMAH

Imamah penting dalam Islam. Perbezaan pokok antara ASWJ dengan yang lain.

i. Kata Ab-Qahir al-Baghdadiy rh w 429 H: Imamah/khilafah fardu kepada ummat Islam…..pemilihannya secara ijtihad. Nabiy s‘aw tidak me’nass’kan kepada orang tertentu. Ini berlawanan dengan pegangan Syi ‘ah Imam Dua Belas – Imamiyah- yang mengatakan, Nabiy s‘aw me nass kan imamah kepada ‘Aliy r ‘a. Khumaini berpegang kepada doktrin ini seperti ternyata dalam Hukumahnya. Dia menafikan khalifah sebelum Aliy r‘a.

ii. ASWJ mensyaratkan imam/ketua kerajaan mesti berilmu, adil dan mahir bersiyasah…. berilmu yang mampu menyamai ahli ijtihad dalam hukum Syari‘ah…. (lebih lanjut lihat Al- Mawardiyy, Al- Ahkam Al-Sultaniyyah. ) …… ini berlainan drp pegangan Syi‘ah Imamiyah yang menetapkan, imam mestilah maksum drp dosa. Harus kpd imam dalam sesuatu keadaan bertaqiyyah untuk menyatakan yang ia bukan imam, sedangkan ia sebenarnya imam dan mengharusakan kepada imam berbohong di dalam keadaan itu sedangkan mereka menyatakan imam mesti maksum dari bohong

iii. ASWJ mengakui imamah/khilafah Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman r‘aa selepas wafat Nabi s ‘aw. Ini berlainan dgn pegangan Syi‘ah Imam Dua Belas/Imamiyah dan Khumaini yang mengiktiraf hanya Aliy r‘a saja sebagai imam/khalifah ummat lepas wafat Nabi s‘aw. (lihat Kulayni dan Hukumah ).

iv. Syi‘ah Imam Dua Belas/Imamiyah dan Khumaini beri ‘tiqad, imam mereka yang kedua belas iaitu Muhammad bin Hasan al- ‘Askari (ghaib pada 260 H), itu masih hidup dan akan keluar dari tempat sembunyinya di Samarra, Iraq. Khumaini dalam Hukumah Islamiyyah dan Wasiatnya menyeru supaya Imam yang kedua belas itu yang juga dipanggil sebagai Mahdi al-Muntazar, Sahib al-Zaman, al-Qaim – supaya segera keluar untuk memakmurkan dunia dengan keadilan. (Bandingkan dengan ajaran Asaari Muhammad dalam isu al-Mahdi).

D. NABI, AWLIYA DAN IMAM

i. Pegangan ummat adalah Nabi-Nabi lebih mulia drp malaikat dan seluruh makhluk.

ii. Syi‘ah Imam Dua Belas/Imamiyah dan Khumaini beri’tiqad, imam-imam mereka amat tinggi darajatnya sehingg tidak dapat dicapai oleh Malaikat muqarrabin dan juga Nabi lagi Rasul. Lihat Hukumah Islamiyyah karangan Khumaini, ms 52.

iii. ASWJ menerima karamah seperti Juraij al-Rahib – Lihat Bukhari dan Muslim; Pintu gua terangkat -Bukhari dan Muslim. Huraian panjang lihat al-I’tiqad oleh Imam al-Bayhaqi.

iv. Hubaya! Banyak mendakwa wali dan karamat. Kata ahli Sufi: ukurunnya sejauh mana mereka memiliki I’tiqad yang sohih dan menghayati Sunnah Nabawiyyah dengan strik.

E. AL-QUR’AN

i. Sepakat ummat Islam, al-Qur’an yang ditangan majoriti ummat adalah benar dan tiada perubahan ayat, makna dan susunan. Doktrin Tahrif al-Qur’an seperti yang dipegang Syi’ah Imam Dua Belas/Imamiyah dan Khomaini, ber i‘tiqad, al-Qur’an yang ada dikalangan ummat sekarang tidak sama dengan al-Qur’an yang disampaikan Jibril ‘as kepada Rasul s ‘aw. Fasl al-Khitab menerangkan perkara ini dan diterima oleh Khumaini. Dalam Wasiatnya, Khumaini menyeru ummat Islam beriltizam dengan Mushaf Fatimah, yang tiga kali ganda dari al-Qur’an kita sekarang ( Lihat Kulayni, Usul al-Kafi, dan Wasiat Khumaini, Terbitan Iran ).

ii. Muktazilah-Qadariyah beri ‘tiqad al-Qur’an makhluk. Ini bercangggah dengan ‘aqidah sohih yang beri ‘tiqad, al- Qur’an itu Qadim.

iii. Takwil batil. Banyak takwil al- Qur’an batil dibuat oleh Syi‘ah Imam Dua Belas/Imamiyah seperti: aimmah di tafsir sebagai imam Syi‘ah . Hujurat ayat 7: al-iman ditafsir sebagai ‘Aliy r‘a dan al-kufra dirujuk kepada Abu Bakar ra; fusuqa dirujuk kepada ‘Umar ra dan ‘isyan di rujuk kepada ‘Uthman ra. Lihat Kulayni, Usul al- Kafi.

5. DOKTRIN DALAM TAUHID

a. ZAT- SIFAT

Mentauhidkan Allah bukan sekadar percaya adanya Allah dan Ia wahid. Tauhid wajib difahami sebagaimnana yang dihuraikan dalam kitab-kitab Tauhid. Kesalahan dalam memahaminya akan mengakibatkan cacat ‘aqidah dan terkeluar dari Islam. Inilah yang menjadi perdebatan antara kelompok ASWJ dengan yang lain. Perbezaan ‘aqidah antara ASWJ dengan Muktazilah khasnya, adalah doktrin Zat dan Sifat Allah. Kata Syarastani ( w 548 H ). Salaf mengakui Allah ada Sifat Azaliyyah seperti ‘ilmu, qudrah, hayah, iradah, sama’, basar, kalam, jalal, ikram, jud, in‘am, ‘izzah dan ‘azamah. Mereka tidak membezakan sifat Zat dan sifat Fi‘il, bahkan dalam pelbagai uraian dibawakan sekaligus. Demikian juga tentang sifat khabariyyah seperti dua tangan dan muka, mereka tidak takwil lebih jauh. Adapun Muktazilah, mereka menolak adanya sifat Allah sedangkan ‘Ulama Salaf mengakui adanya, kerana itu ‘Ulama Salaf dinamakan sifatiyyah dan Muktazilah dinamakan mu‘attalah. (ta‘til).

Ada yang ekstrim dalam mengithbatkan sifat, hingga menyamakan sifat makhluk dengan sifat Allah. Ada yang membatasi sifat yang hanya menunjukkan perbuatan dan apa yang diterangkan Syara’. Kelompok ini terbahagi dua: Kelompok pertama menakwilkan dengan erti yang sesuai dengan lafaz yang dibawa Syara’. Kelompok kedua bertawaqquf dari mentakwilkanya, seperti ayat: al-rahman ‘alal ‘ars syisytawa -Taha:5;. qalaqtu biyadayya: Sad:75. Kita tidak ditaklifkan untuk mengetahui tafsir ayat-ayat ini. Kelompok Mutaakhirin mengatakan, ayat itu boleh di takwil. Namun, didalam memberi takwil, ada yang terjerumus ke dalam tajsim. Syi ‘ah pula menyamakan imam-imam mereka dg Allah: …..walayah kami adalah seperti walayah tuhan… dan…seluruh dunia hak milik imam…dia boleh memberi apa saja yang dia suka… ( lihat Kulaylani, Usul al-Kafi ) Kata Khumaini:…imam mempunyai kuasa terhadap hukum sebab-akibat……dan setiap unsur alam ini patuh kepada kuasanya dan mentaatinya…… ( Khumaini, Hukumah, ms 52 ). Ini menyamakan Allah dg makhluk iaitu imam mereka..

6. ALLAH DALAM DOKTRIN TAUHID

Dalam abad kedua dan ketiga Hijri para ‘Ulama, secara besar-besaran dan terbuka ( melalui majlis pengajian terbuka dan tulisan ), menghuraikan Makrifah dan Tauhid dalam arti mengenal Allah secara langsung – melalui pandangan batin - hasil pancaran nur Ilahi, dan tenggelam dalam keEsaan (wahdaniyyat)-Nya yang mutlak, sehingga yang dipandang ada, hanya Dia.

Bagi mereka, Allah itu bukan hanya dikenal melalui dalil-dalil wahyu dan nubuwwah, tetapi dapat juga dikenal secara langsung, melalui pengalaman rohaniyyah-mujahadah ( Hadith :….ka annaka tara hu …), apabila matahati mendapat pancaran nur-Nya.

Makrifah dan Tauhid itu, seperti dikatakan oleh Ibnu Khaldun, adalah kedudukan kerohanian tertinggi dan tujuan akhir yang ingin dicapai. Karena itu, semenjak abad kedua-ketiga Hijri, isu ini menjadi topik paling sentral dalam pembicaraan ugama. Bagaimanapun, doktrin ini kurang dipahami masyarakat awam. yang melihatnya sebagai ajaran yang bertentangan dengan konsep ketuhanan menurut ‘aqidah Islam murni. Pribadi abad ini seperti Dzunnun Al- Misri rh dan Al- Junayd Al- Baghdadi rh, sering di tuduh kafir atau zindiq. Abu Nasr As-Sarraj rh ( w:378 H ) menggunakan sebahagian besar Al-Luma’-nya membela doktrin ini Doktri ini kemudiannya di hurai dengan jelas dan baik oleh Al-Ghazzaliy rh.

Menurut doktrin ini, Al-Ghazzaliy rh mengatakan ‘bahwa yang ada hanya Allah’. Ini adalah inti tauhid tingkat tertinggi. Menurut dia, semua orang arif yang sudah sampai ke puncak makrifah itu ‘tidak memandang sesuatu selain Allah’

Doktrin ini tidak asing dalam subjek Tauhid di Nusantara. Syeikh ‘Ab Somad Al-Palimbani rh ( w 1244 H ? ) menerangkan :

“Bahwasanya tiada sesuatu yang maujud, yang lain daripada Allah Ta ‘ala dan lain dari Sifat-Sifat-Nya …..”

Disamping itu, sebagaimana halnya Al-Ghazzaliy rh, Al-Palimbani juga tidak menganggap bahwa pengenalan langsung akan Tuhan itu tidak mungkin dicapai sama sekali di dunia ini, meskipun Ia hanya akan dipandang dengan mata di Akhirat nanti. Menurut dia, pengenalan langsung atau makrifah akan Tuhan itu dicapai dengan “nur yang ditaruhkan Allah Ta‘ala di dalam hati, yaitu ‘ilmu ladunni namanya …..;” Inilah inti yang terdalam dari apa yang disebutnya makrifah itu, iaitu tauhid tingkat tertinggi seperti yang dijelaskan Al-Ghazzaliy rh.

Huraian secara Usuluddin dan kejayaan beriktiqad seperti itu menjadi syarat untuk meningkat kepada darjat Tauhid yang lebih tinggi seperti yang dihurai dibawah.

7. MARTABAT – TINGKATAN TAUHID

‘Aqidah ketuhanan – Tauhid – seperti yang diajar ‘ilmu Usuluddin, adalah tauhid orang awam yang sekadar tidak menjadi syirik. Di atasnya, ada lagi tingkatan tauhid yang lebih tinggi yang boleh dicapai dengan pengalaman mujahadah. Al-Ghazzaliy rh menjelaskan empat tingkat tauhid seperti berikut:

i. Martabat pertama, manusia berkata dengan lisannya la ilaha illallah tetapi hatinya lalai daripada maknanya atau mungkin ia mengingkarinya, seperti tauhid orang munafiq.

ii. Martabat Kedua, membenar makna lafadz itu oleh hatinya seperti membenarkan dengan makna itu oleh kebanyakan orang awam Mukmin, dan itulah i’tiqad orang awam. Dan inilah tauhid yang disebut dalam ‘ilmu Usuluddin… dan inilah yang dibicarakan oleh Fuqaha dan ‘Ulama Mutakallimin daripada Asya’irah dan Maturidiyyah. Tetapi hubaya jangan sampai ada perkara yang boleh membatalkannya.

iii. (Apabila seseorang mengucapkan la ilaha illallah ia harus di masukkan ke dalam golongan orang yang bertauhid – karena kita tidak dapat mengetahui isi hatinya – selain dari ucapannya. Kalau di dalam hatinya ia mengingkari makna kalimah itu, ia adalah orang munafiq. Menurut ajarah ini, demikian pula hal orang yang mengucapkan kalimah tauhid itu tanpa mengingat maknanya di dalam hati. Setingkat lebih tinggi dari itu, ialah tauhid orang awam, yang mengucapkan kalimah itu dengan mengingat serta mengimani maknanya menurut yang biasa dikenal oleh orang-orang Islam, yaitu tiada Tuhan selain Allah. Tetapi yang dikatakan awam di sini, bukan orang yang tidak mendalami Usuluddin Islam, kerana isi tauhid tingkat kedua ini, ialah yang dibicarakan oleh Fuqaha’ dan Mutakallimin).

iv. Martabat Ketiga, memandang hatinya kepada keEsaan Allah Ta ‘ala dengan jalan terbuka hatinya, dengan perantaraan nur Yang Sebenar …… dan iaitu kedudukan orang yang muqarrabin dan adalah yang demikian itu, ia melihat dengan matahatinya akan sesuatu yang banyak itu, tetapi melihat akandia itu atas banyaknya itu, padahal terbit perbuatannya itu daripada Tuhan yang Esa yang bersifat dengan Qahhar (gagah). Yakni dia sedar kepelbagaian yang ada ini, tetapi hatinya tertumpu kepada Allah semata. (kathrah fi’l wahdah).

v. Martabat Keempat, tiada ia melihat di dalam wujud ‘alam ini, melainkan Zat Tuhan Yang Esa Yang Wajibul–Wujud dan iaitu pemandangan orang yang siddiqiin yang ‘arifin dan dinamakan akandia oleh ahli Sufi sebagai fana di dalam tauhid; maka tiada melihat ia akan dirinya, karena batinnya itu karam ia dengan syuhud akan Tuhan Yang Esa Yang Sebenarnya.

vi. Tauhid tingkat ketiga adalah tauhid orang muqarrabin yang melihat ‘alam dan kehidupan yang berbagai ini dari segi keEsaan-Nya, sebagai ciptaan Allah yang mencerminkan kebijaksanaan dan keadilan-Nya. Pandangan ini adalah hasil dari mujahadah dan pancaran nur Allah.

vii. Tauhid tingkat keempat atau tauhid yang tertinggi ialah tauhid golongan siddiqiin karena seluruh kesedaran jiwa-roh-batin mereka berpusat kepada Allah, tidak lagi memandang wujud yang lain, sehingga mereka tidak menyedari lagi wujud diri mereka sendiri, yang menurut mereka adalah “tabir terbesar antara Allah dan manusia.” Orang yang sudah mencapai tingkat tauhid yang tertinggi ini, tidak lagi memandang yang lain selain Zat Yang Maha Esa. Ini tidak berarti bahwa yang dimaksudkan dengan tauhid tingkat tertinggi ini sama dengan pandangan yang menganggap bahwa Tuhan itu ialah ‘alam semesta.

8. MANUSIA

Tujuan akhir yang ingin dicapai adalah makrifah dan tauhid dalam erti mengenal Allah secara langsung dan tenggelam di dalam keEsaan-Nya yang mutlak itu melalui pengalaman, sehingga Allah itu bukan hanya dikenal melalui dalil-dalil akal atau sebagaimana yang dihuraikan dalam kitab-kitab Usuluddin, yang mana ini amat perlu.

Terdapat ajaran-ajaran mengenai hakikat manusia dan tabiat kerohaniannya yang unik yang memberikan landasan bagi kemungkinan tercapainya apa yang disebut makrifah dan tauhid itu. Ajaran seperti itu sudah muncul dalam pembicaraan para Sufi dan Mutakallimin abad kedua-ketiga Hijri, ketika makrifah dan tauhid itu mulai menjadi pembicaraan terbuka mereka. Menurut Al-Junayd Al-Baghdadi rh, manusia telah memiliki wujud yang lebih sempurna sebelum ia mendapat wujudnya di dunia yang fana ini, yaitu wujud rohani yang disebutnya wujud rabbani, yang diciptakan oleh Tuhan “di dalam azal dan bagi azal”

Al-Ghazzaliy rh, dalam menghuraikan doktrin tauhid ini, mengaitkannya dengan kedudukan mengenai hati (qalb) dan jiwa (nafs). Menurut dia, hati manusia itu, bila dibersihkan dari segi noda hawa–nafsu, dapat mamantulkan segala hakikat yang terlukis di Luh Mahfuz, seperti sebuah cermin yang memantulkan segala rupa yang ada dalam cermin yang berhadapan dengannya. Karena itu, Al-Ghazzaliy rh banyak membicarakan soal-soal roh-jiwa dan akhlak dalam menghuraikan tauhid, seperti ajaran Harith bin Asad Al-Muhasibi rh (w 243 H ) – seorang tokoh=imam besar Tauhid-Sufi Baghdad .

Di Nusantara, Syeikh ‘Ab Somad Al-Palimbani rh dalam Siyar al-Salikinnya mengutip doktrin ini dari Al-Ghazzaliy rh dalam Ihya, antara lain menjelaskan:…. kemuliaan manusia dan kelebihannya dari makhluk yang lain terletak pada kemampuannya mengenal Allah dengan hati (qalb), yang diertikan sebagai “jisim yang halus yang dibangsakan kepada Tuhannya… yang mengetahui akan Allah, yang mendapat ia bagi barang yang tiada mendapat akan dia oleh khayal dan waham,” sejenis wujud ruhaniy-rabbaniy yang dapat mengenal hakikat-hakikat yang di luar kemampuan akal.

Untuk mengembalikan kepada keadaannya yang asal selepas hubut, manusia wajib bermujahadah dengan menakluk segala tuntutan hawa – nafsu yang menariknya ke arah yang berlawanan dengan tabiat kerohaniannya itu. Dalam hal ini Syeikh ‘Ab Somad rh menjelaskan, dari Al-Ghazzaliy rh, jiwa (nafs) manusia terbahagi tiga martabat/tingkatan sebagai berikut:

9. MARTABAT NAFSU –KAITAN DENGAN KEDUDUKAN TAUHID

Martabat Tauhid berkaitan rapat dengan kedudukan nafs manusia. Martabat nafsu terdiri dari beberapa tingkat.

i. Martabat pertama dinamakan nafs al ammarah yakni nafs yang menyuruh berbuat maksiat dan segala kejahatan dan tiada menyesal atas kejahatan ;

ii. Martabat kedua dinamakan nafs al lawwamah, yakni nafs yang mencela atas berbuat kejahatan dan tiada rida ia atas perbuatan maksiat, pada hal sukahatinya itu kapada berbuat kebajikan, tetapi belum sangat tetap hatinya itu kepadanya, kerana adalagi didalam hatinya maksiat batin, spt ‘ujub, riya, dan sebagainya, padahal tiada suka ia kepada maksiat yang batin itu.

iii. Martabat ketiga dinamakan nafs al mutmainnah, iaitu apabila telah tetap hatinya didalam mengerjakan ‘ibadah, dan tiada ia suka berbuat maksiat, sama ada maksiat zahir atau maksiat batin, kerana telah fana ia drp nafsunya yang ammarah bis su iaitu mendorong kejahatan itu dan telah fana pula ia drp nafsunya yang lawwamah itu.Inilah kesudahan martabat org yang berjalan menuju Allah, yang telah sampai kpd makrifah danTuhannya dengan makrifah yang sebenar-benarnya.

iv. Kedudukan tingkatan nafsu ini berkait rapat dengan kedudukan di sisi Allah SwT.

10. JALAN KEPADA ALLAH

Untuk mencapai tujuan akhir yang di sebut tauhid paling tinggi atau makrifah itu, berbagai keadaan maqam dan ahwal batin perlu dilalui.

Menurut Sarraj rh ( w 378 H ), yang dimaksudkan maqamat atau kedudukan rohaniy ialah tingkatan seorang hamba di hadapan Allah dalam hal ‘ibadat, mujahadah dan riyadah serta pemusatan diri kpd Allah yang ditempatkannya; sedangkan ahwal atau suasana rohaniy adalah keadaan yang meliputi hati seseorang atau perasaan yang terkandung di dalamnya. Dalam kata lain, maqamat itu adalah tingkatan seseorang yang berjalan menuju Allah, ke arah pencapaian tujuan akhir tersebut, sedangkan ahwal adalah pengalaman batin yang di temuinya dalam perjalanan itu.kerananya ahwal itu, menurut Qusyairi, adalah anugerah ( mawahib ), sedangkan maqamat adalah hasil usaha ( makasib).

Terdapat beberapa pendapat mengenai maqamat dan ahwal ini, baik mengenai pengertian mahupun jumlah dan detailnya. Abu Nasr al Sarraj rh mengatakan ada 7 maqamat dan 10 ahwal. Menurut dia, maqamat itu ialah: Taubat, wara’, zuhud, faqir, sabar, tawakkal dan rida; sedangkan ahwal ialah muraqabah, berdampingan dengan Allah (qurb), cinta (mahabbah), takut (khauf), harap (raja’), rindu (syauq), tenteram (thuma’ninah), memandang Tuhan (musyahadah) dan yaqin. Abu Talib al- Makki rh (w 386H) pula menerangkan, ada 9 maqamat iaitu: Taubat, sabar, syukur, harap, takut, zuhud, tawakkal, rida dan cinta. Di dalam Ihya, Al- Ghazzaliy rh menerangkan lebih dari 10 maqamat iaitu: taubat, sabar, syukur, harap, takut, zuhud, tawakkal, cinta, rindu dan rida.

11. REALISASI TAUHID

Halangan besar dalam dalam merealisasikan Tauhid dan untuk mencapai kedudukan tinggi dalam Tauhid ialah:

1. Jahil.

2. Maksiyat – dosa besar dan berkekalan dalam dosa kecil

3. Dikuasai sifat muhlikat yang zahir seperti dosa mata, telinga, lidah, kemaluan, perut, tangan dan kaki, dan dosa yang batin seperti serakah makan- minum, serakah berkata-kata, ghadab-pemarah, hasad-dengki, bakhil dan hub al-mal, cinta kemegahan, cinta dunia, takabbur, ‘ujub dan riya’.

4. Tiada atau kurang sifat munjiyat seperti: taubat, khauf, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkul, mahabbah, rida dan zikrul-maut (Lihat Al-Ghazzaliy, Arba‘yn fi Usuliddin).

5. Mujahadah-muraqabah.

Justeru langkah awal dalam merealisasi Tauhid ini adalah dengan ‘ilmu, kemudian taubat, kemudian serterusnya seperti yang di huraikan oleh beliau rh.

Akal Ubudiah Bagaimana Menjayakannya

Bahan usrah yang dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Uthman el-Muhammady, pada 4 Disember 2007

*******************************

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

AKAL UBUDIAH BAGAIMANA MENJAYAKANNYA

- BEBERAPA CATITAN AWAL

Oleh:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

Catatan yang sangat sederhana ialah sebagai nota awal berkenaan dengan akal ubudiah dalam suluhan cahaya ajaran Qur’an, sebagaimana yang dapat dilihat dalam tradisi wacana arus perdana Islam. Penulis bukan menggambarkan ini sebagai pengamatan yang lengkap, tetapi sebagai renungan-renungan awal tentang tajuk ini.

Kita boleh bermula dengan menyebut ayat Qu’ran dalam Surah ali Imran:

{ إِنَّ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَاوَاتِ وَٱلأَرْضِ وَٱخْتِلاَفِ ٱلْلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لآيَاتٍ لأُوْلِي ٱلأَلْبَابِ }

Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda [yang menunjukkan Maha mengetahuiNya dan Maha berkuasaNya Tuhan] pada mereka yang berakal tinggi (ulil-albab) (Surah Ali Imran:190)… dan seterusnya.

Ayat ini menunjukan pencerahan dalaman yang berlaku dalam diri dengan menyebut perkara-perkara yang menunjukkan kepada tauhid, sifat–sifat ketuhanan, keagungan dan kehebatanNya. (al-tauhid, al-ilahiyyah, al-kibriya’, al-jalal).

Dalam hubungan dengan ayat ini ibn ‘Umar rd berkata kepada Siti ‘Aisyah rd:

Beritahu kepada hamba perkara yang paling ajaib sekali yang bonda lihat pada Rasulullah s.a.w.; bonda Aisyah menangis, lama tangisnya. Kemudian ia berkata:

Semua perkara pada baginda adalah ajaib. (Kullu amrihi ’ajabun)

Pada suatu malam baginda datang kepadaku, kemudian baginda berkata kepadaku: Aisyah, bolehkan anda izinkan kepadaku pada malam ini untuk beribadat kepada Tuhanku? Aku menjawab: Wahai Rasulullah, hamba suka berada hampir dengan tuan hamba, dan hamba suka kepada apa yang tuan hamba sukai, hamba izinkan tuan hamba [beribadat kepada Tuhan]. Maka bagindapun berdiri pergi ke bekas menyimpan airnya (daripada kulit) yang ada dalam rumah itu, baginda berwudhu’, tidak banyak air yang dicurahnya itu, kemudian baginda berdiri dan melakukan sembahyang, baginda membaca Qur’an [dalam sembahyang itu] dan mula menangis, kemudian ia mengangkat tangannya, ia menangis lagi, sehingga aku melihat air matanya mengenai bumi, kemudian Bilal datang untuk menyuarakan azan bagi mendirikan sembahyang Subuh, maka dilihat oleh Bilal baginda menangis itu. Kata Bilal: Wahai Rasulullah, Adakah tuan hamba menangis walhal Allah telah mengampunkan bagi tuan hamba doa yang terdahulu dan apa yang datang kemudian? Sabda baginda: ’Wahai Bilal, tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?’ Kemudian baginda bersabda: Bagaimanakah aku tidak menangis walhal telah diturunkan Allah pada malam ini (ayat inni fi khalqissamawat wal-ard…) kemudian baginda bersabda: Binasalah orang yang membaca ayat itu dan tidak berfikir tentangnya. Dan diriwayat (juga hadith itu dengan bentuk begini) Binasalah orang yang memamah-mamahnya dengan mulutnya tetapi tidak berfikir tentangnya (lakaha baina fakkaihi wa lam yata’ammal fiha). Dan diriwayatkan daripada ’Ali rd bahawa Nabi s.a.w. biasa berdiri pada malam hari selepas tidurnya, baginda bersiwak, kemudian melihat langit dan berkata: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi…

Riwayat itu ialah  seperti di bawah ini:

اعلم أن المقصود من هذا الكتاب الكريم جذب القلوب والأرواح عن الاشتغال بالخلق الى الاستغراق في معرفة الحق، فلما طال الكلام في تقرير الأحكام والجواب عن شبهات المبطلين عاد الى إنارة القلوب بذكر ما يدل على التوحيد والإلهية والكبرياء والجلال، فذكر هذه الآية. قال ابن عمر: قلت لعائشة: أخبريني بأعجب ما رأيت من رسول الله صلى الله عليه وسلم، فبكت وأطالت ثم قالت: كل أمره عجب، أتاني في ليلتي فدخل في لحافي حتى ألصق جلده بجلدي، ثم قال لي: يا عائشة هل لك أن تأذني لي الليلة في عبادة ربي، فقلت: يا رسول الله إني لأحب قربك وأحب مرادك قد أذنت لك. فقام الى قربة من ماء في البيت فتوضأ ولم يكثر من صب الماء، ثم قام يصلي، فقرأ من القرآن وجعل يبكي، ثم رفع يديه فجعل يبكي حتى رأيت دموعه قد بلت الأرض، فأتاه بلال يؤذنه بصلاة الغداة فرآه يبكي، فقال له: يا رسول الله أتبكي وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر، فقال: ” يا بلال أفلا أكون عبدا شكورا ” ، ثم قال: ” ما لي لا أبكي وقد أنزل الله في هذه الليلة: { إِنَّ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَاتِ وَٱلأَرْضَ } ” ثم قال: ” ويل لمن قرأها ولم يتفكر فيها ” وروي: ويل لمن لاكها بين فكيه ولم يتأمل فيها. وعن علي رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا قام من الليل يتسوك ثم ينظر الى السماء ويقول: إن في خلق السموات والأرض

.

Disebutkan oleh Imam Fakhr al-Razi rh: Bila Tuhan memerintah orang yang beriman “maka ingatlah kepadaKu”, “Sebutlah namaKu” dengan ibadat-ibadat, dan “bersyukurlah kepadaKu” dengan apa-apa yang bertalian dengan syukur itu, disebutkan pula, berikutnya apa yang membantu ke arah menjayakan kedua-duanya, maka diperintahkan ( واستعينوا باالصبر والصلاة انها لكبيرة الا على الخاشعين ): “minta tolonglah kamu untuk menjayakannya dengan sabar dan mendirikan sembahyang”; dikhaskan sebutan kedua itu kerana di dalamnya ada perkara-perkara yang membantu dalam menjayakan ibadat-ibadat;

Sabar ialah memaksakan diri (jiwa) menanggung perkara-perkara yang tidak disukai kerana Allah taala dan menjadikannya tetap atas menanggung kesukaran dan mengelak daripada gelisah tidak sabar; sesiapa yang berkuasa menanggung disiplin diri dan hatinya dengan bersifat demikian, maka senang baginya melakukan amalan taat dan menanggung kesukaran melakukan ibadat, mengelak daripada yang terlarang.

Dalam hubungan dengan jihad dan tetap atasnya ([الأنفال: 45 ) { إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَٱثْبُتُواْ }

Tentang tetap dalam sembahyang dan doa dengan jiwa yang teguh di dalamnya dinyatakan dalam Qur’an

{ وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلاَّ أَن قَالُواْ ربَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِى أَمْرِنَا وَثَبّتْ أَقْدَامَنَا وٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ }

[آل عمران: 147].

Maka meminta tolong dengan melakukan sembahyang ialah melalui sembahyang dengan cara merendah diri di dalamnya, tunduk menghina diri kepada Yang disembah, dengan ikhlas keranaNya; wajib ditumpukan himah dan hati atas yang demikian, dalam membaca ayat-ayat dan zikir-zikirnya, mentadabur makna-maknanya, janji balasan baiknya, balasan yang sebaliknya kerana kederhakaan, peransang atas kebaikan dan ketaatan, dan amaran menakutkan daripada kejahatan. Sesiapa yang melalui jalan yang demikian dalam sembahyang maka senanglah baginya untuk menanggung kesusahan dalam melakukan amalan-amalan baik lainnya. Kerana itu dinyatakan (innassolata tanha ‘anil fakhsha’ wal-munkar) ( ان الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر) (Surah Ankabut:45)

Sebab itu kita melihat para peribadi utama bergegas melakukan sembahyang bila ada sesuatu yang mengejutkan.

Kemudian Allah berfirman إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Sesungguhnya Allah berserta dengan mereka yang sabar, yakni Ia memberi pertolongan kepada mereka kerana sikap mereka yang demikian. Dan firmanNya:

] فَسَيَكْفِيكَهُمُ ٱللَّهُ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ } [البقرة: 137[

Maka seolah-olah Allah memberi jaminan bagi mereka bahawa bila mereka meminta pertolongan untuk mencapai kejayaan atas taat dengan sabar dan melakukan sembahyang bahawa Tuhan menambahkan kepada mereka taufik, jalan yang betul dan tepat, serta mengurniakan bantuan-bantuan dari Sifat Maha lemah lembutNya itu sebagaimana firmanNya:

{ وَيَزِيدُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ٱهْتَدَواْ هُدًى }

Dan Allah menambahkan bimbingan [lagi] kepada mereka yang mengikut jalan yang benar itu[مريم: 76] ( (Tafsir ‘Futuh al-Ghaib’ oleh Fakhr al-Razi rh dalam:

http://altafsir.com/Tafasir.asp?tMadhNo=0&tTafsirNo=4&tSoraNo=2&tAyahNo=153&tDisplay=yes&UserProfile=0)

Imam Fakhr al-Razi menyebutkan ayat yang sama dalam Surah al-Baqarah:164. Ayatnya ialah:

‏{‏إن في خلق السماوات والأرض واختلاف الليل والنهار والفلك التي تجري في البحر بما ينفع الناس وما أنزل الله من السماء من ماء فأحيا به الأرض بعد موتها وبث فيها من كل دابة وتصريف الرياح والسحاب المسخر بين السماء والأرض لآيات لقوم يعقلون‏}‏

Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pergantian malam dan siang serta kapal yang belayar di laut dengan apa yang mendatangkan faedah bagi umat manusia dan hujan yang diturunkan dari langit dan menjadikan hidup dengannya bumi selepas matinya, dan berkembang di dalamnya tiap-tiap jenis binatang yang melata di bumi, serta pergantian angin dan awan yang ditundukkan antara langit dan bumi (dalam tadbir Ilahi) ada padanya tanda-tanda (Kebesaran dan Hikmah kebijaksanaan Tuhan) bagi mereka yang menggunakan akal. (Surah al-Baqarah: 164).

Fakhr al-Razi rh menyebutkan bahawa bila digabungkan dalil-dalil dalam al-Baqarah dan ali-Imran ini maka jumlahnya ialah lapan: langit, bumi, malam dan siang.

Dalam hubungan dengan ayat-ayat ini kata imam ini: mata hati yang batin (suwaida’ al-basirah) itu berfungsi seperti mata hitam; sebagaimana hitam mata itu tidak mampu untuk mencakupi secara meliputi dua perkara dalam pandangannya, bahkan bila matanya memandang kepada sesuatu benda maka tidak bolehlah dalam keadaan itu matanya memandang benda yang lain pula, demikian pula di sini bila akal manusia itu menghalakan tumpuannya kepada sesuatu yang ma’kul (tanggapan atau idea) maka dalam hal itu tidak boleh ia menghalakan tumpuan akal itu kepada ma’kul yang lain lagi. Berdasarkan kepada realiti demikian ini, maka bilamana akal itu lebih banyak sibuknya dengan tertumpu kepada ma’kulat-ma’kulat yang berlainan, maka terhalangnya daripada meneliti secara meliputi perkara-perkara taakulat dan idrakat (perkara-perkara yang difahami oleh akal dan yang dicapai dalam pengilmuannya itu) lebih banyak lagi, maka berdasarkan kepada yang demikian ini, seseorang yang menuju kepada Allah mestilah pada tahap permulaannya ia memperbanyakkan dalil-dalil; maka bila kalbu itu mendapat pencerahan dengan mengenal Allah, jadilah kesibukannya dengan dalil-dalil itu berupa sebagai hijab yang menghalang daripada tenggelam kalbunya dalam mengenal Allah. Maka orang salik pada awal mulanya memperbanyakkan dalil-dalil, dan bila terpancar nur dalam kalbunya jadilah ia mensedikitkan dalil-dalilnya pula.

إذا عرفت هذه القاعدة، فذكر في سورة البقرة ثمانية أنواع من الدلائل، ثم أعاد في هذه السورة ثلاثة أنواع منها، تنبيها على أن العارف بعد صيرورته عارفا لا بد له من تقليل الالتفات الى الدلائل ليكمل له الاستغراق في معرفة المدلول، فكان الغرض من إعادة ثلاثة أنواع من الدلائل وحذف البقية، التنبيه على ما ذكرناه، ثم إنه تعالى استقصى في هذه الآية الدلائل السماوية وحذف الدلائل الخمسة الباقية، التي هي الدلائل الأرضية، وذلك لأن الدلائل السماوية أقهر وأبهر، والعجائب فيها أكثر، وانتقال القلب منها الى عظمة الله وكبريائه أشد، ثم ختم تلك الآية بقوله: { لّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ } وختم هذه الآية بقوله: { لأُوْلِى ٱلأَلْبَـٰبِ } لأن العقل له ظاهر وله لب، ففي أول الأمر يكون عقلا، وفي كمال الحال يكون لبا، وهذا أيضا يقوي ما ذكرناه، فهذا ما خطر بالبال، والله أعلم بأسرار كلامه العظيم الكريم الحكيم.

Beliau menyatakan lagi bahawa dalam surah al-Baqarah itu ada lapan dalil, dalam surah ali Imran ada tiga dalil, ini menjadi peringatan kepada pengajaran bahawa orang yang arif itu selepas ia menjadi arif, maka ia perlu tidak berpaling kepada banyak dalil-dalil demi untuk menyempurnakan penenggelamannya dalam mengenali apa yang ditunjukkan oleh dalil-dalil (ma’rifah al-madlul); inilah tujuan mengulangi tiga dalil dalam surah ali Imran dan membuang yang baki itu., yang terdiri daripada dalil-dalil ‘kebumian’ itu. Ini ialah kerana dalil-dalil ‘langit’ lebih kuat dan gemilang, dan perkara-perkara ajaibnya lebih banyak. Maka berpalingnya kalbu daripada itu semua pergi kepada keagungan dan kehebatan Ilahi (‘azamatillahi wa kibriya’ihi) adalah lebih kuat, kemudian diakhiri ayat ini dengan ‘mereka yang menggunakan akal’ dan diakhiri ayat dalam surah ali Imran ini dengan mereka yang berakal tinggi (ulil-albab), kerana akal itu ada zahir baginya dan ada lubb pula; maka pada tahap awal itu ia adalah akal, dan pada tahap sempurnanya ia menjadi ‘lubb’ atau inti.( لأن العقل له ظاهر وله لب، ففي أول الأمر يكون عقلا، وفي كمال الحال يكون لبا )

(Dalam: http://altafsir.com/Tafasir.asp?tMadhNo=0&tTafsirNo=4&tSoraNo=3&tAyahNo=190&tDisplay=yes&Page=2&Size=1)

Kemudian Imam Fakhr al-Din al-Razi rh menyebut huraiannya berkenaan dengan ayat yang berikutnya:

{ ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَاوَاتِ وَٱلأَرْضِ رَبَّنَآ مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ } * { رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ }

Iaitu mereka yang menyebut nama-nama Allah waktu berdiri, duduk dan sewaktu berbaring atas lambung mereka, dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (lalu berkata dengan penuh kesedaran selepas berfikir) Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini semua dengan sia-sia, Maha suci Engkau (daripada apa-apa yang tidak layak dengan maha SempurnaNya Zat dan Sifat-SifatMu), selamatkanlah kami daripada Neraka (Surah Ali ‘Imran:191).

(Penulis ini hendak menyebutkan: akal ubudiah di sini memuncak dengan kesedaran, dari alam dunia ini sampai ia ke alam yang abadi dalam ‘tauhidic intellectuality’nya). Ayat berikutnya ialah (Tuhan kami, sesungguhnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka (kerana kederhakaannya) maka Engkau menghinakannya dan mereka yang zalim itu tiada pembantu bagi mereka).

Kata Imam Fahr al-Din al-Razi rh:

اعلم أنه تعالى لما ذكر دلائل الإلهية والقدرة والحكمة وهو ما يتصل بتقرير الربوبية ذكر بعدها ما يتصل بالعبودية، وأصناف العبودية ثلاثة أقسام: التصديق بالقلب، والإقرار باللسان، والعمل بالجوارح، فقوله تعالى: { يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ } إشارة إلى عبودية اللسان، وقوله: { قِيَـٰماً وَقُعُوداً وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ } إشارة الى عبودية الجوارح والأعضاء، وقوله: { وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَاتِ وَٱلأَرْضِ } إشارة الى عبودية القلب والفكر والروح، والانسان ليس إلى هذا المجموع، فإذا كان اللسان مستغرقا في الذكر، والأركان في الشكر، والجنان في الفكر، كان هذا العبد مستغرقا بجميع أجزائه في العبودية، فالآية الأولى دالة على كمال الربوبية، وهذه الآية دالة على كمال العبودية، فما أحسن هذا الترتيب في جذب الأرواح من الخلق الى الحق، وفي نقل الأسرار من جانب عالم الغرور الى جناب الملك الغفور

Maksudnya lebih kurang: Ketahuilah bahawa bila Allah menyebutkan dalil-dalil ketuhanan, kekuasaan dan hikmahNya, iaitu apa yang membawa kepada penetapan rububiyyahNya, ia menyebut pula selepasnya apa-apa yang berhubung dengan ubudiyyah terhadapNya. Dan ubudiyyah itu ada tiga kategori:

a. tasdiq atau membenarkan dengan hati,

b. ikrar atau pengakuan dengan lidah, dan

c. amalan dengan anggota badan (al-tasdiq bil-qalb, wa al-iqrar billisan, wa al-‘amal bil-jawarih).

Maka ayat ‘yadhkuruna’Llah itu mengisyaratkan ubudiyyah pada lidah, ayat ‘qiyaman wa qu’udan wa ‘ala junubihim’ menunjukkan ubudiyyah anggota badan, dan ‘wa yatafakkaruna fi khalqissamawati wal-ard’ itu menunjukkan ubudiyyah kalbu, fakir dan roh; dan insan itu tidak lain melainkan terdiri daripada tiga himpunan ini; maka bila manusia itu lidahnya tenggelam dalam zikir, anggota badannya dalam syukur, dan akalnya dalam fikir (wa al-janan fi’l-fikr) maka hamba Tuhan ini tenggelam dengan seluruh bahagian dirinya dalam pengabdian (ubudiyyah), maka ayat yang pertama menunjukkan kesempurnaan rububiyyah, dan ayat ini pula menunjukkan kesempurnaan ubudiyyah, maka alangkah indahnya susunan tertib berkenaan dengan peri tertariknya arwah daripada penciptaan Tuhan kepada al-Haq (yang mencipta segala), perpindahan asrar (batin hati) daripada alam al-ghurur tempat penuh ujian dan penipuan, ke hadhrat al-malik al-Ghafur, Tuhan raja Hakiki Yang Maha Pengampun.

Dalam:

(http://altafsir.com/Tafasir.asp?tMadhNo=0&tTafsirNo=4&tSoraNo=3&tAyahNo=191&tDisplay=yes&UserProfile=0)

Dalam Surah ali Imran: 190-191 ini nampaknya disebutkan pengembangan akal tafakur (rational, syllogistic intellect) dan akal ubudiah (contemplative intellect) dengan sebaiknya yang melahirkan ulul-albab itu. Kedua-dua jenis akal ini perlu dikembangkan bersama untuk melahirkan manusia yang beriman dan beramal soleh, yang terpandu peribadinya oleh kebijaksanaan tertinggi dari segi teori (hikmah nazariyyah, iaitu iman) dan kebijaksanaan amali (hikmah amaliyyah), amal soleh, ketaqwaan.

Kalau kita cuba cerakinkan:

Akal tafakur dalam erti akal yang rasional itu terdiri daripada beberapa perkara seperti:

· Berfikiran tajam

· Berfikiran secara teratur, sistematis

· Berfikir mencapai matlamat, tahap demi tahap

· Berfikir secara deduktif

· Berfikir secara induktif

Contoh:

Berfikir tentang memerlukan bumbung – pergi ke belakang kepada dinding, tiang – pergi ke belakang lagi kepada asas atau tapak bangunan – pergi ke belakang lagi, penulis ini tambah kepada contoh ibn Khaldun – keperluan memilik tanah. Dari tahap 1 ke tahap 4

Bermula tindakan :

Tindakan bermula daripada tahap terakhir dalam fikir – iaitu membeli tanah, kemudian ke 2 menyediakan tapak, kemudian ke 3 menyediakan dinding dan tiang – kemudian ke 4 membuat bumbung dan meletakkannya di atas tiang dan dinding. Siap kerja dan rancangan.

Kata ibn Khaldun setengah orang berfikir 3 tahap, setengah 4, setengah lima, demikian seterusnya mengikut kematangan akal masing-masing.

Bila dilatih akal manusia menjadi tajam dan beroperasi secara berkesan, dibahagikannya kepada beberapa bahagian: akal tamyizi, akal pembeza yang membezakan antara sesuatu dengan yang lain, daripada yang bersifat kebendaan kepada yang bersifat maknawi

Akal tajribi, akal pengalaman, yang mendapat faedah dengan pengalaman dan percubaan yang dilalui, dengan dicamkannya apa yang berfaedah dan apa yang tidak dan sebagainya.

Akal nazari, akal teori, akal yang mampu membuat huraian teori yang mengaitkan sesuatu dengan yang lain-lainnya sampai tercapai huraian tentang sesuatu secara sistematis

Akal amali, akal yang mahir dalam kerja-kerja praktikal melalui latihan-latihan yang diperlukan, sampai berjaya orang yang berkenaan

Akal mazid (al-’aqlul mazid) akal tambahan, additional intelligence, iaitu perhimpunan kepandaian kelas tinggi dalam sesuatu setting budaya kekotaan yang canggih yang memajukan sesuatu umat dalam pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tinggi. (Kalau sekarang boleh disebutkan teknologi tinggi)

Dalam wacana ibn Khaldun ini dikaitkan pula dengan pembentukan ’malakah’: malakah imaniyyah’ dalam soal iman, ’malakah ubudiyyah’ dalam soal ubudiyyah, ’malakiyyah khuluqiyyah’ malakah dalam akhlak yang terlatih dengan baik, ’malakah sina’iyyah’ malakah pertukangan atau kemahiran, ’malakah lughawiyyah’ malakah dalam penguasaan bahasa, demikian seterusnya, sehingga menjadilah manusia yang berkenaan itu mempunyai kemahiran dalam bidangnya seolah-olah seperti berenang dalam air pada ikan dan terbang di angkasa pada burung.

Sebelum menyebut tentang berfikir Imam Ghazali rd menyebut tentang akal: akal yang mula-mula berupa naluri membezakan antara haiwan dan manusia, kemudian akal dalam anak-anak yang berkembang seperti sinaran cahaya subuh, dengan kesedarannya tahap demi tahap, kemudian akal dalam lelaki dewasa yang membawa kepada ilmu amali dan teori, kemudian akal yang ada pada orang yang paling matang, yang menjadikannya memahami persoalan-persoalan sampai ke hujungnya, yang membawa kepada pengawasan diri yang tinggi.

Perkembangan akal mantiki Imam Ghazali rd boleh dilihat dalam ’al-Munqiudh’, ’Tahafut al-falasifah’, ’Maqasid al-Falasifah’ dan ’Mi’yar al’’Ilm’ antara lain-lainnya.

Imam Ghazali rd menyebut berfikir dalam ’Ihya’ yang bercabang-cabang seperti ranting pokok kayu – mulai dua, menjadi empat, menjadi lapan, menjadi enam belas demikian seterusnya melalui proses fikir yang digariskannya dalam ’kitab tafakur’ jilid 4 ’Ihya’nya.

Pembentukan akal ubudiyyah Imam al-Ghazali rd boleh dilihat dalam huraiannya berkenaan dengan sembahyang dengan tahap-tahapnya, puasa dengan huraian-huraiannya, haji dengan huraian tentang kesedarannya, bacaan Qur’an dengan memahami maksud-maksudnya, wirid-wirid dan doa-doanya.

Sebagai contohnya dalam sembahyang boleh diingatkan beberapa perkara seperti berikut:

  • Doa Nabi Ibrahim yang mencahayai alam itu doa:

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُم ُالْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Ertinya: Wahai Tuhan kami! Utuskanlah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membaca kepada mereka ayat-ayat (firman)Mu, dan yang mengajar kepada mereka isi kandungan Kitab (al-Qur’an) serta hikmah kebijaksanaan, dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah.129)

  • Ayatnya lagi:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mendirikan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah 145)

  • Antara ayat-ayat tentangnya lagi ialah Al-‘Ankabut 45.

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ

وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

  • Antara ayat tentangnya lagi ialah:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىعَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَاتَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutilah (wahai Muhammad) apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Qur’an dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya dari segalanya); dan ingatlah Allah mengetahui apa yang kamu lakukan. (Al-‘Ankabut 45)

  • Disebut sifat-sifat utama kaum yang dikurniakan kedudukan yang teguh memerintah di muka bumi ayatnya:

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَوَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Iaitu mereka (yakni umat islam) yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang kejahatan dan perbuatan yang munkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj.41)

  • Tentang ayat ini dalam ‘Tafsir ibn Kathir’ dinyatakan:

وَقَالَ عَطِيَّة الْعَوْفِيّ هَذِهِ الْآيَة كَقَوْلِهِ ” وَعَدَ اللَّه الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَات لَيَسْتَخْلِفَنّهُمْ فِي الْأَرْض ” وَقَوْله ” وَلِلَّهِ عَاقِبَة الْأُمُور ” كَقَوْلِهِ تَعَالَى وَالْعَاقِبَة لِلْمُتَّقِينَ وَقَالَ زَيْد بْن أَسْلَم وَلِلَّهِ عَاقِبَة الْأُمُور وَعِنْد اللَّه ثَوَاب مَا صَنَعُوا .

Kata ‘Atiyyah al-‘Aufi: Ayat ini adalam seperti ayat (yang bermaksud): Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan yang melakukan amalan solih bahawa Ia akan benar-benar memberi kekuasaan memerintah kepada kamu di muka bumi (hi hujungnya ‘sebagaimana Ia telah memberikan kekuasaan memerintah kepada mereka yang dahulu daripada kamu), dan ayat (yang bererti) dan bagi Allah kesudahan semua perkara adalah seperti ayat (yang bermaksud): Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi mereka yang bertaqwa.

(http://quran.al-islam.com/Tafseer/DispTafsser.asp?nType=1&bm=&nSeg=0&l=arb&nSora=22&nAya=41&taf=KATHEER&tashkeel=0)

  • Yang berjaya yang mencapai kejayaan sebenarnya, terdapat ayat-ayat seperti berikut:

• قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَا الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

• وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُون َوَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

• فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُون َوَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; iaitu mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan membayar zakat dan lainnya); dan mereka yang menjuaga kehormatannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela; kemudian sesiapa yang mengingini selain daripada demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; yang akan mewarisi syurga Firdaus; kekal mereka di dalamnya. (Al-Mu’minun: 1-11)

  • yang mempunyai makna-makna yang sedemikian  dengan beberapa tambahan lagi ialah seperti berikut:

إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًاإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًاوَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًاإِلَّا الْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُوم ِوَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ أُولَئِكَ فِي جَنَّاتٍ مُكْرَمُونَ

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya). Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya. Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi). Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan. (Al-Ma’arij.19-35.)

· Bersuci: bersuci itu pula ada kategori-kategorinya, sebagaimana yang diajarkan oleh imam al-Ghazali rd dalam mazhab Syafie. Beliau menyebutkan dalam kitab ‘Ihya’nya [Ihya’ ‘Ulum al-din, Mustafa al-babi al-Halabi, 1358/1939, jilid I hal. 131] bahawa bersuci (al-taharah) itu ada empat kategorinya; bersuci zahir badan daripada hadath dan najis; bersuci anggota badan daripada berbuat salah dan dosa; kemudian bersuci hati daripada sifat-sifat yang buruk dan jahat seperti dengki, takbur dan yang sepertinya, dan menghiasinya dengan sifat-sifat mulia, kemudian yang tertinggi sekali, bersuci batin hati -al-sirr- daripada apa yang selain daripada Allah.Katanya ini taharah anbia dan siddiqin. Matlamat yang penghabisan sekali bagi batin hati -al-sirr- ialah supaya tersingkapnya kehebatan Allah dan keagungannya kepada orang yang beribadat kepadaNya (Jalal Allah wa ‘azamatihi). [Ibid.jilid I hal. 131]

  • Hendaklah pengetahuan dan amalan tentang bersuci ini dicapai dengan cermat dan betul dan amalannya hendaklah dilaksanakan dengan betul supaya ia sah, dan akhirnya amalan bersuci ini menjadi tabiat kedua bagi diri. Ia menjadi ’malakah taharah’, kalau boleh dikatakan demikian; ini boleh dicapai memalui pengajian, mendengar pengajaran, telaah kitab-kitab yang diakui, dan mengamalkannya kali demi kali sehingga menjadi sebati dengan diri.

  • Demikian juga ’taharah’ dalam erti yang lebih jauh lagi itu: taharah anggota badan daripada perbuatan derhaka dan maksiat, taharah hati daripada sifat-sifat yang tercela, akhirnya, bagi orang yang beruntung, taharaih batin-hati -al-sirr- daripada tertumpu kepada yang lain selain daripada Allah. Ini taharah anbia dan siddiqin kata Imam al-Ghazali rd.

  • Selain daripada ’sah rukun tiga belas’ itu dalam mazhab Syafie, maka sayugialah orang yang sembahyang itu menjayakan ’adab batin yang enam perkara’ itu supaya dengan itu terjaminlah sifat khusyu’ dalam sembahyang itu. Dan mengikut Sureah al-Mu’minun ayat yang kedua, itu syarat kejayaan yang sebenarnya dalam hidup. Syarat-syarat yang lain disebut kemudian seperti: mengelak daripada kesia-siaan, membayar zakat, kehidupan kelamin yang terkawal bersih, menjaga amanah dan janji, kemudian disebut menjaga amalan sembahyang.

  • Enam adab yang batin itu ialah: hadhir hati bahawa kita berada dalam sembahyang, tidak tertumpu kepada yang lain. Sebagaimana badan terarah ke arah kiblat, itu kiblat badan, maka kalbu atau ingatan tumpuan hati ialah kepada Allah, itu kiblat kalbu. Dengan itu hendaklah dalam sembahyang itu sama-sama tercapai kejayaan mengadap ke arah kiblat badan dan kiblat hakiki bagi kalbu. Dengan itu bila dilafazkan ’Allahu akbar’ benar-benar itu tertuju kepada Allah. Pada waktu merasai kebesaran Allah itulah diniatkan sembahyang itu dengan niat yang tersebut seperti: Aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat kerana Allah”. Jangan ingat dalam hati ’Allah Maha Besar’ sebagai yang disangka oleh setengah pihak, itu bukan niat sembahyang, itu terjemahan Allahu akbar. Terjemahan itu tidak diperlukan sebab rasa kebesaran Allah ada dalam hati sebelum daripada lafaz ’Allahu akbar’, lafaz ’Allahu akbar’ itu sebenarnya terjemahan apa yang sudah terasa dalam hati; itu tidak perlu diterjemah lagi. Dalam masa itulah diniatkan niat sembahyang itu sebagaimana yang diuhuraikan oleh ulama iaitu kasad melakukan sesuatu serentak dengan perbuatannya. Ini berdasarkan hadith ’innamal-a’malu bi’nniyat: Sesungguhnya amalan itu dikira serentak, sekali gus dengan perbuatan melakukannya. Dalam hadith itu ’ba’nya ialah ’ba’ al-musahabah’ yang menunjukkan makna keserentakan. (قصد الشىء مقترنا بفعله)

  • Imam Ghazali rd menerangkan cara-cara mencapai kejayaan dalam sembahyang dengan membetulkan perlaksanaan rukun-rukun dan syarat-syarat serta adab-adabnya, yang disebut oleh beliau sebagai ’al-asrar’ atau ’rahsia-rahsia. Beliau menerangkan bahawa cara mencapai kekhusyukan – yang disebut sebagai syarat orang yang benar-benar berjaya dalam Surah al-Mu’minun ayat kedua – sifat hati tertumpu ke hadhrat Allah, tetap tumpuannya, konsentrasinya, dan anggota badan pula tetap, tenang dalam masa melakukan rukun berkenaan, ialah dengan mengamalkan enam adab seperti berikut:
    • Hadhir hati
    • Faham
    • Takut
    • Ta’zim
    • Harap
    • Malu

  • Pertamanya dengan ada hadhir hati dalam sembahyang itu, yakni hati ingat benar-benar hal ia dalam sembahyang mengadap Allah Yang Maha Besar, Maha Tinggi, Maha Menyaksi. Keduanya ia memahami apa-apa yang dibacanya dalam sembahyang. Ia bermula dengan mengingati niat sembahyang, kemudian erti bacaan doa iftitah. Dalam iftitah diingatkan ia mengadap Tuhan, Yang menjadikan langit dan bumi, ia beragama Islam tunduk kepada Tuhan; ertinya orang Islam ialah orang lain selamat daripada lidah dan tangannya, baharulah itu Islam sebagaimana yang disebut dalam hadith. Kemudian ia mengingatkan wajah hatinya mengadap Tuhan, kemudian sembahyang dan pengorbanannya dalam hidup adalah kerana Allah, kemudian aktivitinya dalam hidupnya kerana Allah, matinya kerana Allah. Ingatan-ingatan dan konsentrasi akal, hati dan roh kepada makna-makna ini akan membentuk peribadi yang sungguh bersih dan perkasa untuk dikurniakan sifat khusyu’ oleh Tuhan. Dan sifat inilah yang dituntut atas hati manusia, atau akal ubudiahnya. (Ertinya kita boleh perhatikan bahawa dalam Islam akal atau hati itu untuk mencapai dua keperkasaan: keperkasaan ubudiah dalam mengingati Allah, kedua keperkasaan dalam berfikir secara betul, tepat, mencapai natijah atau matlamat, atau rasional dan ’syllogistic’, mampu membuat kenyataan-kenyataan yang betul dan tepat berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang betul dan tepat sebelumnya.

  • Qur’an menggabungkan dua aspek keperkasaan akal-hati itu dalam ayat tentang zikir dan tafakur. Ayat itu ialah:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِلَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَ ابِالَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَفِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, adatanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Surah Ali ‘Imran 190, 191)

  • (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Dalam ayat ini tergabung keperkasaan akal ubudiah (akal kontemplatif yang khusyuk kepada Tuhan) dan akal tafakur yang rasional, berfikir dalam suasana mentauhidkan Allah, dalam intelektualiti ketauhidan (‘tauhidic intellectuality’).


Istilah (‘tauhidic intellectuality’) yang saya gunakan dalam ceramah ringkas tidak lama sebelum ini di hadapan para ilmuwan di USM, dan ini boleh diakses dalam laman web
http://www.geocities.com/traditionalislam/TauhidicIntellectuality.htm

  • Dalam peradaban Islam kita boleh melihat dua aspek akal dan roh ini dimanifestasikan dalam diri Rasulullah s.a.w., para Sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali –Allah meredhai mereka amin, dan lainnya, kemudian para tabi’in, kemudian para ulama zaman kemudian seperti Syafie, dan lainnya, Imam al-Ghazali

  • Yang membicarakan akal kontemplatif dalam ‘Ihya dan ‘Kimiya al-saadah’ serta ‘Mishkatul-Anwar’nya, kemudian membicarakan analisis falsafah dalam ‘Tahafut al-Falasifah’nya. Demikian juga mereka di zaman kemudian seperti ibn Khaldun yang memahami dua aspek akal ini, dan terbentuk kedua-duanya dalam dirinya sendiri, demikian pula pada ibn Sina terbentuk kedua-duanya sebagaimana yang boleh dilihat dalam ‘al-Qanun fi’t-Tib’nya dan juga dalam ‘Al-Isharat wa at-Tanbihat’ yang pada bahagian kemudian dalam kitabnya beliau membicarakan hidup kerohanian. Dalam hidupnya sendiri bila ia menghadapi masalah ia sembahyang dan mendapat bimbingan rohani dalam menyelesaikan masalah-masalah keilmuannya. Demikian juga peribadi seperti Fakhru’d-Din al-Razi, dan kemudiannya Syah Waliyu’llah dari Delhi yang terbentuk intelektualitinya mengikut paradigma yang sedemikian.

  • Keduanya, katanya hendaklah seseorang itu memahami apa yang dibacanya; kemudian ia merasai kebesaran Tuhan dengan kalbu dan akalnya; kemudian ia merasai kehebatan Tuhannya; kemudian ia berharap kepada Tuhannya; akhirnya ia merasa malu kepada Tuhannya kerana banyak taksirnya dalam melakukan amalan-amalan dan pembentukan sikap yang dikehendaki olehNya. Inilah antaranya ramuan-ramuan bagi pembentukan kekhusyukan dalam sembahyang yang menjayakan manusia secara hakiki. Dengan usaha melaksanakan sembahyang seperti ini akan tercapailah akal ubudiyyah atau akal kontemplatif itu.

  • Gugusan makna dalam sembahyang: sebanyak gugusan makna dari amalan-amalan sembahyang yang membentuk akal kontemplatif yang dikehendaki itu, berserta dengan akal yang tajam, bila ia dimanafaatkan sebaiknya.

· Mula dengan azan mengingati kebesaran Allah

    • Mengingati kebenaran pengakuan syahadah menyambung janji asal menjadikan Tuhan sebagai Rabb
    • Seruan untuk datang mendirikan sembahyang
    • Seruan datang kepada kejayaan hakiki
    • Ulangan Tuhan Maha Besar
    • Ulangan tiada tuhan melainkan Allah, hakikat teragung dalam seluruh yang maujud.
    • Penyucian badan daripada kekotoran dan najis
    • Kesedaran tentang perlu membuang kemaksiatan dari anggota badan
    • Membuang kemaksiatan dari kalbu dan jiwa
    • Memberi tumpuan kepada hadrat Tuhan dengan batin hati
    • Takbir dengan kesan merasai kebesaran Tuhan pada permulaan sembahyang
    • Amalannya kerana Allah.
    • Mengadap wajah kalbu kepada Tuhan, badan mengadap ke arah Kiblat
    • Pengakuan sembahyang, hidup mati kerana Allah.

· Basmalah: memulakan semua kegiatan dengan Nama Tuhan (Surah al-’Alaq memerintah  demikian, ayat mula-mula diturunkan)

o Memuji Allah atas sekelian niamat

o Menyebut kasih sayang Tuhan

o Menyebut hari kemudian, maka mesti bersedia untuk hisab, memperbaiki diri

o Memohon jalan hidup yang lurus, perlu memperbetul diri dengan hakikat ini

o Mengakui ubudiah kepada Tuhan semata-mata

o Menyerah diri, memohon pertolongan Tuhan (dengan harap dan yakin)

o Mengingati jalan manusia utama dalam seluruh tamadun: para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin sebagai ’role model’ bukan lain

o Mengelak diri daripada jalan mereka yang sesat

o Mengelak jalan mereka yang dimurkai Tuhan (dari al-fatihah dan iftitah). Mohon perkenan dengan yakin dan harap yang penuh.

o Menegaskan tidak menyembah apa yang musyrikin sembah

o Menegaskan kuffar tidak menyembah apa yang disembah oleh mu’minin

o Bagi si mu’min agamanya dengan yakin, mereka yang kuffar dengan agama mereka (si muslin jangan tergugat, teguh dengan jalan kebenarannya , tetapi beradab dengan pihak lain, jangan terhakis keimanannya) (kandungan surah al-kafirun)

· Ulangan al-fatihah dengan mesej dan ingatannya dalam rakaat kedua, ketiga atau keempat)

· Mengingati kebesaran Allah pada tiap-tiap gerak berpindah rukun

· Tunduk ruku’ menandakan tunduk kepada kebesaran Tuhan, dengan tasbihnya, menghayati ertinya

· Kalau dalam sembahyang Subuh: permintaan untuk mendapat hidayat, afiat, sihat, perlindungan, keberkatan, jagaan daripada keburukan takdir atas diri, Dia yang menentukan, tidak ada yang ditentukan atasNya, tidak hina orang yang dilindungiNya, tidak mulia orang yang dimusuhiNya, Maha Berkat Allah dan Maha Tinggilah Ia, kepadaNya segala puji atas apa yang ditentukanNya, minta ampun kepadaNya …

· Bangkit i’tidal, menyebut Allah mendengar orang memujiNya, lalu ia memujiNya, puji memenuhi langi dan bumi dan bahkan apa yang ada selain daripadanya

· Tunduk sujud, ke tempat paling rendah, tanah, tempat asalnya, tempat kembalinya, asal bagi dirinya, seolah-olah fana dirinya, hina dinanya, Tuhan dengan Maha KetinggianNya dengan KetuhananNya

· Tasbih sujud dan penghayatan ertinya pada akal dan kalbu serta jiwa dan roh

· Bangun kepada julus antara dua sujud, memohon kepadaNya keampunan, kerahiman, menyempurnakan cacat celanya, kemaafan daripadaNya, dan yang sepertinya

· Sujud lagi, kerendahan dirinya, kembali ke bumi asal dirinya, tempat kembalinya

· Bangun kepada rakaat seterusnya

· Atau mengingati permohonan untuk berlindung dengan Tuhan Pencipta Pecahnya Hari Siang – dengan kemungkinan-kemungkinannya

· Daripada kejahatan makhluk ciptaanNya

· Daripada kejahatan yang datang dengan jelmaan gelap malam

· Daripada kejahatan ahli sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan melakukan sihir-alam kejiwaan yang jahat dan gelap

· Daripada kejahatan pendengki (kandungan al-Falaq)

· Atau memohon perlindungan-dengan kerendahan hati-kepada Tuhan manusia

· Raja Manusia (berkuasa atas segala-galanya)

· Yang disembah oleh manusia

· Daripada bisikan-bisikan syaitan Khannas

· Yang berbisik ke dalam dada manusia (membawa kejahatan dan kepalsuan)

· Dari kalangan manusia dan jin (kandungan Surah an-Nas)

· Menegaskan Allah Maha Esa – terhunjam ke dalam akal, hati, jiwa keEsaan Tuhan, semua di bawah tadbirnya

· Maha Kaya Kekal Abadi, semua berhajat kepadanya secara mutlak, walaupun yang tidak menyedarinya, walaupun atom-atom yang tak bernyawa

· Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, bukan dua tiga, bukan menyerupai makhluk

· Tidak ada yang kufu denganNya – tauhid mutlak tanpa tara – diulang-ulang untuk keberkesanan dalam kalbu, akal, jiwa. Kebenaran teragung dalam faham alam mu’min. (Surah al-Ikhlas)

· Mengingati Pokok Tin, dan Zaitun (terkait dengan agama terdahulu)

· Mengingati Tur sina –nabi Musa a.s. , syariatnya, keagungannya

· Negeri Aman-Mekah tempat asal nabi s.a.w.

· Manusia tercipta dalam sebaik-baik kejadian

· Tetapi risiko kejatuhan terlalu besar, mermusnahkan kejadian yang sebaik-baik itu

· Melainkan yang berlindung di bawah iman dan amal solih – kebijaksanaan pada ilmu dan pegangan, kebijaksanaan pada amalan dan perbuatan

· Kebaikan berterusan

· Jangan membohongi agama (kebenaran abadi untuk manusia)

· Allah hakim yang seadil-adilnya  (wat-Tin)

· Atau: bersumpah dengan waktu Dhuha’ (lambang kemunculan cahaya, kebenaran)

· Malam yang sunyi (untuk tafakur, ketenangnan, musyahadah, zikir, dll)

· Tuhan tidak benci, tidak meninggalkan (para hambaNya, maka berharaplah)…

· Yang akhir lebih baikk dari permulaan, perjuangan akan mencapai kemenangan, atau akhirat adalah lebih baik (dunia alat penyampai kepada kesempurnaan akhirat, maka jangan dukacita, jangan putus harap)

· Tuhan akan memberi kurnia, hati akan puas (pada nabi khusus, pada mu’minin umum)

· Manusia yatim (segi kerohaniannya) kemudian Tuhan melindungiNya…(khusus pada nabi, umum pada mu’minin sebagai pengajaran)

· Manusia dalam mencari-cari, Tuhan memberi pertunjuk (khusus pada nabi, umum pada mu’minin)

· Manusia kekurangan, Tuhan memberi kecukupan (rohani jasmani) khusus pada nabi umum pada mu’minin.

· Jangan menindas yang yatim, buat baik kepadanya

· Yang meminta jangan diherdik, beradablah

· Sebut dan ingat niamat Tuhan (wad-Dhuha)

· Istighfar, minta ampun lepas sembahyang (istighfar)

· Fatihah, ertinya yang mencakupi kebenaran Kitab, faham alam, nilai, ilmu (Fatihah)

· Mengingati Tuhan Kesejahteraan, Punca Kesejehteraan, semua kembali kepada Negeri Sejahtera, Syurga…Amin

· Berlindung daripada Syaitan

· Membaca ayat Kursi: Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Hidup, Berdiri Sendiri, Tanpa lalai menjaga alam kedua-duanya

· Langit bumi semua milikNya

· Syafaat hanya dengan izinNya

· IlmuNya Masha meliputi segala-di hadapan dan di belakang sekalian makhluk

· KursiNya meliputi langit bumi

· Tidak lalai daripada menjaga segalanya (maka kita yakin dengan jagaanNya) (Ayat Kursi)

· Subhana’Llah 33 kali

· Al-hamdulillah 33 kali

· Allahu akbar 33 kali

· La ilaha illa’lah

· Mulai doa dengan basmalah

· Al-hamdulillah

· Solawat kepada nabi memohon rahmat, kemudiaan, kesejahteraan…kembali semuanya kepada diri pula

· Minta ampun

· Memohon kebaikan dunia dan akhirat

· Solawat dan salam

· Al-hamdulillah … (Doa selepas sembahyang, Tuhan sedia memakbulkan doa selepas sembahyang)—dengan ini terbina akal ubudiah, akal kontemplatif, selain daripada akal rasional untuk berfikir secara baik dan berkesan serta teratur.

· Dalam doa diminta keampunan, kesejahteraan, perlindungan, jagaan daripada kufur dan maksiat, kecukupan rezeki, zuriat yang bertakwa, ilmu yang bermanafaat, rezeki halal, dan seterusnya, kebaikan dunia dan akhirat, lindungan daripada musuh…

· Akal rasional menguatkan akal kontemplatif, akal kontemplatif menguatkan akal rasional dan seterusnya, kuat-menguatkan, membentuk akal yang seimbang, berfikir, berzikir, khusyu’, beradab, berfaham dalam, demikian seterusnya.

· Tentang sembahyang berjemaah pula, terdapat padanya fadhilat melebihi sembahyang seorang dengan dua puluh kali ganda atau dua puluh lima kali ganda atau dua puluh tujuh kali ganda sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Bukhari seperti berikut. (Sahih al-Bukhari, syarah Fath al-Bari ‘al-adhan’ bab fadhilah solah al-jamaah 609)

Orang yang berjaya membentuk akal ubudiah selain daripada akal rasionalnya adalah orang yang berbahagia, dijamin Allah kesejahteraannya yang abadi. Dan dalam hidup dunia orang yang mempunyai kekuatan itu boleh menghadapi sepuluh kali ganda bilangan musuh, kalau penuh dengan persediaan dan mempunyai kesabaran dalam ertinya yang merangkumi, tetapi bila masa lemah masih boleh berhadapan dengan mereka yang dua kali ganda bilangannya. (Al-Anfal: 65). Ertinya orang-orang mukmin yang mempunyai akal ubudiah ini bila ia membuat persediaan yang memadai akan membuahkan kelebihan dua kali ganda daripada pihak lain, walaupun ia dalam keadaan lemah. Maka hendaklah aspek akal ubudiah ini diberikan tempatnya yang sewajarnya, dalam kita membentuk modal insan yang paling mahal ini.

Dengan itu hendaklah setiap orang yang beriman mendapatkan pendedahan untuk dirinya supaya ia mempunyai pengetahuan yang cukup baik tentang sembahyang, kepentingannya, syarat-rukun serta adab-adabnya, supaya dalam menjalankan sembahyangnya itu ia mencapai ’malakah ubudiha’, berserta dengan ’malakah imaniyyah’, malakah khuluqiyyah, serta mendapat kekuatan daripada akal ubudiyyah atau kontemplatif serta akal tafakur yang sangat digalakkan oleh Qur’an dan Sunnah. Inilah ’tiang agama’ dan ’kepala sekalian ibadat’ yang disebutkan dalam hadith; tamadun akan merusut dan musnah bila manusia mula meninggalkan sembahyang. Sebab itu ulil-amri dan ibu bapa wajib memastikan mereka yang di bawah tadbir urusnya menunaikan sembahyang demi kesejahteraan mereka yang berkenaan, masyarakat dan bahkan negara.

Wallahu a’lam.

Pada:

30 Sep 2006

Semakan & tambahan:

4 Dis 2007

Ke Arah Menghayati Kehidupan Keruhanian Yang Diredhai Allah

Bahan usrah yang dibentangkan oleh Presiden MUAFAKAT, Profesor Emeritus Datuk Osman Bakar, PhD, pada 12 Disember 2006


********************************************************

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

Keluasan kehidupan keruhanian

Tajuk “kehidupan keruhanian” (al-hayat al-ruhaniyyah; spiritual life) mencakupi bidang yang amat luas. Ini kerana alam dan ilmu keruhanian mendasari dan juga mencakupi alam zahir dan kehidupan duniawi. Oleh itu adalah mustahil bagi kita untuk menghuraikan mauduk kehidupan keruhanian dari segala segi dalam waktu satu perbincangan sahaja, meskipun kita menumpukan perhatian kepada aspek-aspek atau prinsip-prnsip yang terpenting sahaja. Apa yang boleh saya huraikan di sini hanyalah suatu aspek tertentu daripada sekian banyak aspek kehidupan keruhanian yang dimaksudkan dan diajarkan oleh agama Islam. Insya Allah, pada kesempatan lain, kita boleh membicarakan aspek-aspek yang lain pula.

Ada banyak pendekatan yang boleh diambil untuk menerangkan konsep dan falsafah kehidupan keruhanian. Oleh kerana kita membincangkan sesuatu yang bersifat ruhani (“spiritual”), kita boleh menjelaskan misalnya makna dan konsep “ruh” seperti yang terdapat di dalam al-Quran, hadith-hadith, dan tradisi ilmu keruhanian Islam sejak zaman Baginda Nabi Muhammad s.a.w. lagi. Dari segi pandangan beberapa cabang utama ilmu – khususnya, ilmu jiwa atau psikologi ruhaniah (‘ilm al-nafs), ilmu dasar keagamaan (‘ilm usul al-din) dan ilmu ketuhanan atau metafizik (al-‘ilm al-ilahi) – patut ada penjelasan tentang makna “ruh” dan “keruhanian.” Sebenarnya, tidaklah lengkap, malahan tidak kukuh persembahan kita tentang kehidupan keruhanian sekiranya kita tidak menjelaskan makna ruh dan mentakrifkan istilah “keruhanian.”

Kita juga boleh membincangkan kehidupan keruhanian dengan menumpukan perhatian kepada konsep akhlak kerana akhlak merupakan salah satu aspek terpenting kehidupan keruhanian. Akhlak merujuk kepada “rupa paras ruhani” manusia. Hakikat ini dapat kita fahami daripada maksud doa Nabi s.a.w. dalam sebuah hadith: “Ya Allah! Engkau telah memperindahkan rupa paras jasmaniku (khalqi); maka perindahkanlah pula rupa paras ruhaniku (khuluqi). Maka akhlaq, yang merupakan jamak kepada khuluq, merujuk kepada wajah diri ruhani kita masing-masing. Dengan kata lain, akhlak atau budipekerti adalah pakaian bagi diri ruhani seseorang. Akhlak yang baik bermakna rupa paras diri ruhani yang cantik atau tampan dan pakaian diri ruhani yang elok, bersih, lagi cantik. Para ulama yang arif dalam ilmu keruhanian menegaskan bahawa sebaik-baik pakaian diri ialah taqwa. Akhlak buruk pula bermakna rupa paras diri ruhani yang hodoh.dan pakaian diri ruhani yang tak elok dan kotor.

Tentang rupa diri jasmani kita masing-masing, tak perlu lagi kita sibuk-sibuk hendak mengubahnya seperti melalui pembedahan plastik (“plastic surgery”) atau teknik-teknik percantikan terkini supaya menjadi lebih cantik atau tampan. Kita terima sahaja khalq kita masing-masing yang Allah s.w.t. telah takdirkan bagi kita dengan semangat ridha yang sejati. Yang perlu kita lakukan ialah memelihara kesihatannya. Juga, yang wajib kita ubah supaya ia menjadi semakin elok dan cantik ialah “wajah” diri ruhani kita, bukannya diri jasmani. Bagi kebanyakan manusia, yang mereka perlukan ialah “spiritual surgery” terhadap diri ruhani masing-masing! Kalaulah pembedahan plastik membelakangkan syari’ah, kita dapati pembedahan ruhaniyah sebaliknya memerlukan syari’ah!

Kita juga boleh mendekati hakikat kehidupan keruhanian menerusi konsep ihsan. Ini adalah kerana, antara lainnya, ihsan mentakrifkan kualiti kehidupan keruhanian. Dalam hadith masyhur yang memaklumkan kepada kita tentang sesi soal jawab agama antara Nabi Muhammad s.a.w. dan Jibra’il a.s., yang turut dihadiri oleh sebilangan para sahabat, Nabi s.a.w. mentakrifkan ihsan seperti berikut: ihsan ialah “bahawasanya kamu menyembah (berkhidmat kepada) Allah seolah-olah kamu melihatNya; sekiranya kamu tidak melihatNya, maka (sekurang-kurangnya) kamu insaf sedar bahawa Dia melihat kamu.” Definisi ihsan nabawi ini jelas menunjukkan bahawa ihsan merujuk kepada tahap atau kualiti penghayatan agama. Dalam konteks hadith tersebut, ia merujuk kepada penghayatan iman dan penghayatan islam. Yang dimaksudkan dengan al-din bukan sahaja terbentuk daripada unsur ‘iman’ dan unsur ‘islam’ tetapi juga meliputi unsur ketiga, iaitu ‘ihsan’ yang merupakan kualiti iman dan kualiti islam. Dengan kata lain, ihsan ialah “ruh agama” (“spirit of religion”). Sebaik-baik kualiti kehidupan keruhanian ialah penghayatan agama “seolah-olah kamu melihat Allah.” Tahap kualiti keruhanian yang lebih rendah tetapi yang masih lagi dikira “cemerlang” – yakni masih lagi pada peringkat ihsan – ialah menghayati agama dengan menginsafi dan menyedari “bahawa Allah melihat kamu.”

Kita boleh memahami asas kehidupan keruhanian dengan bertitik-tolak dari hati-kalbu yang merupakan pusat kewujudan kita dan pusat kehidupan keruhanian. Kita perlu memelihara hati-kalbu kita supaya ia sentiasa sihat sejahtera. Mengenali penyakit-penyakit hati dan mengetahui bagaimana kita dapat merawatinya merupakan sebahagian penting daripada ilmu keruhanian. Kebaikan manusia terletak pada kebaikan hati-kalbunya. Takut sebenar kepada Allah (makhafah), cinta sebenar kepada Allah (mahabbah) dan mengenali Allah dengan sebenarnya (ma’rifah) mustahil dicapai dan dihayati tanpa hati-kalbu yang sihat dan sepadu (salim) dan ikhlas.

Demikianlah seterusnya. Kita boleh mendekati alam kehidupan keruhanian dari berbagai-bagai sudut. Bagaimana pun, tanpa mengira dari sudut mana kita memilih untuk mendekatinya, kita tetap bersua dengan beberapa kebenaran keruhanian yang sama. Di antara hakikat keruhanian terpenting ialah bahawasanya diri ruhani kita wujud dan hubungan diri ruhani kita dengan Allah s.w.t. mengatasi segala hubungan yang lain. Malahan hubungan kita dengan Allah s..w.t. (hablun min Allah) mencorakkan hubungan kita sesama manusia (hablun min al-nas) dan selanjutnya hubungan kita dengan makhluk-makhluk lain. Bolehlah dikatakan bahawa intisari kehidupan keruhanian dalam Islam ialah jihad dan istiqamah memelihara hubungan diri ruhani kita dengan Allah dengan jalinan hubungan sesempurna yang mungkin.

Ihsan: Kualiti kehidupan keruhanian

Dalam perbincangan di sini saya ingin menumpukan perhatian kepada pendekatan dari sudut ihsan. Seperti yang telah ditegaskan sebelum ini pendekatan ini mendapat penekanan khusus daripada Nabi Muhammad s.a.w. Matlamat kehidupan keruhanian ialah supaya kita berjaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. pada peringkat ihsan. Dengan kata lain, dalam menjalani kehidupan keruhanian, biarlah kita muncul sebagai muhsin (jamak: muhsinun). Ada beberapa kali al-Quir’an merujuk kepada golongan muhsinun ini. Contohnya dalam Surah al-Mai’idah, ayat 93: “Tiada dosa bagi orang yang beriman dan beramal salih pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal yang salih, kemudian mereka bertakwa dan beriman, kemudian mereka bertakwa dan berbuat kebaikan (ahsanu). Allah mengasihi al-muhsinin.”

Di kalangan ulama keruhanian, khususnya ulama tasawuf, kehidupan keruhanian yang dikejar ialah menikmati keimanan pada peringkat ihsan dan mengerjakan amal ibadat juga pada peringkat ihsan. Ihsan menurut definisi Nabi s.a.w. bermakna banyak mengingati Allah. Kualiti iman kita bergantung pada setakat mana kita mengenali Allah manakala kualiti islam (amal ibadat) kita bergantung pada setakat mana kita mengingati Allah dalam ibadat kita atau setakat mana dhikr Allah dihayati dalam ibadat kita.

Bagaimanakah kita dapat beriman pada peringkat ihsan? Kita memerlukan ilmu tertentu dan amal ibadat tertentu yang kedua-duanya sekali akan membolehkan kita mengenali Allah. Ilmu tertentu yang dimaksudkan merujuk kepada ilmu tentang keenam-enam rukun iman. Ilmu ini merupakan asas segala ilmu dan juga intisari segala ilmu. Tetapi intisari segala ilmu ini juga mempunyai intisari, iaitu ilmu tentang Allah, tentang rukun iman yang pertama. Pada suatu tahap lain, ilmu tentang rukun iman kedua hingga ke rukun iman keenam adalah sebenarnya huraian dan tafsiran tentang ilmu tentang Allah. Oleh sebab itulah, bagi ulama keruhanian, ilmu mengenal Allah merupakan kunci bagi menikmati keimanan pada peringkat ihsan.

Amal ibadat tertentu yang dimaksudkan merujuk kepada kelima-kelima rukun Islam. Lima rukun ini – syahadah, solat, puasa, zakat, hajj – merupakan asas segala ibadat dan juga intisari seluruh amal ibadat. Bagaimanakah kita dapat mengamalkan kelima-lima rukun Islam ini pada peringkat ihsan? Kita memerlukan keimanan yang tinggi yang telah dijelaskan sebelum ini; kita memerlukan ilmu tentang kelima-lima rukun Islam, khususnya hikmah dan rahsia di sebalik pensyariatannya oleh Allah s.w.t. dan kita memerlukan keikhlasan, ketekunan dan istiqamah dalam mengerjakannya.

Bagaimanakah kita mengamalkan atau menghayati rukun Islam pertama – syahadah – pada peringkat ihsan? Ini suatu tuntutan yang sangat berat untuk ditunaikan. Ia menuntut kita menjadi saksi keEsaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., bukan sekadar dengan kita melafazkan kedua-dua syahadah pada masa-masa tertentu sahaja seperti semasa bersembahyang tetapi sebaliknya “menghayatinya” pada setiap masa sepanjang hidup kita. Rasulullah s.a.w. menghayatinya pada tahap yang paling sempurna. Seluruh hidupnya, setiap detik hidupnya, menjadi saksi kepada kebenaran keesaan Allah dan kebenaran kerasulannya sendiri. Sebenarnya, kalau kita betul-betul memahami maksud rukun Islam yang pertama, tuntutannya adalah lebih berat daripada tuntuan rukun-rukun Islam yang lain termasuk solat. Boleh dikatakan bahawa intisari kehidupan keruhanian ialah menghayati tuntutan dua kalimah syahadah. Ada benarnya kenyataan bahawa segala-galanya sudah terkandung di dalam dua kalimah syahadah. Kalau kita sudah memahami kedua-duanya secara komprehensif dan inklusif maka tidak ada lagi perkara lain yang perlu diketahui!

Wallahu a’lam, wa bihi nasta’in.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers